Background

Wednesday, 17 June 2015

Tokyo Japan Planner


Konnichiwaaaaa :) Hehe.. Im back with new journey of my friends and I to Tokyo, Japan.. Ni semua adalah last minute plan. Sebab apa last minute?? coz sepatutnya trip ni my friend Liana and kawan dia, Atem je yang pegi to do 'something'. Nak dipendekkan cerita, 'something' mereka tu tak jadi atas beberapa faktor yang tertentu tetapi diorang dah beli tiket. Makanya Wawa dan sorang lagi kawan, Masz, buat keputusan last minute untuk join diorang. Ha, dengan selamba kitorang berdua beli tiket AirAsiaX ke Tokyo (The best part is lepas kitorang beli tiket tu tetiba ada promotion. Geram!!! Hahaha :D Tak pe, itu rezeki masing-masing).

KUL - NRT

HND - KUL

Untuk trip ni, kami masuk melalui Narita Airport dan keluar ikut Haneda Airport. Tempat untuk stay actually nearby dengan Haneda Airport. But since Liana and Atem dah beli masuk ikut Narita as per actual 'something' plan, so tak apa la, Wawa and Masz ikut je. Kata nak redah, so redah je la :D

Setelah hal tiket selesai, dalam masa kurang dari sebulan, kami berempat struggle buat itinerary dengan tema JOM REDAH JEPUN. Everything on us! tak ada tour guide, tak ada agent. So nak tak nak kena la come out dengan few research kan. Haaaa... So korang boleh tengok draft itinerary yang kitorang buat kat bawah. Tapi tak semua ikut susunan tau, sebab ada yang kitorang sempat cover pada hari yang lain. Anggap je itinerary ni sebagai GUIDANCE.









Fakta - GOOGLE MAPS SANGAT MEMBANTU especially dalam penggunaan Tokyo Subway. So kalau rasa nak senang, google semua dan print out in case kat sana tak dapat internet connection. Kalau bijak lebih sikit, boleh install apps Tokyo Subway. Cuma time kitorang travel, kitorang tak guna apps tu. Kitorang guna print out itinerary yang dah buat n subway map je.

Ni subway map yang menjadi panduan kitorang. Kalau korang tak print pun, kat subway station sana akan ada map ni untuk diambil secara percuma :)
Kat mana kitorang stay?? Kitorang stay kat Malaysia Student House. Untuk info lanjut, anda anda semua boleh klik kat link ni https://www.facebook.com/RumahPelajarMalaysia. Rumah ni 2 tingkat, so 1 bilik lelaki kat tingkat atas, 1 bilik perempuan kat tingkat bawah. Dia kira per head per night, bukan per room per night. Sebab 1 bilik boleh muat dalam 5 ke 6 orang. Meaning that, kalau ada orang lain nak masuk pun boleh selagi bilik tu masih ada ruang. Bagi Wawa and friends, kitorang tak kisah pun as long as tidur mandi selesa, dah cukup. INI BUKAN HOTEL, so please expect some differences dalam gambar yang ada kat link tu ye =)

Untuk currency exchange pula, before kitorang pergi Tokyo tu, rate naik turun cepat sangat. And bukan naik sikit-sikit, naik banyak,. So bila turun sikit je, terus tukar. Wawa tukar duit kat area Bukit Bintang. SUKA MONEY CHANGERS SDN BHD (97287-U). Alamatnya, 95, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. So far kat sini paling murah dalam banyak-banyak yang Wawa survey area Shah Alam and KL. Time Wawa tukar, Wawa dapat rate ¥1,000 pada harga RM30.40 (10.06.2015). Tukar tak banyak pun, agak-agak cukup untuk makan, minum, jalan-jalan and souvenir sikit.

Fakta - TRIP NI KAMI PAKAI DUIT HASIL TITIK PELUH SENDIRI. TAK MINTA MAK, TAK MINTA AYAH, TAK MINTA SUAMI, TAK MINTA KEKASIH, TAK MINTA SESIAPA PUN. ALHAMDULILLAH REZEKI KAMI =)

Next kita masuk jalan cerita pulak ye ye ye...

No comments:

Post a Comment