Thursday, 18 June 2015

Tokyo, Japan - Day 1 (12 June 2015)


Perjalanan dimulakan of course, dari airport. Hehe =) So kami berempat berkumpul di KLIA2 seperti yang telah dijanjikan pada 11 June 2015 (Khamis) jam 9.30malam. Flight kami pukul 12.45am. Bila semua dah ada, baru kami check-in luggage.








Disebabkan kami berempat beli tiket asing-asing, so Wawa dapat seat dengan Masz, Liana dapat seat dengan Atem. Hahaha :D Kalau tengok seat yang Wawa duduk tu, sebelah tu memang kosong. Makanya Wawa dan Masz conquer all three seats @_@ Punya la sejuk dalam flight tu. Nasib pakai jacket, but still, sejuk jugak!!!

Alhamdulillah by 07:50hrs kami safely landed di Narita Airport. Cuaca masa sampai tu hujan renyai. So turun dari flight terus ada bas pick up untuk bawa ke terminal. 


Lepas dah pick up luggage semua, kami terus cari bas untuk ke Tokyo Station. Sebab time search haritu ada yang kata paling murah bas dari Narita Airport ke Tokyo Station ¥1000. Sambil mencari info bas kat dalam area terminal tu, ada la 2 orang polis nak tengok passport. Dia tunjuk batch polis dia, then sambil dia tengok passport, macam-macam soalan dia tanya. Bila kita jawab soalan, dia akan catat dalam note book dia. Antaranya adalah 'ni pertama kali datang ke?', 'datang untuk study ke melancong?', 'stay kat area mana?', 'nanti pergi jalan-jalan melawat area mana'...  (Conversation in English tau.. Bukan BM bukan Japanese language. Ni translation je. Hahaha). Haaaa... sebenarnya dalam hati 'eh, polis ni lain macam je. Risau pulak, mana la tau semua info dia ada then nanti something bad happen kan. So, for safety reason, some of info kami tak reveal. We need to beware benda-benda macam ni sebab dah banyak berlaku kes penipuan dan penyamaran polis. JUST IN CASE ok. 

Ok sambung cerita pasal cari bas, dah tanya-tanya kat dalam area terminal tu semua bas mahal ¥3000 per pax. So macam pelik la kenapa time search ada yang ¥1000. So kami terus keluar terminal dan betul-betul depan pintu terminal ada platform tunggu bas. Kalau dari dalam airport terminal, signboard tunjuk platform 1 - 18 je. Tapi sebenarnya kat luar ada platform 19, iaitu platform bas Access Narita yang kami cari tu which is bas ke Tokyo Station ¥1000. Alhamdulillah jumpa jugak.



Ni rupa bas Access Narita
Tunggu tak lama pun, then bas pun sampai. Sebelum bas sampai, akan ada staff Access Narita Access yang akan buat tagging kat beg macam kita naik flight tu. Kat tagging tu ada nombor siri. So setiap orang akan dapat keratan nombor siri tu untuk rujukan time nak ambil semula beg kat beg compartment tu nanti. THERE IS NO EXTRA CHARGE FOR THAT SERVICE. Sungguh teratur!!! Bila bas sampai, kami nak angkat beg-beg tu semua masuk kat tempat beg tu, tapi STAFF DIA HALANG SEBAB DIORANG AKAN ANGKATKAN SEMUA SEKALI TAK KISAH LA BERAT KE TAK, BESAR KE KECIL BEG TU. Pergghhhh!!! Sekali lagi teruja dengan khidmat yang mereka berikan.

Naik bas, teruja lagi. Eh 'Aku ni dah culture shock dah ni. Asal Malaysia tak cenggini???' Hahaha :D Evendo bas yang kami naik tu murah, but then sangat bersih!!! So masing-masing ambil seat masing-masing (free seating). Then bila bas gerak je meninggalkan platform, 3 orang staff yang angkat beg tadi dah BERATUR TEPI BAS DAN BERI TUNDUK HORMAT TANDA SELAMAT JALAN. Ha, ohsem ke tak korang rasa?? How good is their attitude. How good is their culture. Ermmm..


Setiap seat akan ada plastik sampah dan tempat letak botol air minuman



Dalam bas, masing-masing penat. Mau tak penat tidur duduk dalam flight!! Nak beli business class tak mampu. Huhu~ 

Fakta: Beza masa Jepun adalah 1 jam lebih awal dari Malaysia.


Kat sini ada la a few pictures taken masa on the way ke Tokyo Station.







Finally, yeay!! Sampai jugak kat Tokyo Station after plus minus 1 hour. Tapi bas tak de lah berhenti betul-betul kat Tokyo Station. Cuma nearby with Tokyo Station (Tokyo Subway Station). Nak ke Tokyo Station tu kena jalan sikit. Tak jauh pun. Dalam 5-10 minit.


Tengok muka masing-masing. Sememeh!!! Hahaha :D
Bila sampai kat Tokyo Station, terus tanya kaunter macam mana nak beli tiket train tu. Japan punya system pun lebih kurang macam Malaysia, ada yang tunai, ada yang prepaid macam touch n go tu. So we decided to have Suica Card (Touch n Go) untuk trip kami. Kami beli tiket baru at ¥3000 which is total available is actulally ¥2500. Another ¥500 is deposit untuk kad tu =)




Sensor card kat subway ni sangat efficient, cargas.



So dari Tokyo Station, kami tukar 2 train untuk ke final destination iaitu Nishikoyama Station. Korang boleh tengok itinerary dalam post yang sebelum ni k. 

Tak kisah panjang mana, mereka akan beratur, tak potong queue. Right lane untuk yang nak memanjat tangga escelator, left lane yang nak stand sampai ke hujung.


Alhamdulillah, by afternoon, kami selamat sampai ke tempat penginapan kami di Malaysia Student House. Dari Nishikoyama station nak ke rumah tu tak jauh pun. Berjalan dalam 10-15 minit. So boleh dikatakan sebagai easy access juga la. Sampai je kat rumah, masing-masing keluarkan stock makanan masing-masing. Hahaha :D Yang ni paling best, sebab banyakkkk sangat makanannya. Beg sebenarnya berat dengan makanan, bukan baju @_@ ada sambal meletop mama, roti penyet, cloud9 penyet, beras, dan lain-lain. Ini semua adalah persediaan umum apabila melawat non-muslim country yang kita tak pernah pergi =)


Tada~ Banyak kan!!!!! =)
So siap mandi segarkan badan, solat, siap-siap semula, then terus keluar berjalan. Hebat tak?? Huhu~ KITA PERGI TEMPAT ORANG SEBAB NAK MENIMBA ILMU DAN PENGALAMAN, BUKAN DUDUK TERPERAP DALAM BILIK JE. Sepanjang perjalanan nak ke Nishikoyama Station, banyak kali stop nak posing-posing. Jalan sikit je stop, jalan sikit je stop. Haha :D Memang la, tempatnya cantik!!! Jakun pulak tu tak pernah pergi :D





Yang kat belakang tu adalah Nishikoyama Station


Next destination yang kami pergi adalah Odaiba. Dari Nak ke Odaiba, kena naik train sampai ke Tokyo Teleport (Train instruction ada dalam itinerary). Kat Odaiba ni sangat banyak benda-benda menarik. Lets cekidaut!!!

In front of Tokyo Teleport Station

Kat belakang tu ada Ferris Wheel



Yang ini dekat Decks


Kat belakang kami boleh nampak sikit-sikit Rainbow Bridge. Kurang clear sebab berkabus. Sejuk sikit time ni :)

Tada~ Statue of Liberty

Fefeeling New Yok gittew @_@



Menarik kan kan kan. Bunga ni kalau kat Malaysia harga sangat mahal kalau nak beli. Kat sini, tepi jalan je jumpa :D
 


Gundam Robot. Masa ni dah gelap sikit. Oleh kerana light adjustment dari HP, jadi lah terang cenggini. hehehe :)


Selain dari gambar-gambar ni, kat Odaiba pun ada Madam Tussauds, Lego, Sega dan lain-lain.  Kami tak masuk pun since it is not in our budget. Kikiki :D Semua places of attraction kat Odaiba ni walking distance je. And most impotant is less hassle.

Habis pusing semua tempat, we all pun balik rumah. Penat usah cakap la. But in order to gain experience and learn about others, penat tu belakang cerita. Kan kan kan.. 


2 comments:

  1. apesal la x bawak balik bunga bunga tu. boleh along buat candy buffet pakai bunga tu. hahahhaha :-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Dah agak dah.. Dlm hati ckp 'kalau dapat bawak blk mesia ni kompom best!!!'

      Delete