Background

Friday, 24 July 2015

Berbuka Puasa Ramadhan 2015

 
Uishhh.. banyak nye sawang kat blog page ni!!! Hahahaha :D Mohon ampun dan maaf la sebab dah lama tak menghapdet. Ni pun baru nak upload gambar-gambar bulan puasa. Hahaha :D Alhamdulillah Ramadhan 2015 Berjaya ditempuh. Tak banyak berbuka kat luar pun. Few times only.
 
1st berbuka kat luar adalah dengan kawan-kawan UiTM. Kami berbuka di Intekma Resort Shah Alam. Ratenya sangat competitive. And selection of food di buffet line pun boleh tahan. Alhamdulillah dapat juga berkumpul dengan kawan-kawan.. Ni je yang dapat dikumpulkan sebab yang lain-lain tak berikan maklum balas. Huhu~
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
Next berbuka dengan family pula. Alhamdulillah ada rezeki untuk belanja family Wawa dan in law berbuka. We are having our iftar at JM Briani Bandar Baru Bangi.
 
 
 
 
 
Eh, ada lagi 1 la. Berbuka di RHR Hotel Bangi di bawah pengendalian Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM. Tapi yang sempat snap picture adalah dengan baby sinchan ni je, and with my Mama Mia. Hahaha :D
 
 
Keep short and sweet, sampai sini je untuk berbuka puasa entry. Hahaha :D Kbai!!!

Sunday, 5 July 2015

#foodforhomeless 7.0

 
Hai semua!! Selamat berpuasa =)
 
Alhamdulillah, pada 4 Julai 2015 (Sabtu) Wawa dan kawan-kawan dapat meluangkan masa untuk projek #foodforhomeless yang berjalan di area Kuala Lumpur. Homeless jika dimelayukan jadilah gelandangan.
 
 
Asalnya Liana yang bagitahu semua orang dalam group wasap mengenai aktiviti ni. So kami bincang-bincang balik, then confirm yang kitorang nak join. So, Liana call organizer bagitahu berapa ramai dari kitorang yang nak join.
 
This group yang kitorang join ni katanya dah banyak kali buat. Cuma kadang-kadang setahun sekali. Maximum pun setahun 3 kali, bergantung kepada dana yang ada. This group and other groups selalunya stand on their own. Bukan dibawah organisasi mana-mana. So boleh kata orang-orang sebegini adalah volunteer. Kebetulan pula pada 4 Julai ni adalah hari Nuzul Al-Quran, ramai pula yang tiba-tiba masukkan duit kepada organizer untuk dapatkan REWARD extra sempena hari baik, bulan baik.
 
Ada juga beberapa group yang buat aktiviti sebegini every week, antara contoh yang famous macam @dapurjalanankl ni. Dikhabarkan diorang buat aktiviti memberi makan pada homeless setiap weekend (tak ingat sabtu or ahad) di Jalan Panggung KL. Dapat info jugak dari someone yang join dapur jalanan ni - 'kalau korang join dapur jalanan, korang boleh kira setiap minggu homeless akan bertambah + - 5 orang'... Wow... up to that extend ya.. ermmm.. Okay, korang boleh la search ig diorang ni kalau teringin nak join. Selain dari group ni, banyak lagi group yang jalankan aktiviti yang sama pada hari dan tempat yang sama. Huhu~ So memang havoc la area KL malam tu.
 
Ok, enough with that, sambung story group yang kami join ni.
 
Antara kami yang join adalah:
 
~ Wawa ~ Fendi ~ Masz ~ Elala ~ Remy ~ Liana ~ Arif ~
 
Haaaa... Wawa gerak dari Shah Alam sekali dengan Fendi dan Masz. Sampai area KL, omayaiiiiii jem tak hengat punya. Memang jem teruk. Agaknya, ummat manusia dah mula membanjiri jalan TAR untuk shopping raya. Huhu~ Tabahkan juga diri ni untuk sampai ke destinasi. Tepat pukul 10, kitorang ber7 berkumpul di Menara Jam Lebuh Pasar KL. Menara Jam ni berdekatan dengan CM dan Dataran Merdeka. Alhamdulillah senang nak dapat parking kat area dataran. Kebetulan malam tu jugak ada event hape tak sure kat dataran, so suasana agak meriah dan ada polis bergerak. So tak risau sangat la nak parking kat area dataran tu.
 


 
Pukul 10, organizer tak sampai-sampai lagi. Bila Liana call, organizer say sorry sebab lambat. Dia tersangkut dalam traffic congestion. Ok tak pe la, kami faham. Memang teruk pun jem malam tu. Pukul 11 pun jem lagi siap masing-masing bergaduh horn sana horn sini. Semua tazabar menuju entah kemana. Hahaha :D
 
So around 11 jugak la organizer and friends sampai ke lokasi berkumpul. Lepas dah keluarkan semua barang dari kereta, kami semua start packing. Antara barang-barang yang ada adalah (since we are not focusing to makanan basah coz organizer dapat info too many groups yang dah provide makanan basah) instant mee, tooth paste, tooth brush, good morning towel, biskut marrie, sabun mandi, bottled drinking water. Semua darang-barang ni kami masukkan dalam plastic setiap 1 item. Target organizer untuk prepare 80 packs. Ada la few items yang berlebihan since beli barang in bulk kan.
 






Not only that, organizer juga ada dapat few boxes pakaian terpakai yang masih elok untuk dipakai untuk diagihkan pada homeless.
 
 
Selesai semua, kami berjalan sekitar KL. 1st time jalan KL memalam, masuk KL pun jarang, so don't expect me to know each of the places okey. Hahaha :D Antara tempat yang Wawa kenal untuk distribution malam tu adalah area menara jam tu sendiri, masjid jamik, sekitar area yang boleh Nampak Wisma Jakel. Huhu~ My thought is, mungkin organizer dah biasa buat aktiviti ni, so diorang pun tau la kat mana ada homeless. Sampaikan yang ada duduk bawah jambatan besar pun diorang tahu. Hebat lah!!! Huhu~
 
Masa sesi penyerahan dijalankan, ada homeless yang sedang tidur di kaki lima, tepi jalan dan sebagainya. Ada juga yang masih berjaga. Ada kanak-kanak, ada dewasa mahupun warga tua, ada lelaki dan ada juga wanita (minority). Antara syarat-syarat penyerahan, kalau homeless tengah tidur, jangan kejutkan, just letak pack tu kat sebelah mereka. Okey!!! Noted!!!
 
Setelah habis semua serahan 80 packs, kami duduk dan membuat short post-mortem dan sharing session.
 
Bagi kami yang join this activity for the 1st time, we are GLAD to join again and again. Bukan sahaja kerana dapat kenalan baru, tapi sebab this kind of activity sangat baik demi membantu mereka yang memerlukan. Dari aktiviti ni juga, ada terkesan dalam diri supaya selalu bersyukur dengan apa yang ada. Sebabnya, kat luar sana tu ramai lagi yang hidupnya lebih susah, miskin bandar. Paling kesian ada adik-adik yang masih kecil, juga tergolong dalam golongan gelandangan ni. Hurmm.. Apa la nasib mereka di kemudian hari ye?? Semoga Allah melindungi mereka semua. Semoga Allah mempermudahkan perjalan hidup kita semua.
 
Lepas Wawa update few gambar aktiviti ni kat ig dan FB Wawa, rupa-rupanya, ramai kawan-kawan yang berminat untuk join program ni. Huhu~ tak pe, ada rezeki, insyaAllah kalau ada lagi this kind of activity, Wawa and friends akan war-warkan pada semua yang ada ye.
 

 
Kepada semua yang memberi dana, Syukran Jazilan. Semoga ada bahagian untuk anda di akhirat kelak.
 
Ehhhh... Belum habisssssss... Hahaha :D Balik dari aktiviti tu, sempat la snap snip snop gambar kat area Dataran Merdeka. Hohoho :D Nah gambo!!!
 




Sila sila lah follow ig Wawa untuk any update ya. InsyaAllah :)

IG: wawadaveronica

Nota kaki: Semua gambar di atas ihsan group wasap. Hikhik :D

 
Adios!!!
 
Wassalam......