Wednesday 27 February 2019

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 8 (15 December 2018)



Ok.. since harini adalah hari terakhir akan berada di Madinah, then we decided to go to Raudhah once again at late night. So here you go. This time around, as usual dalam pukul 10pm (14 Disember) kitorang dah keluar bilik menuju ke pintu 25. Kali ni Wawa bawa Mak Itam sekali naik wheelchair. So yang pergi, Wawa, Cik Nah, Mama and Mak Itam. Yang lelaki pergi juga tapi berasingan. Basically, Wawa bawa Mak Itam melalui wheelchair area and Mama dan Cik Nah berdua.

Bagi yang naik kerusi roda, tak ada masalah pun untuk ke Raudhah. Plus, it is much more convenient sebab tak perlu bersesak-sesak dengan orang lain. Mereka memang ada sediakan laluan khas untuk orang naik kerusi roda. Ada pegawai masjid yang akan bagi arahan, so ikut je arahan tu. 

At 1st stage of waiting in line

Nampak tak.. Ni dah 2nd stage menunggu untuk people with wheelchair.
Dah dekat sangat dengan Raudhah.

Sebenarnya, ramai je yang atas wheelchair tu independent. Maksudnnya, tidak ada anak or saudara mara yang tolak mereka. Tapi, nanti mesti akan ada orang perseorangan yang akan offer untuk tolak sebab diorang tau masuk dengan orang naik wheelchair ni lagi tenang. Huhu~

Tu area pintu masuk Raudhah dari pandangan wheelchair area
 

Nampak tak kubah hiijau tu. Hehe :)

Dari sini, kat corner depan tu, dah nak sampai Raudhah untuk yang naik wheelchair

Dari gambar jelas yang naik atau tak naik wheelchair, akan di bahagikan.
Tak boleh bercampur.

Haaa.. nampak tak macam bawah bumbung tu, karpet hijau.
Itu lah kawasan Raudhah bagi yang ber wheelchair.
As you can see dalam gambar kat atas, ruangan untuk yang naik wheelchair ni sangat limited. Tapi still manageable. Untuk yang menolak, korang boleh solat kat bahagian belakang, masih juga dalam kawasan karpet hijau. Wawa tak lepaskan peluang untuk buat solat banyak kali. Malam last kan, cuba buat banyak-banyak selagi belum kena halau dengan pegawai masjid. Jangan selfish tau, orang lain pun nak juga masuk dan solat di situ. Usai je solat ke-3 rasanya, Wawa tengok mak itam dah tak ade dah kat depan. Hahaha 😂 Sebabnya, diorang akan perhatikan, kalau you dah bagi salam je, pegawai tu sendiri akan tolak wheelchair you keluar dari kawasan karpet hijau tu. Haha 😂 Ini adalah salah 1 kelemahan yang naik kerusi roda. Korang tak boleh nak selit-selit menyorok dari pegawai macam orang-orang tanpa kerusi roda. Hehe 😁 Atleast kalau tak berkerusi roda, boleh sujud lama-lama dan doa dalam sujud. Selagi korang tak bangun, diorang tak boleh halau. Tapi lain caranya kalau berkerusi roda ni.

Mak Itam cakap, belum habis bagi salam lagi, dah ada pegawai yang standby nak tolak dia keluar. Huhu~ 😃 Tak apa la.. yang penting, ada ruang dan peluang itu. Alhamdulillah. Maka, usailah malam terakhir kami di Kota Madinah. Balik bilik, kami kemas-kemas bag, sebab pagi nanti dah nak berangkat ke Kota Mekah.

Setibanya pagi hari, semua jemaah perlu siap dalam pakaian ihram. Dan masing-masing menuju ke Masjid Nabawi untuk last solat kat sana.

Cik Burn dan Isyraf


Halah halah halahhhh..
 Selepas solat, semua naik bas dan mula berangkat ke Kota Mekah.

Apa jeling jeling?

Di dalam perjalan, bas berhenti di Masjid Bir Ali untuk bermiqat di sini. Masa ni dah rasa berdebar-debar dah sebab perlu jaga pantang larang ihram. Hikhik 😁

Di sekitar kawasan Masjid Bir Ali. Tudung tu hawat bulat sangat? 😄


Di sebabkan perjalanan dari Madinah ke Kota Mekah mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam, bas singgah pula di 1 kawasan ala-ala R&R untuk dinner. Kami menikmati dinner di Restoran Al-Ifrah. Makan macam cara nasi ambeng tu. Segala benda dalam talam, cume makan dalam pinggan masing-masing. Makanan dia sedapppppp... Alhamdulillah...





Settle makan, sambung lagi perjalanan. Masa sampai je kat gate Kota Mekah tu, hati ni rasa sayu pilu weyh. Sedih lain macam... Berdebar-debar pun ada. Sambil-sambil tu masing-masing mengikut bacaan istighfar yang diketuai oleh mutawwif.

Sampai hotel, semua bawa beg masuk bilik masing-masing dulu, makan, ambil wudhuk semula, atau apa-apa la nak buat. Hehe. Sampai dalam pukul 9 malam rasanya. Sebab pukul 10.00 malam tu kami semua dah nak mula mengerjakan umrah yang pertama. Hotel kami adalah Hanen Firdous, tak jauh pun dari Masjid al-Haram, around 500m. Boleh nampak cahaya terang masjid dari hotel kami tu. Alhamdulillah dekat. Sebab ada dengar cerita orang yang dapat hotel jauh-jauh, kesian kat yang dah berusia. Tapi tu la, rezeki masing-masingkan. Kalau jauh pun, lagi banyak berjalan menuju ke masjid, lagi banyakkkkkk pahalanya. Erm....

Now let's move on to 1st umrah punya story. Tak ada gambar pun sebab 1st time buat Umrah kan, so fokus sepenuhnya kepada mutawwif je. Owh ya, since di Madinah lagi, ustaz ada tanya ada tak siapa-siapa nak pakai audio transmitter tu masa buat umrah sebab ada kawan dia provide that service kat Mekah. So ramai yang nak especially for those yang 1st time ni. That one kena tambah sorang SR100 tak silap. Tapi ada limited quantity. So ada abang-abang yang dah pergi few times tu cakap, tak apa la, utamakan pada yang 1st time dulu. Kalau ada lebih dia ambil. Dengan adanya audio transmitter ni, insyaAllah mudah untuk mutawwif membimbing jemaah, and yes, I agree. Pada yang tak pakai pun jangan risau, sebab apa jua bacaan yang ada dalam buku tu, semua sama. Boleh je nak baca sendiri. Follow je ok!

On the way berjalan kaki dari hotel ke Masjid al-Haram, diselangi istighfar dan hati berdebar-debar. Sampai je perkarangan masjid, lagi rasa nak gugur jantung. Masa berjalan dari pintu asuk masjid nak nampak kan Kaabah tu, fuh, tak terluah perasaan. Bila nampak je Kaabah dengan 2 mata sendiri, cap cap cussssss, berjurai air mata 😢 Rasa syukur yang teramat. Walaupun diri ini pendosa, tetapi Dia masih terima kita di rumahNya. Alhamdulillah.

Setiap bait-bait bacaan, setiap doa yang diungkapkan, setiap ayat-ayat yang diucapkan, penuh dengan rasa syahdu. Sepanjang 7 kali tawaf tu, tak henti-henti berdoa. Tak kisah lah apa doanya, tak kisah lah apa bacaan ayatnya, korang boleh buat. Indah kan!!!

After usai tawaf dan solat sunat tawaf

Happy husband and wife
Not many gambar k. Baca je. Huhu~ Tapi next entry buat umrah ke-2, ada gambar sikit-sikit. Stay with me k. Usai tawaf, solat sunat tawaf, basahkan tekak sikit dengan air zam-zam, then teruskan ke tempat Sa'ie Safa - Marwah. Time ni kami bersa'ie di tingkat bawah. So bila sampai kat area berbukit sikit tu, orang yang menolak wheelchair kena gagahkan diri sikit la. Owh ya, time tawaf dan sa'ie tak berpecah lelaki perempuan ya. Semua go together. 

Alhamdulillah, tak sikit pun dia mengeluh sepanjang 7 kali tawaf dan 7 kali Sa'ie.
Good job adik. I'm so proud of you.
Last sekali after Sa'ie, masa untuk bergunting/bercukur. Perempuan lelaki, semua kena buat. Alhamdulillah our 1st Umrah berjalan dengan lancar. 😍 Penat, sebab perjalanan yang panjang, tapi rasa puas bila dapat selesaikan umrah pertama ni.

One with this cheeky boy and clock tower
Ok guys, I'll see you in my next entry k. Luv ya 😍

Thursday 21 February 2019

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 7 (14 December 2018)



Lewat malam pada tarikh ini, around 12am Wawa, Cik Nah and ada sorang lagi auntie ni (auntie Dayang), pergi ke Raudhah lagi. And this time around kami pergi sendiri je since dah tau macam mana nak ke sana dan nak buat apa. Just follow the flow. But this entry masih belum cerita pasal wheelchair di Raudhah tau. Tu entry yang lain ok.. Entry lepas yang ini.

We all bertiga start gerak dari hotel 10pm terus pergi cari pintu 25 and waiting for the session untuk masuk Raudhah. This time around we all saja follow group from countries selain dari Malaysia and Indonesia. And I tell you, don't ever join this group. They are worst. Kalau sebelum ni ikut ustazah, diorang memang bawa masuk ikut group Malaysia Indonesia. Sebab kat pintu masuk tu nanti they really divide people tau. Time follow Malaysia Indonesia tu, semua dengar cakap. Bila suruh duduk, everyone duduk. But, following this group dari negara lain, ya ampunnnn, rasa nak sepak je sorang-sorang mereka tu. Nasib kat tempat baik, so terpaksa tahan hati dan perasaan. You know what, bila suruh duduk, ada je yang berdiri and jalan sikit-sikit sampai ke depan. Bila pegawai masjid suruh berhenti dia bagi alasan nak duduk depan je. But then bila pegawai toleh pandangan ke arah lain sekejap, terus dia lari masuk ke Raudhah. Sampai pegawai tu geleng-geleng kepala. And not only that, bila dia nak ke depan tu, dia main tolak je kepala-kepala orang yang duduk ni macam kepala ni adalah pemegang 😨 Dari sini dah nampak perbezaan adab orang-orang dari negara lain ni. Come on guys, Islam mengajar erti kesabaran, sabar boleh tak? Kat negara awak tak ajar adab ke? 😳 Nanti semua dapat peluang masuk. Jangan risau k. SABAR!!! That's the key word!!!

Me, Cik Nah and Auntie Dayang
Bila dah balik hotel, tidur sampai ke pagi untuk next schedule. 

Hari ini adalah hari berjalan-jalan 💝 or they call it ziarah luar. Seperti yang di maklumkan kepada kami semua, pagi-pagi tu keluar dah siap berwudhuk. Sebabnya antara destinasi yang di tuju adalah Masjid Quba. Kenapa kena berwudhuk, supaya nanti mudah untuk buat solat sunat disana.

Inilah rupa Masjid Quba itu 😊


Ha, ni nak cerita sikit pasal keadaan di Masjid Quba. Masjid tu sendiri tak ada apa-apa isu. Yang menjadi isunya adalah orang yang menjual di perkarangan Masjid Quba ni. My advise is, lepas dah habis solat, keluar je masjid, nampak orang jual-jual, especially yang jual tasbih, terus jalan laju-laju jangan layan diorang. Sebabnya? Walaupun korang tolak secara baik, diorang akan letak barang tu atas tangan korang or anywhere yang diorang boleh letak kat korang, then dia toleh ke tempat lain sebab dia nak korang bayar juga barang tu. My auntie kene. Padahal my auntie siap sorokkan tangan dalam tudung labuh, then diorang boleh letak atas tempat yang kita sorokkan tangan tu. Korang faham tak? Haha 😂 tapi macam tu la. Kalau orang yang jual atas cart tu tak ada masalah. Yang masalahnya adalah yang berdiri jual barang-barang kecil ni. Bukan la tak nak beli, tapi kalau dah beli banyak, nak beli lagi buat apa. Sebab yang diorang letak kat tangan kita tu bukan 1 tasbih tau. SEIKAT tasbih dalam 10 ke 12 unit. Ha, fikir-fikirkan lah. Huhu~

Ok dah habis kat situ, kita g kedai kurma pula. Jarak dari Masjid Quba ke ladang kurma ni tak jauh pun. Around 10 to 15 minutes. Masa our group sampai, tak ada orang. Meaning that we are the first group yang datang kedai tu. Mudah nak memborong!











Datang je group lain, zasssss busy kedai tu 😄

Beli beli beliiiiii



Cheeky boy!!!



Alhamdulillah. Selesai melontar Riyal. Hehe 😁 Wawa beli kurma Ajwa 5kg 300SR rasanya. Wawa share dengan Cik Nah, Mama. Sebab 5kg tuuuuu.. Huhu~ By the way, sedapppppp.. Tiba-tiba macam tak cukup pulak bila dah sharing Hehe 😉 Lets go to the next destination! Its is Jabal Uhud aka Bukit Uhud. Jabal Uhud ni ada sejarah peperangan Uhud. Menarik ceritanya. Sejarah peperangan Uhud ni Wawa baca banyak dalam buku dan internet. Korang boleh baca tau. Menyingkap sejarah. 

Lagi 1, kat sini, ternampak jelas bukit-bukit tu dah naik hijauan. Dikatakan, semakin hijau bukit-bukit itu, semakin hampir lah kita pada hari kiamat. Wallahualam....







Memang suka menyempit. Nak berdua pun payah 😔

Ha, dapat pun. Tu pun lepas suruh si kecik tu g kat mama abah nye 😆

with Mama

Kesayangan dunia akhirat. My tulang belakang.

Haiii... shopping apa tuuuu...


Owh ya, lepas dari trip ke Bukit Uhud, pihak Andalusia ada bawa ke 1 lagi kedai yang memang ada sticker Andalusia, seems like it is one of their dedicated shop la. But based on price comparison, kat kedai ni agak pricey. So better beli kat kedai di area ladang kurma tadi tu.

Ini je trip untuk harini. After settle, kena balik hotel sebab yang lelaki nak pergi solat Jumaat. Then the whole day kita spend di Masjid Nabawi before berangkat ke Mekah esok hari.

Please wait for the next entry k. Ada cerita yang Raudhah with wheelchair tu 😎