Alright! Lets go!
Untuk day 1, flight kami lewat malam around 11pm macam tu. So by 8pm semua dah kena berkumpul di airport. After check in semua beg, sebelum depart, pihak Andalusia buat briefing dulu dan perkenalkan mutawwif kami iaitu Ustaz Faruqi. Later on i'll show you which one is Ustaz Faruqi ok!
Dah, jom naik flight!
We are going to Turkey by Turkish Airline. 1st time guna Turkish ni actually. Overall not bad. Services ok, toilet wangi, siap provide perfume and lotion lagi. So agak-agak lepas membuang tu risau next person coming in bau kurang menyenangkan, ha, spray la perfume tu bangi mangi mangi ye ye ye 😅
|
Dapat duk sebelah budak ni memang best 😁 |
|
Muka monyok sebab gayat ke sebab ape tu? hahaha :D Please excuse my naked face. Flight malam, tak kose nak mekap bagai. |
|
Hiii.. Dating nampak!!!! |
|
Kesayangan |
|
Travel pack untuk kanak-kanak |
|
Ni kanak-kanak nya |
|
Ni untuk kanak-kanak juga. Soft toys. Kakak jealous, kenapa kakak tak dapat? Kakak pun kanak-kanak juga 😝 |
|
Menu on board |
|
Haaa...muka ada senyum dah 💜 |
|
Ni bukan dinner dah.. Ni supper!!! Pukul 1 pagi weyh!!! |
|
Breakfast is served!!! |
|
Lotion and perfume dalam toilet |
Alhamdulillah kami selamat mendarat di tanah Turki setelah berjuang dengan pinggang selama 11 jam 😌 Sejukkkkk... Kat Turki time ni musim sejuk. Wet and cold.
|
Sekitar lapangan terbang Istanbul |
Lepas claim luggage, solat Subuh, semua terus bergerak menuju ke bas. Alhamdulillah, bas pun sangat selesa.
|
Naik bas untuk ke destinasi pertama di Istanbul. Yang kat depan tu our tour guide untuk sepanjang masa kami berada di Turki. |
|
This is the bus guys!!! Nice kan rupanya... |
For your information, hampir semua bas yang ada kat Turki ni warna putih and plain. So kalau tak nak tersalah bas, kena snap gambar dengan nombor bas sekali. Kalau tak nanti mau salah naik bas lain 😅
So this is our first destination in Istanbul, Eyup Sultan Mosque. Yes, not check-in yet. Terus berjalan walaupun tak mandi, tak makeup. Kisah apa kan? 😂 Kat sini, selain dari sejarah empayar Ottoman, ada 1 lagi perkara menarik, iaitu tempat arwah Ammar di kebumikan. Korang masih ingat beliau? Seorang warganegara Malaysia yang sangat bertuah dapat dikebumikan di perkuburan Eyup di samping para sahabat Rasullullah S.A.W.. Kisah tentang arwah Ammar ni, korang boleh baca kat sini ⇢
Kosmo - Ahmad Ammar
Tiba-tiba terdetik dalam hati, apa sumbangan kita pada agama? mampukah kita jadi seperti beliau. Buka minda, buka hati, terus rasa kerdilnya diri.
|
Ni entrance Makam Sultan Eyup. Nak masuk kena buka kasut dan letakkan dalam beg plastik yang telah disediakan. |
|
Belakang tu adalah tomb of Sultan Eyup |
|
While waiting for others |
|
Sekitar kawasan tempat letak bas. Tengok tu, bas-bas putih =) |
Weyh, betul cakap orang kucing-kucing kat sini sihat-sihat comel-comel banyak-banyak.. Hahahaha 😅 Rasa macam nak culik semua bawak balik.. errrmmm..
|
haaa... nape comellllll 😹 |
|
Yang ni sejenis tak friendly. Boleh dia lari.. Choy!!! Dia garang sampai takut Wawa nak pegang :D |
Sampai je kat bas, kami diberikan packed breakfast yang masih hot hot hot... Layan betul makan time tengah sejuk-sejuk ni..
|
Hahaha :D pelahap nau nau.. Sedap.. |
Rasa dia macam roti canai tapi lagi lembut dan sedap dari roti canai. Serious, tak tipu.
So next destination adalah Topkapi Palace. Jom!!!
|
Di pertengahan jalan menuju ke Topkapi |
|
Jap sabar.. Jangan snap dulu!! Aduhhhhhh.... |
On the way nak ke Topkapi, kita akan lalu Hagia Sofya. But for today's itinerary, tak pergi sana. Later baru pergi. So kita layan sekitar Topkapi ya!
|
Tu kat belakang tu adalah Hagia Sofya |
|
❥❥❥ |
|
Husband hakak memang suka amek gambar memanjang tegak lagu ni. Hakak pun tak tau hawatnya dia lagu tu!!! 😃 |
|
Yang ni, hakak dah edit kasi potong sikit ataih tu 😌 |
|
Alololo.. Happy muka Mama kesayangan ni ❥ |
By the way, kat belakang mama tu adalah The Imperial Mint of the Ottoman Empire. Tak masuk sana pun. Kawasan ni adalah halaman pertama dalam area Topkapi.
|
Eh, little boy sorang ni... Asik nak menyelit je kerjanya 😃 |
|
Kat belakang tu adalah Byzantine Chruch Hagia Eirene. Masih di area halaman pertama Topkapi.
|
Ni tiket nak masuk Topkapi Museum |
|
|
Entrance ticket untuk Topkapi boleh dibeli di sini |
|
Entrance to the 2nd courtyard of Topkapi - the Gate of Salutation |
|
Ni belakang 2nd entrance tadi. Ada scanner macam kat airport tu. |
|
This is at the 3rd courtyard area. Nama building yang tangganya Wawa berdiri ni adalah Arz Odasi.the Audience Chamber. |
|
Handsomenya dia 💘 |
Apa yang ada kat dalam Topkapi ni? Topkapi ni sebenarnya adalah muzium. Barang-barang pameran dari empayar Ottoman tu sendiri. Rasanya kat area muzium tu tak leh snap gambar. Tu yang Wawa sendiri pun hampir lupa apa barangan yang dipamerkan and that's why juga lah Wawa tak ada pun gambar dalam area muzium tu.
|
Selepas habis pusing dalam Topkapi baca sejarah-sejaran yang ada. Duk lek lek lu.... |
Luas ye Topkapi compound area. Sangat luas. Buat yang tak larat berjalan jauh, mungkin akan terasa ianya sangat memenatkan. Dah berkumpul semua manusia, now its time for sappedek!!!
|
Dah penat jalan kan.. Nah, hamek makan kenyang-kenyang.. |
Meals kat Turki ni lain tau. So do not expect something like Malaysian food. Hehe. Try to mix with their culture k. Even kat dalam flight Turkish Airline pun, their meals ikut Turkish culture. They are more into beef, various type of cheese (sangat banyak jenis sampai tak tau nak makan yang mana dengan makanan mana), vege, and rasanya agak sedikit salty. Haaaa...
|
Nasi kat turkey ni macam nasi dagang. Hahaha 😃 tapi tak se-sticky macam nasi dagang la. Dia macam ermmm..nasi beras Jepun tu kot. Haaa... Entah. Susah pula nak explain 😅 |
|
Sugar cube |
Restoran ni namanya Yusuf. Kat sini complete with prayer room. Toilet pun selesa dan bersih. Selain tempat makan, restoran ni juga ada menjual daging-daging fresh!!!
|
Signboard ke surau dan toilet |
Dari parking area restaurant ni kan, boleh nampak snowy mountain tau. Dalam hati berbisik, alangkah indahnya kalau dapat pergi sana. Hehe 😊 Apakan daya, pakej yang we all pilih ni tak termasuk untuk ke sana. Dalam bas pakcik siap cakap 'Wa, jom esok kita g Uludag nak main snow. Kita seperate from group' dengan nada lucu and i said 'I'm ok. But we need to study how to get there' dengan nada excited 👽 Then bila discuss semula, there is no chance for us to do so sebab itinerary agak padat 😡 But, please stay with me till the end of my journey. Something good happening soon!!!!
|
Nampak tak kat belakang tu? Ada snow kat mountain tu. Hehe =) |
|
Posing lebih!!! |
|
Selfie sat |
Perut penuh, suka hati, mari teruskan perjalanan. Next pit stop (ye, tak check in lagi and tak mandi lagi!!! 😅 nasib cuaca sejuk so tak berpeluh) adalah The Green Mosque. Time ni dah hujan renyai-renyai. Maka bertambah sejuklah cuaca kat Istanbul ni. Nak ke Green Mosque ni kena berjalan sikit. Sebab bas tak boleh masuk sampai dalam. Tak jauh pun berjalan. Dekat jeee...
|
Di celahan kota Bursa |
|
Di perkarangan Green Mosque |
|
Di hadapan pintu masuk Green Mosque |
|
Time we all sampai, diorang tengah solat fardhu |
|
Sejukssss |
After visiting Green Mosque, berjalan sikit untuk ke the Green Mausoleum (Green Tomb). The Green Mosque and the Green Mausoleum ni adalah UNESCO World Heritage site tau. Lokasi antara kedua-dua tempat ni berjalan dalam 5 minit.
|
Kat belakang tu adalah the Green Mausoleum |
The Green Mausoleum ni menempatkan makam Sultan Mahmet I.
|
At the entrance of Green Tomb |
So settle sini, we all walk back to the bus parking area. Tapi sebelum sampai ke bas tu, kita menyinggah shopping sat ye ye ye.
Kat sini apa Wawa beli? Fridge magnet je. Hahaha 😁 Once everyone dah berjalan melontar Turkish Lira, then only naik bas untuk ke destinasi seterusnya iaitu Agung Mosque.
Agung Mosque atau nama lainnya Ulu Cami ni besarrrrrr..... Ianya adalah salah satu masjid tertua di Bursa. Dia ada 20 kubah (dome) dan 2 minaret. Sebab apa terbinanya sehingga 20 dome ni? Mengikut sejarah yang diceritakan oleh tour guide, plan asalnya mereka nak buat banyak-banyak masjid kat area ni. Tapi ada cadangan yang hadir membuat cadangan why not buat masjid yang besar 1 dengan keluasan 20 dome ni. Haaa.. cenggitu la lebih kurang. Wawa kurang hebat nak bercerita semula ni. Dengar cerita je pandai. Hehe 😃 Jom jalan-jalan kat dalam area Masjid Agung ni.
|
Actually, di setiap lengkungan ceiling masjid ni terdapat kubah. So in total ada 20 lengkungan la. |
|
Dari dalam, kubahnya adalah seperti ini. |
|
Tengok tu, sesi pengajaran dan pembelajaran. |
Yang menarik perhatian Wawa kat Masjid Agung ni adalah sudut 'melepak' yang disediakan. Banyak weyh.. So that you can use this area to read al-Quran, dengar orang bercerita, duduk rehat dan macam-macam. Sungguh convenient. Dan kat area dalam masjid juga ada disediakan rak kasut. So tak perlu tinggal kat depan pintu masuk kalau risau kasut hilang.
|
Ni ruang 'melepak' tu.. |
|
Kembaq |
|
Nampak tak rak kasut kat tepi tu.. Kat tepi bahagian dalam masjid ada, kat tengah-tengah area masjid pun ada rak kasut ni. |
Alhamdulillah.. settle semua destinasi hari ini. So finally here we go to check in 💃💃💃
But before that, masa dalam perjalanan ke hotel, TIBA-TIBA, tiba-tiba ok, tiba-tiba guide bercakap mengenai Uludag Mountain dan tanya berapa ramai yang nak pergi ke Uludag Mountain ni. But with additional payment of 100TL per person la. Then semua orang angkat tangan. Korang rasa apa? Hahaha 👱 berbunga-bunga hati weyhhhh.. Semua pun nak pergi, best betul group ni!!! Owh ya, even though this is an additional destination, but the tour guide janji yang dia still akan cover semua area seperti yang dah tersenarai dalam itinerary. Ok, malam ni boleh tidur dalam senyum 😍
Once we reached hotel, settle semua check-in, we go for dinner kat hotel jugak. This hotel named Gold City Hotel. Selesa yakmat. My room untuk 3 orang. My husband, my mom and I. So setiap orang dapat katil single. Sangat selesa ok. Bilik pun a bit spacious, tak cramp.
|
Wi-Fi available kat sini. Laju pula tu. |
Once dah check-in, tak mandi lagi ni, g makan dulu. Hahaha 👅
|
Part of the menu untuk dinner |
Dah kenyang, kita gi jalan-jalan sekitar hotel jap. But most of the kedai dah tutup. Yang buka hanya kedai runcit je. So husband cakap dia nak beli sebikut (he is a cookie monster actually 😆), so we go to one small shop located just 3 minutes walk from our hotel.
|
In front of the hotel |
|
Ni gambar-gambar kat shop tu |
|
Heaven for him, not for me 😄 |
|
Kat Turki ni pes tomato dan yogurt adalah antara makanan wajib ada |
|
Sunyi |
|
Sepi |
Finally, tamatlah sudah untuk hari ini. Baru lah boleh mandi walaupun sejuk gedi. Penat, bai 😪😫
Jap jap jap, meh tengok short video ni..untuk semua peminat meow meow..
No comments:
Post a Comment