Sunday, 10 February 2019

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 3 (10 December 2018)



Hoyeh hoyeh.. Masa yang di nanti telah tiba!!!

Mau tak happy, today kan nak ke Uludag.. Hehe 😄

Before that, ayuh kita sappedek!!!







After we finished with our breakfast, kami dibawa ke Munira shop. Di sini terdapat baaaanyak Turkish Delight. Harga pun ok la. But please stay with me. Sebab later I will let you know where you can buy Turkish Delight at better price 😜 Munira ni bukan sahaja menjual Turkish Delight, malah banyak lagi barangan seperti saffron, olive oil, perfume, argan oil and pelbagai jenis herbs.. Erm.. Kedai dia sangat proper tersusun. Time turun bas tu staff Munira ni akan bagi like a coupon tau. But I think this coupon adalah untuk dia kenal pasti dari bas sekian berapa total sales, so that it is easy for them to pay commission pada tour guide yang bawa kita ke sini. Anyhow, its up to you. Nak beli boleh, tak beli pun boleh. Hehe 😄





Turkish delight yang dah pre-pack ni rasanya tak seoriginal
yang kita boleh pilih-pilih tu tau

Penerangan mengenai saffron

Segala jenis herbs

Taster

Sedap.. Sebab tak manis sangat.

Ya ampun.. banyaknya shopping!!!
p/s: Turkish Delight tu berat tau!!!

Dah habis melabur Turkish Lira, lets jejom!!! Uludag!!!

Perjalan dari area Munira ke Uludag mengambil masa dalam 1 jam 30 minit ke 2 jam. Bergantung pada driver. Cuma kalau laju tu, risau nanti ada yang pening pula. Macam our group, ada sorang akak ni sampai-sampai je kat Uludag, turun bas, zassssss keluar segala isi perut. Kesian...



Masa sampai Uludag ni, snow tak lebat sangat. Masing-masing excited nak main snow, including me. Hahaha 😆 Bukan selalu dapat, why not kan!!! After that we decided naik cable car untuk ke atas lagi. Untuk naik cable car ni kena bayar 30TL seorang utk return ticket.







Mama's first time with the snow







Ada orang tu surrender tak tahan sejuk. Nyorok dulu!!!
Sejuknya masa nak ke atas lagi.. Sedingin cintaku padamu 🙈 #kakakcuba







Once dah sampai kat atas, semua masuk dalam kedai untuk minum kopi panas. Selain dari kopi, ada teh, coklat.. Harga ek? ermm.. lupa laaa.. but affordable, seriously.. Masa kat dalam kedai ni, semua duk berkampung di sekeliling unggun api nak panaskan tangan. Hahaha 😆








Bila masing-masing dah settle dengan urusan pemanasan dan ketandasan, then tiba masa untuk turun. Masa nak turun ni, tiba-tiba snow jadi lebat dan angin semakin kuatttt.. Sejukkkkk yakmat!!!! Tapi happy!!!


Mama and Hazwan (my cousin)






Setiba di bawah, main-main salji dengan adik sepupu sorang tu la, apa lagi 😁







SAYANG

CINTA

sempat membawang





Photo bomb 1

Photo bomb 2

Photo bomb 3






Halah halah halahhhhhh....

Manja budak sorang tu...
Bila dah sejuk, semua pun kelaparan, maka ke restoran la kita lepas tu untuk lunch. Lunch hari ni di restaurant Yusuf juga. Dari Uludag nak ke Yusuf ni mengambil masa around 1 jam setengah. So sempat la menidurkan diri. Hahaha 😫 Walaupun lunch di restaurant yang sama,  tapi adalah a little bit different on their menu. Yang sayur tu memang sama, tak leh buat apa 😂




Prayer room. Ni prayer room lelaki.. Perempuan punya area nan hado gambar nya..




After that we make a move to Istanbul back for check in at Ramada Encore Istanbul. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam setengah. Sepanjang perjalanan, melilau-lilau mata melihat tempat orang. Since perjalanan today banyak dihabiskan dengan di dalam bas, so tempat yang dilawati pun limited la. But then keesokan harinya akan sangat penuh sebab nak kena habiskan lawatan ke semua tempat yang telah disenaraikan.

To be honest, sepanjang kat Turki ni (Bursa/Istanbul), hotel yang dipilih oleh pihak Andalusia adalah sangat tip top. Terasa macam mewah pula perjalan kami sekeluarga ni. Alhamdulillah.














Once settled with check-in process, kami dinner di hotel ni juga. Nak keluar jalan-jalan lepas dinner tak boleh, sebab hujan lebat. Makanya, sehabis dinner, kami recharge energy je dalam bilik. Mandi, rehatkan badan, browse through gambar-gambar tadi..Huuuu... Bahagia nya... Alhamdulillah.






Haaa.. yang pakai baju biru berkaca mata tu Ustaz Faruqi, our Mutawwif :)
Ok geng! kita rehat dulu ya. Nanti sambung untuk perjalanan yang padat keesokan harinya...

Love you 💗

No comments:

Post a Comment