Wednesday 21 February 2018

Bangkok Day 2 (23 December 2017)


Ok, jom mulakan pengembaraan di hari yang baru.

Bangun pagi je, 1st thing 1st is mandiiiiii.. Dalam train ade water heater kan, mandi awal pagi pun takde hal :D Dah siap-siap, kita panggil Thanin, dia akan kemaskan katil tu untuk laundry purposes then transform semula katil ke seat seperti asal. Then siap-siap, breakfast makan biskut yang dibawa sebagai bekalan, buat air teh, aummmm…nikmat… owh btw, air panas boleh dibeli di café dalam salah satu coach. 5 baht per cup or kalau ade bottle yang boleh isi air panas pun sama harga. Kat café tu juga ada jual halal food brand CP. Harganya 65 baht per pack.

Halal food available on board


Sedap berselubung nampak!!! @_@
Kasi can laaaaa...

Ni Thanin, our butler :)

Around 12.23pm waktu Thailand, kami selamat tiba di Hua Lamphong Bangkok Station. Sampai je kat station ni, of course la snap moment dulu :D then we all proceed ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakaan mengenai tiket ke Lop Buri (Sunflower field). For your information, tiket ke Lop Buri hanya akan dijual pada hari berlepas sahaja. We are not allowed to buy the ticket in advance. So tak pe la, we just take the info, then tanya pula macam mana nak ke hotel yang kitarang dah booked tu.

Owh btw, kat gambar bawah ni adalah info train ke Lop Buri tu.

Safely arrived!!! Hualamphong Bangkok Station!!!



Posing luuuuuuu @_@

US

Train detail to Lop Buri

Tadi ada tanya kat information kaunter tu macam mana nak ke hotel kitorang, naik train dari mana, sebab plan nak naik train je g sana. Then staff tu cakap naik bas lagi senang. So dia cakap cari bas nombor 29, so kitorang keluar je dari train station tu terus g cari bus stop and tunggu bus nombor 29. Luckily, tak sampai 2 minit, terus terpacul keluar seketul bas bernombor 29 tu.. Hahaha :D Tak yah tunggu lama. Naik je bas, kitorang bercakap dengan bus conductor macam hayam dengan hitik. Dia tak berapa faham English. Then kitorang tunjuk alamat hotel then dia discuss dengan bus driver. Ha tak kisah la, yang penting dia nampak macam dah ada bayang-bayang kitorang ni nak ke mana. Hahaha :D confident kan!!! Tapiiiii, bas dah jalan ni, then dia suruh one of the passenger tengokkan lokasi yang kitorang nak pergi ni, kitorang jadi macam ‘eh, dia tak tau ke?’. Hahaha :D then nasib passenger tu tau juga la area hotel kitorang tu. Then dia suruh stop kat this 1 area, then walk around 15 – 20 minutes untuk sampai ke hotel. Hotel yang kitorang booked tu bukanlah hotel mahal-mahal or well known pun. Hotel biasa-biasa je. And the location is agak tersorok even though it is located at the centre of the town. Owh ya, lupa pula, tiket bas memang murah, dalam 10 baht per person.


Lajen weyh!!! kipas je!!!


Thank you for helping us kakak!!!
After turun bas, dengan navigation google maps, Alhamdulillah we finally managed to reach our hotel. Yeay… at first they said our rooms tak ready lagi, tapi kitorang macam tak leh nak tunggu, so plan nak tinggalkan je dulu bag kat lobby and terus g jenjalan since they offered to bring our bags to the room once our rooms are ready (but please make sure nothing valuable kat dalam bag k). Then after settle registration and payment, they said our room is ready. I guess that room actually orang lain punya, but since we are there already, then diorang just kasi ON je. Hehehe J Alhamdulillah. Total cost untuk bilik adalah 5511 baht (2 rooms, 3 nights). Hotel ni kat area Pratunam tau!! Kat sini banyak budget hotel yang ada untuk dipilih.

Walk to the hotel


So, lepas check in, kita solat, then terus keluar, tak tunggu apa dah. G cari sappedek dulu. Dah lapau nau nau @_@ Since sepanjang berjalan kaki ada ternampak restaurant halal ni, so we all dah tau dah ke mana hala tuju untuk memenuhkan perut ni. Maka ke Saneeya Restaurant lah kami. Yeay!!! To be honest, harga kat Bangkok ni, not that cheap especially for Halal food. Kat tepi jalan pun memang ada yang murah, butttt, kat tepi gerai tu adeeee je yang jual oink oink. Ermmm.. so kita pilih yang tiada was-was ye ye ye..








Air kelapa kat Thailand ni memang sedap-sedap ek? Hahaha :D Wawa memang penggemar air kelapa. Dapat pula yang pure tanpa gula tapi sedap nak mammmm, memang hari-hari Wawa minum air kelapa. Hahaha :D

Ok, jom sambung perjalanan dengan perut yang dah kembung :D

Mentang-mentang dah tau jalan, cross railway weyhhhhh nak ke train station. Kat sini, memang tradisional sesangat. Haha.. even motor pun cross kat situ. Hahaha :D insyaAllah selamat. Jangan la time dah nampak train tu, time tu jugak korang nak cross tau!!! Hakak tak bertanggungjawab dikkkkk…


Alright… next!!! Chatuchak Market!!! Ok dari hotel kitorang nak ke Chatuchak ni naik train. Walk from hotel to Chaoprarap Train Station (10 minutes) then naik train Dari Chaoprarap ke Phaya Thai Station 15 baht per person, then tukar train kat train station yang sama juga, dari Phaya Thai ke Mo Chit 37 Baht per person.



Chaoprarap to Phaya Thai

Phaya Thai to Mo Chit
Tak lama pun, dalam 20 minutes macam tu dah boleh sampai Mo Chit. Kat Mo Chit ni, ya ampunnnnnn, ramai nye manusiaaaa…. Tapi tak pe la, jalan je.. around 15-20 minutes berjalan, dah sampai kat Chatuchak. Kalau orang tak ramai, maybe 5-10 minutes dah boleh sampai.





Chatuchak ni weekend market and buka siang je. Pukul 5pm dah ada  yang start tutup kedai. We all pun tak lama kat sini, since tempat ni besarrrrrrr sangat dan kitorang pun sampai dah agak lewat. So mana yang ada je la. But kat sini, memang korang boleh shopping kaw kawwww punya. I love the traditional and handmade stuffs. Ouch!!! Damage happened here!!!! On my 1st day in Bangkok!!!! @_@ Apa Wawa beli? Rahsia!!! Hahaha :D

One of the entrance at Chatuchak


Memborong ke tu cik kakkkk 

Murah kaw kaw!!!


Bag raga tu, aummm...

Aihhh.. banyak nye la pilihannnn

Focus naw naw nampakkkk
Owh ya, kat sini, Wawa and Fendi berpecah dengan Masz and Ija. So kami bawa haluan masing-masing and set timing untuk jumpa kat pintu masuk. And for your info, kat Chatuchak ni ada sangattttt banyak pintu masuk. So please remember kat mana korang masuk kalau nak senang k. Jangan jadi macam masz, confuse sampai kena cari information counter untuk tanya :D

Ok, done part Chatuchak, lets go back to our room sweet room.

Balik, mandi, solat, tak fikir apa dah, siap-siap, keluar jalan lagi. Yeay!!! Baru we all tau, area hotel kitorang tu teramatlah hidup!!! Nightlife kat situ sangat sangat hidup sebab tersangat dekat dengan night market and one of the famous fashion malls kat Bangkok. Aum!!! Bersedialah wahai Thai baht!!!







Fav!!! Pulut mangga!!!
Lepas dah jalan-jalan, and ade orang tu siap membeli belah bagai, then baru g dinner. Hehe.. and kat mana tempat dinner? Restaurant yang sama, Saneeya!!! Hahaha :D ada Nampak restaurant lain tadi, tapi harga lagi mahal. So tak pe la, restaurant sama pun tak pe, order je makanan lain. Makan kat Saneeya ni ok je, sedap je. Hehe J

Orait guys!!! Nak tidur!!! Ready for next day’s entry k!!! Muah muah muah :-*

Assalamualaikum J

Tuesday 13 February 2018

Hatyai – Bangkok Day 1 (22 December 2017)


Cakkkk @_@ hehe.. meh baca entry kali ni bertemakan Bangkok Bond 008 :D Annual trip dengan kawan-kawan (insyaAllah selagi berkemampuan) kali ni adalah pada 22 hingga 26 December 2017 ke Bangkok. Unik nya perjalanan kali ni adalah kerana kami menaiki train dari KL hinggalah ke Bangkok. So jom baca sampai entry hari yang terakhir ok!!!

This time around punya trip 4 orang.. Wawa, Fendi, Masz and Ija. Ada rakan seperjuangan yang tak dapat join kali ni. So kita just on je la dengan apa yang ada. Huhu~

Hari pertama bermula dengan perjalan train kami dari KL Sentral. We all naik train 6.45am.. tiket ni actually agak mencabar untuk kami beli online sebabnya KTMB online system ada problem. So kami menggunakan cable one of kenalan dari travel agent yang boleh tolong belikan, dalam pada masa yang sama, we all cuba juga untuk beli sendiri. Sebab usually tiket ETS akan release at least 1 month before departure, but during this time, about 3 weeks before departure pun kitorang masih belum dapat beli tiket due to that problem just now. Finally and luckily, that person tu dapat belikan tiket before it is sold out (yang pukul 6.45am punya). Sebab on the same day yang that person belikan tiket tu, online system dah ok, tapi train 6.45am dah habis, so terus Wawa tanya that person what is the status, then dia cakap ‘dah beli dah tiket 6.45am’. Oh my…. Lega sungguh dalam hati.. Alhamdulillah settle part tiket. Owh by the way, the ticket price is RM102.00 per person..



Muka fresh awal pagi :D
ETS ticket
Naik train ni best nya apa tau? Departure time dia, exactly the same as stated kat dalam tiket. No delay unless betul-betul ada problem. Then pemandangan pun cantik. Ermmmm.. So perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar mengambil masa selama +- 5 hours 20 minutes. So dalam train kita buat apa? Tidur laaaa… @_@


Then sampai je kami di Padang Besar, our driver yang nak bawa kami dari border Padang Besar ke Hatyai station dah tunggu siap-siap. Driver ni Wawa dah book awal-awal sebabnya, tak berani nak ambil risiko naik teksi sapu ni. So, lepas turun dari train terus we all jalan untuk ke kereta. Anddddd we are so surprised that, kereta yang pick up kitorang tu bukan kereta biasa-biasa, tapi Toyota Alphard!!! Hahaha :D VIP gittewwwww… harga for this car dari Padang Besar ke Hatyai Station is 1200baht. For me like, sangat berbaloi. The driver is Karim. Actually I know him since my last trip to Hatyai. Dia ada travel agency kat Hatyai Station, so senang nak deal pasal train from Hatyai ke Bangkok. Hehe :D





Lepas load semua beg dalam kereta then we make a move to imigresen untuk cop passport. Kat sini queue a little bit long since it is weekend and nak dekat cuti xmas.. so ramai la orang yang pergi bercutiiiii @_@ but everything settle within +-1 hour.. tak sampai 1 hour la rasanya.. And di nasihatkan, jangan nak memandai letak tips RM1 or any amount kat dalam passport tu ok!! But yang peliknnya, kaunter yang Fendi pergi, that officer mintak dia RM2, which I don’t know why.. my counter that officer tak minta pun.. Hahaha :D So, nasib la if sesiapa kena ye ye ye..


At the border
Owh, lagi 1, kena isi departure-arrival card (kad biru). This card we got it for free from Karim. But if you travel on your own, you guys may need to buy the card from local people yang berpeleseran dekat imigresen tu. Harganya Wawa macam kurang ingat. And diorang pun ada offer untuk isikan form tu untuk korang, tapi for sure berbayar la..huhu~ so, terpulang la masing-masing ye. Isi form tu senang je pun. Tapi kalau tak kisah nak bayar, then up to you :D



Perjalan dari Padang Besar ke Hatyai tu around 1 jam. So dalam kereta kami disajikan dengan video show di Thailand. Bukan tiger show tau!!! Show dari singer diorang :D Setelah sejam perjalanan, tadaaaa~ kami di Hatyai station…

Our next train is from Hatyai to Bangkok. Train pukul 6.45pm. Meaning that, lambat lagi. But its ok for us. Memang plan biar sampai awal, so that in case anything happen in the middle of the way (eg: ets delay ke, who knows kan), so we have a lot of time, no rushing. So kat Hatyai ni what we did was, kita ke toilet dulu :D Toilet kat sini bersih tau. You guys just need to pay few baht..around 50 baht cenggitu. But don’t expect toilet like in a shopping mall or hotel la pulak tau. Ni ada gambar toilet as contoh. Kat train station ni juga ada surau dan telekung. Senang while nak tunggu train tu kita perform solat.

Surau

Toilet at one of the shops

Abaikan muka lepas solat tu ye :D tudung pun tak pin betul :D



Pak Aree's Name Card



Since Karim’s office is here in Hatyai Station itself, few months back Wawa minta dia assist untuk belikan tiket train Hatyai – Bangkok. Sebab that’s the only way yang paling selamat compared to beli kat online sebabnya ad abaca few blogs cakap better beli direct kat Hatyai Train Station since banyak online yang cuba menipu. Plus, kenapa minta tolong Karim or ayah dia, Pak Aree belikan tiket adalah sebab we all nak naik 1st class cabin train. Ticket for 1st class cabin ni limited and selling fast. Dalam sepanjang-panjang coach (around 12 gerabak maybe), 1 coach je ade 1st class cabin ni. Meaning that 1 coach ade 12 cabin equal to 24 person. Masa deal dengan Pak Aree tu, dia cek, tinggal few cabins left. So dengan yakin nya kami suruh Pak Aree belikan terus tiket tu walaupun tiket ETS belum beli. Dah bincang dengan kawan-kawan, let say tak dapat tiket ets, we will find other way to Padang Besar, naik bas pun tak apa, and everyone agreed. Ini yang penting bila kita travel dengan kawan-kawan. Kesatuan, kefahaman, keserasian, dan segala ke----an :D 1 cabin boleh masuk 2 orang. So Wawa dengan Fendi, Masz dengan Ija. Kami minta connecting cabin. Yes!!! They do have connecting cabin. Macam kat hotel tu, yang connecting room tu. So ada pintu tengah-tengah, boleh buka, boleh borak-borak. Hehe :D Harga tiket 1st class cabin Hatyai – Bangkok adalah 1,594 baht untuk upper seat dan 1, 794 baht untuk lower seat.

Train ticket from Hatyai to Bangkok.. Upper seat 1594 baht, Lower seat 1794 baht
Ok, stop situ dulu pasal train Hatyai – Bangkok, jap lagi sambung k. Now nak cerita apa kami semua buat kat Hatyai lama-lama. Takkan nak tunggu bulan jatuh keriba je kan. So we all go for jalan-jalan around Hatyai jalan kaki je.. Yes we walk around sampai Lee Garden. Weeehuuuu~ Beg semua kami letak kat office Pak Aree/Karim. Alhamdulillah, senang kami nak berjalan tak perlu angkat beg berat-berat. Tak jauh pun sebenarnya Hatyai Station – Lee Garden tu. Jalan kaki around 10-15 minutes. Tapi kami bukan 15 minit la, sebab kami ada berhenti masuk Robinson Mall sekejap since ada sorang kawan ni tiba-tiba ada emergency case!!!  Nak tau apa emergency dia? Ha, tengok video bawah ni k!!!

On the way to Robinson Mall



After that only we went to Lee Garden. Tapiiiii, belum sampai Lee Garden, we all berhenti lagi kat 1 kedai makan ni untuk lunch. Hahaha :D kan best tu, tak de nak rushing. Kan kan kan. Haaa~

So we ordered food kat kedai yang bernama Maliam Restaurant. This is one of Halal food available kat this area. Surely akan lalu kalau jalan dari Hatyai Station ke Lee Garden. Wawa siap bungkus pulut manga untuk bawa naik train. Dia punya portion, ya ampunnnn, banyak…pulut + sebiji manga (for sure yang dah kopek kulit dan dibuang bijinya).







Dah kenyang, perut pun senang hati, kami pun meneruskan perjalanan ke Lee Garden tanpa singgah ke mana-mana lagi….

Kat Lee Garden ni la Wawa beli sim card. Wawa beli tourist simcard dari telco company AIS | Telewiz. Kat bawah ni ada gambarnya. Harga simcard sahaja 50 baht, dan data plan yang Wawa beli adalah 170 baht untuk 7 hari, unlimited data, berkelajuan 4Mbps. So total untuk simcard adalah 220 baht. Seriously weyh, their connection is better than ours in Malaysia. Wawa sorang je yang beli, then Wawa sumbat simcard dalam 1 phone lama Wawa, then hotspot dengan semua handphone (handphone Wawa, Fendi, Masz and Ija). No problem pun. Sangat best. Hehe J




Then we all jalan-jalan la dalam Lee Garden tu. Naik kat floor berapa entah, ada pulak diorang buat macam arts market, habissss… kat sini pun dah ade yang membeli. Total damage untuk Wawa? Hehe 0 baht. Yes, Wawa tak beli apa-apa pun. Fendi pun ad anak beli, tapi kami masih mampu melawan nafsu membeli tu sebab memang dah target nak spend kat Bangkok je nanti. Cuba teka siap yang ada damage???? Tak lain tak bukan, Masz, si gadis emergency tadi!!! Hahaha :D belum sampai Bangkok, dah shopping sakan dah kawan Wawa sorang ni. Adoi laaa :D


Ha shopping jangan tak shopping :D
Owh ya, kebetulan time Wawa kat Hatyai ni, my officemate pun ada stay kat hotel atas Lee Garden ni. So sempat la jumpa sekejap. Inilah officemate Wawa aka Mama Wawa in the office.. Hehe :D

With Datin Pu3 :)
That’s it. After that we make a move to Hatyai station back. But at the middle of the way, we all singgah balik kedai makan tadi sebab Masz and Ija pun nak tapau something untuk bawa naik train. Then only we walk back to Hatyai Station.

Train scheduled to arrive at Hatyai Station pukul 6.45pm waktu Thailand. Tapi dalam pukul 5.30pm macam tu train dah sampai dah. Then boleh boarding terus. Yeayyyy… To be honest, im so excited for this… Sambil berjalan tu, sempat buat live kat IG/FB untuk share dengan kawan-kawan semua macam mana 1st class cabin diorang. Huhu~

Train Hatyai - Bangkok
Kat dalam coach 1st class cabin, akan ada seorang guard dan seorang butler untuk assist passenger if we need something. Haaa… terasa VIP sekali lagi. Hahaha :D bukan selalu pun kan… Next video is everything about train Hatyai Bangkok. So let’s watch!!!!















Thanin, our butler
Peringatan: Perjalanan dari Hatyai ke Bangkok dijangkakan mengambil masa selama 10 to 11 hours. But, it can delay (up to more than 15 hours) sebab at certain stations diorang berhenti lama sikit daripada biasa.

Sepanjang dalam train apa yang kami buat? We all mandi, selesa yakmatttttttttt.. dah mandi, then makan, then borak-borak gelak-gelak. Ada screen tv kat dalam cabin tu but cerita Thailand la, so bila tak faham, we all buat hal masing-masing. Bukan tu je, ada WiFi free tau kat dalam 1st class cabin. Ha, hamek, masing-masing menghadap handphone je lepas tu :D


Menjamu selera dengan mango sticky rice beli kat Maliam tadi :)
Bila kita nak tidur, kita panggil je butler tu. Nanti dia akan transform our seat to sleeper. Dia buat semua benda, kita tunggu siap je untuk landing. Hehe :D best kan.. try laaaaaa!!!!!


Isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa akan memenuhkan
perut suaminya walau di mana sahaja ia berada. Hahaha :D
Check out this full video on Hatyai - Bangkok train k..


Ok la guys, 1st Bangkok entry ni panjang sangat pulak rasanya. Huhu~ Nanti kita sambung ke day 2 pulak ye ye ye. Adios!!!

Assalamualaikum….