Ok, jom mulakan pengembaraan di hari yang baru.
Bangun pagi je, 1st thing 1st is mandiiiiii..
Dalam train ade water heater kan, mandi awal pagi pun takde hal :D Dah
siap-siap, kita panggil Thanin, dia akan kemaskan katil tu untuk laundry
purposes then transform semula katil ke seat seperti asal. Then siap-siap,
breakfast makan biskut yang dibawa sebagai bekalan, buat air teh,
aummmm…nikmat… owh btw, air panas boleh dibeli di café dalam salah satu coach. 5 baht per cup or kalau ade bottle yang boleh isi air panas pun sama harga.
Kat café tu juga ada jual halal food brand CP. Harganya 65 baht per pack.
Around 12.23pm waktu Thailand, kami selamat tiba di Hua Lamphong
Bangkok Station. Sampai je kat station ni, of course la snap moment dulu :D
then we all proceed ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakaan mengenai tiket ke
Lop Buri (Sunflower field). For your information, tiket ke Lop Buri hanya akan
dijual pada hari berlepas sahaja. We are not allowed to buy the ticket in
advance. So tak pe la, we just take the info, then tanya pula macam mana nak ke
hotel yang kitarang dah booked tu.
Owh btw, kat gambar bawah ni adalah info train ke Lop Buri tu.
|
Safely arrived!!! Hualamphong Bangkok Station!!! |
|
Posing luuuuuuu @_@ |
|
US |
|
Train detail to Lop Buri |
Tadi ada tanya kat information kaunter tu macam mana nak ke hotel
kitorang, naik train dari mana, sebab plan nak naik train je g sana. Then staff
tu cakap naik bas lagi senang. So dia cakap cari bas nombor 29, so kitorang
keluar je dari train station tu terus g cari bus stop and tunggu bus nombor 29.
Luckily, tak sampai 2 minit, terus terpacul keluar seketul bas bernombor 29
tu.. Hahaha :D Tak yah tunggu lama. Naik je bas, kitorang bercakap dengan bus
conductor macam hayam dengan hitik. Dia tak berapa faham English. Then kitorang
tunjuk alamat hotel then dia discuss dengan bus driver. Ha tak kisah la, yang
penting dia nampak macam dah ada bayang-bayang kitorang ni nak ke mana. Hahaha
:D confident kan!!! Tapiiiii, bas dah jalan ni, then dia suruh one of the
passenger tengokkan lokasi yang kitorang nak pergi ni, kitorang jadi macam ‘eh,
dia tak tau ke?’. Hahaha :D then nasib passenger tu tau juga la area hotel
kitorang tu. Then dia suruh stop kat this 1 area, then walk around 15 – 20
minutes untuk sampai ke hotel. Hotel yang kitorang booked tu bukanlah hotel
mahal-mahal or well known pun. Hotel biasa-biasa je. And the location is agak
tersorok even though it is located at the centre of the town. Owh ya, lupa
pula, tiket bas memang murah, dalam 10 baht per person.
|
Lajen weyh!!! kipas je!!! |
|
Thank you for helping us kakak!!! |
After turun bas, dengan navigation google maps, Alhamdulillah we
finally managed to reach our hotel. Yeay… at first they said our rooms tak
ready lagi, tapi kitorang macam tak leh nak tunggu, so plan nak tinggalkan je
dulu bag kat lobby and terus g jenjalan since they offered to bring our bags to
the room once our rooms are ready (but please make sure nothing valuable kat
dalam bag k). Then after settle registration and payment, they said our room is
ready. I guess that room actually orang lain punya, but since we are there
already, then diorang just kasi ON je. Hehehe
J
Alhamdulillah. Total cost untuk bilik adalah 5511 baht (2 rooms, 3 nights).
Hotel ni kat area Pratunam tau!! Kat sini banyak budget hotel yang ada untuk
dipilih.
|
Walk to the hotel |
So, lepas check in, kita solat, then terus keluar, tak tunggu apa dah.
G cari sappedek dulu. Dah lapau nau nau @_@ Since sepanjang berjalan kaki ada
ternampak restaurant halal ni, so we all dah tau dah ke mana hala tuju untuk
memenuhkan perut ni. Maka ke Saneeya Restaurant lah kami. Yeay!!! To be honest,
harga kat Bangkok ni, not that cheap especially for Halal food. Kat tepi jalan
pun memang ada yang murah, butttt, kat tepi gerai tu adeeee je yang jual oink
oink. Ermmm.. so kita pilih yang tiada was-was ye ye ye..
Air kelapa kat Thailand ni memang sedap-sedap ek? Hahaha :D Wawa
memang penggemar air kelapa. Dapat pula yang pure tanpa gula tapi sedap nak
mammmm, memang hari-hari Wawa minum air kelapa. Hahaha :D
Ok, jom sambung perjalanan dengan perut yang dah kembung :D
Mentang-mentang dah tau jalan, cross railway weyhhhhh nak ke train
station. Kat sini, memang tradisional sesangat. Haha.. even motor pun cross kat
situ. Hahaha :D insyaAllah selamat. Jangan la time dah nampak train tu, time tu
jugak korang nak cross tau!!! Hakak tak bertanggungjawab dikkkkk…
Alright… next!!! Chatuchak Market!!! Ok dari hotel kitorang nak ke
Chatuchak ni naik train. Walk from hotel to Chaoprarap Train Station (10
minutes) then naik train Dari Chaoprarap ke Phaya Thai Station 15 baht per
person, then tukar train kat train station yang sama juga, dari Phaya Thai ke
Mo Chit 37 Baht per person.
|
Chaoprarap to Phaya Thai |
|
Phaya Thai to Mo Chit |
Tak lama pun, dalam 20 minutes macam tu dah boleh
sampai Mo Chit. Kat Mo Chit ni, ya ampunnnnnn, ramai nye manusiaaaa…. Tapi tak
pe la, jalan je.. around 15-20 minutes berjalan, dah sampai kat Chatuchak.
Kalau orang tak ramai, maybe 5-10 minutes dah boleh sampai.
Ok, done part Chatuchak, lets go back to our room sweet room.
Balik, mandi, solat, tak fikir apa dah, siap-siap, keluar jalan lagi.
Yeay!!! Baru we all tau, area hotel kitorang tu teramatlah hidup!!! Nightlife
kat situ sangat sangat hidup sebab tersangat dekat dengan night market and one
of the famous fashion malls kat Bangkok. Aum!!! Bersedialah wahai Thai baht!!!
|
Fav!!! Pulut mangga!!! |
Lepas dah jalan-jalan, and ade orang tu siap membeli belah bagai, then
baru g dinner. Hehe.. and kat mana tempat dinner? Restaurant yang sama,
Saneeya!!! Hahaha :D ada Nampak restaurant lain tadi, tapi harga lagi mahal. So
tak pe la, restaurant sama pun tak pe, order je makanan lain. Makan kat Saneeya
ni ok je, sedap je. Hehe
J
Orait guys!!! Nak tidur!!! Ready for next day’s entry k!!! Muah muah
muah :-*
Assalamualaikum J
No comments:
Post a Comment