Thursday 28 May 2015

Barang Hilang, Barang Rosak, Gagal


Ni Puan Wawa Da Veronica nak membebel sikit ni. Ha, tak pernah pernah Wawa membebel benda yang macam-macam selain dari trip itu ini, kali ni Wawa nak bising pasal manusia (termasuk perangai wawa YANG DULU) yang selalu BERPERANGAI MACAM-MACAM ESPECIALLY BILA ADA BARANG HILANG, BARANG ROSAK ATAU GAGAL.
 
Sekarang ni Wawa cukup benci bila ada orang yang barang dia hilang, lepas tu cari barang tu dengan cara yang ganas. Ha, ganas yang cemane? Bila cari barang, semua benda yang dialihkan sebab nak cari barang tu dihempas, dicampak, dihayun dan sebagainya. Eeeee.... Geram.... Apa tak boleh ke cari barang tu perlahan-lahan. Tak kisah la dalam rush ke apa ke, cari la dengan SOPAN!!! Dah la cari ganas-ganas, lepas tu bila bertanya kat orang tu dengan suara tinggi, nada macam orang tu pula yang salah hilangkan barang dia. Ha, korang pernah dengar cemane orang marah cari barang? Cuba korang imagine. Adakah dengan cara marah-marah tu semua, tiba-tiba barang yang hilang tu muncul sekelip mata???
 
Sebab apa Wawa meluat dengan orang yang macam ni? Sebab Wawa pernah kena dengan orang yang hilang barang tu. Tak pasal-pasal kita yang dimarahnya. HATI TERGURIS 60% tau tak!!! Barang sendiri hilang, SALAH SIAPA? Cuba la tanya elok-elok, baik-baik, lembut-lembut. Kenapa Wawa marah dengan orang yang macam ni? sebab DULU ok, dulu bila barang Wawa hilang, wawa pernah tanya mama dengan nada yang tinggi. Bila Wawa dah cukup besar, ada akal fikiran, BILA DAH TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI, baru Wawa sedar yang perangai tu mengguris hati Mama, mengguris hati orang yang tak bersalah tapi kita tinggikan suara kat dia. Rasa bersalah tu teramat. Sebab tu bila ada orang hilang barang then nak marah-marah, Wawa TAK SUKA!!! Faham!!!
 
Sekarang, kalau barang Wawa hilang, Wawa cari elok-elok. Tanya elok-elok. Kalau tak jumpa tak apa, mungkin itu bukan rezeki kita. Yang penting kita dah usaha.
 
Next, barang rosak. Tak kira la koyak ke, pecah ke, retak ke, putus ke, tercabut ke, tak payah nak marah-marah. Dah kalau memang ditakdirkan barang tu rosak, nak buat macam mana. Kalau barang tu rosak then boleh betulkan, cuba la dulu. Ni tak, baru rosak sikit dah macam kena rasuk. Pernah je cermin kereta Wawa pecah, gelang emas putus, tapi sikit pun tak melenting. Cool down, make a call to anyone yang rasa perlu, then cari solution. Unless la kalau barang tu penyambung nyawa kau hidup kat dunia ni sampai tak boleh hidup tanpa barang tu!!!
 
Dalam bab barang rosak ni yang paling win adalah Mama. Sebab apa? Sebab Mama yang banyak ajar dan pesan pada Wawa, tunjuk pada Wawa, 'cuba jahit balik', 'cuba letak gam adik', itu ini. Tak pernah sekali pun Mama tak mencuba. Semua benda Mama cuba betulkan sendiri. Kalau masih tak boleh betulkan, then that's it. Beli lain jika mampu. Sebab tu bila ada orang yang barangnya rosak dan nak melenting tak tentu pasal, Wawa rasa nak lempang laju-laju. Hahaha :D korang dapat tak feel geram tu..
 
Ha TERBARU, Mama beli kerepek sukun, lepas 2 3 hari buka dah lemau, Mama masukkan dalam oven dan bakar balik, dah rangup. Hahaha :D Hebat Mama!!! Ok tu selingan je :)
 
Gagal. Memang gagal tu lumrah kehidupan. Gagal exam, gagal interview, gagal ujian memandu, semua jenis gagal lah.. Siapa yang pernah terlepas dari kegagalan? Semua orang pernah gagal. Wawa pun pernah gagal. Tapi gagal sekali tak bermaksud kita gagal selamanya. Cuba perbetulkan keadaan tu sampai kita betul-betul puas hati. Kalau tak boleh perbetulkan jugak, usaha lain kan banyak lagi. Peluang tu sentiasa ada. Memang gagal tu sakit. Rasa tak nak bercakap dengan sesiapa, tak nak makan, tak nak minum. Tapi ingat, dalam pada tengah demotivated sebab gagal tu, jangan jadikan orang sekeliling sebagai mangsa untuk kita lepaskan segala kemarahan. Apa yang Wawa buat bila dapat tahu Wawa gagal dalam sesuatu? Ambil wudhu, solat, doa minta petunjuk, menangis dan mengadu pada Allah, baca Al-Quran. Bukan nak tunjuk baik, tapi memang benda ni mujarab. Bila baca Al-Quran selalu, insyaAllah, Dia akan permudahkan segalanya. Sebab apa? Sebab Wawa pernah dengar tazkirah 'komunikasi 1 hala antara kita dan Allah adalah solat. Tetapi komunikasi 2 hala antara kita dan Allah adalah Al-Quran. Kerana di dalam Al-Quran terdapat semua jawapan dalam kehidupan yang kita nak cari'. Dengan izin Allah, Dia akan bukakan jalan terbaik untuk kita atasi kegagalan tu. Jangan tanya Wawa 'Nak cari jawapan exam dalam Al-Quran boleh tak?' Memang nak kena pukul laju-laju. Hahaha :D
 
So conclusion nya kat sini, jangan terlalu mudah ikutkan perasaan marah dalam hati. Semua masalah kat atas ni adalah ujian Allah untuk kita. Allah nak tengok sejauh mana kesabaran kita, sejauh mana ketabahan kita dalam mengharungi kegagalan, sejauh mana iman kita dalam hati, sejauh mana jarat antara kita dan Dia. Yang paling penting, JANGAN TERLALU MUDAH NAK MARAH PADA ORANG.
 
Sekian dari Wawa yang kuat membebel. Hehe :)
 
Muax Muax..
 
 

Wednesday 20 May 2015

Program Inovasi Pertanian, Tanjung Karang, Selangor (16-17 May 2015)


Alhamdulillah.. Setelah beberapa bulan merancang, akhirnya program dibawah bimbingan saya dan seorang lagi tenaga pengajar Berjaya dilansungkan pada 16-17 May 2015. This time around, jumlah pelajar yang terlibat adalah seramai 64 pelajar, iaitu gabungan 2 kelas.

Ade 2 perjalanan untuk program ni. 1st trip seramai 8 orang yang bergerak pada hari Jumaat, iaitu AJK tertinggi. Ini adalah untuk membuat persiapan sebelum bermulanya  majlis (pre-setup) pada hari Sabtu. Yang selebihnya semua bergerak pada hari Sabtu.

Sampai je di perkarangan surau Kampung Sawah Sempadan Blok AGH, Tanjung Karang, majlis perasmian terus berlansung.




Usai perasmian, para pelajar terus menjalankan aktiviti SUKAN RAKYAT bersama penduduk kampung. Tapi untuk sesi ni tak ramai sangat orang kampung join since terlalu banyak majlis perkahwinan yang berlansung pada hari yang sama. Apa-apa pun syukur sebab masih ada yang sudi meluangkan masa bersama para pelajar kami.




Setelah selesai mengeluarkan peluh, semua dijamu makanan tengahari.

Pada sebelah petang pula, para pelajar menjemput penceramah dari Jabatan Pertanian untuk memberi penerangan dan demo berkenaan dengan BAJA KOMPOS. Semua penduduk kampung yang hadir pada sesi ini sangat berpuas hati dengan ceramah ini sebab diorang dapat menimba ilmu yang sangat berharga dalam bidang pertanian. Ye la, mana nak dapat ceramah percuma benda-benda macam ni kan. So, we are glad that this session mendapat sambutan yang menggalakkan.


Dah habis membaja, pelajar sambung lagi buat aktiviti gotong royong membersihkan surau. Alhamdulillah 2 surau berjaya diselesaikan.Sambil-sambil tu, ada beberapa orang pelajar yang dibahagikan untuk sesi megagihkan dan menanam anak pokok di halaman rumah penduduk terpilih :)



MALAM KEBUDAYAAN memang sangat dinantikan semua pelajar sebab ada lucky draw dan persembahan dari setiap kelas. Ada la makan-makan sikit untuk dinner. Lucky draw pulak bukan pelajar je yang dapat, penduduk kampung pun dapat. Punya la mereka happy walaupun hadiah tak seberapa. Hehe :) itu je dana yang pelajar-pelajar ni mampu dapatkan.


Yang paling best malam tu adalah persembahan dari pelajar kelas saya sendiri. Bersempena hari guru, mereka mempersembahkan sebuah sketsa, sajak dan nyanyian yang ditujukan khas buat saya. Mula la hati ni nak fragile :D The greatest gift ever sepanjang saya menjadi tenaga pengajar. Now I know how it feels when your own student give you appreciation and dedication. I really appreciate it so much. Entah bila diorang bincang tak tau lah. lagu pun pelik pulak tu. But still catchy and tersentuh hati. You guys are the best!!!


Panjang sebenarnya video ni.. Tapi terpaksa upload yang ini je sebab size video yang sangat besar :D

Lepas habis tu, saya buat short session dengan all students kelas saya. Just to give them a small gift. Apa yang saya mampu sahaja :)



Esok paginya, hari Ahad, pelajar semua berkumpul semula di perkarangan surau dan aktiviti dimulakan dengan MENCARI CACING. Ha cacing. untuk hape??? Hahahaha :D untuk memancing la. Huhu~ Semua excited terlebih!!! Mula-mula semua geli-geli, lastly, yang geli tu la yang ralit memancing tak sudah-sudah. Hahaha :D Diorang memancing guna batang pelepah dauh kelapa/kelapa sawit, tak pasti. Yang itu, disediakan oleh penduduk kampung. Diorang semua memancing kat tali air je. Air pun tak berapa dalam since bendang semua dah kering habis dituai :)



Sepatutnya, tengahari tu nak pergi melawat kilang IKS. But due to extraordinary raining, terpaksalah kami batalkan. Makanya, semua naik bas dan berangkat pulang ke destinasi yang sepatutnya...

Thursday 14 May 2015

Master Graduation Day (10 Mei 2015)


Setelah 2 tahun perjalanan pendidikan MASTER IN TOURISM MANAGEMENT, I am officially graduated today. Syukur Alhamdulillah. Bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan. Semua halangan dijadikan sebagai 1 pengajaran. Banyak benda yang ditempuhi dalam mendapatkan master ni. Especially saat-saat akhir yang kisahnya biarlah Allah, saya dan yang terdekat sahaja yang mengetahui. Yang penting, saya tak pernah putus asa dalam setiap perkara. Saya tak akan pernah berputus harap selagi ada jalan.

Akhirnya, saya adalah pemegang segulung ijazah yang saya usahakan hari ini.

Terima kasih buat semua tenaga pengajar yang telah mendidik dan membimbing saya selama saya berjuang untuk Master in Tourism Management di UiTM. Setiap bait garis ayat, setiap patah perkataan, setiap alunan suara pensyarah dan penasihat, setiap segala sudut, insyaAllah saya akan semaikan didalam kehidupan seharian saya.



Makanya, pada tarikh 10 May 2015, berlangsunglah ISTIADAT KONVOKESYEN KE-82 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SIDANG KE-2 yang bertempat di DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR UITM SHAH ALAM.

Syukur majlis berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Cuaca pun comel-comel aje :)














Ini untuk mama.. Buat mama, terima kasih kerana sentiasa bersama adik, jatuh dan bangun, tangis dan gembira adik. Anggaplah ini sebagai hadiah teristimewa dari adik buat mama bersempena HARI IBU SEDUNIA.


Tiada kata terindah untukku selain melihat senyumanmu,
Engkaulah ratu hatiku yang tak pernah jemu disampingku.

Buat along yang sentiasa menyokong dan membantu adik, terima kasih!!!

Buat suami, thanks for being there whenever I need you by my side.