Alhamdulillah.. Setelah beberapa bulan merancang, akhirnya program dibawah bimbingan saya dan seorang lagi tenaga pengajar Berjaya dilansungkan pada 16-17 May 2015. This time around, jumlah pelajar yang terlibat adalah seramai 64 pelajar, iaitu gabungan 2 kelas.
Ade 2 perjalanan untuk program ni. 1st trip seramai 8 orang yang bergerak pada hari Jumaat, iaitu AJK tertinggi. Ini adalah untuk membuat persiapan sebelum bermulanya majlis (pre-setup) pada hari Sabtu. Yang selebihnya semua bergerak pada hari Sabtu.
Sampai je di perkarangan surau Kampung Sawah Sempadan Blok AGH, Tanjung Karang, majlis perasmian terus berlansung.
Usai perasmian, para pelajar terus menjalankan aktiviti SUKAN RAKYAT bersama penduduk kampung. Tapi untuk sesi ni tak ramai sangat orang kampung join since terlalu banyak majlis perkahwinan yang berlansung pada hari yang sama. Apa-apa pun syukur sebab masih ada yang sudi meluangkan masa bersama para pelajar kami.
Setelah selesai mengeluarkan peluh, semua dijamu makanan tengahari.
Pada sebelah petang pula, para pelajar menjemput penceramah dari Jabatan Pertanian untuk memberi penerangan dan demo berkenaan dengan BAJA KOMPOS. Semua penduduk kampung yang hadir pada sesi ini sangat berpuas hati dengan ceramah ini sebab diorang dapat menimba ilmu yang sangat berharga dalam bidang pertanian. Ye la, mana nak dapat ceramah percuma benda-benda macam ni kan. So, we are glad that this session mendapat sambutan yang menggalakkan.
Dah habis membaja, pelajar sambung lagi buat aktiviti gotong royong membersihkan surau. Alhamdulillah 2 surau berjaya diselesaikan.Sambil-sambil tu, ada beberapa orang pelajar yang dibahagikan untuk sesi megagihkan dan menanam anak pokok di halaman rumah penduduk terpilih :)
MALAM KEBUDAYAAN memang sangat dinantikan semua pelajar sebab ada lucky draw dan persembahan dari setiap kelas. Ada la makan-makan sikit untuk dinner. Lucky draw pulak bukan pelajar je yang dapat, penduduk kampung pun dapat. Punya la mereka happy walaupun hadiah tak seberapa. Hehe :) itu je dana yang pelajar-pelajar ni mampu dapatkan.
Yang paling best malam tu adalah persembahan dari pelajar kelas saya sendiri. Bersempena hari guru, mereka mempersembahkan sebuah sketsa, sajak dan nyanyian yang ditujukan khas buat saya. Mula la hati ni nak fragile :D The greatest gift ever sepanjang saya menjadi tenaga pengajar. Now I know how it feels when your own student give you appreciation and dedication. I really appreciate it so much. Entah bila diorang bincang tak tau lah. lagu pun pelik pulak tu. But still catchy and tersentuh hati. You guys are the best!!!
Panjang sebenarnya video ni.. Tapi terpaksa upload yang ini je sebab size video yang sangat besar :D
Lepas habis tu, saya buat short session dengan all students kelas saya. Just to give them a small gift. Apa yang saya mampu sahaja :)
Esok paginya, hari Ahad, pelajar semua berkumpul semula di perkarangan surau dan aktiviti dimulakan dengan MENCARI CACING. Ha cacing. untuk hape??? Hahahaha :D untuk memancing la. Huhu~ Semua excited terlebih!!! Mula-mula semua geli-geli, lastly, yang geli tu la yang ralit memancing tak sudah-sudah. Hahaha :D Diorang memancing guna batang pelepah dauh kelapa/kelapa sawit, tak pasti. Yang itu, disediakan oleh penduduk kampung. Diorang semua memancing kat tali air je. Air pun tak berapa dalam since bendang semua dah kering habis dituai :)
Sepatutnya, tengahari tu nak pergi melawat kilang IKS. But due to extraordinary raining, terpaksalah kami batalkan. Makanya, semua naik bas dan berangkat pulang ke destinasi yang sepatutnya...
No comments:
Post a Comment