Sunday 28 December 2014

Muhammad Affendi & Azwa's Reception 13.12.14 (INFRA Bangi)

Alhamdulillah. Selesai segala majlis. Terima kasih buat semua family members, kawan-kawan yang  menjayakan majlis ini dan sentiasa ada dengan saya, juga buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak dengan majlis ini. Terima kasih atas segalanya. Semoga Allah S.W.T melimpahkan kurnia buat anda semua.

Maaf jika ada kekurangan dari segala perkara, maaf andai kita tak sempat bersua, maaf jika ada khilaf sepanjang majlis berjalan.

Tak banyak nak di type kat sini, saya share pictures je k. Bak kata orang BIAR GAMBAR BERBICARA :D


For all those times you stood by me

For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you



 

  





 












Sunday 21 December 2014

My Solemnization 12.12.2014

Syukur ke hadrat Ilahi, atas segala kurnianya, saya kini bergelar isteri kepada Muhammad Affendi Bin Adzhar. Setelah segala liku yang kami lalui, kami kini sah suami isteri. Siapa sangka, perkenalan di Pangkor kini termetrai ikatan janji antara dua insan. Acewahhhh :D

Pagi hari nak nikah tu actually baru start berinai sebab last minute orang yang sepatutnya saya booking tu baru perasan dia ada booking lain. So saya jumpa henna (Pyqapy Henna) ni pun last minute yang mana dia tak available on Thursday night. Terpaksa la buat pagi sebelum nikah tu. Nasib baik la sempat.





Lepas je siap pakai inai, terus masuk bilik untuk make up. Nasib la sempat inai tu nak kering while waiting make up siap. Fuhhh.. Lepas solat Jumaat je, terus saya bergerak ke Masjid UPM dengan kakak and untie saya. Yang lain semua dah berada kat sana waiting kat rumah Mak Long saya since rumah dia dekat dengan Masjid UPM.

Sampai je, saya tengok ustaz pon dah ada. Time tu dah terus rasa Dag Dig Dug. Saya tengok muka bakal suami saya pucat. Pelik. Patut la, rupanya dia demam. Alahai…. Tak kisah la, selagi dia mampu meneruskan majlis, tu pun dah kira Alhamdulillah.



Berwakalah wali bapa kandung saya, setelah dua kali lafaz, saya sah isteri kepadanya. Syukur!!!






Dia telah menentukannya,
Kita bertemu dan bercinta,
Inilah oh takdirnya bukan kerana harta,
Inilah citra cahaya cinta.

Pintu hatiku telah kau buka,

Tak mampu ku menafikannya,
Kejujuran diberi,
Kasih datang terhenti,
Ini bahagia yang ku cari.


Sayangi daku,peluklah daku,
Janji denganku, semai cinta nan satu.

Tuhan menguji takkan berhenti,
Hanya ku pinta sama setia menjaga,
Hingga ke alam syurga.



Sungguh, saya kagum dengan insan bernama Muhammad Affendi bin Adzhar. Dia insan yang setia. Tak pernah saya ragui akan kesetiaannya. Wallahualam. Moga insan ini akan terus kekal setia pada Allah, pada saya. Semoga kasih sayang kami selamanya hingga ke hujung nyawa dan membawa ke syurga.



Gift dari family in law - seutas rantai dan gelang.. Tq mama & papa =)



Sunday 9 November 2014

My Wedding Preparation

Hai awak-awak kesayangan semua. Harini Cik Wawa nak kongsi sedikit persiapan perkahwinan.  Few things yang prepare sendiri. Contohnya beading baju nikah, door gift, kad kahwin. Tak banyak benda pun nak share.

Firstly baju nikah. Alhamdulillah baju nikah dah amik dari tailor. Saya tempah kat Kota Kemuning, Kak Yaya nama dia. Jahitan dia kemas. Start jumpa masa tercari-cari, pastu tengok instagram jumpa ig dia. So dengan perasaan cuak, cuba je la. Mana tak risau, baju nikah kot. Tapi design baju, biasa je. Tu yang tak berapa risau tu. Hehehe. Siap baju saya g beli beads kat Anggerik Mall. Kat situ ada kedai jual beads. Banyak juga pilihan. Cuma saya memang suka beads brand Apple atau apa-apa brand yang datang dari Jepun sebab kualitinya adalah sangat baik. Untuk beading baju as usual saya jahit sendiri. Sebab kalau tempah kat orang, biasa-biasa je pun dah beratus. Alhamdulillah la Allah kurniakan sedikit bakat untuk menjahit manik ni. Before this pernah juga ambil upah jahit manik kat baju pengantin. Dari yang simple kepada yang sarat, so gunakan pengalaman yang ada je. Untuk baju nikah saya nanti, tak sarat pun. Sebab nanti boleh pakai untuk majlis-majlis biasa pulak.

Untuk door gift, saya beli  2 jenis iaitu sejadah mini untuk muslim dan mug untuk non muslim. Sejadah mini saya borong kat Mydin Wholesale. Murah je since saya ada kad Wholesale. Kalau tak ada kad tu harga jauh beza mahal. Kalau nak buat kad wholesale tu kena bawa Sijil SSM dan Salinan IC. Kalau tak ada, kad Mydin biasa je la. Tapi kad biasa tak boleh dapat harga borong. Hehe =) So untuk sejadah mini tu, saya gulung-gulung dan ikat reben. Warna sejadah tu campur-campur since tak boleh nak beli 1 warna je. Gigih mengikat dengan family ipar. Bukan sikit. 1300 keping. Lentur segala pinggang, leper segala punggung. Huhu~





Mug untuk non muslim, kami biarkan sahaja dalam kotak. This one we bought at Nilai 3, kedai VStar. Then tunang saya ada tempah cop. So kitoang just stamp cop kat atas kotak tu je dengan ink warna hijau =)





Ha, kad kahwin. Kad kahwin tunang saya yang design. Saya Cuma QC je untuk cek ok tak. Since tunang saya pandai nak guna Adobe Photoshop, so kita biar je dia yang buat. Simple je pun. Then dah siap design, saya print sendiri and potong sendiri. Guna printer HP Deskjet Ink Advantage 2520HC. Ink murah. Hehe. Untuk paper, saya beli yang 100GSM punya so that kad tu tak da la nampak biasa sangat. Warna pilihan adalah ivory. Nampak sweet gitu. Ink dan paper semua beli kat Becon Stationary Shop kat Glenmarie. Untuk tambah seri kad tu, kami letak doili paper dan ikat dengan reben. Makanya bertambah-tambah cute la kad tu. Miahaha :D Angkat bakul sendiri namanya.



Bridal, saya pilih bridal masa saya bertunang which is D’Cora Bridal. Saya minta pelamin simple tak payah nak banyak-banyak bunga sangat. Sebab fikir nanti senang nak snap group photo ramai-ramai. So untuk real one nanti saya share lepas majlis k. Same goes to baju sanding, saya minta yang simple jugak warna Emerald Green. Sebab apa? Sebab saya memang suka warna hijau @_@

Katering, Alhamdulillah dah tempah. Saya ambil katering denga Sri Mutiara Catering yang diketuai oleh Encik Helmi. Diorang ada kedai makan kat Hulu Langat. Waktu food tasting that day, buat kat kedai makan tu je. Senang, dia boleh setup terus. Kalau nak tau harga katering, kena cari sendiri ye ye ye. Hehe. InsyaAllah rasa menjamin kepuasan hati di hari majlis nanti.

PA system pun dah tempah. Saya tempah dengan Abang Shukor. Saya dah kenal lama dengan abang ni since diploma dulu. Sebab dulu rajin ikut dia ke kenduri-kenduri untuk menyumbangkan suara. Hahaha :D so dapat la side income sikit. Hehe J Saya suka PA system dia sebab dia pandai balancekan suara penyanyi dengan muzik lagu yang orang pilih. Volume tu kena aja. Tak pernah rasa kecewa la. Nasib sampai sekarang masih lagi in contact dengan dia. Memang pada asalnya nak sewa dengan pak cik saya yang Akbar Entertainment tu. Tapi bila fikir-fikirkan balik, family members mana boleh buat kerja. Semua kena layan tetamu. Huhu~

Sama juga la dengan photographer pun. Nak ikutkan suruh je Fizzy Ilham jadi official photographer. Tapi disebabkan dia pun ahli keluarga, saya menggunakan khidmat The Assemble yang diketuai oleh Aslan. Gambar dia pun power power semua. Hopefully gambar saya nanti pun power juga la. Hehe.

Ermmm.. Next, dewan. Dewan untuk majlis saya nanti saya akan gunakan dewan INFRA Bangi. Sebelum ni dah survey kat UPM tapi malangnya bulan 12 nanti student exam so memang tak boleh sewa. So saya cuba cari area Putrajaya, tapi semua dah penuh. Hai la nasib badan. Akhir sekali jumpa INFRA, terus on. Harga dewan korang boleh tengok kat link ni http://www.infra.gov.my/index.php/BM/komuniti-desa/kemudahan/kadar-sewa-kemudahan-infra . Tapi dengar cerita, start 2015 nanti dewan ni dah tak boleh sewa untuk perkahwinan lagi dah. Erm.. Entah la.. Tunggu dan lihat je la nanti ye =)

So far itu je kot perkongsian untuk kali ni. Tak sabar nak tunggu big day @_@

Monday 27 October 2014

Bachelor Trip With BFF (25-26.10.2014)

Hai semua!!! Ni Ha. Sibuk sangat my friends ajak pergi Bachelor Trip before wawa kahwin. Hahaha :D Macam-macam perangai. So venue kami pilih CAMERON HIGHLANDS. But tak semua pergi, End up kami bertiga je. So layan la gambar-gambar ni hokey!!! Adios!!!












Lokasi penginapan: Desa Anthurium Apartment
Lookasi jalan-jalan: Strawberry Park, MARDO Agro Park, BOH Tea Plantation, BHARAT Tea Plantation, Pasar Malam


Thank you friends for your time and effort. Lots of LOVE.