Syukur ke hadrat Ilahi, atas segala kurnianya, saya
kini bergelar isteri kepada Muhammad Affendi Bin Adzhar. Setelah segala liku
yang kami lalui, kami kini sah suami isteri. Siapa sangka, perkenalan di
Pangkor kini termetrai ikatan janji antara dua insan. Acewahhhh :D
Pagi hari nak nikah tu actually baru start berinai
sebab last minute orang yang sepatutnya saya booking tu baru perasan dia ada
booking lain. So saya jumpa henna (Pyqapy Henna) ni pun last minute yang mana
dia tak available on Thursday night. Terpaksa la buat pagi sebelum nikah tu.
Nasib baik la sempat.
Lepas je siap pakai inai, terus masuk bilik untuk make
up. Nasib la sempat inai tu nak kering while waiting make up siap. Fuhhh..
Lepas solat Jumaat je, terus saya bergerak ke Masjid UPM dengan kakak and untie saya.
Yang lain semua dah berada kat sana waiting kat rumah Mak Long saya since rumah
dia dekat dengan Masjid UPM.
Sampai je, saya tengok ustaz pon dah ada. Time tu dah
terus rasa Dag Dig Dug. Saya tengok muka bakal suami saya pucat. Pelik. Patut la,
rupanya dia demam. Alahai…. Tak kisah la, selagi dia mampu meneruskan majlis,
tu pun dah kira Alhamdulillah.
Berwakalah wali bapa kandung saya, setelah dua kali
lafaz, saya sah isteri kepadanya. Syukur!!!
Dia telah menentukannya,
Kita bertemu dan bercinta,
Inilah oh takdirnya bukan kerana harta,
Inilah citra cahaya cinta.
Pintu hatiku telah kau buka,
Tak mampu ku menafikannya,
Kejujuran diberi,
Kasih datang terhenti,
Ini bahagia yang ku cari.
Sayangi daku,peluklah daku,
Janji denganku, semai cinta nan
satu.
Tuhan menguji takkan berhenti,
Hanya ku pinta sama setia menjaga,
Hingga ke alam syurga.
Sungguh, saya kagum dengan insan bernama Muhammad
Affendi bin Adzhar. Dia insan yang setia. Tak pernah saya ragui akan
kesetiaannya. Wallahualam. Moga insan ini akan terus kekal setia pada Allah,
pada saya. Semoga kasih sayang kami selamanya hingga ke hujung nyawa dan membawa ke syurga.
Gift dari family in law - seutas rantai dan gelang.. Tq mama & papa =)
No comments:
Post a Comment