Background

Tuesday, 29 March 2016

Paragliding, Bukit Jugra (25 Mac 2016)

 
Haaa..setelah lama tidak beraktiviti, kali ni Wawa nak share experience aktiviti paragliding di Bukit Jugra. Wawa memang suka aktiviti-aktiviti mencabar ni. Nak cabar hati, nak cabar minda :D Cuma sekarang ni baru ada kesempatan. Alhamdulillah masih diberi peluang. Tu pun nasib ada geng!!! Liana and Atem. Hehehe :)
 
 
 
Aktiviti ni telah dijalankan pada 25 Mac 2016 (Jumaat). Sanggup apply leave semata-mata nak pergi paragliding. Hahaha :D ada aku kesah?? So dah apply cuti, then terus buat booking dengan Paragliding Flight Park. Details untuk booking semua akan berada di bahagian akhir entry ni ya.
 
Actually our session kat Bukit Jugra adalah pada jam 2.30 petang iaitu selepas solat Jumaat. Tapi sebab masing-masing excited terlebih, kami bergerak jam 10.00 pagi. Miahahahahachummmm :D Makanya, sebelum ke destinasi paragliding, kita jalan-jalan dulu mana yang terlintas di kepala.
 
Firstly, kami singgah Paya Indah Wetland. Sepanjang hidup ni duk kat Selangor, tak pernah sampai lagi tempat ni. Huhu~ Entrance fee adalah RM0.00. Betul, tak tipu. Cuma kena dapatkan pas pelawat dari guard je masa masuk tu. Dengar cerita orang, tempat ni panas. Panas sebab apa? mesti la sebab pancaran bunga-bunga matahariiiiii, senyum mekar, lalalalala :p ok ok ok.. sambung, memang panas, dengan cuaca elnino nya, maka menjadi-jadi la. Dan disebabkan kepanasan itu juga, kami tak jalan pusing habis pun kat dalam Paya Indah Wetland ni. Only few things je kami rajin sebab dekat. Hikhik.
 
Ok, yang pertama kami lihat di Paya Indah Wetland ni adalah hippo aka badak. Aummm... Ehh, salah bunyi nye...acane nak eja bunyinya pun tak reti. Hahahalimunan :D Punya la besar badak tu. Serious besar. Kalah Wawa besarnya. Ada 2 ekor. 1 besar, 1 kecil sikit. Mula-mula ingatkan yang besar tu jantan yang kecil tu betina, rupanya nujum cik Wawa salah. Bila di soal siasat dengan staff kat situ, rupanya yang besar tu betina. Yang kecik tu jantan. Sebabnya, yang kecik tu anak dia. Hahaha... Owh, btw, nama ibu hippo tu adalah Juwita. Haaaa...curlasssss :) yang anak nya lupa pula nak Tanya nama. Huhu..
 






 
Yang besar tu Juwita (ibu) berusia 21 tahun dan yang kecil tu anaknya berusia 3 tahun
 
video
 
Honestly, selama ni tengok badak dari jauh je. Now bila tengok dekat-dekat, baru tahu yang di badan badak ni ada keluar peluh dari liang-liang roma nya. Awalnya ingatkan bintik-bintik tu memang cenggitu, sekali chewwwwwwwww air tu mengalir. Then baru tahu itu peluh dia. And lagi 1 baru tahu juga (tu la, sekolah dulu main-main, tapi ade belajar ke kat sekolah :D ) badan badak ni ada mengeluarkan lender. Macam mana boleh tahu? Bukan sebab Wawa pegang, tapi bila badan si ibu dan anak badak ni berlanggar, lendir tu melekat dan tertarik. Ewwww... kikiki :) seperti yang dimaklumkan oleh staff tadi, lendir tu berfungsi sebagai ubat bagi luka-luka di badan hippo tu. Macam mana hippo boleh luka? sebab bila dia manja-manja sesame mereka (macam kucing tu), akan ada la few scratches. Maklum la, badan mereka kan besar, so cara bermanja tu pun agak ganas la sikit. Haaaa... Pasal badak pun dah panjang story nya. Bila nak paragliding ni? Sabar......
 
Next jenjalan lagi dalam Paya Indah Wetland ni. Berdekatan dengan sangkar hippo, ada tempat burung botak kecil. Aik?? Namanya macam pelik. Huhu~ tapi itulah hakikatnya. Gambar dari dekat tak ada. Dari jauh je. Ermm...
 
video
 
Dikhabarkan oleh pekerja tadi, dia kata kat sini hampir 260++ spesis burung ditemui. Erm.. So sesiapa yang berminat dengan aktiviti bird watching, boleh la datang dengan camera yang canggih-canggih tu untuk ambil gambar burung-burung sekalian alam @_@
 
Ok, itu yang kedua. Yang ketiga pula adalah buaya. Tasik tempat buaya tu bertendang, sangat luas. Sampai kitorang ni tak tahu nak tunggu kat mana nak tengok buaya. Hahaha :D So, tunggu je la dari jauh. Ada la nampak 3 4 ekor buaya berenang-renang di lautan api tu. Tapi lepas hampir 10 15 minit tak muncul-muncul lagi depan kami, ermmm, ok la, tata~ Hahaha :D disebabkan kena jalan kaki dan cuaca yang agak panas, so kami hentikan perjalanan di Paya Indah Wetland sampai di sini sahaja. Nak ikutkan banyak lagi boleh pergi tengok. Ada burung merak, landak, dan lain-lain. Tapi tak apa lah, next time maybe :)
 
Sesudah tamat perjalanan di Paya Indah Wetland, kami bergerak menuju ke pit stop kedua, iaitu Tadom Hill. Tak jauh pun dari Paya Indah Wetland tu. Around 10-15 minutes. Simpang nak masuk ke Tadom tu tersorok sikit. Dan signboard pun tak berapa nak clear. Oleh sebab itu, kami terlajak, dan masuk Tadom melalui kawasan perumahan JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) dan ladang-ladang kelapa sawit. Mula-mula macam curious juga betul ke tak. Especially bila masuk area ladang tu. Nasib baik jumpa signboard kecil yang dibuat oleh penduduk tempatan menyatakan itu adalah jalan alternative ke Tadom Hill. Hahaha :D Tergelak-gelak kat dalam kereta @_@ Padahal kalau ikut laluan yang kami terlepas dari tepi highway tu, 2 minit dah sampai.
 

 
Ni jalan alternative ke Tadom Hill
 
video
 
Tadom Hill ni mula viral sebab keadaan airnya yang cantik, dan boleh main terjum-terjun. Disebabkan visit ni adalah unplanned visit, so kami ni tak ada la bawa baju towel bagai. Tengok je la ye ye ye.. Banyak juga aktiviti boleh buat kat Tadom ni. One of it team building. Cantik kawasannya. Ada chalet, dom, camp site. Ada juga interview 1 of the staff. Katanya, nak rasa meriah, datang stay during weekend. Sebab weekend, diorang akan buat campfire, ada pancarkan movie pada white screen untuk tontonan ramai. Ermmm... Tetiba ter imagine, campfire, duk keliling, ada orang main gitar, nyanyi ramai-ramai.... Wahhhhhhhhhhhh... Bestnyaaaaaaaaaa :D
 
 
Untuk pengetahuan semua, sekarang Tadom ni selling fast kalau nak stay. Setakat hujung bulan Mac ni, booking untuk bulan April dah penuh. Makanya kita dinasihatkan untuk membuat sebarang tempahan seboleh-bolehnya 1-2 bulan awal.
 












Cantikkan kawasan ni :)
 
Maka, tamatlah sudah destinasi kami yang kedua.
 
Sudah tiba masanya kita beronok-ronok di Bukit Jugra!!!!
 
Punya excited dah sampai area Jugra, kami selamba naik sampai ke bukit untuk paragliding. Lastly bila call, diorang suruh turun bawah dulu tempat landing untuk isi boring. Hahahaha :D Itu la, excited sangat. Nasib naik kereta. Kalau dah panjat bukit berjalan kaki acane?? Kikiki :D Ok semua, please, sebelum naik ke Bukit Jugra yang ada rumah api tu, mohon isi borang di kaunter urusetia.
 
Owh ya, another info. Banyak je organisasi yang buat fly kat Bukit Jugra ni. Salah 1 nya adalah Paragliding Flightpark. Bagi Wawa, teramatlah proposed supaya kawan-kawan yang nak mencuba aktiviti ni untuk berurusan dengan mereka. Sebab apa?
 
1) Tempat landing dengan kaunter urusetia Paragliding Flightpark ni je yang ada kat Bukit Jugra. Kalau organisasi lain, diorang datang dari tempat lain.
2) Bila dah urusetia dekat dengan tempat take off dan landing, nak terkucil ke nak solat ke senang. Sebab kat Paragliding Flightpark ni ada sediakan tempat yang selesa. Nak solat pun ada aircond :D Kalau booking dengan orang lain, nak terkucil kena pergi kat toilet area kubur cina. Huhu~ Tapi ada je yang sanggup turun kat Paragliding Flightpark ni minta tumpang toilet. Sebab kata owner, kesian :)
 
Kalau kita nak fly dan ada equipment sendiri pun boleh fly tanpa sebarang halangan. Pergi je kat Bukit Jugra tu dan terbang lah anda setinggi ayam burung..
 
Preparing untuk fly fly fly!!!


 
Short briefing by pilot, En. Faizal
 
Ready to flyyyyyyyy!!!










Layan corner sikit :)




Happy me!!!


 

Yeay!!!! I'm done!!! Smooth landing :)
 
Seperti yang telah dijanjikan, kat bawah ni ada details bayaran untuk Paragliding ni. Contact number pun ada dalam tu. Rajin-rajinkanlah baca attachment kat bawah ni ya =)
 
 
Ok la, semoga ada kesempatan lain untuk aktiviti-aktiviti yang lain ye ye ye.. Salam saying buat korang korang semua!!! muah muah :-*
 
Assalamualaikum..