Sunday 28 April 2019

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 14 (21 December 2018)



So hari ni dah nak balik dah. Dalam hati sayuuuu sangat-sangat. Awal-awal pagi dah pergi Tawaf Wida'. Sebelum tawaf ada macam nak snap gambar banyak-banyak kat Masjidil Haram, tapi tak ada mood. Sebab rasa sedih tu lagi melampau dari nak rasa nak amek gambar tu. Hurmmmm... Dalam pada tawaf tu, doa banyak-banyak ni, supaya diberi peluang lagi dan lagi untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Haram ni.

Settle Tawad Wida', balik hotel sebab nak masukkan beg semua dalam bas. Tunggu punya tunggu, tak nampak Cik Nah and Cik Burn. Risau weyh.. Sebab semua orang dah tunggu dalam bas. Ustaz cakap tak apa, kita tunggu. Finally, nampak juga mereka, and rupa-rupanya Cik Burn terpaksa tolak Cik Nah and Isyraf atas wheelchair sebab Cik Nah pun demam panas tak larat nak jalan. Kesian mereka. Tu yang menyebabkan mereka lambat. Plus Cik Burn kena kemas semua beg sebab Cik Nah memang tak larat langsung. Dugaan. Cik Burn sampai sakit pinggang lah tolak wheelchair. Memang pun, kalau tak biasa, memang akan terasa sakit pinggang. Sebab Wawa tolak Mak Itam pun, ada terasa sakit pinggang, but its ok. Janji semua berjalan lancar.

So dalam perjalanan nak ke airport tu, bas singgah tepi jalan untuk tengok unta. Hehe.. Sengehhhhhh... Tapi Fendi tak bagi pegang-pegang unta. Dia kata dah la tak sihat, nanti jadi apa-apa, lagi masalah. Ok fine, dari jauh pun belasah je. Janji ada 😃






Setiba di airport, ade petugas tolong uruskan luggage kami semua sampai ke dalam airport. Dan kami juga diberikan packed lunch. Makan mana yang mampu je.

Di airport

Tengok budak kecik tu kacau Cik Lah dia video call dengan Pak Teh.
Dia kalau geram dengan orang, dia akan picit tarik pipi orang. Hahaha 😂


Ni air zam-zam. Setiap orang akan dapat 1 botol air zam-zam
Balik beg akan jadi sangat berat tau. Sebabnya kami beli kurma ajwa je dah 5kg. Hahaha. Dengan pakaian-pakaian baru, souvenir lagi, macam-macam la. Beranak-pinak bag tu jadinya.

Kat airport baru ada peluang nak makan Al-Baik ni. Huhu~
The best in Saudi Arabia katanya.

Tapi makan tak habis sebab tak lalu nak makan. Tekak tak selesa.


Kami transit di Istanbul. Masa kat Istanbul, everyone melepet! Majority demam! Huhu~



You guys imagine, sepanjang perjalanan, lama gila Wawa tidur. Sampai skip semua makanan yang airline provide. Lama weyh!!! Cuma last meal je Wawa makan. Maka, berakhirlah perjalanan umrah kami pada kali ini. InsyaAllah, akan diusahakan untuk Haji dan umrah seterusnya. Alhamdulillah atas segala nikmat ini. Yang paling penting, sebab dapat pergi dengan orang-orang yang Wawa sayang.

Ni saiz air zam zam. 5 liter rasanya. 


Ok, jika ada lagi pengalaman baru, nanti Wawa sharekan kat sini k. Thank you for reading all these. I really appreciate it. I hope sedikit sebanyak, entries ni dapat memberikan panduan untuk mereka-mereka yang bakal menunaikan umrah dan memberikan motivation untuk kita berusaha lebih sikit untuk sampai ke sini. Dengan setiap usaha dan doa, insyaAllah ada rezeki anda semua untuk menunaikan Umrah. 

💗💗💗💗💗💗

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 13 (20 December 2018)




Pada harini, kami melawat Muzium Al-Haramain dan Masjid Hudaibiyah. Badan masih lagi sakit-sakit sebab still demam. Tapi gagahkan diri nak join melawat Muzium dan Masjid ni. Jom kita tengok gambar-gambar di Muzium Al-Haramain.


Replika Masjidil Haram

Masjidil Haram dulu-dulu


Nampak tak.. tak explore sangat pun. Sebab tak larat. Huhu~







Dan settle muzium, kami dibawa ke Masjid Hudaibiyah. Masjid ni adalah antara masjid paling tidak terjaga. Struktur binaannya pun tak berapa kuat. Ustaz cakap, kalau langgar sikit pun, batu-batu dia boleh jatuh.

Tak ingat nama ustaz ni. Dia adalah doktor falsafah. Seronok juga dengar dia bercerita.
Dia stay hotel lain. Datang hotel kami sebab nak makan je sambil jumpa kawan-kawan Andalusia.
Sebab katanya hotel dia makanan semua western, tak best.
Kat hotel kami ada makanan melayu, menu lain-lain, lagi sedap. Hahaha :D








Actually, kat Hudaibiyah ni Wawa tak turun pun. Orang lain semua turun dari bas. Wawa tak turun sebab tak larat. Gabar ni semua Fendi yang snap. And for those yang sihat walafiat, kat Masjid Hudaibiyah ni pun boleh bermiqat tau. So kalau nak buat umrah ke-4 amat dialu-alukan. Apakan daya, nak ikut hati, nak sangat buat. Tapi kudrat tu dah kurang. InsyaAllah, jika diberi kesempatan, next time kita cuba buat sebanyak boleh. 

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 12 (19 December 2018)



Harini kami akan menunaikan umrah ke-3. Pada harini, Wawa pula demam panas. Panas weyh... Tapi gagahkan juga diri untuk tunaikan umrah ke-3 dengan Bismillah.

Rindu suasana ni. Jom nanges ramai-ramai



Sebelum tu, kami dibawa melawat kaki Bukit Thur.



Yang Wawa pakai kat hidung tu bukan tindik or what ok. Itu nosk.
Fungsinya untuk menapis habuk. Sangat-sangat recommended
untuk elakkan dari batuk, We all 1st few days tak pakai, hamek kauuuu batukkkkssss.
Selepas tu kami di bawa melawat Jabal Rahmah. Tapi tak naik sampai atas pun. Wawa tak larat.... Ustaz cakap banyak dah benda-benda khurafat berlaku kat Jabal Rahmah ni. Jabal Rahmah ni terkenal sebagai tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Makanya, ramai la yang menulis nama bakal jodoh atau pasangan pada batu-batu kat atas Jabal Rahmah ni dengan harapan jodoh itu berkekalan 😅 sedangkan, tempat terbaik untuk berdoa adalah di hadapan Ka'abah itu sendiri.... So kawan-kawan, jangan buat sedemikian rupa ya.




Toilet di sekitar Jabal Rahmah
On the way nak ke Masjid Ja'ranah untuk bermiqat, kami melalui Mina. Kalau buat haji, di sini la tempat bermalam di Mina. Luas weyh. Kawasannya sangat luas. Terus terfikir, tempat melontar dengan Mina ni, especially yang jauh-jauh tu, cemane la agaknya ya. Semoga kita semua nanti dapat menunaikan haji dalam keadaan sihat walafiat supaya dapat menjalani ibadah haji dengan mudah dan sempurna.




Then sampai la kami di Masjid Ja'ranah untuk bermiqat. Kat luar kawasan masjid ni pun banyak jualan. Kalau nak beli apa-apa, beli lah. Hehe. Wawa tak beli apa-apa pun. Nak jalan pun tak larat, ni kan pula nak shopping.



Dalam pada demam, Alhamdulillah selesai juga tawaf dengan jayanya.


Senyum sikittttt

Ni Bukit Safa guys. Sebab tu yang bawa wheelchair kat tingkat bawah ni,
dia akan mendaki sikit kat area ni.

Sa'i kat tingkat atas tak seramai tingkat bawah. So pada Wawa, it is more convenient.

Time ni!!! Time ni lepas bercukur. Demam tak larat dia sampai Wawa terduduk.
But still boleh melemparkan senyuman.
So sempurnalah sudah ketiga-tiga umrah kami di sini.

Meh nak share sikit gambar-gambar sepanjang kat sini yang mana mereka sedang menyelenggara dan membersihkan kawasan Sa'i. So efficient ok!!!