Sunday, 28 April 2019

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 11 (18 December 2018)



18 hari bulan adalah hari demam sedunia. Yang paling teruk demam panas adalah Fendi. Like seriously demam panas sampaikan bila dia tidur tu meracau-racau. 1st time tengok dia tak sihat macam tu. Then kebetulan, masa tengah duduk kat lobi hotel, terjumpa sahabat di UPM, En Bukriman. Dia tanya mana husband then Wawa bagitau la Fendi dalam bilik demam panas. En. Bukriman then bagitau la dia datang hotel tu sebab nak jumpa kawan dia je. Dia stay hotel lain sebab bawa jemaah juga datang Mekah. Ha, rezeki nak jumpa kat Mekah. Then ok la, end kat situ. Tak lama lepas tu, En. Bukriman whatsapp Wawa (nasib dia masih simpan nombor walaupun dah lama tak berhubung), dia cakap nanti cari air Laban. Nak cari kat mana? Cari kat kedai dalam mall berdekatan dengan Masjidil Haram, mesti ada kat sana. After solat kat Masjidil Haram, Waawa terus pergi beli air ni nak bagi pada Fendi. But ada beli lebih untuk Mama dan diri sendiri. Sebab masing-masing pun dan demam. Air Laban ni bagus untuk redakan panas dalam badan. Especially bila musim panas kat sana, air ni sangat membantu. Dia macam air cool rhino tu la. Tapi ni rasa macam air yogurt. Sedap. Cuma dia pekat sikit. So mungkin ada sesetengah orang tak berminat.



Lepas dah beli air tu, tiba-tiba En Bukriman whatsapp lagi bagitau nanti dia nak datang melawat Fendi. Wawa bagitau la dalam bilik ada mama sekali. Then En Bukriman ajak jumpa di lobi sahaja. Dia suruh bawa air zam-zam sekali. So Wawa and Fendi tunggu la di lobi hotel. Sampai je En Bukriman, dia ambil Wudhu' then dia buat bacaan ayat al-Quran sikit pada air zam-zam. Dia pesan nanti minum, makan ubat sekali. Dia ada la supply antibiotik sebab dia memang sentiasa standby untuk jemaah dia.



Alhamdulillah, malam bila Fendi tidur, tak ada dia meracau-racau, dan panas pun dah mula kebah. Syukur. Risau juga sebab esok dah nak buat umrah ke-3 ni. Rezeki, Allah permudahkan segalanya. Terima kasih juga buat En Bukriman atas lawatan dan ubat-ubatan yang disediakan.

Memang pada tarikh ni, tak ke mana pun berjalan. Banyak rehat dan makan ubat je masing-masing. 

So untuk korang yang nak buat preparation menunaikan umrah, bawa la paracetamol lebih sikit. And minta antibiotik juga. Sebab ubat-ubatan kat sini mahal tau. We all yang sorang bawa 1 papan sorang pun tak cukup. Huhu~

Ok, jom ke hari seterusnya.............

No comments:

Post a Comment