Sunday, 28 April 2019

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 12 (19 December 2018)



Harini kami akan menunaikan umrah ke-3. Pada harini, Wawa pula demam panas. Panas weyh... Tapi gagahkan juga diri untuk tunaikan umrah ke-3 dengan Bismillah.

Rindu suasana ni. Jom nanges ramai-ramai



Sebelum tu, kami dibawa melawat kaki Bukit Thur.



Yang Wawa pakai kat hidung tu bukan tindik or what ok. Itu nosk.
Fungsinya untuk menapis habuk. Sangat-sangat recommended
untuk elakkan dari batuk, We all 1st few days tak pakai, hamek kauuuu batukkkkssss.
Selepas tu kami di bawa melawat Jabal Rahmah. Tapi tak naik sampai atas pun. Wawa tak larat.... Ustaz cakap banyak dah benda-benda khurafat berlaku kat Jabal Rahmah ni. Jabal Rahmah ni terkenal sebagai tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Makanya, ramai la yang menulis nama bakal jodoh atau pasangan pada batu-batu kat atas Jabal Rahmah ni dengan harapan jodoh itu berkekalan 😅 sedangkan, tempat terbaik untuk berdoa adalah di hadapan Ka'abah itu sendiri.... So kawan-kawan, jangan buat sedemikian rupa ya.




Toilet di sekitar Jabal Rahmah
On the way nak ke Masjid Ja'ranah untuk bermiqat, kami melalui Mina. Kalau buat haji, di sini la tempat bermalam di Mina. Luas weyh. Kawasannya sangat luas. Terus terfikir, tempat melontar dengan Mina ni, especially yang jauh-jauh tu, cemane la agaknya ya. Semoga kita semua nanti dapat menunaikan haji dalam keadaan sihat walafiat supaya dapat menjalani ibadah haji dengan mudah dan sempurna.




Then sampai la kami di Masjid Ja'ranah untuk bermiqat. Kat luar kawasan masjid ni pun banyak jualan. Kalau nak beli apa-apa, beli lah. Hehe. Wawa tak beli apa-apa pun. Nak jalan pun tak larat, ni kan pula nak shopping.



Dalam pada demam, Alhamdulillah selesai juga tawaf dengan jayanya.


Senyum sikittttt

Ni Bukit Safa guys. Sebab tu yang bawa wheelchair kat tingkat bawah ni,
dia akan mendaki sikit kat area ni.

Sa'i kat tingkat atas tak seramai tingkat bawah. So pada Wawa, it is more convenient.

Time ni!!! Time ni lepas bercukur. Demam tak larat dia sampai Wawa terduduk.
But still boleh melemparkan senyuman.
So sempurnalah sudah ketiga-tiga umrah kami di sini.

Meh nak share sikit gambar-gambar sepanjang kat sini yang mana mereka sedang menyelenggara dan membersihkan kawasan Sa'i. So efficient ok!!!




No comments:

Post a Comment