Tuesday, 19 February 2019

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 6 (13 December 2018)



Seperti yang telah dimaklumkan pada entry sebelum ni, hari ini, 13 Disember 2018, kami akan menziarah Makam Rasulullah S.A.W. dan Raudhah. Again, hati dan perasaan ni tersangatlah tak sabar. Banyak kali dengar orang bercerita pasal Raudhah ni, so teringin sangat nak tengok keadaan di Raudhah ni macam mana. Bak kata orang, Raudhah ni adalah taman syurga. Karpet kat Raudhah pun baunya wangi je. Haih.. Tak dapat nak bayangkan....

Seawal 7 pagi, kami dah berkumpul di lobby hotel. Untuk jemaah lelaki dan wanita, kami diasingkan. Sebabnya Raudhah tempat lelaki dan perempuan berasingan. Masih tempat yang sama, tapi pintu masuk berasingan. Nak masuk Raudhah ni kena siap-siap berwudhuk, senang. Kalau nak berwudhuk di perkarangan masjid pun boleh. Tapi selesa sikit kalau kat hotel kot. Once everyone dah sampai, terus semua menuju ke Masjid Nabawi. Owh lupa, Makan Rasulullah S.A.W. dan Raudhah ni terletak di dalam Masjid Nabawi.

Ha, jangan lupa, bawa sekali uncang kasut. Nanti senang kasut tak hilang or misplace.

Ustaz Faruqi bersama jemaah lelaki yang lain





Ok nak cerita sikit pasal nak masuk Raudhah ni.. Dia bukan boleh masuk terus tau. Ada 2 fasa yang kita kena lalui. Lepas dah masuk Masjid Nabawi je, ada 1 area ni kita kena tunggu kat situ. Sekelilingnya ada macam partition canvas warna putih. Kita tak boleh sesuka hati nak lepaskan diri dari kanvas putih tu selagi pegawai masjid tu tak buka. Haaa.. Ini adalah fasa 1.. While waiting for that canvas to be opened, boleh la solat Tahyatul Masjid dan solat-solat sunat yang lain.

Fasa kedua adalah bila kita dah nampak kubah berwarna hijau. Sini dah dekat sangat dah. Kat sini pun kena duduk, ikut dan patuh pada arahan pegawai masjid. Kalau dia suruh duduk, please duduk. Jangan ketegaq!!!

Nampak tak kubah hijau tu? Ini dari kawasan nak masuk ke Raudhah bahagian lelaki

Di bawah kubah hijau inilah terletaknya makan Rasulullah S.A.W.
(Ok, type ni sambil nanges 😢 Rindu..)

Ni pintu nak masuk Raudhah di bahagian perempuan.
Sebenarnya dari bahagian perempuan pun boleh nampak kubah hijau tu.
Tapi tak snap pun gambar. Hehe.
 Once dah dapat masuk kawasan Raudhah (karpet hijau), solat solat dan solat. Doa dalam sujud. Sebabnya kat dalam ni (especially bahagian perempuan), masing-masing bertolak-tolak dan berebut-rebut untuk solat. Once you get atleast a small space to solat, solat!!! Jangan bazir masa, jangan lepaskan peluang. Menangis weyh solat kat sini... Tak tau nak huraikan perasaan macam mana. And seriously, karpetnya wangi 😍 Haih... Rindunyaaaa....

Time kat Raudhah ni, ada kemungkinan besar you guys akan terpisah dari group masing-masing. Sebabnya nak cari ruang solat bersama tu sangat kritikal. That's why akan berpecah. Jangan risau. Solat je. Nanti kemudian, jumpa kat luar pintu Masjid Nabawi yang mula-mula masuk tadi. Tak susah pun nak cari pintu tu sebab semua pintu ada nombor. Like us, ustazah memang dah pesan untuk tunggu semua di pintu masuk tadi. Kalau lambat pun tak apa. Ustazah akan tunggu.


Ini adalah selepas keluar dari Raudhah

Cantikkan pemandangan ni..

Cry in smile!!!


Pintu #25. Ini adalah pintu yang boleh menuju ke Raudhah.


Balik tu, ada pulak sorang auntie tu minta tolong tolakkan wheel chair dia.
Huhu~ But tolak sampai pintu gate masjid je. Then dia tolak sendiri.
 Ha, bercakap mengenai wheelchair, ada benda Wawa nak share iaitu macam mana nak bawak orang naik wheelchair ke Raudhah dalam next entry. Stay tune tau!

Jadual makan di hotel
Usai urusan harini, kami habiskan masa solat dan jalan-jalan sekitar hotel je. Tak banyak aktiviti sangat pun. Ye la, tempat ibadah kan 😊


Ok guys, ingat, Wawa nak share mengenai wheelchair di Raudhah. Keep reading ya. Muaaaahhhh 😍

No comments:

Post a Comment