Lewat malam pada tarikh ini, around 12am Wawa, Cik Nah and ada sorang lagi auntie ni (auntie Dayang), pergi ke Raudhah lagi. And this time around kami pergi sendiri je since dah tau macam mana nak ke sana dan nak buat apa. Just follow the flow. But this entry masih belum cerita pasal wheelchair di Raudhah tau. Tu entry yang lain ok.. Entry lepas yang ini.
We all bertiga start gerak dari hotel 10pm terus pergi cari pintu 25 and waiting for the session untuk masuk Raudhah. This time around we all saja follow group from countries selain dari Malaysia and Indonesia. And I tell you, don't ever join this group. They are worst. Kalau sebelum ni ikut ustazah, diorang memang bawa masuk ikut group Malaysia Indonesia. Sebab kat pintu masuk tu nanti they really divide people tau. Time follow Malaysia Indonesia tu, semua dengar cakap. Bila suruh duduk, everyone duduk. But, following this group dari negara lain, ya ampunnnn, rasa nak sepak je sorang-sorang mereka tu. Nasib kat tempat baik, so terpaksa tahan hati dan perasaan. You know what, bila suruh duduk, ada je yang berdiri and jalan sikit-sikit sampai ke depan. Bila pegawai masjid suruh berhenti dia bagi alasan nak duduk depan je. But then bila pegawai toleh pandangan ke arah lain sekejap, terus dia lari masuk ke Raudhah. Sampai pegawai tu geleng-geleng kepala. And not only that, bila dia nak ke depan tu, dia main tolak je kepala-kepala orang yang duduk ni macam kepala ni adalah pemegang 😨 Dari sini dah nampak perbezaan adab orang-orang dari negara lain ni. Come on guys, Islam mengajar erti kesabaran, sabar boleh tak? Kat negara awak tak ajar adab ke? 😳 Nanti semua dapat peluang masuk. Jangan risau k. SABAR!!! That's the key word!!!
Me, Cik Nah and Auntie Dayang |
Bila dah balik hotel, tidur sampai ke pagi untuk next schedule.
Hari ini adalah hari berjalan-jalan 💝 or they call it ziarah luar. Seperti yang di maklumkan kepada kami semua, pagi-pagi tu keluar dah siap berwudhuk. Sebabnya antara destinasi yang di tuju adalah Masjid Quba. Kenapa kena berwudhuk, supaya nanti mudah untuk buat solat sunat disana.
Inilah rupa Masjid Quba itu 😊 |
Ha, ni nak cerita sikit pasal keadaan di Masjid Quba. Masjid tu sendiri tak ada apa-apa isu. Yang menjadi isunya adalah orang yang menjual di perkarangan Masjid Quba ni. My advise is, lepas dah habis solat, keluar je masjid, nampak orang jual-jual, especially yang jual tasbih, terus jalan laju-laju jangan layan diorang. Sebabnya? Walaupun korang tolak secara baik, diorang akan letak barang tu atas tangan korang or anywhere yang diorang boleh letak kat korang, then dia toleh ke tempat lain sebab dia nak korang bayar juga barang tu. My auntie kene. Padahal my auntie siap sorokkan tangan dalam tudung labuh, then diorang boleh letak atas tempat yang kita sorokkan tangan tu. Korang faham tak? Haha 😂 tapi macam tu la. Kalau orang yang jual atas cart tu tak ada masalah. Yang masalahnya adalah yang berdiri jual barang-barang kecil ni. Bukan la tak nak beli, tapi kalau dah beli banyak, nak beli lagi buat apa. Sebab yang diorang letak kat tangan kita tu bukan 1 tasbih tau. SEIKAT tasbih dalam 10 ke 12 unit. Ha, fikir-fikirkan lah. Huhu~
Ok dah habis kat situ, kita g kedai kurma pula. Jarak dari Masjid Quba ke ladang kurma ni tak jauh pun. Around 10 to 15 minutes. Masa our group sampai, tak ada orang. Meaning that we are the first group yang datang kedai tu. Mudah nak memborong!
Datang je group lain, zasssss busy kedai tu 😄
Beli beli beliiiiii |
Cheeky boy!!! |
Alhamdulillah. Selesai melontar Riyal. Hehe 😁 Wawa beli kurma Ajwa 5kg 300SR rasanya. Wawa share dengan Cik Nah, Mama. Sebab 5kg tuuuuu.. Huhu~ By the way, sedapppppp.. Tiba-tiba macam tak cukup pulak bila dah sharing Hehe 😉 Lets go to the next destination! Its is Jabal Uhud aka Bukit Uhud. Jabal Uhud ni ada sejarah peperangan Uhud. Menarik ceritanya. Sejarah peperangan Uhud ni Wawa baca banyak dalam buku dan internet. Korang boleh baca tau. Menyingkap sejarah.
Lagi 1, kat sini, ternampak jelas bukit-bukit tu dah naik hijauan. Dikatakan, semakin hijau bukit-bukit itu, semakin hampir lah kita pada hari kiamat. Wallahualam....
Memang suka menyempit. Nak berdua pun payah 😔 |
Ha, dapat pun. Tu pun lepas suruh si kecik tu g kat mama abah nye 😆 |
with Mama |
Kesayangan dunia akhirat. My tulang belakang. |
Haiii... shopping apa tuuuu... |
Owh ya, lepas dari trip ke Bukit Uhud, pihak Andalusia ada bawa ke 1 lagi kedai yang memang ada sticker Andalusia, seems like it is one of their dedicated shop la. But based on price comparison, kat kedai ni agak pricey. So better beli kat kedai di area ladang kurma tadi tu.
Ini je trip untuk harini. After settle, kena balik hotel sebab yang lelaki nak pergi solat Jumaat. Then the whole day kita spend di Masjid Nabawi before berangkat ke Mekah esok hari.
Please wait for the next entry k. Ada cerita yang Raudhah with wheelchair tu 😎
No comments:
Post a Comment