Tuesday 23 June 2015

Anugerah Allah - ANAK


I just want to share some thoughts. Dah post kat FB dah before this. Now nak share kat sini pula =)

Tatkala banyak pasangan yang menginginkan anugerah Allah yang terindah itu, masih ramai lagi yang menolak rezeki itu.. antara yang menolak adalah:

1) Yang membunuh atau membuang anak
2) Yang menggugurkan kandungan
3) Wanita yang beralasan ingin menjaga bentuk badan...

4) Lelaki yang bimbang dan risau tidak mampu untuk menanggung


Beberapa ayat Al-Quran ada menyebut:

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar." - Surah Al-Israa'. Ayat 031.

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya." - Surah Al-Baqarah. Ayat 268.
 
Yakinilah dengan sepenuh hati bahawa setiap anak yang lahir ke dunia, Allah S.W.T. telah menjamin rezeki untuknya.

Jika kita tidak yakin dengan rezeki Allah, maka Allah pun tidak yakin untuk memberikan rezekiNya kepada kita.

Nota kaki: ‪#‎justsay‬ ‪#‎banyaksangatkes‬

No comments:

Post a Comment