Background

Thursday, 18 June 2015

Tokyo, Japan - Day 3 (14 June 2015)



Hari ke-tiga dimulakan dengan sarapan roti penyet dan tuna. Hahahaa :D
Ok, hari ni jalan-jalan dah tak naik kereta dah. Naik kaki je. Huhu~ Entah kenapa, si Afiq tu kate nak join kami lagi untuk jenjalan. Makanya, jadilah dia tour guide tanpa bayaran kami. Hahaha :D Ok jom!!!



Cenggitu tau tau tau @_@


Meet up point kami. Sementara tunggu Afiq.
Kami berjumpa di Shibuya, exit Hachiko. Pernah dengar nama Hachiko. Nanti korang search ok!! Kisah mengenai seekor anjing. Sangat famous kat sini.


Ha, ni tugu Hachiko sempena memperingati dia. Ehhhh...tetiba ada tucen pulak duk kat situ.. Hahaha :D



Now kita nak cross SHIBUYA CROSSING pula. Ini adalah the BUSIEST CROSS IN THE WORLD!!! Pernah tengok Tokyo Drift?? Tempat Han drifting yang ramai orang tu!!! Ha, kat sini la tu..





video


video
Bila lampu dah hijau kelam kabut mak lari nakkkk!!! Hahaha :D

So lets jalan-jalan.

Kasut kat sini cantik-cantik!!! Nasib kasut tak termasuk dalam budget. Kalau tak dah sapu habis!!! @_@



Afiq je beli makanan kat sini. Kitorang tak lapar lagi. One of Halal restaurant kat Shibuya.



Next kami pergi ke UENO. Naik train dari Shibuya, Ueno ni best 1 je. BANYAK KEDAI MAKAN HALAL. Hohoho :D Makanya, kami pun jalan-jalan dan having lunch kat sini. Harga tak mahal. Berpatutan!!!


Singgah jap. Member nak beli ade orang tempah barang Hard Rock =)


Ueno.. Kat sini ade jual perfume murah. Made in Japan. EDP tau bukan EDT. Bau pun best. Tapi lupa pulak nak snap gambar. Ampunnnnn.. Huhu~

Macam-macam hadoooo!!!




Tada~ Kedai Chicken Man!! Ade jual nasi ayam and ayam goreng. Dap dap!! Ade nampak mereka tampal gambar Zizan MLM makan kat sini. Weehuuu~


Wawa & Masz pilih kebab kat sini. Rezeki!!! ownernye baik bagi extra chicken n beef dalam kebab kami. Plus dapat air free. katanya free for Muslim :) Alhamdulillah...

video






Dah kenyang macam buaya dapat hayam, kami teruskan lagi perjalanan ke AKIHABARA. Kat sini TEMPAT PALING BEST UNTUK SHOPPING!!!! Duty free shop pun banyak untuk beli souvenir. Tak tipu!!! Best!!!





Kat dalam sini ada banyak barangan elektronic dan toys. Semua hado!!!

video

Kali ni bukan window je, door, ceiling and floor shopping semua ade!!! Hahaha :D Pengsan mak nak!!!!
Dah settle, jom teruskan langkahan kaki. Kami berjalan sejauh-jauh alam sebab nak carik benda ni je!!! SATELLITE OF LOVER'S SANCTUARY. Hahaha :D Punya la jauh!!! Asal la awak duk jauh sangat yang oiiiiii!!!



Dah puas snap snip snop, kami jalannnnnn lagi menuju ke TOKYO METROPOLITANT GOVERNMENT BUILDING. Free admission. Kat sini best sebab boleh tengok VIEW TOKYO CITY. Cantik. Subhanallah!!! 








Habis semua, kami balik. Hari ni punya penat 120%. Hohoho :D Sampaikan bila balik dah siap mandi, tapak kaki tak rasa pijak hape!!! Punya la sakit!!! Tak kisah la labu, janji happy!!!

2 comments:

  1. Allahuakbar! Touching sangat yang free for MUSLIM tu.... Semoga Allah murahkan rezeki kamu wahai peniaga kebab. Oi asal x bawak balik Hachiko? Hahahahaa.

    U made me feel nak pi Jepun esok gak. Pffft! :-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha :D Hachiko berat sebab batu. Baik bawak balik kucing yang duk kat Hachiko tu!!!

      Delete