Ok, jom sambung untuk hari kedua di Yogyakarta @ Jogjakarta. Hari kedua ni kami mulakan exkpedisi lewat sikit. Around 9.00am baru keluar hotel, then singgah mart kejap untuk beli roti dan kudap-kudapan untuk breakfast. Perjalanan nak ke destanasi seterusnya ni agak mencabar, sebab jalan dia bukan jalan cantik, rocking road. Macam naik kuda rasanya. By 10.30am, we arrive JOMBLANG CAVE. Parking kat sini free je, cuma perlu bayar entrance fee IDR450,000 seorang. Fee ni termasuk kasut getah, safety gear (safety helmet basically) dan meal after activities.
Masa sampai tu tak nampak lagi kena buat apa. Then Pak Heri bawa masuk ke entrance, terus suruh pilih kasut boot. Ada banyak size. Kasut boot dia, ya ampunnnnnnn, bau boleh pengsan!!! kau pakai kat kaki, tapi bau boleh sampai ke hidung!!! And you are not allowed to wear your own shoe. Unless korang bawa korang punya boot sendiri. Boot yang diorang provide macam dalam gambar. Sebab apa kena pakai boot? nanti korang tengok gambar-gambar trekking dan dalam gua ye ye ye.
Geli atau tak, pakai je. Jangan nak mengada sangat ok!!!
Dah settle semua, ok jom!!! Bila sampai lokasi tengok semua orang pakai safety helmet, dah macam berdebar-debar. Wahhhhh... Rappelling laaaaa... Ada antara kami yang suka, ada yang kata 'kenapa kena buat benda ni??' aippp...buat je!!!! @_@
Ha, tengok benda alah ni dah rasa hati meloncat-loncat.. I loikeeeee ❤
Preparation
Fighting
Ni nombor giliran. 1 group 1 nombor giliran. Tapi turun berdua-duaan.
Owh ya, jangan cakap kasut je keharuman kasturi, safety helmet pun bau semerbak... lagi dekat dengan hidung. makanya, berhuhu je la sepanjang hari... Hahahaha :D Tapi lepas dah sampai kat dalam gua je, bau tu semua dah hilang. Mungkin sebab dah sebati dengan hidung ataupun diri sendiri pun dah bau macam errrrr......
Ok ready!!!
Masa nak turun ni, dalam 5-6 orang tenaga kerja je yang turunkan kami... Huhu.. Fendi dia jenis gayat terlebih. Oleh sebab itu dia hold me tight. Sangat!!! Mengigil gigil dia time turun. Kedalaman dari atas ke bawah adalah 60 meter. Memang kena turun berdua, kalau korang single, diorang akan cari lagi sorang yang single juga untuk diturunkan dengan korang. Mana tau jumpa Mr. Love. Hahaha :D
Errr...muka Fendi..cuak katanya...
Yeay...dah selamat... Alhamdulillah :)
After semua dah turun, staff tadi bawa kami trekking untuk turun ke dalam gua. Lets!
Ok, jom masuk gua..
Di pintu masuk Gua Jomblang. Ok jom teruskan perjalanan!!!
Setelah berjalan sejauh 300 meter + + dalam kegelapan dan berlecak, kami sampai ke hujung gua. Hujung sekali ada batu warna putih. Tak ingat pula namanya. Kita tak dibenarkan memijak batu ni sebab batu ni hidup. Ala ala coral reef @ stalactite/stalagmite la.
Kat sini, kalau cuaca cantik, pengunjung akan disajikan dengan jaluran cahaya yang datang dari lubang (ada orang kata sink hole) dari ketinggian 90 meter. Some people call it cahaya syurga. Cantik dia, Subhanallah, mengagumkan. Tapi cahaya tu datang sekejap-sekejap je dek kerana putaran bumi yang mengalihkan kedudukan awan.
Part of jaluran cahaya
Kat dalam ni suasananya sejuk. Sebab bahagian bawah tu sebenarnya ada air sungai yang mengalir. Bukan itu sahaja, kadang-kadang, korang pun akan terkena air titisan dari atas yang turun dari lubang tu.
On the way keluar dari Gua Jomblang
Kagum dengan anak kecil ni. Masa mula-mula nak turun dengan ibunya, menangis. Tapi bila nak naik, dia suka!!! Good girl!!!
Benda yang paling kami tak percaya adalah, sebelum naik tu ada tanya pada staff, berapa ramai kat atas yang tarik pengunjung naik ke atas. Then staff die cakap 20-30 orang. Kitorang pun macam tak percaya sampai tanya banyak kali. So kitorang tunggu je sampai atas, then tengok sendiri, YESSSSS... memang ramai!!!!!
Ni lah orang-orang yang tarik pengunjung naik ke atas.
At the end, lepas habis aktiviti, kami disajikan dengan nasi putih, ayam goreng (staff diorang cakap, makanan kegemaran upin ipin, ok fine), dan 2 lagi lauk yang dimasak indonesian style. Tapi ok la, boleh terima, dan kenyang jugak. Owh, air mineral pun disediakan.
Lagi 1, masa kami turun Jomblang Cave tu, akan ada staff ambil gambar. Bila aktiviti dah selesai, mereka akan jual gambar tu. Ada yang diorang print 2 keping, ada yang 3 keping. Like Wawa and Fendi, kami dapat 2 keping, IDR50,000. Beli jangan tak beli.. Huhu~
Ni gambar yang kami beli.
Selesai aktiviti pertama yang mengambil masa plus minus 5 jam. Dia lama bukan apa, sebab nak tunggu turn untuk turun dan naik tu. Tapi tak apa la, bukan selalu kan.
Next we move on to PINDUL CAVE at 3.35pm. Dari Jomblang ke Pindul, tak jauh mana pun. Around 30 minutes dah sampai. Kat sini parking kena bayar sama ada IDR5,000 atau IDR10,000, cheq tak hengattttttt @_@ faktor usia mungkin. Entrance fee IDR150,000/person. Diorang akan provide you with life jacket and tube tayar gedabak besar. So kalau heavy weight pun insyaAllah boleh terapung lagi. Huhu~
Nak ke Pindul Cave tu kena naik truck ni. Tengok la muka-muka happy tu.
Masa sampai kat Pindul Cave ni, teramat ramai dengan 1 rombongan sekolah ni.. Makanya, bising ya amat. Lagi-lagi bila dalam gua. Adoyaiiii...potong betul la... Maaf la ada gambar agak blur, sebab camera kena air. heeeee :)
Staff akan lead kita terangkan apa ada dalam gua tu. Maaf la gambar tak ada. Bukan tak ada, tapi sebab kamera kena air, so gambar jadi blur teruk. Huhu.. Kat dalam gua ada batu-batu crystal, stalactite, stalagmite, kelawar, dan macam-macam lagi. Tapi kami tak berapa dengar dek kerana bunyi bising yang terlampau dari rombongan sekolah tu. Rasa nak je tembak pusat sorang-sorang @_@
Tada~ dah keluar cave. Kamilah kelawar @_@
Time ni staff tu cakap ok dah boleh turun, rupa-rupanya tempat yang Wawa turun tu masih dalam. Terjerlus ke dalam air. Padan muka. Best!!!
Naik truck lagi nak ke kawasan seterusnya.
Next destination aman. Sebab staff tu cakap, selalunya kalau group besar, diorang hanya akan pergi 1 gua tadi tu je. So kami ni nak pergi ber-water rating. Weeehuuuu~
Sampai 1 kawasan, kita kena jalan bawa pelampung untuk pergi kawasan air sungai
Ok posing jap
Cak~ Ready to go!!!
Yeay~ I jump!!!! Sempat pulak Atem campak selipar sebelum terjun. Huhu.. Ketinggian 12 meter, kedalaman 11 meter. Best woooo~
Tamat sudah mandi manda. Masa nak balik, truck pula rosak. Dah la time tu gelap. Around 6 macam tu. So kami terpaksa naik truck lagi 1 dan truck tu jugak tarik truck kami yang rosak tadi.
Selesai mandi, tukar baju semua, kami beransur pulang pukul 8.30pm. Tapi sebelum balik, kami singgah di Serba Sambal Restaurant. Dia ala-ala ayam penyet. Tapi ayam die ayam bakar. Sambal die kaw kaw. Memang sedap sampai rasa nak bungkus bawa balik hotel. Nasib tak ikut nafsu makan. Huhu~ All of us makan nasi ABC (Ayam Bakar Cinta) harganya IDR21,000/set sekali dengan teh botol. Kecuali Arip, dia makan nasi dengan ayam goreng kampung. Tapi sambal yang sama. Sedap!!! Highly recommended! Pandai betul Pak Heri ni bawa kami ke tempat makan yang sedap-sedap.
Nasi Ayam Bakar Cinta
Korang tau tak erti persahabatan sebenar? Persahabatan sebenar adalah habiskan duit sama-sama. Hahaha :D Balik je hotel, terus buat meeting. Sebab apa? Sebab kami rasa dah terlebih belanja dari plan asal. Nak buat cemane, makan sedap-sedap, aktiviti bukan main lagi. Hahaha :D So malam tu juga kami buat calculation semula nak kena put aside IDR berapa untuk tampung aktiviti 3 hari berikutnya. Cenggitu haaaaa~ Nasib cukup 🙈
Ok la..jumpa lagi on the next entry k. Happy New Year 2017 semua!!!!
No comments:
Post a Comment