Hari ke empat ni penuh dengan visits. Seawal 5 pagi dah keluar oiiii!!! Pukul 5 pagi tu Pak Heri dah terpacak depan hotel untuk pick up kami semua. Hamek kau. Nasib semalam dah pergi mart siap-siap sebelum balik hotel untuk beli roti buat breakfast hari ni. First destination harini adalah BUKIT BEREDE to see sunrise. Just sunrise. Yang ini memang kami request kat Pak Heri. Lucky dia ok nak pick up kami semua pukul 5 pagi. Hehe :) If you are not into nature, I don't think you need to wake up as early as 4am to be there. Huhu~
Pukul 6.10, sampai je lokasi, mesti la kena bayar parking dulu. Hehehe :) IDR10,000. Then entrance fee sorang IDR30,000. Lepas dah bayar korang kena panjat tangga. Penat dan mengah la juga. Kesian kat Liana and Atem. Sebab kaki diorang sengal-sengal dek kerana aktiviti semalam. Huhu~ Apa-apa pun, semua tetap penuh semangat nak teruskan berjalan. Kami panjat tangga ni laju-laju, nak cepat, sebab kat Indonesia ni matahari naik awal. Tak macam Malaysia. Tangga dia tinggi macam Batu Cave ke tak? Uishhh.. Batu Cave tu tinggi sangat. 1/3 dari Batu Cave maybe @_@
Lepas masing-masing dah setup camera untuk buat time lapse, then kami duduk-duduk melepaskan lelah panjat tangga tadi. Time ni Wawa rasa pening. Actualy pening since dalam kereta lagi. Bukan sebab tak breakfast. Dah breakfast dah. Tapi sebab Pak Heri terpaksa bawa kereta sedikit laju dari kebiasaan so that kami tak terlepas sunrise. Lepas duduk a while, its getting better dengan bantuan minyak angin Atem (thank you Atem 😁). Hehe..
Antara pengunjung yang menyaksikan sunrise
Cantik bunga matahari kat sini
Ha, ni tangga yang kami panjat tu. Time ni nak turun dah. Kesian Liana kena jalan pelan-pelan. Nasib ada support dari husband kesayangan. Acececehhhh~ 💕
Kat sini kami duduk 1 jam ja. By 7.10am kami dah cabut ke BOROBODUR pula. Parking dapat dekat sikit dengan pintu masuk since tak banyak lagi kereta. Tapiiiiii...rupa-rupanya, bas rombongan dah melambak dah. Hahaha :D
Sama seperti di Prambanan, kat sini pun boleh dapat student rate. So guys, please, siapa yang masih simpan student card, bawa je ok!!! Dan kat sini pun kaunter tiket untuk international tourist adalah berasingan dari local. So ada keselesaan disitu tak perlu queue panjjang-panjang. Student entrance adalah IDR130,000. Kalau harga biasa, tengok kat dalam gambar di bawah ye ye ye :)
Korang akan diberi air. Ada 2 option, kopi/tea atau mineral water. Kopi dan teh boleh dinikmati di meja yang disediakan. Macam VIP gittewwww..
Antara aktiviti yang ada di sekitar Borobodur.
Ada juga beberapa aktiviti lain yang boleh dijalankan kat Borobodur ni. Tapi we all tak join pun sebab hanya ada maksimum 2 jam untuk bergambar kat sini. Sebab berdasarkan pengalaman kat Prambanan, 2 jam tu macam cukup-cukup je untuk bergambar SAHAJA. Kahkahkah :D
Jauh juga nak berjalan ke lokasi utama. Sama je macam Prambanan. Around 200-300 meters walk I guess.
Sebelum berpecah, kita snap gambar reramai dulu @_@
Ok, ready untuk beraksi!!! Hahaha :D
Hamek kau... Tak nak mengalah. Hahaha :D lagi????? ok la, kit abagi gambar wall Borobodur pula. Sekitar wall Borobodur ni, ada seni lukisan yang tersirat beribu/berjuta maksud tersendiri. Maksud-maksud tu semua boleh tengok kat dalam muzium dia. Ada yang parti mabuk la, kesatriaan la, macam-macam la haiiii @_@
Antara rombongan sekolah yang ada. Siap duduk, cikgu baca history, catat!!! Padahal semua ada kat dalam muzium. Huhu~ Tapi mungkin ini cara mereka, so kita layankan aje.
Ok sambung posing lagi.. Hamek kau!!! Cemane nak elak? buildings macam ni la yang mahal untuk bergambar tau tak. Huhu~
Port paling susah nak cari kosong adalah di stupa ni. Penuh orang tak leh nak kata apa oiiii.. Ni pun buat tebal muka je posing depan orang ramai. Hade aku kesah!!!
Habis bergambar, jom cari Pak Heri kat kereta. Yang bagusnya lagi pasal Pak Heri ni, dia tak pernah pergi jauh dari kereta. Asal die nampak kami approach kereta je, terus dia unlock kereta. Padahal kitorang ni tak nampak pun dia kat mana. Selalu macam tu. Hahaha :D
Ok la. Next please!!!
Tak jauh juga dari Borobodur, pukul 10.00am gerak, pukul 10.24am dah sampai BUKIT RHEMA di mana terletaknya GEREJA AYAM. Gereja Ayam ni bila dibaca sejarahnya, not really gereja. It is rumah doa tak kira agama apa pun. Tapi disebabkan yang binanya adalah Christian, tu yang orang anggap itu gereja. At first tempat ni kosong, tak da apa-apa pun. Tapi disebabkan filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) buat shooting kat sini, terus jadi pusat pelancongan!!!! Ha, dahsyat tak power movie tu untuk tujuan marketing? Hebatkan...
Entrance Fee IDR25,000 seorang. Nak naik ke Gereja Ayam tu kena naik jeep RM7,000 seorang. Otherwise, panjat la hang tinggi-tinggi tu. @_@
Happy kids alive!!!
Ada antara gegadis dalam gambar ni yang mencari cinta Rangga 💓
Ni kat atas kepala ayam tu. Hehehe... Kecik je. So kena ikut turn nak naik. Turn tak lama pun. Sebab tak ramai.
At one side, boleh nampak Gunung Merapi.
Tangga AADC2 💕💖💗
Ok dah, tak yah lelama kat ayam tu. Jom kita ke destinasi seterusnya iaitu KALIBIRU. Depart at 11.20am and arrive 2.15pm. Sebab apa lama? Sebab ada singgah lunch jap. Hehe :) Kat sini famous dengan pemandangan untuk ambil gambar atas platform di atas pokok. Tiket masuk IDR10,000. Parking 10,000 atau 20,000. Lagi bagusnya Pak Heri? Dia bawa kami parking paling hujung parking area yang ada. Hamek kau!!! Kat mana? Kat bukit yang curam. Kitorang kat dalam kereta sampai kecut perut dibuatnya takut-takut kereta tak leh naik. Sampai berbau hangit la tayar kereta Pak Heri. Tapi dia tak kisah pun. Tengok ada tu, kena berjalan jauh sebab terlalu ramai orang dan kereta.
Muka msing-masing dah burn sebab hari-hari outdoor @_@
Selanin dari AJK masa, kami juga melantik Atem sebagai AJK WiFi. Mana saja stops, especially kedai makan, dia yang akan cek WiFi availability. Kalau ada, Atem akan tanya password kat tuan tanah kedaung. Kikiki :D its not about being anti-sosial. Cuma nak update kat family je apa khabar harian. Makan apa. Buat apa. Selagi boleh la. Setakat nak update gambar tu, kat hotel pun boleh. Huhu~
Lunch at Popeye
Dah kenyang? Jom!!
Next we move on to PARANGTRITIS. Sampai around 5.21pm. Kat kawasan ni ada 2 benda. Ada GUMUK PASIR dan PARANGTRITIS BEACH.
Mula-mula nak masuk, dah kena entrance fee. Diorang tahan kereta kat pintu gerbang. IDR berapa Wawa tak hengat. Maximum pun IDR30,000 la kot. Then kereta meluncur ke depan sikit, jumpa dah Gumuk Pasir. Parking IDR10,000. Entrance Fee nan hado. Unless kalau you plan nak main sandboarding, harga sandboarding stating from IDR75,000/board. At first we plan to have it. Tapi...ermm.... biarlah rahsia. Huhu~ But if you have a chance, please try it on. Benda bukan selalu jumpa kan.
Budak Subang Jaya memang ada gaya. Sebab tu suka board :)
Maaf la hakak asik posing jeeeee @_@
K.A.M.I
Konon rekod video sebut aaaaa... tapi semua sebut aaaa macam tak makan!!! Choiiii :D
Pastu semua gelak 💗
💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕
Cubaan pertama atem buat E. Dah macam nak berkungfu dah. Al kesah nya menahan sakit kaki dari aktiviti semalam. Huhu~
Ok la.. Wawa gantiiiii 💜💜💜💜💜💜
Tak lama lepas tu, they decided to make a move to Parangtritis. Pak Heri tanya, nak pergi yang ramai ada ATV ke nak pergi yang lengang. So kami pun memilih yang lengang. Sebab Pak Heri kata, time tu sangat ramai. Sebab weekend. So tak apa la, ATV boleh cari kat Malaysia =)
So apa kami buat kat Prangtritis Beach? just duduk-duduk, buat timelapse.
So pukul 7.11pm kami berangkat pulang ke hotel. Penat wooo kuar 5 pagi balik malam.
Tapi, perjalan gegadis tak berhenti setakat di hotel. Hahaha :D Kami suruh Pak Heri drop jejaka-jejaka di hotel, then kami minta Pak Heri drop kami di Malioboro. Cuma kali ni Pak Heri berhentikan kat lorong terdekat untuk kami jalan masuk ke Malioboro je. Sebabnya, weekend, malioboro sangat machettttt (jem).
Kenapa kami gegadis nak ke Malioboro? Sebab nak shopping laaaaa @_@ sanggup tak makan sebab malas, shopping sanggup pula. Hahaha :D Jangan tak tau, dek kerana memborong banyak sangat, sampai tuan kedai bagi Wawa pegang calculator untuk tolong dia kira semua sekali. Hahahaha :D pastu hujung-hujung, tuan kedai boleh cakap ape nak tau 'boleh jadi kasir'... Banyak la!!! Hahaha :D nasib saya baik tau embah. Kalau tak, saya kira harga saya sendiri @_@ Sapa beli paling banyak? Masz.. Budak ni memang nye!!!
Seriously malam ni, Malioboro lagi padat dari malam yang kami singgah hari pertama tu. Happening sungguh. Habis shopping, tangan penuh kanan kiri, tahan teksi, ok dah jom balik hotel. Balik tu, mandi solat, charge handphone, tak buka fb ig dah, terus babaiiiiii 🙋🙋🙋🙋🙋
No comments:
Post a Comment