Sunday, 1 January 2017

Jogjakarta Day 3 (23 Disember 2016)


Gigih ni nak siapkan blog ke Jogja sebelum masuk kerja. Tak tau la sempat ke tak. Kalau dah masuk kerja nanti, entah ada masa untuk godek semua ni dah @_@ Ini pun banyak lagi exam papers nak kena buat. Asik berjalan je kerjanya. Huhu~ Jadi lambat nak siapkan cerita bukan sebab ceritanya, tapi nak kena select gambar, nak buat watermark, nak susun atur gambar, dan paling lama adalah nak upload gambar. Bercinta!!!

Ok ok ok.. now kita sambung third day k. Pukul 8.15pm kami dah keluar untuk breakfast. Pak Heri bawa kami di SOP AYAM PAK MIN KLATEN. Klaten ok, bukan Kelantan :D Kedai ni tepi jalan je on the way to our next destination. 15 minit dari hotel. Usually Pak Heri buat macam tu je la. Senang. Dan makanan kat sini I could say so so. Most of us makan sup ayam, dalam tu dia letak bihun atau nasi, ala-ala moi sup la jadinya... Gambar makanan lupa pula nak snap. Hehe :) Ade juga keropok udang warna putih, which kalau kat Malaysia keropok tu warna merah. Ha boleh imagine tak? Then ada tempe goreng (yang ni memang sedap). So makan Sup bihun keropok tempe. Waduh waduhhhhh~ Enak!!!


Ha nak cerita sikit, perasan tak board BUKA tu. Kikiki :D ketawa dulu before cerita. Usai makan, nak gerak dah ni, ada 1 van, dari madrasah agaknya, sebab semua berpurdah dan berserban, most of them kanak-kanak, datang makan kat sini. Comel je ada seorang budak tu pergi flip board tu jadi TUTUP/HABIS. Hahahaha :D Nasib ada orang perasan then flip balik board tu. Orang tu baru buka dik oiiiiiii @_@ lawak tak? ok hambar 🙈

Ha, gambar makan tak ada. Tapi dalam ni boleh nampak kan. Dalam mangkuk ada sup hayam (boleh pilih nak part mana ayam tu sebab harga lain-lain), dalam tin tu keropok udang, dalam bekas berpenutup depan Wawa tu ada tempe goreng.



Dah kenapa muka kau cenggitu Wawa oiiii!!!
Ni total breakfast Wawa & Fendi
Ok jom sambung perjalanan. Kami berangkat dari kedai makan jam 9.00 Perjalanan kali ni mengambil masa yang saaaaaangat panjang. Ianya jauh dan jalannya tidak bertar, malahan berbatu-batu, batu besar pun ade. Macam pergi trekking naik jip pula. Kami risau samada lepas atau tidak untuk kami ke TIMANG BEACH. Seriously, sampai ada 1 tahap tu, berlecak, tayar spinning, dalam hati masing-masing doa supaya perjalan tu dipermudahkan. Ini antara punca ramai supir yang tak nak bawa pengunjung ke Timang Beach. Kawan-kawan Pak Heri pun ramai yang tolak job kalau ada yang request nak ke sini. Alhamdulillah, nasib Allah temukan kami dengan Pak Heri yang layan je mana kami nak pergi. Video jalan tu ada, tapi lambat nak upload. Later Wawa upload k. 

Owh lagi 1 info, actually, sampai 1 kawasan tu, ada Ojek Rental. Ojek Rental tu adalah motor sewa. Kita boleh parking kat situ, then ada orang yang akan bawa kita pergi ke Timang Beach tu. Motor biasa, bukan scrambler ok. Harga tak ingat, sebab kami tak gunakan khidmat tu, since Pak Heri kata tak aman. Ye la, dengan jalan cenggitu, cemane nak naik moto. Dengan orang lain pula tu. Nak peluk cemane? Hahaha :D

Finally, after 2 jam 30 minit perjalanan yang mencabar, kami tiba di Timang Beach. Kat sini parking free. Time kami sampai, tak ada orang. Hoyehhhhhh @_@ 





Mula-mula sekali dengar bunyi ombak dan tengok tempat ni, Subhanallah... Cantik!!!

Angin kat sini teramatlah kuat!!! Kat tengah-tengah tu la kami nak pergi.
 Nak pergi ke batu tengah-tengah tu, kena naik gondola. 1 orang IDR250,000. Nak naik sorang-sorang ke, berdua ke, harga teap sama. Ada orang kata tak berbaloi sebab mahal sangat. But for us, experience is more valuable compared to money. Ye la, kita bukan nak datang hari-hari ke sini pun kan. Siapa kata tak berbaloi??? For me sangat berbaloi... But again, it depends on individual.

Ok, lets ride.

Ada orang tu siap tutup mata denga tudung hakak. Tapi saja taknak letak gambar tu kat sini. Hahaha :D







Ada tangga untuk turun ambil gambar kat bawah.



Angin kat sini, kuat!!! sampai rasa nak terbang dengan badan-badan ni sekali @_@



Berteduh jap. Penat posing 🙈

Ha, ni gambar kat bawah tu.


Finally, from us!!!
Kat sini, korang jangan risau kalau nak pergi berdua je. Sebab, staff die semua baik-baik. Diorang boleh tolong ambilkan gambar guna handphone korang dari A sampai Z. Dari bahagian atas batu, sampai turun kat bawah tu pun akan ada staff yang assist. Tu gambar Wawa duduk sorang-sorang kat batu bawah tu, diorang yang tolong snapkan. Diorang dah biasa agaknya. Pandai cari angle. Gambar ramai-ramai tu pun diorang yang snap kan. FOC hokey!!!

Best shot masa nak balik!!! Tq Masz!!!
After spending 1 hour 40 minutes here, kami beransur pergi ke HUTAN PINUS. Perjalanan mengambil masa +- 40 minutes. Ada banyak Hutan Pinus kat area sini, tapi Pak Heri bawa kami ke tempat yang paling kurang orang. So cantik la kalau nak bergambar. Hehehe :) Tengok, bagus tak Pak Heri ni? Bagus kan kan kan. Kat sini. bayar parking je, IDR10,000. Entrance fee nan hado. So kat sini memang tenang. Hutan Pinus Gunung Pengger. Kami pun posing la bagai nak rakkkk....



















Riang di Taman Astakona @_@





Ok, cukup cukup la tu posing sakan ye ye ye. Ha, lupa. Sepanjang trip ni, kami lantik Fendi sebagai timer kami. Kami akan set time untuk berada di satu satu tempat, atas nasihat Pak Hari juga. Kalau Pak Heri cakap kat sini boleh 1 jam setengah, kami set 1 jam. Kalau Pak Heri kata 2 jam, kami cuba set 1 jam setengah. Bukan apa, sebab nak make sure semua tempat yang kami nak pergi covered. Huhu~ So sampai je setiap tempat, Fendi akan on timer. Ha, bagus tak kitorang. Lambat, tinggal!!! Hahaha :D 

Selepas 1 jam kat sini, kami terus ke MANGUNAN FRUIT GARDEN. Bertolak pukul 5.20pm dan sampai 5.55pm. Tak jauh pun dari Pinus. Nak masuk Mangunan ni 1 orang IDR4,750. Parking IDR5,000 kot. Huhuhu~


Kat sini sesuai untuk sunrise atau sunset. Since pergi petang, maknanya kami tengok sunset la. Yeeehaaa @_@





Subhanallah. Cantikkan :) 💕
By 6.55pm, kami beransur. Kat Jogja ni terangnya kul 5 pagi, gelapnya kul 630 petang @_@ So balik tu, kami singgah farmasi kejap sebab nak belikan ubat sapu untuk fendi, kena gigit apa entah, jadi bintat gatal kat leher dia. Ada 1 benda yang mereka jual, menarik perhatian kami. Iaitu racun tikus. Sebab apa? Sebab ayat kat dalam gambar bawah ni @_@


Settle farmasi, kami inform kat Pak Heri yang kami nak makan kat kedai bakso yang dia propose haritu. BAKSO TELKOM "UTOMO". So kami suruh Pak Heri drop je, then nanti kami semua balik jalan kaki. Memang kedai tu walking distance je dari hotel we all. Pak Heri kata bakso kat situ sedap dan famous. Maka, haruslah kami mencuba :) 



Siap minta advise owner kedai. Nasib minta advise, kalau tak, kau makan keropok bakso je la Wawa :D

Bakso Komplit
Bakso kat sini memang umph!!! Dagingnya lembut, mungkin mereka kisar daging tu halus sungguh. Berbeza dari yang Wawa pernah cuba kat Malaysia. Kikiki :D Dah kenapa nak samakan Malaysia dengan Jogja. Sah sah la bakso ni makan diorang.


Ni air kelapa muda. Merah tu air gula. Diorang letak sirap. Rasa macam ubat batuk sikit. Telan je la labuuuu~
Maka, tamatlah perjalanan hari ketiga kami yang sungguh padat. Keluar pagi, balik malam. Hari-hari cenggitu. Baru berjalan namanya. Bukan duduk lepak hotel je. Hehe. Tata~

No comments:

Post a Comment