Ok.. since harini adalah hari terakhir akan berada di Madinah, then we decided to go to Raudhah once again at late night. So here you go. This time around, as usual dalam pukul 10pm (14 Disember) kitorang dah keluar bilik menuju ke pintu 25. Kali ni Wawa bawa Mak Itam sekali naik wheelchair. So yang pergi, Wawa, Cik Nah, Mama and Mak Itam. Yang lelaki pergi juga tapi berasingan. Basically, Wawa bawa Mak Itam melalui wheelchair area and Mama dan Cik Nah berdua.
Bagi yang naik kerusi roda, tak ada masalah pun untuk ke Raudhah. Plus, it is much more convenient sebab tak perlu bersesak-sesak dengan orang lain. Mereka memang ada sediakan laluan khas untuk orang naik kerusi roda. Ada pegawai masjid yang akan bagi arahan, so ikut je arahan tu.
At 1st stage of waiting in line |
Nampak tak.. Ni dah 2nd stage menunggu untuk people with wheelchair. Dah dekat sangat dengan Raudhah. |
Sebenarnya, ramai je yang atas wheelchair tu independent. Maksudnnya, tidak ada anak or saudara mara yang tolak mereka. Tapi, nanti mesti akan ada orang perseorangan yang akan offer untuk tolak sebab diorang tau masuk dengan orang naik wheelchair ni lagi tenang. Huhu~
Tu area pintu masuk Raudhah dari pandangan wheelchair area |
Nampak tak kubah hiijau tu. Hehe :) |
Dari sini, kat corner depan tu, dah nak sampai Raudhah untuk yang naik wheelchair |
Dari gambar jelas yang naik atau tak naik wheelchair, akan di bahagikan. Tak boleh bercampur. |
Haaa.. nampak tak macam bawah bumbung tu, karpet hijau. Itu lah kawasan Raudhah bagi yang ber wheelchair. |
As you can see dalam gambar kat atas, ruangan untuk yang naik wheelchair ni sangat limited. Tapi still manageable. Untuk yang menolak, korang boleh solat kat bahagian belakang, masih juga dalam kawasan karpet hijau. Wawa tak lepaskan peluang untuk buat solat banyak kali. Malam last kan, cuba buat banyak-banyak selagi belum kena halau dengan pegawai masjid. Jangan selfish tau, orang lain pun nak juga masuk dan solat di situ. Usai je solat ke-3 rasanya, Wawa tengok mak itam dah tak ade dah kat depan. Hahaha 😂 Sebabnya, diorang akan perhatikan, kalau you dah bagi salam je, pegawai tu sendiri akan tolak wheelchair you keluar dari kawasan karpet hijau tu. Haha 😂 Ini adalah salah 1 kelemahan yang naik kerusi roda. Korang tak boleh nak selit-selit menyorok dari pegawai macam orang-orang tanpa kerusi roda. Hehe 😁 Atleast kalau tak berkerusi roda, boleh sujud lama-lama dan doa dalam sujud. Selagi korang tak bangun, diorang tak boleh halau. Tapi lain caranya kalau berkerusi roda ni.
Mak Itam cakap, belum habis bagi salam lagi, dah ada pegawai yang standby nak tolak dia keluar. Huhu~ 😃 Tak apa la.. yang penting, ada ruang dan peluang itu. Alhamdulillah. Maka, usailah malam terakhir kami di Kota Madinah. Balik bilik, kami kemas-kemas bag, sebab pagi nanti dah nak berangkat ke Kota Mekah.
Setibanya pagi hari, semua jemaah perlu siap dalam pakaian ihram. Dan masing-masing menuju ke Masjid Nabawi untuk last solat kat sana.
Cik Burn dan Isyraf |
Halah halah halahhhh.. |
Apa jeling jeling? |
Di dalam perjalan, bas berhenti di Masjid Bir Ali untuk bermiqat di sini. Masa ni dah rasa berdebar-debar dah sebab perlu jaga pantang larang ihram. Hikhik 😁
Di sekitar kawasan Masjid Bir Ali. Tudung tu hawat bulat sangat? 😄 |
Di sebabkan perjalanan dari Madinah ke Kota Mekah mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam, bas singgah pula di 1 kawasan ala-ala R&R untuk dinner. Kami menikmati dinner di Restoran Al-Ifrah. Makan macam cara nasi ambeng tu. Segala benda dalam talam, cume makan dalam pinggan masing-masing. Makanan dia sedapppppp... Alhamdulillah...
Settle makan, sambung lagi perjalanan. Masa sampai je kat gate Kota Mekah tu, hati ni rasa sayu pilu weyh. Sedih lain macam... Berdebar-debar pun ada. Sambil-sambil tu masing-masing mengikut bacaan istighfar yang diketuai oleh mutawwif.
Sampai hotel, semua bawa beg masuk bilik masing-masing dulu, makan, ambil wudhuk semula, atau apa-apa la nak buat. Hehe. Sampai dalam pukul 9 malam rasanya. Sebab pukul 10.00 malam tu kami semua dah nak mula mengerjakan umrah yang pertama. Hotel kami adalah Hanen Firdous, tak jauh pun dari Masjid al-Haram, around 500m. Boleh nampak cahaya terang masjid dari hotel kami tu. Alhamdulillah dekat. Sebab ada dengar cerita orang yang dapat hotel jauh-jauh, kesian kat yang dah berusia. Tapi tu la, rezeki masing-masingkan. Kalau jauh pun, lagi banyak berjalan menuju ke masjid, lagi banyakkkkkk pahalanya. Erm....
Now let's move on to 1st umrah punya story. Tak ada gambar pun sebab 1st time buat Umrah kan, so fokus sepenuhnya kepada mutawwif je. Owh ya, since di Madinah lagi, ustaz ada tanya ada tak siapa-siapa nak pakai audio transmitter tu masa buat umrah sebab ada kawan dia provide that service kat Mekah. So ramai yang nak especially for those yang 1st time ni. That one kena tambah sorang SR100 tak silap. Tapi ada limited quantity. So ada abang-abang yang dah pergi few times tu cakap, tak apa la, utamakan pada yang 1st time dulu. Kalau ada lebih dia ambil. Dengan adanya audio transmitter ni, insyaAllah mudah untuk mutawwif membimbing jemaah, and yes, I agree. Pada yang tak pakai pun jangan risau, sebab apa jua bacaan yang ada dalam buku tu, semua sama. Boleh je nak baca sendiri. Follow je ok!
On the way berjalan kaki dari hotel ke Masjid al-Haram, diselangi istighfar dan hati berdebar-debar. Sampai je perkarangan masjid, lagi rasa nak gugur jantung. Masa berjalan dari pintu asuk masjid nak nampak kan Kaabah tu, fuh, tak terluah perasaan. Bila nampak je Kaabah dengan 2 mata sendiri, cap cap cussssss, berjurai air mata 😢 Rasa syukur yang teramat. Walaupun diri ini pendosa, tetapi Dia masih terima kita di rumahNya. Alhamdulillah.
Setiap bait-bait bacaan, setiap doa yang diungkapkan, setiap ayat-ayat yang diucapkan, penuh dengan rasa syahdu. Sepanjang 7 kali tawaf tu, tak henti-henti berdoa. Tak kisah lah apa doanya, tak kisah lah apa bacaan ayatnya, korang boleh buat. Indah kan!!!
After usai tawaf dan solat sunat tawaf |
Happy husband and wife |
Alhamdulillah, tak sikit pun dia mengeluh sepanjang 7 kali tawaf dan 7 kali Sa'ie. Good job adik. I'm so proud of you. |
Last sekali after Sa'ie, masa untuk bergunting/bercukur. Perempuan lelaki, semua kena buat. Alhamdulillah our 1st Umrah berjalan dengan lancar. 😍 Penat, sebab perjalanan yang panjang, tapi rasa puas bila dapat selesaikan umrah pertama ni.
One with this cheeky boy and clock tower |
Ok guys, I'll see you in my next entry k. Luv ya 😍