Sunday, 28 April 2019

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 13 (20 December 2018)




Pada harini, kami melawat Muzium Al-Haramain dan Masjid Hudaibiyah. Badan masih lagi sakit-sakit sebab still demam. Tapi gagahkan diri nak join melawat Muzium dan Masjid ni. Jom kita tengok gambar-gambar di Muzium Al-Haramain.


Replika Masjidil Haram

Masjidil Haram dulu-dulu


Nampak tak.. tak explore sangat pun. Sebab tak larat. Huhu~







Dan settle muzium, kami dibawa ke Masjid Hudaibiyah. Masjid ni adalah antara masjid paling tidak terjaga. Struktur binaannya pun tak berapa kuat. Ustaz cakap, kalau langgar sikit pun, batu-batu dia boleh jatuh.

Tak ingat nama ustaz ni. Dia adalah doktor falsafah. Seronok juga dengar dia bercerita.
Dia stay hotel lain. Datang hotel kami sebab nak makan je sambil jumpa kawan-kawan Andalusia.
Sebab katanya hotel dia makanan semua western, tak best.
Kat hotel kami ada makanan melayu, menu lain-lain, lagi sedap. Hahaha :D








Actually, kat Hudaibiyah ni Wawa tak turun pun. Orang lain semua turun dari bas. Wawa tak turun sebab tak larat. Gabar ni semua Fendi yang snap. And for those yang sihat walafiat, kat Masjid Hudaibiyah ni pun boleh bermiqat tau. So kalau nak buat umrah ke-4 amat dialu-alukan. Apakan daya, nak ikut hati, nak sangat buat. Tapi kudrat tu dah kurang. InsyaAllah, jika diberi kesempatan, next time kita cuba buat sebanyak boleh. 

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 12 (19 December 2018)



Harini kami akan menunaikan umrah ke-3. Pada harini, Wawa pula demam panas. Panas weyh... Tapi gagahkan juga diri untuk tunaikan umrah ke-3 dengan Bismillah.

Rindu suasana ni. Jom nanges ramai-ramai



Sebelum tu, kami dibawa melawat kaki Bukit Thur.



Yang Wawa pakai kat hidung tu bukan tindik or what ok. Itu nosk.
Fungsinya untuk menapis habuk. Sangat-sangat recommended
untuk elakkan dari batuk, We all 1st few days tak pakai, hamek kauuuu batukkkkssss.
Selepas tu kami di bawa melawat Jabal Rahmah. Tapi tak naik sampai atas pun. Wawa tak larat.... Ustaz cakap banyak dah benda-benda khurafat berlaku kat Jabal Rahmah ni. Jabal Rahmah ni terkenal sebagai tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Makanya, ramai la yang menulis nama bakal jodoh atau pasangan pada batu-batu kat atas Jabal Rahmah ni dengan harapan jodoh itu berkekalan 😅 sedangkan, tempat terbaik untuk berdoa adalah di hadapan Ka'abah itu sendiri.... So kawan-kawan, jangan buat sedemikian rupa ya.




Toilet di sekitar Jabal Rahmah
On the way nak ke Masjid Ja'ranah untuk bermiqat, kami melalui Mina. Kalau buat haji, di sini la tempat bermalam di Mina. Luas weyh. Kawasannya sangat luas. Terus terfikir, tempat melontar dengan Mina ni, especially yang jauh-jauh tu, cemane la agaknya ya. Semoga kita semua nanti dapat menunaikan haji dalam keadaan sihat walafiat supaya dapat menjalani ibadah haji dengan mudah dan sempurna.




Then sampai la kami di Masjid Ja'ranah untuk bermiqat. Kat luar kawasan masjid ni pun banyak jualan. Kalau nak beli apa-apa, beli lah. Hehe. Wawa tak beli apa-apa pun. Nak jalan pun tak larat, ni kan pula nak shopping.



Dalam pada demam, Alhamdulillah selesai juga tawaf dengan jayanya.


Senyum sikittttt

Ni Bukit Safa guys. Sebab tu yang bawa wheelchair kat tingkat bawah ni,
dia akan mendaki sikit kat area ni.

Sa'i kat tingkat atas tak seramai tingkat bawah. So pada Wawa, it is more convenient.

Time ni!!! Time ni lepas bercukur. Demam tak larat dia sampai Wawa terduduk.
But still boleh melemparkan senyuman.
So sempurnalah sudah ketiga-tiga umrah kami di sini.

Meh nak share sikit gambar-gambar sepanjang kat sini yang mana mereka sedang menyelenggara dan membersihkan kawasan Sa'i. So efficient ok!!!




Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 11 (18 December 2018)



18 hari bulan adalah hari demam sedunia. Yang paling teruk demam panas adalah Fendi. Like seriously demam panas sampaikan bila dia tidur tu meracau-racau. 1st time tengok dia tak sihat macam tu. Then kebetulan, masa tengah duduk kat lobi hotel, terjumpa sahabat di UPM, En Bukriman. Dia tanya mana husband then Wawa bagitau la Fendi dalam bilik demam panas. En. Bukriman then bagitau la dia datang hotel tu sebab nak jumpa kawan dia je. Dia stay hotel lain sebab bawa jemaah juga datang Mekah. Ha, rezeki nak jumpa kat Mekah. Then ok la, end kat situ. Tak lama lepas tu, En. Bukriman whatsapp Wawa (nasib dia masih simpan nombor walaupun dah lama tak berhubung), dia cakap nanti cari air Laban. Nak cari kat mana? Cari kat kedai dalam mall berdekatan dengan Masjidil Haram, mesti ada kat sana. After solat kat Masjidil Haram, Waawa terus pergi beli air ni nak bagi pada Fendi. But ada beli lebih untuk Mama dan diri sendiri. Sebab masing-masing pun dan demam. Air Laban ni bagus untuk redakan panas dalam badan. Especially bila musim panas kat sana, air ni sangat membantu. Dia macam air cool rhino tu la. Tapi ni rasa macam air yogurt. Sedap. Cuma dia pekat sikit. So mungkin ada sesetengah orang tak berminat.



Lepas dah beli air tu, tiba-tiba En Bukriman whatsapp lagi bagitau nanti dia nak datang melawat Fendi. Wawa bagitau la dalam bilik ada mama sekali. Then En Bukriman ajak jumpa di lobi sahaja. Dia suruh bawa air zam-zam sekali. So Wawa and Fendi tunggu la di lobi hotel. Sampai je En Bukriman, dia ambil Wudhu' then dia buat bacaan ayat al-Quran sikit pada air zam-zam. Dia pesan nanti minum, makan ubat sekali. Dia ada la supply antibiotik sebab dia memang sentiasa standby untuk jemaah dia.



Alhamdulillah, malam bila Fendi tidur, tak ada dia meracau-racau, dan panas pun dah mula kebah. Syukur. Risau juga sebab esok dah nak buat umrah ke-3 ni. Rezeki, Allah permudahkan segalanya. Terima kasih juga buat En Bukriman atas lawatan dan ubat-ubatan yang disediakan.

Memang pada tarikh ni, tak ke mana pun berjalan. Banyak rehat dan makan ubat je masing-masing. 

So untuk korang yang nak buat preparation menunaikan umrah, bawa la paracetamol lebih sikit. And minta antibiotik juga. Sebab ubat-ubatan kat sini mahal tau. We all yang sorang bawa 1 papan sorang pun tak cukup. Huhu~

Ok, jom ke hari seterusnya.............