Sunday, 28 April 2019

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 11 (18 December 2018)



18 hari bulan adalah hari demam sedunia. Yang paling teruk demam panas adalah Fendi. Like seriously demam panas sampaikan bila dia tidur tu meracau-racau. 1st time tengok dia tak sihat macam tu. Then kebetulan, masa tengah duduk kat lobi hotel, terjumpa sahabat di UPM, En Bukriman. Dia tanya mana husband then Wawa bagitau la Fendi dalam bilik demam panas. En. Bukriman then bagitau la dia datang hotel tu sebab nak jumpa kawan dia je. Dia stay hotel lain sebab bawa jemaah juga datang Mekah. Ha, rezeki nak jumpa kat Mekah. Then ok la, end kat situ. Tak lama lepas tu, En. Bukriman whatsapp Wawa (nasib dia masih simpan nombor walaupun dah lama tak berhubung), dia cakap nanti cari air Laban. Nak cari kat mana? Cari kat kedai dalam mall berdekatan dengan Masjidil Haram, mesti ada kat sana. After solat kat Masjidil Haram, Waawa terus pergi beli air ni nak bagi pada Fendi. But ada beli lebih untuk Mama dan diri sendiri. Sebab masing-masing pun dan demam. Air Laban ni bagus untuk redakan panas dalam badan. Especially bila musim panas kat sana, air ni sangat membantu. Dia macam air cool rhino tu la. Tapi ni rasa macam air yogurt. Sedap. Cuma dia pekat sikit. So mungkin ada sesetengah orang tak berminat.



Lepas dah beli air tu, tiba-tiba En Bukriman whatsapp lagi bagitau nanti dia nak datang melawat Fendi. Wawa bagitau la dalam bilik ada mama sekali. Then En Bukriman ajak jumpa di lobi sahaja. Dia suruh bawa air zam-zam sekali. So Wawa and Fendi tunggu la di lobi hotel. Sampai je En Bukriman, dia ambil Wudhu' then dia buat bacaan ayat al-Quran sikit pada air zam-zam. Dia pesan nanti minum, makan ubat sekali. Dia ada la supply antibiotik sebab dia memang sentiasa standby untuk jemaah dia.



Alhamdulillah, malam bila Fendi tidur, tak ada dia meracau-racau, dan panas pun dah mula kebah. Syukur. Risau juga sebab esok dah nak buat umrah ke-3 ni. Rezeki, Allah permudahkan segalanya. Terima kasih juga buat En Bukriman atas lawatan dan ubat-ubatan yang disediakan.

Memang pada tarikh ni, tak ke mana pun berjalan. Banyak rehat dan makan ubat je masing-masing. 

So untuk korang yang nak buat preparation menunaikan umrah, bawa la paracetamol lebih sikit. And minta antibiotik juga. Sebab ubat-ubatan kat sini mahal tau. We all yang sorang bawa 1 papan sorang pun tak cukup. Huhu~

Ok, jom ke hari seterusnya.............

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 10 (17 December 2018)



Around 8.30 pagi macam tu, kami semua dah siap tunggu kat lobby hotel untuk meneruskan dengan umrah ke-2. Alhamdulillah, bas dapat berhenti betul-betul depan hotel untuk ambil jemaah yang nak bermiqat. Dah penuh perut bas, zassss, bergoleklah tayar bas menuju ke Masjid Tana'im.


Ni di bahagian dalam Masjid Ja'ranah, tempat lelaki. Picture taken by my husband.




Dan settle bermiqat, bas terus bawa jemaah ke area berdekatan hotel, then dari hotel kami berjalan untuk menunaikan umrah ke-dua. Alhamdulillah umrah kali ke-dua ni dah mahir dah step nak menunaikan umrah, Sebab basically step semuanya mudah-mudah. Ada 2 perkara yang akan menjadikannya mudah. 
  1. Jika kita diiringi oleh mutawwif dan menggunakan transmitter
  2. Jika kita menggunakan buku panduan umrah tu. Sebab bacaan semua sebiji-sebiji dan sangat tersusun. Nak tahu flow tawaf keberapa pun sangat mudah jika kita baca sendiri dari buku tu. 






Oh siapakah di sana, baju biru warna muda, pakai kaca mata oh bergayaaaa ✨✨✨

One with Ustaz Faruqi :)
Alhamdulillah, walaupun di bawah terik matahari, tak terasa panasnya tu. Tapi sunburn tu for sure la. Hehe. Walaupun terik, tak terasa penatnya. Jom kita ke Safa pula.

Ni signboard menuju ke Safa untuk Sa'i. Besar dan senang nak nampak oleh jemaah.

Towards Al-Safa

Di tempat Sa'i
Haa.. meh nak share sikit cerita Sa'i. Nampakkan kat dalam gambar di atas, belakang tu ada lampu hijau. Itu adalah indicator untuk jemaah lelaki berlari-lari anak. Lampu ni pun menyebabkan kerja-kerja umrah menjadi mudah sebab jemaah dah tau kat mana nak berlari-lari anak tu. And the best part kat lampu hijau ni adalah untuk budak kecil. My cousin cenonet sorang tu, bila part lampu hijau ni, berlumba-lumba dia dengan abah nya lari tengok siapa sampai dulu :D So terpaksa lah abahnya baca segalanya on his own tanpa ikut mutawwif. Sekurang-kurangnya budak kecil tu tak bosan jalan je 😆

Masa buat Sa'i ni, Wawa tak ingat kumpulan dari mana. But I think from Indonesia. Dia punya jemaah, buat line macam berkawad (but kawad ade 3 to 5 lines kan, diorang ampai nak tutup the whole line), baca ramai-ramai, kuat-kuat. Punya la semangat. Huhu~ Macam-macam cara buat tawaf dan sa'i ada. 



P/S: WHEELCHAIR 

Untuk yang naik wheelchair, jangan risau. Anda tak perlu pun menggunakan laluan yang sama seperti yang berjalan kaki ni. Kat tengah-tengah, tempat yang sama, ada ruang untuk wheelchair. Cuma kena hati-hati sikit, sebab ada tukang tolak wheelchair upahan tu, diorang tolak macam bawa formula 1. Risau terlanggar je. And ada lagi 1 tip untuk yang berkerusi roda, kalau ada yang ditolak oleh anak-anak, naik ke tingkat 1 dan ke atas. Sebabnya, kat tingkat bawah tu, tempat untuk pusing macam berbukit sikit, risau nanti ada yang tak larat nak menolak naik atas bukit tu. Kalau kat tingat atas, semua rata.

Ha, lorong tengah-tengah tu untuk yang naik wheelchair. Yang ni kat tingkat atas ya.




Nanti di entry umrah ke-3 Wawa letak gambar bukit kecil tu :) Dah habis Sa'i, bercukur, maka selesailah umrah ke-2 kami.

Dah selesai, kami habis umrah ke-2 masa tu dah nak dekat masuk waktu solat fardhu Zohor. Then we just wait for a while untuk solat berjemaah, lepas tu baru balik hotel.

While waiting for Zohor



Dah sampai hotel, makan timeeee...

Budak kecik ni suka betul dia makan roti with butter & sugar.
Maka, itulah perkongsian untuk harini ya. Jumpa in next entry....

Tuesday, 16 April 2019

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 9 (16 December 2018)



Honestly, hari ke-2 di Mekah ni tak ada aktiviti lain pun. Rehat, solat di masjid, makan, rehat, dan begitu la keadaannya sepanjang hari. Jom tengok apa je gambar yang kita ada untuk hari ke-2 di Mekah ni.

Ha.. ni gambar dari hotel kami, boleh nampak dah Masjid al-Haram.
Bangunan kat depan bahagian kanan dan kiri tu adalah hotel paling dekat dengan masjid.

Entrance hotel kami

Gambar sekitar perkarangan masjid a.k.a Clock Tower

Di malam hari

Semua lelaki je yang beratur. Sebab apa? Sebab perempuan punya lane tempat lain. Hehehe 😄
Ni nak cerita sikit. Siang tu Fendi and Cik Burn cakap nak turun gi cukur rambut. So we all pun ok la. Alih-alih tak sampai 10 ke 15 minit entah, dah naik balik. Fendi masuk je bilik, Wawa and Mama terkejut, eh, cepatnya!! Cik Nah pun cakap dia terkejut bila tengok Cik Burn dah balik bilik. Hahaha 😂 Pantasnya mereka cukur. Dah routine aganya, so memang laju la kerja diorang kan. Fendi cakap nak cukur rambut tu bayar SR10 je.

Gambar kena paksa amek. Sebab apa paksa, sebab dah butakkkkssssss
Ha, itu je.. as informed earlier on, tak banyak benda pun. Sebab esok nya nak buat umrah ke-2 pula. So kita save energy untuk beribadah je okay!!!!

Wednesday, 27 February 2019

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 8 (15 December 2018)



Ok.. since harini adalah hari terakhir akan berada di Madinah, then we decided to go to Raudhah once again at late night. So here you go. This time around, as usual dalam pukul 10pm (14 Disember) kitorang dah keluar bilik menuju ke pintu 25. Kali ni Wawa bawa Mak Itam sekali naik wheelchair. So yang pergi, Wawa, Cik Nah, Mama and Mak Itam. Yang lelaki pergi juga tapi berasingan. Basically, Wawa bawa Mak Itam melalui wheelchair area and Mama dan Cik Nah berdua.

Bagi yang naik kerusi roda, tak ada masalah pun untuk ke Raudhah. Plus, it is much more convenient sebab tak perlu bersesak-sesak dengan orang lain. Mereka memang ada sediakan laluan khas untuk orang naik kerusi roda. Ada pegawai masjid yang akan bagi arahan, so ikut je arahan tu. 

At 1st stage of waiting in line

Nampak tak.. Ni dah 2nd stage menunggu untuk people with wheelchair.
Dah dekat sangat dengan Raudhah.

Sebenarnya, ramai je yang atas wheelchair tu independent. Maksudnnya, tidak ada anak or saudara mara yang tolak mereka. Tapi, nanti mesti akan ada orang perseorangan yang akan offer untuk tolak sebab diorang tau masuk dengan orang naik wheelchair ni lagi tenang. Huhu~

Tu area pintu masuk Raudhah dari pandangan wheelchair area
 

Nampak tak kubah hiijau tu. Hehe :)

Dari sini, kat corner depan tu, dah nak sampai Raudhah untuk yang naik wheelchair

Dari gambar jelas yang naik atau tak naik wheelchair, akan di bahagikan.
Tak boleh bercampur.

Haaa.. nampak tak macam bawah bumbung tu, karpet hijau.
Itu lah kawasan Raudhah bagi yang ber wheelchair.
As you can see dalam gambar kat atas, ruangan untuk yang naik wheelchair ni sangat limited. Tapi still manageable. Untuk yang menolak, korang boleh solat kat bahagian belakang, masih juga dalam kawasan karpet hijau. Wawa tak lepaskan peluang untuk buat solat banyak kali. Malam last kan, cuba buat banyak-banyak selagi belum kena halau dengan pegawai masjid. Jangan selfish tau, orang lain pun nak juga masuk dan solat di situ. Usai je solat ke-3 rasanya, Wawa tengok mak itam dah tak ade dah kat depan. Hahaha 😂 Sebabnya, diorang akan perhatikan, kalau you dah bagi salam je, pegawai tu sendiri akan tolak wheelchair you keluar dari kawasan karpet hijau tu. Haha 😂 Ini adalah salah 1 kelemahan yang naik kerusi roda. Korang tak boleh nak selit-selit menyorok dari pegawai macam orang-orang tanpa kerusi roda. Hehe 😁 Atleast kalau tak berkerusi roda, boleh sujud lama-lama dan doa dalam sujud. Selagi korang tak bangun, diorang tak boleh halau. Tapi lain caranya kalau berkerusi roda ni.

Mak Itam cakap, belum habis bagi salam lagi, dah ada pegawai yang standby nak tolak dia keluar. Huhu~ 😃 Tak apa la.. yang penting, ada ruang dan peluang itu. Alhamdulillah. Maka, usailah malam terakhir kami di Kota Madinah. Balik bilik, kami kemas-kemas bag, sebab pagi nanti dah nak berangkat ke Kota Mekah.

Setibanya pagi hari, semua jemaah perlu siap dalam pakaian ihram. Dan masing-masing menuju ke Masjid Nabawi untuk last solat kat sana.

Cik Burn dan Isyraf


Halah halah halahhhh..
 Selepas solat, semua naik bas dan mula berangkat ke Kota Mekah.

Apa jeling jeling?

Di dalam perjalan, bas berhenti di Masjid Bir Ali untuk bermiqat di sini. Masa ni dah rasa berdebar-debar dah sebab perlu jaga pantang larang ihram. Hikhik 😁

Di sekitar kawasan Masjid Bir Ali. Tudung tu hawat bulat sangat? 😄


Di sebabkan perjalanan dari Madinah ke Kota Mekah mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam, bas singgah pula di 1 kawasan ala-ala R&R untuk dinner. Kami menikmati dinner di Restoran Al-Ifrah. Makan macam cara nasi ambeng tu. Segala benda dalam talam, cume makan dalam pinggan masing-masing. Makanan dia sedapppppp... Alhamdulillah...





Settle makan, sambung lagi perjalanan. Masa sampai je kat gate Kota Mekah tu, hati ni rasa sayu pilu weyh. Sedih lain macam... Berdebar-debar pun ada. Sambil-sambil tu masing-masing mengikut bacaan istighfar yang diketuai oleh mutawwif.

Sampai hotel, semua bawa beg masuk bilik masing-masing dulu, makan, ambil wudhuk semula, atau apa-apa la nak buat. Hehe. Sampai dalam pukul 9 malam rasanya. Sebab pukul 10.00 malam tu kami semua dah nak mula mengerjakan umrah yang pertama. Hotel kami adalah Hanen Firdous, tak jauh pun dari Masjid al-Haram, around 500m. Boleh nampak cahaya terang masjid dari hotel kami tu. Alhamdulillah dekat. Sebab ada dengar cerita orang yang dapat hotel jauh-jauh, kesian kat yang dah berusia. Tapi tu la, rezeki masing-masingkan. Kalau jauh pun, lagi banyak berjalan menuju ke masjid, lagi banyakkkkkk pahalanya. Erm....

Now let's move on to 1st umrah punya story. Tak ada gambar pun sebab 1st time buat Umrah kan, so fokus sepenuhnya kepada mutawwif je. Owh ya, since di Madinah lagi, ustaz ada tanya ada tak siapa-siapa nak pakai audio transmitter tu masa buat umrah sebab ada kawan dia provide that service kat Mekah. So ramai yang nak especially for those yang 1st time ni. That one kena tambah sorang SR100 tak silap. Tapi ada limited quantity. So ada abang-abang yang dah pergi few times tu cakap, tak apa la, utamakan pada yang 1st time dulu. Kalau ada lebih dia ambil. Dengan adanya audio transmitter ni, insyaAllah mudah untuk mutawwif membimbing jemaah, and yes, I agree. Pada yang tak pakai pun jangan risau, sebab apa jua bacaan yang ada dalam buku tu, semua sama. Boleh je nak baca sendiri. Follow je ok!

On the way berjalan kaki dari hotel ke Masjid al-Haram, diselangi istighfar dan hati berdebar-debar. Sampai je perkarangan masjid, lagi rasa nak gugur jantung. Masa berjalan dari pintu asuk masjid nak nampak kan Kaabah tu, fuh, tak terluah perasaan. Bila nampak je Kaabah dengan 2 mata sendiri, cap cap cussssss, berjurai air mata 😢 Rasa syukur yang teramat. Walaupun diri ini pendosa, tetapi Dia masih terima kita di rumahNya. Alhamdulillah.

Setiap bait-bait bacaan, setiap doa yang diungkapkan, setiap ayat-ayat yang diucapkan, penuh dengan rasa syahdu. Sepanjang 7 kali tawaf tu, tak henti-henti berdoa. Tak kisah lah apa doanya, tak kisah lah apa bacaan ayatnya, korang boleh buat. Indah kan!!!

After usai tawaf dan solat sunat tawaf

Happy husband and wife
Not many gambar k. Baca je. Huhu~ Tapi next entry buat umrah ke-2, ada gambar sikit-sikit. Stay with me k. Usai tawaf, solat sunat tawaf, basahkan tekak sikit dengan air zam-zam, then teruskan ke tempat Sa'ie Safa - Marwah. Time ni kami bersa'ie di tingkat bawah. So bila sampai kat area berbukit sikit tu, orang yang menolak wheelchair kena gagahkan diri sikit la. Owh ya, time tawaf dan sa'ie tak berpecah lelaki perempuan ya. Semua go together. 

Alhamdulillah, tak sikit pun dia mengeluh sepanjang 7 kali tawaf dan 7 kali Sa'ie.
Good job adik. I'm so proud of you.
Last sekali after Sa'ie, masa untuk bergunting/bercukur. Perempuan lelaki, semua kena buat. Alhamdulillah our 1st Umrah berjalan dengan lancar. 😍 Penat, sebab perjalanan yang panjang, tapi rasa puas bila dapat selesaikan umrah pertama ni.

One with this cheeky boy and clock tower
Ok guys, I'll see you in my next entry k. Luv ya 😍