Monday, 15 April 2013

Class Trip to Hujung Rintis Perak (13-14 April 2013)


Kali ni wawa nak update pasal trip kelas di bawah subjek Tourism Planning. Tujuannya adalah supaya kami semua ni fikir, macam mana, apa, bagaimana dan lain-lain plan untuk jadikan tempat tu sebagai tempat pelancongan. If Allah wills, plan kertas kerja tu pensyarah akan hantar pada kerajaan pusat untuk dapatkan dana bagi menjayakan planning tu. Sama-sama kita doa untuk kebaikan negara kita ye ye ye. Hehe :)

Kami bergerak pagi, naik bas. Sampai je kat Kampung Hujung Rintis, Perak, kami disambut baik oleh orang kampung. Meriah!!! Siap dapat makan pecal. Pecal die punya kuah adalah terbaik!!! Seriously, tak tipu!!!







Habis makan siap perasmian semua, guess what?? Hahaha :D Ingatkan orang-orang kampung yang datang parking motor kat situ. Rupa-rupanya motor-motor tu semua untuk kami!!! Punya la seronok. Lagi-lagi dapat naik moto kampung. Ha, Happy macam dapat naik unta!!! Hahaha :D Saya memilih moto paling comel!!! Kiki :D nampak usang tapi masih gagah!!








So, 1st destination adalah tempat penetasan udang galah (King Prawn Hatchery). Dapatlah tengok cemana orang bela udang galah cara kampung. Owh ye. Untuk pengetahuan semua, Kampung Hujung Rintis ni adalah salah satu kampung yang mempunyai lubuk udang galah terbanyak di Malaysia. Cuma tak ramai yang tahu sebab tak di commercialize kan. So itu adalah salah satu tugasan kami, fikir cemane nak jadikan tempat ni well known dengan udang galah.



Tengok tu si kepoh nak amek gambar!!!


Cemane nak tengok jantan betina si udang ni saya pon tak faham. Huhu~
Dah habis, kitorang bergerak ke tempat seterusnya iaitu rumah yang buat IKS Bahulu Gulung.

Ade monyet jugak :)



Cenggini ye adik-adik...


Yeay!!! Dapat bahulu free :)
Habissss :) Then kami pulang ke tempat perjumpaan mula-mula tadi. Masa untuk makan tengahari!!!! Yang bestnye trip ni kami tak bayar apa-apa pun kat orang kampung. But then they manage to provide us with this awesome lunch menu!! WoW!!!!







Dah kanyang semua, kitorang singgah di surau berdekatan untuk solat the sambung dengan aktiviti melawat dan memberi sumbangan kepada yang memerlukan. But i decided not to up their pictures here. Runtun hati :) Kalau korang nak, bagitau ek :D

Ok. Done with that now we are ready for boating!!! Yeahhhh~






Alhamdulillah usai sudah trip di kampung ni. Terima kasih dari kami pelajar UiTM Shah Alam, Fakulti Pengurusan Pelancongan :)



Done here, then we proceed to check in kat hotel :)







Esoknya kami semua balik ke tempat asal =) InsyaAllah nanti ada second trip ke sini semula untuk paper presentation kat ketua dun Kampung Gajah, Perak, Sekian sahaja dari saya Cik Wawa. Daaa~

Monday, 4 March 2013

One Step Closer - 03.03.2013

Syukur Alhamdulillah.. After almost 4 years berkenalan (2009-2013), we are now ENGAGED. Few weeks before engaged, tiba-tiba dapat pula panggilan sambung Master. So time tu agak berbelah bahagi sebenarnya nak sambung or tak study tu. Lepas fikir panjang, ok la, sambung je. Then we will see how. Makanya, registration Master tu adalah few days before bertunang. Huhu~ Ok la, tak yah panjang-panjang cerita pasal benda tu. Move on cerita yang major ni. My engagement, berlansung di kediaman nenek saya di Serdang Jaya, Selangor.

Untuk majlis bertunang ni, CATERING semua by my MAMA. Kesian mama penat memasak dari malam. Mama kata, dia lagi suka kalau dia masak sebab dia tau apa yang sedap untuk tekak dia. And kata mama lagi, selagi mama mampu masak (untuk 150-200 orang), mama akan masak. That is my MAMA!!! 


Next KHEMAH. Khemah saya sewa dengan pakcik saya je, AKBAR ENTERTAINMENT. Dia ada buat business sewa khemah dan PA system sekali. Contact number 0193834679. Cuma masa bertunang ni tak ada la saya ambil PA system. Majlis kecil-kecilan je pun. 




Then DOOR GIFT, in a beg ada AIR TIN ISOTONIK DAN APAM POLKA DOT. Tapi gambar tak da la. Ampun ya :) Ada juga candy buffet corner. Tapi yang biasa-biasa je. Candy corner ni prepared by Kak Tini, kawan kakak saya. Harga tak tau. Kena tanya kakak saya. Hehehe :)


Apa lagi?? Haaaa... MAKE UP DAN PELAMIN by D'CORA BRIDAL. Ni contact number owner, Pn Hasnah - 0125302513. Saya minta pelamin mini je. Asal ada. Tak perlu nak mewah-mewah sangat. Alhamdulillah nampak comel pelamin tu. And make up pun neutral je. Cantik!!! Thank you Achik!!! Baju adalah milik saya sendiri. Tempah pada tailor dan beading saya jahit sendiri.




PHOTOGRAPHER adalah FIZZY ILHAM - 0123321092.

Owh ya..BARANG HANTARAN - DIY.. Biasa-biasa je. Hehe :) Cuma yang dari pihak lelaki, dia hantar tempah kat orang lain. untuk bertunang ni semua barang naik. So that nikah nanti bawak yang perlu je. Ni semua hantaran dari pihak lelaki dan pihak perempuan.

 


Makanya, rombongan datang selepas waktu Zohor. Diwakili dan diketuai oleh ayah tiri saya, majlis pertunangan dan doa selamat berjalan dengan lancar.




Masa nak salam bakal mak mertua tu punya la shaking. Sampai dia tegur 'sejuknya tangan'. Mau nya tidak. Nebes hokey!!! Hahaha :D 


Syukur syukur syukur.. Alhamdulillah.. Selesai semuanya. Ikat insyaAllah 2 tahun since saya sambung belajar, Takut tak sempat cari duit dik oiiiiiii... Hahahah :D

Semoga sepanjang pertunangan ni, kami berdua mampu mengawal segala kata-kata dan perasaan untuk mengelakkan segala yang tidak diingini.