Ok lets do this as fast as possible. Our final day is finally here. Macam biasa, perasaan hari terakhir bercuti adalah, tak nak balik @_@ Hahaha :D
Ok ok ok..Pagi hari terakhir, kami terus check out. Since nak percepatkan dan permudahkan perjalanan. Time balikm hamik kau, kereta packed!!! Masz la ni shopping banyak sangat. Hahaha :D
Pukul 8.00 pagi kami terus gerak ke GUNUNG BERAPI MERAPI. Ha, berapi api namanya pun. Kat sini ada aktiviti adventure sikit. Sikit je, tapi best. Merapi Jeep Tour. Sepanjang perjalanan, banyak je nampak companies yang offer pakej Jeep tu, then kitorang tanya kat Pak Heri, kenapa tk pergi yang company tu je. Pak Heri cakap, company kat bawah harganya mahal. Owhhhhhh.. ok faham.
So kami ke bahagian atas sikit, dan beli pakej Merapi Tour dengan Grinata Adventure. Kami beli Pakej Medium 2, 1 Jeep IDR450,000. 1 Jeep maksimum boleh masuk 4 orang. Since kami ada 6 orang, so divide 1 Jeep 3 orang. Then pepandai la korang divide bayaran sorang berapa ye ye ye. Owh ya, diorang siap provide mask tau. Sebab jalan yang berhabuk. Tapi Wawa menyudikan diri untuk menyedut semua habuk-habuk tu. Miahahaha :D Why we take Medium Package 2? Sebab ada trip ke Kalikuning yang kitorang nampak time nak datang tempat ni tadi. Menarik wooooo~ Nak tau menarik yang macam mana? Ok jom explore.
Ni senarai pakej. Setiap pakej lain harga. |
Boleh nampak Merapi dah dari sini |
Sampai ke destinasi pertama Merapi Jeep Tour, iaitu Mini Museum. Ha sebab apa pula ada muzium ni? Sebab Gunung Merapi ni adalah salah satu gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Masih aktif ok. Mengikut sejarah, ia akan meletus 1 kali dalam masa 4 tahun. Terkini yang baru meletus adalah 2010. Maknanya tahun 2016, dah 6 tahun ia tidak meletus. Korang rasa apa yang kitorang rasa time kat sana? Hahaha :D Nasib driver Jeep tu tenangkan kitorang, dia cakap, kalau nak meletus, selalunya akan ada keluar amarannnn.. Fuhhh... Lega.. @_@
Ok sambung pasal Mini Museum ni. Kat muzium ni, ada dipamerkan beberapa tinggalan selepas letusan gunung berapi terbesar iaitu pada tahun 2010 tu la. Ada la artifak-artifak pinggan mangkuk, lembu, dan lain-lain. Bila imagine keadaan tu, kita sendiri akan bermuhasabah diri, macam mana la nanti di api neraka kan? Hurrmmm..
Sambung lagi untuk pit stop kedua, Batu Alien. Kat sini pun boleh ambil gambar berlatarbelakangkan Gunung Merapi.
Ni la Batu Alien nya. Sejarah nanti korang Google k. |
Next is, Kali Opak. The best place to take pictures with Jeep and Merapi background.
Atem cakap, 'fly me high!!!' |
After that, kami pergi ke Bunker Kaliaden. Kat sini ada tempat yang dibina supaya lava yang keluar dari Merapi tu melimpah kat dalam tu. Tapi tragisnya ada 2 orang yang mati kerana cuba bersembunyi kat dalam bunker tu.
Bunga Abadi. Long lasting punya bunga. Tak ingat dia boleh hidup berapa lama tanpa iair :) |
Semua toilet kat Indonesia tak ada orang jaga tau. Tapi dia ada letak tabung dan harga untuk korang melatih diri jadi jujur untuk bayar setiap kali nak ke toilet. Hehehe :) |
Sampai rosak la Jeep yang kitorang naik. Mula-mula Jeep Wawa rosa. Then Jeep yang Liana naik pulak rosak. Tapi Jeep Liana naik tu boleh repair on the spot lagi. So balik ke base camp, kami naik 6 orang 1 Jeep bagaikan tin sardin terbuka. Hahaha :D
Seterusnya kami pergi KRATON. Kraton ni istana raja mereka yang masih menetap di sana. Cumanya, ada bahagian yang kita tak boleh masuk since ye la, Raja yang stay sana kan. Ada la restriction sikit. 1 orang entrance fee IDR12,500, dan 1 kamera (hp/digital cam) kena bayar IDR1,000. Ok la tempat ni. Tak de apa yang menarik sangat. Ala-ala muzium diRaja kat Malaysia. Tapi muzium diRaja Malaysia yang kat Perak tu lagi best. Huhu~
Ni antara kawasan terlarang |
Aiyak, senget pula. Pepandai la ek. Hahaha :D Wawa makan nasi goreng pataya |
Ni nasi goreng pataya dia. Sedappppp @_@ |
Lepas tu ada plan nak ke Water Castle. Taip parking macam susah je nak dapat, so kitorang cakap kat Pak Heri, tak pe la, tak yah, proceed je pergi our last destination which is KOPI LUWAK. Lokasinya tak jauh pun dari Water Castle tu. Pedalaman sikit je. Area perumahan, tetiba ada kedai ni. Huhu~
Luwak tu sebenarnya musang. Tiba-tiba Wawa rindu pula dengan musang yang wawa pernah jaga dulu. uuu...sadissss... Kenapa namanya kopi luwak? Sebab kopi tu berasal dari biji kopi yang telah ditelan oleh musang, dan dikeluarkan semula oleh musang melalui sistem pencernaannya. Hahaha :D Tapi jangan risau, proses pembersihan diorang baekkkkk punya.
Ha, ni la hasil pencernaan musang tu. |
Kopi ni dah siap roasted. |
Mereka bagi rasa. Makan macam makan kacang je, tapi makan sekali dengan gula jawa which is kalau kat Malaysia gula Melaka. Sedap weyh!! |
Korang boleh search kebaikan Kopi Luwak. Sangat banyak. Ianya juga adalah antara kopi yang terbaik di dunia. |
Lets have a try. Kopinya memang kaw kaw. Huhu~ |
I kotak ni IDR175,000 (100g). Boleh buat around 10 cups of coffee @_@ |
Setiba di Malaysia :) |
Tamat sudah perjalanan kami selama 5 hari 4 malam di Jogjakarta. Thank you korang yang sudi membaca coretan yang tak seberapa ni. Semoga ianya bermanfaat buat mana-mana pihak. Jumpa lagi dalam trip yang akan datang k. InsyaAllah jika ada kesempatan 💙💙💙💙💙💙💙💙