Friday, 30 December 2016

Jogjakarta (Pre-trip)


Apa khabar semua!!! πŸ˜ƒ Alhamdulillah masih diberi peluang untuk mengembara ke negara orang untuk belajar lebih lagi tentang apa yang ada di bumi ciptaan Allah S.W.T ni. Ok lets start the story mory.. Trip kali ni pergi ber 1 2 3 4 5 6 😊 Wawa, Masz, Liana, Atem (Team Tokyo) berserta Arip dan Fendi. Haaaa..makin meriah trip. Mula-mula yang beli tiket Wawa, Liana, Arip and Fendi. Kemudian baru Masz beli tiket. Then finally, decided to ajak Atem sekali, then after few days jemputan, alih-alih Atem kata dia dah beli tiket jugak. Haaaa..senang kan ada geng main redah cenggini.. Hahaha πŸ˜‚

As conclusion bab tiket ni, setiap orang yang beli asing dapat harga lain-lain. Kat bawah ni tiket yang Wawa dapat. If you guys ada proper plan boleh la beli tiket murah awal-awal. Macam Wawa ni susah sikit atas sebab komitmen kerja. So bila ada peluang baru boleh beli tiket.


Luggage pergi dan balik kami berempat (Wawa, Liana, Arip, Fendi) kami beli 2 x 20kg.. CUKUP untuk 4 orang.. lagi-lagi lelaki, beg diorang memang akan below 10kg per person.. normal la tu kan.. mana boleh nak samakan perempuan dan lelaki. Hahaha πŸ˜… (Alasan!!!)

Ok ok ok, sambung lagi..

Berkenaan dengan supir pula, setelah google sana sini, bertanyakan beberapa orang, akhirnya Liana dapat contact supir yang murah (paling murah yang kami dapat). Mula-mula risau juga, sebab ada orang kata sometimes supir murah ni kereta tak selesa la, tak boleh bawak beberapa tempat yang kita nak, tapi bila kami forward tempat-tempat yang kami nak pergi, pak supir ni kata boleh.. Ha, best betul.. so kami booking pak supir ni, with the name of Pak Heri, for the whole 5 days when we are there. Siapa nak tahu rate pak supir ni boleh whatsapp Wawa directly ok.

So dah siap booking Pak Heri, dia minta deposit. Ha, cemane pula tu? Solution nya adalah, Wawa pergi ke Lotus Group Ent. Sdn. Bhd. (ala-ala Western Union jugak la, yang penting boleh send money ke negara lain) yang bertempat di Mydin Subang Jaya (sebelah KFC) untuk buat transaksi.  Kat sini kita boleh bayar in cash ataupun debit/credit card. Kita cuma perlu bagi tahu pada staff dia berapa jumlah in Indonesia Rupiah (IDR), nanti staff dia akan calculate harga in Ringgit Malaysia (MYR) mengikut kadar tukaran semasa untuk kita bayar. Then korang akan diberi 1 form untuk diisi. Maklumat yang diperlukan adalah, nama penuh penerima (beneficiary name), bank penerima (beneficiary bank), nombor akaun penerima dan phone number penerima. Maklumat korang pun diperlukan, but they will just take it from your IC. Cuman anti staff akan tanya hubungan kita dengan penerima (terkejut bila staff tu tanya. Hubungan? Hahaha..). So jawab je lah friend ke family ke.. Owh ya, commission pun kena bayar jugak kat company ni. Not sure ada fix amount ke tak, tapi time Wawa buat transaksi commission nya MYR10.00 sahaja.

Ni borang yang perlu diisi tu

Resit transaksi. Sebelum dia print resit ni, dia akan print draft receipt untuk kita semak. Kalau semua betul then baru dia akan print resit yang ni.

Now hotel pula. Kali ni punya trip memang nak cari hotel yang best sikit untuk didiami walaupun duduk kat bilik hanya untuk 7-8jam je sehari. Hahaha πŸ˜„ but then hotel rates kat Jogja ni still lagi murah. Asalnya memang nakkkkk sangat tempah bilik kat Pop! Hotel Maliobo. Sebab tau hotel ni best. Tapi apakan daya, kami terbooking lewat so bilik penuhhhhhhh. Cari punya cari hotel kat Malioboro tu, semua fullllll... terus tak tenteram, hari yang sama tu juga usaha dengan team untuk cari hotel lain. Jauh sikit dari Malioboro pun tak pe la, jangan jauh sangat sudah. Why Malioboro? sebab kat sini happening, dari pagi sampai malam. Nak shopping, cuci mata, kat sini la tempatnya. Nanti tengok gambar ye ye ye. 

Ok sambung bab hotel, finally we managed to book Pop! Hotel Timoho di . Around 5km dari Malioboro. Ok la tu. 


Kira murah la.. total for 4 night is MYR506 per room which equal to MYR126.50 per night. Murah kan kan kan.. Now everything dah settle.. Tunggu nak tukar duit pulak. 

Al kisah nak tukar duit ni, mula-mula dah murah dah IDR1j = RM324.60.. Gatal sangat tak nak tukar, alih-alih, currency tak turun-turun. Hahaha πŸ˜„ Finally Wawa tukar je la dengan exchange rate IDR1j = RM335.50.  Asalkan bahagia πŸ’ƒ.Ini pun rate yang paling rendah yang Wawa search compared to the rest and kebetulan pulak on that day Fendi nak pergi same place untuk collect race kit dia. How much did I change? MYR1200. Yang ni untuk makan, minum, shopping, supir, entrance fee, activities. Duit hotel semua dah settle sebelum trip. Owh, moeny changer ni kat NU Sentral. 

Jalinan Duta Sdn. Bhd.
LG47A - Lower Ground Floor
NU Sentral, Jalan Tun Sambathan,
50470 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2276 6166 / 03 2276 6177
Website: http://www.jalinanduta.com

Before you guys pergi, call atau check kat laman web setiap moeny changer to confirmed on the exchange rates. Tak de la rasa penat or sia-sia. Put an effort k. Ada masa, tempat A murah, ada masa tempat B murah. So rajin-rajinkan diri.

Ok, settle pre-trip. Counting daysssssss πŸ™†

No comments:

Post a Comment