Tada~ Im back with journal of my trip aka honeymoon to Labuan and Kota Kinabalu. Hehe :) Kita honeymoon lambat sikit sebab nak tunggu habis final exam semua then baru book tiket jenjalan. Tu pun terpaksa amek cuti mengajar. Mihihi.. Okay. Jom ikut jenjalan kat sini.
First day we all fly terus ke Labuan. Flight early morning at 7.45am. Di sebabkan hari nak fly tu jatuh hari Rabu and risau tak de sesiapa nak hantar, we took an initiative to bermalam di airport. So saya, suami dan adik ipar dihantar oleh my family in law ke airport hari Selasa malam tu. Tak kisah pun, yang penting dalam hati excited nak jenjalan @_@ Al-kisahnya saya dan suami dah beli tiket AirAsia earlier than adik ipar sorang ni, Amir, sebab dia pun dapat apply cuti lewat then baru boleh beli tiket dia. Makanya, tiket dia adalah a bit expensive than us. Owh ya, saya and suami naik flight AirAsia ke Labuan and MAS untuk balik dari KK ke KL. Sebab we planned to go to KK by ferry. Amir pula kami belikan tiket AirAsia pergi dan balik. Dia balik dari Labuan direct hari Jumaat sebab tak dapat cuti panjang pun. Ada lagi yang ikut sebenarnya. Mama, papa & Arina (in law). But diorang naik MAS since my father in law working with MAS. So adik ipar yang bawah 21 years and mak mertua dapat la privillage tu. We all?? Memang tiada harapan. Huhu :D
So this is our flight details and charges from KUL to LBU by AirAsia.
Alhamdulillah we manage to get low fares at RM178nett for 2 (so sorang RM89). Plus my husband and I ada order food sekali. Hehe ;) Kitorang memang tak amik check-in baggage sebab bawak backpack je. So leh jimat kat situ.
Pun mungkin rezeki dapat beli tiket flight MAS murah at RM120nett seorang. And for sure la termasuk luggage and food. Hehehe :) Just for your info, kalau korang beli TIKET FLIGHT MAS yang mana perjalanannya adalah 2 JAM DAN LEBIH, bermakna harga flight tu TERMASUK FOOD. Makanannya adalah bergantung flight pukul berapa. Kalau awal pagi diorang akan bagi light food untuk breakfast and makanan berat untuk lunch and dinner. So for this time around kira harga MAS way cheaper than AirAsia.
Okay.. That’s all about flight. Bila dah sampai Labuan, we all tunggu kat airport since we are waiting for my in law’s punya flight sampai pulak. Flight mereka lewat sikit dari our flight. Sampai je diorang, Papa terus uruskan sewa kereta. He rent Innova. Senang katanya, boleh masuk semua sekali.
So itu je la yang boleh dilawati kat Labuan. Tak banyak kan??? Haaa… As I said before this, Labuan bukanlah 1 tempat pelancongan :D
Untuk flight from BKI to KUL by MAS ni flight details and charges.
Yang ni pulak Amir punya flight. A bit expensive than us. Mahal RM10 je pun :D
Bila kita sebut pasal Labuan, tak semua orang tahu. And I believe that Malaysian pun tak tahu yang Labuan is not part of Sabah. They are Wilayah Persekutuan. Haaaaa…. So please accept this fact okay.. Hehe.. So, tujuan utama kami ke Labuan is actually untuk melawat family members belah Fendi sebab masa wedding hari tu diorang tak dapat attend. Maklum la ramai tu, mana mampu semua nak beli flight ticket. Ye dok!!! Labuan bukanlah tourism main destination sebab kat Labuan tak banyak places of interest pon. Yang ada banyak adalah pelantar minyak. Huhu~
Hehe.. So lepas dah dapat kereta, kami meluncur laju ke hotel terus untuk check in. All of us stayed at Sara Hotel. Papa dah booking awal 2 bilik. 1 standard room untuk saya dan Fendi and 1 Super Deluxe untuk Papa, Mama, Amir dan Arina. Rates dia as per below:
Standard Queen Room (1 x Queen Bed)
Normal Rate: MYR 115
Super Deluxe Twin Queen (2 x Queen Bed)
Normal Rate: MYR 190
Untuk maklumat selanjutnya mengenai rates, korang boleh cek kat link ni http://lbn.my/sara-hotel/ . Hotel ni located kat tengah-tengah bandar. Sebelah hotel ada restaurant, so nak makan senang. Jarak dari Ferry Terminal pun tak juah, around 6-10 minutes jalan kaki dari hotel.
Petang tu kami berjalan sekitar Labuan. Ada singgah kat PANTAI BATU TIGA. Tak ramai orang pun. So memang syiokkkkk.. Huhu~ yang mandi Cuma Amir je. Yang lain sibuk bergambar menghabiskan bateri kamera. Hahaha :D Dari tepi pantai tu boleh la nampak kapal-kapal besar yang stok pergi offshore punya.
After that kami terus pergi visit family members kat KAMPUNG GANGGARAK. Nak cerita pasal jalan saya memang totally lost la. Fendi n family dia je tau. Mihihihi. Kat rumah untie sorang ni kami kenyang. Sebab langkah kanan anak-anak celebrate birthday dia. So ada lah BBQ sikit, mee hoon goreng. Alhamdulillah.
Masuk hari kedua, pagi tu all of us breakfast kat kedai sebelah hotel je sebab hotel tak provide breakfast. Lepas makan, ada la officemates kat HQ Labuan call cakap Director suruh diorang call saya untuk arrange bawa jenjalan. Siapa tak happy?? For sure happy sesangat. Cuma saya dengan Fendi je la. Family teruskan dengan plan mereka. So kami set appointment untuk officemates pick up kat hotel at 12. Ok, lepas breakfast, we all 1 keluarga berjalan-jalan sekitar pekan Labuan tu. Singgah kedai itu kedai ini. Kedai biasa-biasa je. Cuma kat Labuan ni special nya adalah coklat macam kat Langkawi sebab duty free, harga murah. Cuma kena hati-hati sebab MOST OF THE ITEMS YANG MURAH DAH NAK EXPIRED. So please check before korang nak beli apa-apa okay!!!
Usai jalan-jalan, kami semua balik hotel, saya dan fendi pun bersiap untuk keluar tengahari. Yang pick up kitorang adalah Galigie (Gie) dan Hilda. So kami terus di bawa ke FISHERMAN RESTAURANT, kedai makanan seafood. Alkisahnya ingat kami akan makan berempat, rupa-rupanya penuh 1 table untuk 10 orang dengan semua office mates. Boss suh belanja makan sekali. Yang ada time tu Yeing, Ryan, Lester, Priscilia and siapa entah sorang lagi, tak ingat nama. Hahaha :D So, rezeki jangan ditolak. Mihihi. Banyak food yang si Yeing order. Best sebab semua sedap tanpa sebarang komen. Makan sampai rasa nak explode perut ni. Alhamdulillah :)
Tada~ They are awesome people. Semua friendly.
So lepas makan, kami berpecah, teruskan dengan perjalanan bersama Hilda dan Gie. Mereka bawa saya dan Fendi untuk visit HQ DI LAZENDA WAREHOUSE. So kat sana, jumpa la semua staff yang sebelum ni hanya kenal melalui phone and skype. Kebetulan masa visit office tu owner ada, Mr Whitus Jeery. Not sure Australian or Canadian guy. Besar orangnya, tegap, suara punya la besar. 1 office boleh dengar dia bercakap. Hohoho @_@ But he is nice person. So nice I could say!!! So that’s it office visit.
Sambung lagi jalan-jalan. Tapi kali ni Hilda dah tak ikut sebab ada kerja nak kena buat. Digantikan dengan Laura. So kami dibawa ke LABUAN MARITIME MUSEUM. Kat sini MASUK FREE. Tempat ni ala-ala Aquaria, Cuma tak de la besar dan banyak bahan pameran. Kecil je tampatnya.
Next kami pergi ke COMMENWEALTH WAR GRAVES COMMISSION, LABUAN WAR CEMETRY. Tempat ni actually memorial park, untuk masa perang dulu. So ingatkan Christian je ada. Rupa-rupanya segala agama ada termasukla orang Islam yang disemadikan di situ. What a surprise. Tak pernah terfikir pun. Tu la orang kata, JAUH PERJALANAN, LUAS PENGETAHUAN.
After that we go to PANTAI POHON BATU. Pantai ni ala-ala Klebang, Melaka. Ha, imagine la ye ye ye. Hehe. Kat sini kami tak banyak bergambar. Just lepak-lepak je. Makan satay, minum air kelapa. Pastu beransur. Plan dalam perjalanan nak balik hotel tu, nak la singgah Chimney, tapi dah terlepas simpangnya so malas la nak patah balik. So tak pe la. Ada rezeki balik kampung lagi, kita g situ pulak. Hehe :)
So petang balik hotel, saya dan Fendi have a rest sebab malam tu nak keluar pergi rumah family members lagi. Malam tu kami ke rumah Kak Jita. Lokasi, maaf tak hengat. Hehe J Kitorang dihidangkan dengan bubur kacang. Sedap. Huhu~ Macam tak pernah makan pulak kan. Hohohoho :D Dah melepak sampai malam around 11 kot cenggitu, terus balik sebab dah penat. Singgah kedai makan, semua tapau je untuk makan kat hotel. Hahaha :D Tamat sudah hari kedua.
Masuk hari ketiga, awal pagi kami dah bersiap-siap sebab nak catch ferry 8.00 am. So plan asal nak jalan kaki je ke Ferry Terminal, tapi Papa nak hantar, so naik la kereta. Sampai kat terminal kitorang beli tiket on the spot. Owh ya, Papa, Mama, Arina and Amir balik ke KL terus pada hari yang sama kami ke KK. For your info, kaunter tiket hanya dibuka pada jam 8 pagi. So tak yah g awal-awal sangat k. InsyaAllah tiket tu sentiasa ada. And lagi, FERRY KE JESSELTON, KOTA KINABALU HANYA ADA 2 TRIP DARI LABUAN. Which are 8.00 am dan 1.00 pm. Dan ia mengambil 3 jam masa perjalanan. Harga tiket as per below:
Lower Deck: RM 17.00 (Adult)
Upper Deck: RM 19.50 (Adult)
So for us, kami beli tiket upper deck sebab saya percaya kalau duduk kat lower deck sure akan terkeluar semua isi perut. Hahaha :D
Sampai Jesselton, kami jalan kaki ke WISMA SABAH. Kat sini adalah tempat paling sesuai kalau nak sewa kereta/motor atau nak cari pakej pelancongan sebab banyak travel agent kat sini. Lepas dah puas tanya setiap 1 agent, lastly kami decide untuk rent dengan 1 agent ni which is GOGO SABAH RENT. Kami sewa Saga at RM140.00/day. And please remember this, SECURITY DEPOSIT RM500 ADALAH WAJIB. Kami berdua pun terkejut bila diorang kata deposit sebanyak tu. Bila tanya kat agent lain pun minta amount yang sama. No further negotiation. Nak tak nak belasah je lah. G draw duit dulu. Hahaha :D
Selesai part kereta je, kami terus isi minyak and teruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya iaitu KUNDASANG!!! Excited sangat sebab tak sabar nak tengok lembu!!! Hahaha :D boleh tak cenggitu. Bukan lembu je, tak sabar nak bergambar berlatar belakangkan Mount Kinabalu. Sebab tengok kawan-kawan yang pernah gi sana amek gambar semua cantik-cantik gambarnya. Dari KK ke Kundasang, + - 2 jam masa perjalanan. So sepanjang perjalanan kami hanya berbekalkan kudap-kudapan yang dibeli di Petronas berhampiran. Hehe :)
Alhamdulillah sampai Kundasang, terus check in kat PINE RESORT. Cantik!!! SubhanAllah. Pine resort ni salah satu lokasi penggambaran cerita Dejavu Di Kinabalu. So kita fefeeling la kat situ kan. Hotel ni saya dah booking earlier kat Agoda.com. And for your info lagi, hotel ni ade 10% discount untuk government servant (ID is required) and student (KAD SISWA is required). Tapi apa-apa pun, rate Agoda yang saya dapat a bit cheaper than those rates.
So lepas check in masuk beg semua dalam bilik, terus gerak ke Desa Dairy Farm. Tapi tak sempat sebab dia tutup dah. Ingatkan sempat. Huhu~ So takpe la, pepagi esoknya kami pergi. So Balik dulu ke hotel, tapi before that, kitorang dinner kat KFC dulu. Hehe :) Then baru rehat kat hotel.
Next morning, bangun pagi je, tengok kabus penuh. WoWWWW!! Jakun lagi. SubhanAllah =) Indah sungguh ciptaan Allah S.W.T. So we had a breakfast dulu, then jenjalan area dalam resort tu dulu. Diorang ada rabbit park, tapi tak besar pun. And we cannot touch them, tengok-tengok cenggitu je la. So balik bilik terus packing semua sebab lepas tu tak sempat nak balik bilik since banyak lagi tempat-tempat nak dilawati.
Next we went to DESA DAIRY FARM. Alhamdulillah sampai jua hajat nak ke sana. Entrance RM4 seorang ye. Tempat dia, SubhanAllah, cantik!!! Super cantik!!! And kat sini, kami sempat join tour by tour guide. Ingatkan ramai-ramai yang tunggu tadi nak join, alih-alih, kami berdua je. Bagus sangat la tu. Mihihihi :D Terdapat beratus ekor lembu dan berpuluh ekor kambing yang didatangkan khas dari New Zealand. Besar-besar dan cantik-cantik semua. Siap ade tempat untuk diorang mandi sendiri. Hahaha :D Bijak lembu-lembu ni. Punya la besar berus dia. Kalau kita manusia yang mandi, mau bercalar-balar kulit. Huhu~ Ice cream susu yang dijual kat sini sedap. Susu pun sedap. Ha semua sedap la. Semua tu dibuat freshly from susu lembu dan kambing yang ada kat sana. And kalau beli susu, kena minum within 4 hours sebab susu dia takda bahan pengawet, baik untuk tubuh badan anda. Hehehe :)
Gerak dari situ, kami terus ke PORING HOT SPRING. Tak jauh sangat dari Kundasang tu. Around 20 minit cenggitu. Jauh ke?? Tak kan J BAYARAN MASUK RM3/PERSON. Yang mandi, Cuma Fendi je. Saya?? Celup kaki je sebab malas nak basahkan badan nanti leceh nak tukar baju semua. Hehe. Tempat tu biasa je. Macam hot spring kat tempat-tempat lain. Ada pool besar, ade yang individual tub. So ikut keselesaan anda nak mandi kat mana.
After that, kami pergi ke LUANTI. Nak pergi tempat yang ala-ala FISH SPA tu. Asal nya dah terlepas tempat tu then kami patah balik. Risau gak takut dah tutup sebab by 5 tempat tu dah close. Cemane tak terlepas, board die tak berapa nak perasan. Tu pun nasib Fendi kata tadi macam ada nampak board Cuma tak sure betul ke tak tempat tu. Sampai kat tempat tu, kena beli tiket dulu RM5/PERSON kat kedai yang terletak kat entrance tu. Camera pun kena charge RM3 tau kalau nak bawak masuk. Untuk kamera dia kira 1 payment untuk 1 group. So ok la tu. Nak masuk tu pun ada timing tau. Setiap orang boleh masuk 15 minit je. Dia ada catat masa kita masuk. Huhu. Mungking nak control the capacity.
After that, kami pergi ke LUANTI. Nak pergi tempat yang ala-ala FISH SPA tu. Asal nya dah terlepas tempat tu then kami patah balik. Risau gak takut dah tutup sebab by 5 tempat tu dah close. Cemane tak terlepas, board die tak berapa nak perasan. Tu pun nasib Fendi kata tadi macam ada nampak board Cuma tak sure betul ke tak tempat tu. Sampai kat tempat tu, kena beli tiket dulu RM5/PERSON kat kedai yang terletak kat entrance tu. Camera pun kena charge RM3 tau kalau nak bawak masuk. Untuk kamera dia kira 1 payment untuk 1 group. So ok la tu. Nak masuk tu pun ada timing tau. Setiap orang boleh masuk 15 minit je. Dia ada catat masa kita masuk. Huhu. Mungking nak control the capacity.
Geli nak oiiiiii!!! Mak tak mampu nak duk kat ikan-ikan yang besay-besau tuuuuuu... Asik menjerith aje la kejenya mak ni. Hahahaha :D Ikan semua besar-besar macam nak makan orang. Memang tak la!!! Fendi je la yang celup kaki..
Selesai semua tempat yang nak pergi then kami teruskan perjalanan turun ke KK. Tapi dalam perjalanan tu pun kami ada singgah ke KINABALU PARK. Pergi kat TIMPOHON GATE. Yang ni entrance fee RM3 SEORANG. Check point untuk panjat ke Gunung Kinabalu. Kat situ sejukkkk… Seriously sejuk. Ye la, dekat bukit, dalam hutan pulak tu kan. Jalan nak masuk ke timpohon gate tu lebih kurang macam nak naik Fraser Hill. Cuma tak de lah sejauh tu. Keadaan jalan je sama. Sunyi.
Turun ke KK, dah malam. Around 8 macam tu baru sampai. Then terus cari hotel. Kitorang tak booking awal sebab memang plan nak walk in je kat mana-mana backpackers hostel. Ye la, untuk mandi tidur je. Masuk beberapa hostel, semua penuh. Lastly jumpa jugak kat GAYA BORNEO LODGE. Alhamdulillah. Ratenya RM80/malam.
Lepas check in terus mandi then bersiap-siap keluar makan. Tak sabar nak keluar makan sebab nak cari tempat makan seafood yang best tu. Ade search google, ramai kata kat area KAMPUNG AIR tu best. So kitorang cari. Jumpa!!!!
So kat SRI SELERA KAMPUNG AIR FOOD COURT tu ada banyakkkkkk sangat kedai makan. Semua operated by Chinese. Tapi all seafood la. InsyaAllah halal. So kami makan kat 1 kedai ni, yang suggested dalam 1 video di youtube. Cemane nak kenal kedai tu, kedai dia je sarung meja and kerusi warna merah. Then atas meja ada kain table runner warna kuning. Nama kedai tu SRI MUTIARA SEAFOOD RESTAURANT. Hehe. Kami order 1 ekor ketam masak merah, Ikan siakap steam (size sederhana), butter prawn (300gm) and sotong goreng tepung (300gm). I could say these food boleh makan 4 orang, tapi kami makan berdua je suami isteri. Kenyang sesangat!!! Hahaha.. So total semua adalah RM148.00 sahaja. Murah!!! Kalau kt KL tak berani nak amek macam-macam. So kalau makanan untuk 4 orang RM148.00 memang berbaloi sangat la kan. Puas hati!!! Balik bilik, tengok phone sekejap, terus terlena. Penat n ngantuk @_@
Esok pagi nye terus kemas sebab keluar awal pagi jugak. Nak g ISLAND TOUR. Mihihi.. Kebetulan kat depan hotel tu, Gaya Street, hari ahad memang ada pasar dari pukul 6 pagi – 12.00 tengahari. Kami keluar je dari hostel tu, meriah!! Huhu~ tapi tak sempat nak tengok pun since rushing to catch boat. Sampai je kat Jesselton, kat situ ade area indoor, yang mana banyak agent arrange untuk boat tour. So korang jangan risau. Ade aje bendanya. So kitorang beli pakej yang melawat 2 pulau je iaitu PULAU SAPI dan PULAU MANUKAN. Harga Pakej 2 Pulau ni RM33 seorang, Terminal Fee RM 7.20 seorang, life jacket RM10/jacket dan Snorkeling Gear RM10/gear. Pulau Sapi khas untuk snorkeling. Pulau Manukan best untuk lepak-lepak tepi pantai je sebab tak banyak ikan macam kat Sapi.
Ni la gambar-gambar yang berjaya di snap di PULAU SAPI (Mohon jangan jeles ye ye ye..Mihihihi =)
Kat MANUKAN tak banyak gambar sebab kami sibuk membersihkan diri mandi siap-siap. Hehe :)
Haaa.. terserlah ketebakaran muka kami kan kan kan. Hamek ko!!!
Masa Kat Manukan, Fendi dah siap-siap contact kawan dia untuk bawa kami jenjalan around KK before our flight at 8.40pm. So sesampai je kat Jesselton, kami jalan kaki pergi ke area berdekatan Wisma Sabah and jumpa kawan Fendi kat sana. Namanya Ed. Kami hantar kereta sewa dulu then baru jenjalan. Ed bawa kami ke PASAR PHILIPINE. Beli tak banyak pun sebab tak pusing habis. Saya beli souvenir untuk family, bff and students saya je.
Beransur dari situ, kami terus dibawa ke TANJUNG ARU. Kat situ just lepak-lepak minum je sementara nak tunggu sunset. Cantik!!! SubhanAllah =) Ciptaan Allah semua indah-indah belaka. Lepas dari tu, kami terus dihantar ke airport.
Ni nak cerita kejadian kecemasan di airport. Waktu kat kastam ok lagi. Bila kat imigresen, tiba-tiba pegawai tu minta slip kemasukan. Dia siap tunjuk contoh lagi. Saya pandang Fendi, Fendi pandang saya. Kami bagitau yang kami tiada slip tu sebab kami masuk dari Labuan. Lepas tu dia tanya mana resit feri. Memang tak jumpa la time-time cenggitu kan!!! Pastu pegawai tu minta boarding pass ke Labuan pulak. Perghhhh… Mencabar jiwa time tu. Lastly saya cakap kat pegawai tu, saya ada copy of ticket kat dalam email je. Saya download dan tunjuk pada pegawai, nasib baik la dia boleh terima. Dia kata next time kalau masuk KK, simpan semua dokumen kemasukan. Wow!!! Tak sangka nak keluar masuk KK macam tu sekali. Seoalah-olah we are outside from Malaysia. Kenapa ya??? Hurmmm.. balik kena study pasal benda ni. So pengajarannya kat sini, simpan je dokumen-dokumen perjalanan ke mana je kita pergi. Samada dalam Malaysia or luar Malaysia, untuk mengelakkan benda-benda begini berlaku. Alhamdulillah nasib kami lepas :)
Ha, nak dapatkan cop merah ni la yang menyusahkan kitorang!!!
So itulah perjalanan kami berdua suami isteri sepanjang 5 hari di Labuan dan KK. Semoga ada kesempatan kami berjalan lagi meluaskan pengetahuan.
Salam sayang dari saya. Muax muax :-*
Mohon tunjuk ajar being as blogger ��
ReplyDelete