Sunday 2 December 2012

6D6N Beijing 2012


Hai semua!!! I’m back for new entry..

Ok, this time around saya nak share my trip to Beijing. Asalnya, saya g MATTA Fair sebab nak pergi join memana group ke Beijing since I’m alone. Time pergi MATTA Fair tu tetiba kakak saya and tunang saya nak join jenjalan suka-suka. Alih-alih bila saya nak confirmkan pakej dengan travel agent tu, bakal tunang saya, kakak saya and abang ipar saya pun kata nak ikut!!! Ha sudah!!! Hahaha :D Makanya, kami berempat memilih untuk membeli private package dengan TM Travel & Tours Sdn Bhd. Tapi we all beli ground package only meaning that pakej jalan-jalan yang termasuk airport transfer, hotel arrangement, transportation, full board meals (sarapan, makan tengahari dan makan malam). Tapi kitorang tak bagi date lagi since tak beli tiket flight lagi. Nak tau harga?? Teruskan membaca dengan tekun ye ye ye. Makanya, sah lah kami berempat akan ber’private’ tour ke Beijing selama 6H5M. So next step kitorang kena cari airline ticket. So bila balik rumah, kakak saya godek-godek airline website…..tada…..jumpa tiket murah!!! AirAsia punya harga murah sesangat..huhu~ rezeki..so, dengan pantasnya dia book tiket tu. Mihihi.. Selesai!!! Honestly, kalau saya, I don’t mind hotel murah ke, flight tak de CLASS ke, yang penting is selesa. Sebab for me, kita nak berjalan luaskan pengetahuan, janji makan sedap tidur selesa cukup la. Nak backpack pun saya tak kisah. Saya ni jenis yang simple. Takde nak demand sesangat. So sambung kes, dah dapat tiket flight, so next day terus call travel agent bagitau date kitorang. Yeay!!! Selesai!! Itulah part package and flight ticket hunting. Secara keseluruhannya, private tour package kami berharga RM3,240 dan tiket belon kami berharga RM2,568 untuk ke empat-empat orang. Secara average nya, seorang jatuh RM1,452. Ok la tu kan. Harga ni untuk private tour. Naik van, tak campur dengan orang lain. Privacy di situ.. Mihihihi =)

So ini flight and payment details untuk AirAsia X


 Yang ni pulak pakej yang kami beli
Nak dijadikan cerita, asalnya kami beli pakej 6H5M. Sebab asalnya AirAsia punya flight masuk Tianjin. Tetibe 2 or 3 bulan sebelum, AirAsia hantar e-mail yang flight dah tak masuk Tianjin, tetapi beralih masuk ikut Beijing. So, kami punya schedule dah jadi 6H6M. Tak caya leh tengok confirmation kat dalam gambar tu. Alhamdulillah rezeki kami dari pihak TM Travel & Tours, dia bagi tambah penginapan 1 malam lagi FOC pada kami since flight sampai Beijing lewat malam. Syukur!!! Terima kasih TM Travel & Tours!!!

So next kita proceed cerita sepanjang perjalanan ye ye ye.. Tak cerita details sesangat pun. Cerita pada dasar and apa yang penting untuk rujukan yang membaca entry ni je. Sebab kalau details sangat nanti, seminggu baru korang habis baca 1 entry ni. Hahaha :D

Ok..sesampai je kat Beijing, we all terus di jemput oleh tour guide kitorang yang bernama Micheal and driver. Turun dari belon je, perghhhhhh!!! Sejuk mehhhhh J Jakun la sebab tak pernah g tempat sesejuk itu. Cameron Genting pun tak sesejuk itu. Huhu~ Ok, naik van je, meluncur laju kami dibawa check in kat hotel. Untuk pakej ni kitorg beli bilik berdua. So saya dan kakak 1 bilik (since saya belum kawen) dan bakal tunang saya dan abang ipar saya 1 bilik (padan muka kakak and abang ipar saya tak dapat nak berdua-duaan. Hahahah. Gelak jahat). Bilik macam hotel 3 bintang kat Malaysia. So boleh di kategori sebagai SELESA!!!




Next morning, hari kedua menjejakkan kaki di Negara orang, hari pertama kami memulakan tour, lepas breakfast, kitorang lepak rehat dalam bilik dulu. Around 11 macam tu Micheal and driver pick up kitorang kat hotel, terus di bawa berjalan. Tak berjalan dulu pun, g lunch terus. Miahahaha :D Maaf gambar makanan nan hado!! Gambar orang je hado!! Makanan kat restoran ni sedap. For the 1st time kat Beijing, ianya adalah SANGAT SEDAP!! So lepas dah makan, kitorang dibawa ke 1 kedai teh Cina (TEA HOUSE) untuk mencuba pelbagai jenis teh yang mereka ada serta mempelajari fungsi setiap teh, cara, adat dan tradisi masyarakat Cina meminum teh. Hujung-hujung, staff kat kedai tu akan convince korang-korang sekalian alam untuk beli teh diorang. Range harga adalah pelbagai. Macam-macam la diorang cakap, the ni baik untuk ni la, baik untuk itu la. Akhir cerita kat kedai ni, kakak saya terjebak beli Pur Eh Tea (Pure Tea). Saya? Nan hado beli pape sebab tak tertarik pun. Oh ya, sebelum lupa, setiap kedai yang dibawa oleh tour guide, kalau korang ada beli pape, diorang akan dapat commission tau. Tapi tak wajib pun nak kena beli. Cuma korang kena pandai tolak cara halus. Sebab apa?? Nanti ade cerita lain kat bawah untuk di share.




Selepas minum sampai kembung air, kitorang dibawa ke NIU JIE MOSQUE. Cantik masjid dia. Dengan architecture berelemenkan Chinese. Sempatlah kami menunaikan solat fardhu kat sini J. Settle bergambar, jenjalan sekeliling masjid tu, ehhhhhhhhhhhhhhhhh…cantiknye port ni. Makanya, kita buat pre-wedding photoshoot jap ye ye ye. Hehehe J senang abang ipar photographer ni. Tapi time ni dia bawak kamera DSLR yang biase je. Tak kisah la, janji ade. Ye dok?? Then ada la jenjalan ke NIUJIE MUSLIM SUPERMARKET. Beli la kudap-kudapan sikit =)





Habis je, kami dibawa ke ACROBATIC SHOW. Wohoooo~ Syiok woooo.. teruja tengok segala aksi. Huhu~

Itulah perjalan hari pertama. Bermulalah hari keduadengan destinasi pertama iaitu JADE MUSEUM. Kat sini tour guide dalam Jade Museum akan terangkan satu per satu benda yang dia nak terangkan. End of tour dalam Jade Museum, seperti biasa, kami di bawa ke jade shop die supaya kami semua dapat melaburkan duit… Mihihihi :D Dah habis sopin Jade di bawa pula ke CRYSTAL SHOP. Ha, kat sini tak beli pape.. hahaha :D









Dan seterusnya adalah saat yang sangat saya nantikan sebab memang dah lama niat dalam hari nak pergi ke tempat ni. Ke mana?? GREAT WALL OF CHINA. Tembok besar China yang penuh dengan sejarah tersendiri. Waktu sampai tu hujan renyai-renyai. Tapi saya dan bakal tunang tetap gagahkan diri panjat setinggi mungkin. Kakak nan abang ipar saya?? Pancit!!! Hahaha :D




Di sebabkan kakak and abag ipar tak panjat sampai atas, kami tiada gambar dari camera. Ade, tapi dalam handphone tunang. Malangnya, belum sempat transfer semua gambar bila balik Malaysia, handphone tu hilang di Nilai 3 @_@. Tak pe. Mungkin rezeki suh pergi lagi tu.. kikiki :)

Hari ketiga bermula. Perjalanan dimulakan dengan menuju ke FRESH WATER PEARL CENTRE. Nah few pictures salji di Beijing waktu on the way ke destinasi seterusnya..




Kami tak banyak bergambar pun kat PEARL CENTRE ni. Sikit-sikit juga ada @_@ So kita proceed next destination okay!!! SUMMER PALACE adalah destinasi kami seterusnya. Kat sini, amek lagi pre wed photo sebab sgt cantik jugak die pny scenic view. Psss, amek gambar sambil tahan sejuk weyh!!! Huhuhu~







Pastu semua dah lapar. G makan pulak… Pastu balik hotel. Kat Beijing pukul 7 malam dia tak sama kat Malaysia. Kat sana by 7 je suasana dah agak kelam dan suram. Sebab tu tak ada tour memalam. Huhu~


Hari berganti hari, beransur ke hari keempat. First place kami dibawa ke FORBIDDEN CITY. Kat sini pun banyak jugak bergambar. Kami ke TIAN AN MEN SQUARE (ala-ala dataran merdeka gitu) followed by area historical places kat sana la.









Dah penat bergambar, perut lapar, gi makan. Dah kenyang, jenjalan lagi. Ke SILK STORE. Kat sini, diorang tunjuk la macam mana silk tu terhasil dari ulat sutera tu. Macam nak beli something kat situ, tapi macam leceh pulak nak bawak banyak-banyak balik Malaysia. Cuba bayangkan bawak balik comforter. Hahaha :D  Selesai kat Silk Store, terus di bawa ke kawasan di mana kami boleh bergambar berlatar belakangkan BIRD NEST STADIUM. Ianya adalah stadium masa Olympic 2008 rasanya. Tak hengat pulak mak nak oiii!!! Dah semua penat, balik hotel la, ape lagi!!! J




Hari ke lima, kami dibawa ke TIANJIN. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam untuk sampai. Sebab Tianjin negeri lain dalam China. Ala-ala KL-Melaka. Haaaa~ Cenggitu la. So sampai je Tianjin, kami g makan dulu. Hehe.. Then jalan area dekat-dekat sementara nak ke destinasi seterusnya dalam Tianjin tu. Lepas driver pick up, van meluncur laju menuju Tianjin Mosque. Ada la untie sorang ni nak berborak dengan saya dan kakak. Beria-ia dia cerita macam kami faham apa yang dikatakannya. Memang tak faham la!!! Bahasa Cina. Hahaha!! Ape pun buat-buat faham je la. Comel sungguh untie tu. Mihihihi =) Usai solat kami ke Culture Street. Banyak la barang-barang cultural yang dijual di situ.


Kat Tianjin tak banyak sangat benda menarik. Huhu~ So lepas dah habis pusing semua, kami bertolak pulang ke Beijing. Before balik hotel, kami pergi dinner dulu. Yang kelakarnya, by this time, kami semua dah tak lalu nak makan makanan sana!!! Especially teh cina tu. Time dinner masing-masing order sprite la, pepsi la. Hahaha :D Ok la. Kita pergi ke hari terakhir.

Hari ke-6. Kami mula jalan-jalan lepas lunch arounf 11 cenggitu. Sebab nak terus check out hotel. Lepas check out je, kami terus bergerak ke YA XIU MARKET. Before ke Beijing ada survey. Ramai kata kat market ni memang heaven. Semua murah. Menang betul!!! Tenyata benar!!! Hahaha :D Memborong bagai jutawan kami kat situ.. Baju, seluar, kasut, handbag, barangan elektronik semua ada la senang cite.. Sampai nak snap gambar pun terlupa sebab ralit membeli-belah. Hahaha :D Lepas dah habis ongkosnya, kami lepak starbuck. Lepak bukan nak minum pun, nak pakai Internet je. Hahaha :D Nak tau sebab apa. Sebab kat sana susah nak dapat line internet. Kalau dapat pun, Instagram je boleh masuk. Facebook nan hado!!! So bila driver dah datang pick up, we all terus ke WANG FU JING night market. Kat sini la semua benda rare jumpa. Ha sila lihat gambar-gambar di bawah kalau nak tahu apa yang rare.



Ha hamek ko!!! Ulat, lipan, telur lembu, tapak sulaiman, semua hado!!! Miahahaha :D Ade few yang jual halal food. So ok la tu dari tak ada kan. After that we all jalan-jalan dan bergambar di kawasan sekitar dan dinner sebelum beransur ke airport.



Begitu lah al kisahnya trip ke Beijing. Kalau korang tengok ada tempat dalam itinerary tak disebutkan kat dalam journal ni bukan bermakna kami tak pergi ke tempat tu tau. Ianya adalah kerana tempat tu tak best. Hohoho :D

Ok, part ni yang PENTING!!! untuk di share.
  1. Kalau pergi ke mana-mana centre, tak kisah la Burning Cream Centre ke, Silk Store ke, Jade Museum ke, terpulang pada korang nak beli or tak. Cuma yang paling korang perlu berhati-hati adalah di Burning Cream Centre and Herbal Store tu. Sebab apa?? Kat sana ada urutan kaki refleksologi. Lepas urutan, mereka akan panggil sorang ala-ala doktor dan di suruh melihat tapak kaki kita lalu membuat CHECK UP sakit yang kita ada. Yang itu ok lagi. Fine. Lepas dah explain sakit apa yang kita ada, dia akan suggest kita beli ubat itu dan ini. Bukan murah ye kengkawan. MAHAL!!! Bila kita tak nak beli, diorang akan buat muka paling masam kalah cuka, then bla macam tu je. Which is for me, SANGAT KURANG AJAR!! Lepas habis drama suruh beli ubat tu, yang mengurut kaki tu pulak minta tips. Ya ampunnnnnn… yes, most of them yang urut kaki tu student dari Indonesia dll, but then the way diorang minta tips tu, selagi tak bagi selagi tu merayu-rayu sampai kita rasa annoying. Adoyai!!! Things happened here paling tak suka dan tak best!!!
  2. If ada trip dari Beijing ke Tianjin, sebelum bertolak, sila buang sisa dalam pundi kencing atau usus besar anda ye ye ye. Sebab sepanjang perjalanan TAK ADA BILIK AIR!!! Haha..Ada je yang kencing kat tepi jalan tu ha :D
  3. Nak pergi mana-mana, bawak air sorang 1 botol atau lebih and wet tissue. Sebab toilet diorang memang tak ada air :D
Tu je kot yang penting. Yang lain-lain boleh diterima pakai. Ok la. Dah panjang sangat ni. Terima kasih la if you guys sudi nak baca segala carca marba coretan ni ya. Adios!!!


2 comments: