Tuesday, 19 February 2019

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 6 (13 December 2018)



Seperti yang telah dimaklumkan pada entry sebelum ni, hari ini, 13 Disember 2018, kami akan menziarah Makam Rasulullah S.A.W. dan Raudhah. Again, hati dan perasaan ni tersangatlah tak sabar. Banyak kali dengar orang bercerita pasal Raudhah ni, so teringin sangat nak tengok keadaan di Raudhah ni macam mana. Bak kata orang, Raudhah ni adalah taman syurga. Karpet kat Raudhah pun baunya wangi je. Haih.. Tak dapat nak bayangkan....

Seawal 7 pagi, kami dah berkumpul di lobby hotel. Untuk jemaah lelaki dan wanita, kami diasingkan. Sebabnya Raudhah tempat lelaki dan perempuan berasingan. Masih tempat yang sama, tapi pintu masuk berasingan. Nak masuk Raudhah ni kena siap-siap berwudhuk, senang. Kalau nak berwudhuk di perkarangan masjid pun boleh. Tapi selesa sikit kalau kat hotel kot. Once everyone dah sampai, terus semua menuju ke Masjid Nabawi. Owh lupa, Makan Rasulullah S.A.W. dan Raudhah ni terletak di dalam Masjid Nabawi.

Ha, jangan lupa, bawa sekali uncang kasut. Nanti senang kasut tak hilang or misplace.

Ustaz Faruqi bersama jemaah lelaki yang lain





Ok nak cerita sikit pasal nak masuk Raudhah ni.. Dia bukan boleh masuk terus tau. Ada 2 fasa yang kita kena lalui. Lepas dah masuk Masjid Nabawi je, ada 1 area ni kita kena tunggu kat situ. Sekelilingnya ada macam partition canvas warna putih. Kita tak boleh sesuka hati nak lepaskan diri dari kanvas putih tu selagi pegawai masjid tu tak buka. Haaa.. Ini adalah fasa 1.. While waiting for that canvas to be opened, boleh la solat Tahyatul Masjid dan solat-solat sunat yang lain.

Fasa kedua adalah bila kita dah nampak kubah berwarna hijau. Sini dah dekat sangat dah. Kat sini pun kena duduk, ikut dan patuh pada arahan pegawai masjid. Kalau dia suruh duduk, please duduk. Jangan ketegaq!!!

Nampak tak kubah hijau tu? Ini dari kawasan nak masuk ke Raudhah bahagian lelaki

Di bawah kubah hijau inilah terletaknya makan Rasulullah S.A.W.
(Ok, type ni sambil nanges 😢 Rindu..)

Ni pintu nak masuk Raudhah di bahagian perempuan.
Sebenarnya dari bahagian perempuan pun boleh nampak kubah hijau tu.
Tapi tak snap pun gambar. Hehe.
 Once dah dapat masuk kawasan Raudhah (karpet hijau), solat solat dan solat. Doa dalam sujud. Sebabnya kat dalam ni (especially bahagian perempuan), masing-masing bertolak-tolak dan berebut-rebut untuk solat. Once you get atleast a small space to solat, solat!!! Jangan bazir masa, jangan lepaskan peluang. Menangis weyh solat kat sini... Tak tau nak huraikan perasaan macam mana. And seriously, karpetnya wangi 😍 Haih... Rindunyaaaa....

Time kat Raudhah ni, ada kemungkinan besar you guys akan terpisah dari group masing-masing. Sebabnya nak cari ruang solat bersama tu sangat kritikal. That's why akan berpecah. Jangan risau. Solat je. Nanti kemudian, jumpa kat luar pintu Masjid Nabawi yang mula-mula masuk tadi. Tak susah pun nak cari pintu tu sebab semua pintu ada nombor. Like us, ustazah memang dah pesan untuk tunggu semua di pintu masuk tadi. Kalau lambat pun tak apa. Ustazah akan tunggu.


Ini adalah selepas keluar dari Raudhah

Cantikkan pemandangan ni..

Cry in smile!!!


Pintu #25. Ini adalah pintu yang boleh menuju ke Raudhah.


Balik tu, ada pulak sorang auntie tu minta tolong tolakkan wheel chair dia.
Huhu~ But tolak sampai pintu gate masjid je. Then dia tolak sendiri.
 Ha, bercakap mengenai wheelchair, ada benda Wawa nak share iaitu macam mana nak bawak orang naik wheelchair ke Raudhah dalam next entry. Stay tune tau!

Jadual makan di hotel
Usai urusan harini, kami habiskan masa solat dan jalan-jalan sekitar hotel je. Tak banyak aktiviti sangat pun. Ye la, tempat ibadah kan 😊


Ok guys, ingat, Wawa nak share mengenai wheelchair di Raudhah. Keep reading ya. Muaaaahhhh 😍

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 5 (12 December 2018)



Maka, pada hari ini, tarikh ini, bermulalah perjalanan kami menuju ke tempat yang paling diidam-idamkan seluruh umat Islam di dunia ini..

Since early in the morning, after having our breakfast, semua bawa turun beg masing-masing untuk berangkat ke airport. Actually our flight tengahari. Tapi disebabkan sistem di airport Turki ni katanya sometimes buat hal, check-in system jadi lambat. Kalau nak selamat, better go early. Cuaca pada hari ini masih lagi sejukkkk ditambah pula dengan hujan. Bertambah-tambah sejuk lah ia.




Turkish Airline provide beg plastik besar ni untuk stroller


Makan popeye's after few days makan turkish food 😊

Hujan, Sejuk, Gigil

Feeder bus yang bawa semua penumpang direct ke kapal terbang



Sejukssssss

Malaysia Airlines ada tak? Eh!

Makan lagi - on flight 😰
Perjalan mengambil masa +-3 jam. Alhamdulillah selamat sampai ke Kota Madinah. Syukur!!! Rasa nak tampar-tampar muka ni. Macam tak percaya, dah sampai kat Madinah. Alhamdulillah for this opportunity.

Weyh, masa kat immigation Arab Saudi ni, orang lain laju je settle. Bila sampai part Wawa, berkali-kali scan finger print dan snap gambar weyh. Dalam hati dah risau, lepas ke tak nak masuk ni. Hahaha :D Alhamdulillah, after about 4 attempts, lepas. Pegawai tu cakap system down. Fuhhh.. Nasib bukan sebab benda lain 😂







Selfie jangan lupa k. Penting tu 😂



Settle semua luggage claim, we all solat siap-siap kat airport. Then terus menuju ke bas. Bas kat sini pun sempurna sifatnya. Selesa. Masa dah nak sampai tu, mutawwif tunjuk dari dalam bas 'itu Masjid Nabawi'. Nervous weyh! Nangis!

Itu adalah Masjid Nabawi dari pandangan dalam bas

Sampai je hotel, kami makan dulu urus apa-apa yang patut, then dalam kepenatan perjalan tu, I decided to go to Masjid Nabawi malam tu juga. Berkobar-kobar 😁 Makanya siap-siapkan diri, amek wudhuk terus. Owh iya, lupa pula. Hotel kami tu namanya Mawaddah Al Noor. Dari pemerhatian Wawa, hotel ni macam hak milik Andalusia. Sebabnya, kat dewan makan hotel ni (ada 2 tingkat dewan makan), kedua-dua tingkat tu Andalusia punya orang je ada. Dan siap ada papan kenyataan semua under Andalusia. Huhu~

Kat sini pun ada meow

Wawa punya pakej all bilik bertiga. Tapi kat Madinah ni dapat bilik berempat
walaupun kami still bertiga. Ok juga tu, sebabnya space agak limited.
So all of us letak beg atas katil yang lagi 1 tu.




Makan timeeee

Video call dengan anak-anak yang ditinggalkan di Malaysia
Before ke masjid, kami sefamily pergi cari sim card dulu. Kebetulan belum tutup, makanya, teruskanlah. Just for your info, ianya mengambil masa lebih kurang 15 minit utk diorang setkan sim card tu dalam phone kita. Cumanya, kalau ramai, lambat la ia. Kami semua beli Mobily. Tak ada pula gambar rate untuk Mobily tu. Lupa nak snap agaknya 😂 But rate dia lebih kurang je dengan Virgin ni. Boleh rujuk dalam gambar kat bawah ya.

Sim card rate for Virgin



Once done, Wawa and husband with sorang makcik (Mak Itam) dan pak cik (Pak Itam) je yang menuju ke Masjid Nabawi. Di sini, mak itam naik wheelchair sebab kaki dah sakit sebab banyak sangat jalan. Makanya, nak masuk ke Masjid, bila berpecah lelaki perempuan tu, Wawa yang tolak Mak Itam masuk dalam. Teruja rasa dapat masuk masjid ni buat pertama kali. Gembira serta pilu rasa hati.

Walking distance ja dari hotel.


💖💖💖

💕

Mak Itam tolong snap kan. Hehe.


Selfie lagi 🙈

Kat sini, air zam-zam semua dalam tong brown ni. Ada normal dan ada sejuk.
Plastic cup tu sentiasa akan ada yang top up. Air zam zam tu pun, tak pernah
tak dapat minum. Diorang akan tukar tong tu bila isinya dah habis.


Dengan tong zam zam pun nak bergambar. Haks 😃

Indah


Pak Itam

Untuk harini, tak panjang entry nya. And to be honest, sepanjang berada di Madinah dan Mekah ni, tak banyak pun gambar yang kami snap. Tak tau sebab apa. Huhu~ But worry not, I'm still going to share with you guys apa yang Wawa ada k.

So for tomorrow onwards punya plan sepanjang di Madinah, dah ada siap-siap itinerary di tampal di papan kenyataan dewan makan hotel.

Masa yang tertera adalah mengikut masa di Madinah
Thank you for reading this entry. See you in the next one. Love ya 😍