Thursday, 7 February 2019

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah Day 1 & 2 (8 & 9 December 2018)




Alright! Lets go!

Untuk day 1, flight kami lewat malam around 11pm macam tu. So by 8pm semua dah kena berkumpul di airport. After check in semua beg, sebelum depart, pihak Andalusia buat briefing dulu dan perkenalkan mutawwif kami iaitu Ustaz Faruqi. Later on i'll show you which one is Ustaz Faruqi ok!

Dah, jom naik flight!

We are going to Turkey by Turkish Airline. 1st time guna Turkish ni actually. Overall not bad. Services ok, toilet wangi, siap provide perfume and lotion lagi. So agak-agak lepas membuang tu risau next person coming in bau kurang menyenangkan, ha, spray la perfume tu bangi mangi mangi ye ye ye 😅

Dapat duk sebelah budak ni memang best 😁

Muka monyok sebab gayat ke sebab ape tu? hahaha :D Please excuse my naked face. Flight malam, tak kose nak mekap bagai.

Hiii.. Dating nampak!!!!



Kesayangan


Travel pack untuk kanak-kanak

Ni kanak-kanak nya

Ni untuk kanak-kanak juga. Soft toys. Kakak jealous, kenapa kakak tak dapat? Kakak pun kanak-kanak juga 😝

Menu on board



Haaa...muka ada senyum dah 💜

Ni bukan dinner dah.. Ni supper!!! Pukul 1 pagi weyh!!!


Breakfast is served!!!

Lotion and perfume dalam toilet
Alhamdulillah kami selamat mendarat di tanah Turki setelah berjuang dengan pinggang selama 11 jam 😌 Sejukkkkk... Kat Turki time ni musim sejuk. Wet and cold.



Sekitar lapangan terbang Istanbul

Lepas claim luggage, solat Subuh, semua terus bergerak menuju ke bas. Alhamdulillah, bas pun sangat selesa.

Naik bas untuk ke destinasi pertama di Istanbul. Yang kat depan tu our tour guide untuk sepanjang masa kami berada di Turki.
This is the bus guys!!! Nice kan rupanya... 
For your information, hampir semua bas yang ada kat Turki ni warna putih and plain. So kalau tak nak tersalah bas, kena snap gambar dengan nombor bas sekali. Kalau tak nanti mau salah naik bas lain 😅

So this is our first destination in Istanbul, Eyup Sultan Mosque. Yes, not check-in yet. Terus berjalan walaupun tak mandi, tak makeup. Kisah apa kan? 😂 Kat sini, selain dari sejarah empayar Ottoman, ada 1 lagi perkara menarik, iaitu tempat arwah Ammar di kebumikan. Korang masih ingat beliau? Seorang warganegara Malaysia yang sangat bertuah dapat dikebumikan di perkuburan Eyup di samping para sahabat Rasullullah S.A.W.. Kisah tentang arwah Ammar ni, korang boleh baca kat sini ⇢ Kosmo - Ahmad Ammar

Tiba-tiba terdetik dalam hati, apa sumbangan kita pada agama? mampukah kita jadi seperti beliau. Buka minda, buka hati, terus rasa kerdilnya diri.




Ni entrance Makam Sultan Eyup. Nak masuk kena buka kasut dan letakkan dalam beg plastik yang telah disediakan.



Belakang tu adalah tomb of Sultan Eyup

While waiting for others

 







Sekitar kawasan tempat letak bas. Tengok tu, bas-bas putih =)
Weyh, betul cakap orang kucing-kucing kat sini sihat-sihat comel-comel banyak-banyak.. Hahahaha 😅 Rasa macam nak culik semua bawak balik.. errrmmm..

haaa... nape comellllll 😹

Yang ni sejenis tak friendly. Boleh dia lari.. Choy!!! Dia garang sampai takut Wawa nak pegang :D

Sampai je kat bas, kami diberikan packed breakfast yang masih hot hot hot... Layan betul makan time tengah sejuk-sejuk ni..

Hahaha :D pelahap nau nau.. Sedap.. 
Rasa dia macam roti canai tapi lagi lembut dan sedap dari roti canai. Serious, tak tipu. 


So next destination adalah Topkapi Palace. Jom!!!

Di pertengahan jalan menuju ke Topkapi


Jap sabar.. Jangan snap dulu!! Aduhhhhhh....
On the way nak ke Topkapi, kita akan lalu Hagia Sofya. But for today's itinerary, tak pergi sana. Later baru pergi. So kita layan sekitar Topkapi ya!


Tu kat belakang tu adalah Hagia Sofya

❥❥❥




Husband hakak memang suka amek gambar memanjang tegak lagu ni. Hakak pun tak tau hawatnya dia lagu tu!!! 😃
Yang ni, hakak dah edit kasi potong sikit ataih tu 😌

Alololo.. Happy muka Mama kesayangan ni ❥
By the way, kat belakang mama tu adalah The Imperial Mint of the Ottoman Empire. Tak masuk sana pun. Kawasan ni adalah halaman pertama dalam area Topkapi.


Eh, little boy sorang ni... Asik nak menyelit je kerjanya 😃

Kat belakang tu adalah Byzantine Chruch Hagia Eirene. Masih di area halaman pertama Topkapi.

Ni tiket nak masuk Topkapi Museum

Entrance ticket untuk Topkapi boleh dibeli di sini

Entrance to the 2nd courtyard of Topkapi - the Gate of Salutation
Ni belakang 2nd entrance tadi. Ada scanner macam kat airport tu.

This is at the 3rd courtyard area. Nama building yang tangganya Wawa berdiri ni adalah Arz Odasi.the Audience Chamber.
Handsomenya dia 💘
Apa yang ada kat dalam Topkapi ni? Topkapi ni sebenarnya adalah muzium. Barang-barang pameran dari empayar Ottoman tu sendiri. Rasanya kat area muzium tu tak leh snap gambar. Tu yang Wawa sendiri pun hampir lupa apa barangan yang dipamerkan and that's why juga lah Wawa tak ada pun gambar dalam area muzium tu.

Selepas habis pusing dalam Topkapi baca sejarah-sejaran yang ada. Duk lek lek lu....
Luas ye Topkapi compound area. Sangat luas. Buat yang tak larat berjalan jauh, mungkin akan terasa ianya sangat memenatkan. Dah berkumpul semua manusia, now its time for sappedek!!!

Dah penat jalan kan.. Nah, hamek makan kenyang-kenyang..
Meals kat Turki ni lain tau. So do not expect something like Malaysian food. Hehe. Try to mix with their culture k. Even kat dalam flight Turkish Airline pun, their meals ikut Turkish culture. They are more into beef, various type of cheese (sangat banyak jenis sampai tak tau nak makan yang mana dengan makanan mana), vege, and rasanya agak sedikit salty. Haaaa...

Nasi kat turkey ni macam nasi dagang. Hahaha 😃 tapi tak se-sticky macam nasi dagang la. Dia macam ermmm..nasi beras Jepun tu kot. Haaa... Entah. Susah pula nak explain 😅

Sugar cube

Restoran ni namanya Yusuf. Kat sini complete with prayer room. Toilet pun selesa dan bersih. Selain tempat makan, restoran ni juga ada menjual daging-daging fresh!!!

Signboard ke surau dan toilet




Dari parking area restaurant ni kan, boleh nampak snowy mountain tau. Dalam hati berbisik, alangkah indahnya kalau dapat pergi sana. Hehe 😊 Apakan daya, pakej yang we all pilih ni tak termasuk untuk ke sana. Dalam bas pakcik siap cakap 'Wa, jom esok kita g Uludag nak main snow. Kita seperate from group' dengan nada lucu and i said 'I'm ok. But we need to study how to get there' dengan nada excited 👽 Then bila discuss semula, there is no chance for us to do so sebab itinerary agak padat 😡 But, please stay with me till the end of my journey. Something good happening soon!!!!

Nampak tak kat belakang tu? Ada snow kat mountain tu. Hehe =)
Posing lebih!!!

Selfie sat
Perut penuh, suka hati, mari teruskan perjalanan. Next pit stop (ye, tak check in lagi and tak mandi lagi!!! 😅 nasib cuaca sejuk so tak berpeluh) adalah The Green Mosque. Time ni dah hujan renyai-renyai. Maka bertambah sejuklah cuaca kat Istanbul ni. Nak ke Green Mosque ni kena berjalan sikit. Sebab bas tak boleh masuk sampai dalam. Tak jauh pun berjalan. Dekat jeee...

Di celahan kota Bursa



Di perkarangan Green Mosque

Di hadapan pintu masuk Green Mosque

Time we all sampai, diorang tengah solat fardhu





Sejukssss

After visiting Green Mosque, berjalan sikit untuk ke the Green Mausoleum (Green Tomb). The Green Mosque and the Green Mausoleum ni adalah UNESCO World Heritage site tau. Lokasi antara kedua-dua tempat ni berjalan dalam 5 minit.

Kat belakang tu adalah the Green Mausoleum 
The Green Mausoleum ni menempatkan makam Sultan Mahmet I.

At the entrance of Green Tomb


So settle sini, we all walk back to the bus parking area. Tapi sebelum sampai ke bas tu, kita menyinggah shopping sat ye ye ye.







Kat sini apa Wawa beli? Fridge magnet je. Hahaha 😁 Once everyone dah berjalan melontar Turkish Lira, then only naik bas untuk ke destinasi seterusnya iaitu Agung Mosque.

Agung Mosque atau nama lainnya Ulu Cami ni besarrrrrr..... Ianya adalah salah satu masjid tertua di Bursa. Dia ada 20 kubah (dome) dan 2 minaret. Sebab apa terbinanya sehingga 20 dome ni? Mengikut sejarah yang diceritakan oleh tour guide, plan asalnya mereka nak buat banyak-banyak masjid kat area ni. Tapi ada cadangan yang hadir membuat cadangan why not buat masjid yang besar 1 dengan keluasan 20 dome ni. Haaa.. cenggitu la lebih kurang. Wawa kurang hebat nak bercerita semula ni. Dengar cerita je pandai. Hehe 😃 Jom jalan-jalan kat dalam area Masjid Agung ni.

Actually, di setiap lengkungan ceiling masjid ni terdapat kubah. So in total ada 20 lengkungan la.
Dari dalam, kubahnya adalah seperti ini.

Tengok tu, sesi pengajaran dan pembelajaran.


Yang menarik perhatian Wawa kat Masjid Agung ni adalah sudut 'melepak' yang disediakan. Banyak weyh.. So that you can use this area to read al-Quran, dengar orang bercerita, duduk rehat dan macam-macam. Sungguh convenient. Dan kat area dalam masjid juga ada disediakan rak kasut. So tak perlu tinggal kat depan pintu masuk kalau risau kasut hilang.

Ni ruang 'melepak' tu..





Kembaq

Nampak tak rak kasut kat tepi tu.. Kat tepi bahagian dalam masjid ada, kat tengah-tengah area masjid pun ada rak kasut ni.





Alhamdulillah.. settle semua destinasi hari ini. So finally here we go to check in 💃💃💃

But before that, masa dalam perjalanan ke hotel, TIBA-TIBA, tiba-tiba ok, tiba-tiba guide bercakap mengenai Uludag Mountain dan tanya berapa ramai yang nak pergi ke Uludag Mountain ni. But with additional payment of 100TL per person la. Then semua orang angkat tangan. Korang rasa apa? Hahaha 👱 berbunga-bunga hati weyhhhh.. Semua pun nak pergi, best betul group ni!!! Owh ya, even though this is an additional destination, but the tour guide janji yang dia still akan cover semua area seperti yang dah tersenarai dalam itinerary. Ok, malam ni boleh tidur dalam senyum 😍

Once we reached hotel, settle semua check-in, we go for dinner kat hotel jugak. This hotel named Gold City Hotel. Selesa yakmat. My room untuk 3 orang. My husband, my mom and I. So setiap orang dapat katil single. Sangat selesa ok. Bilik pun a bit spacious, tak cramp.

Wi-Fi available kat sini. Laju pula tu.









Once dah check-in, tak mandi lagi ni, g makan dulu. Hahaha 👅 

Part of the menu untuk dinner
Dah kenyang, kita gi jalan-jalan sekitar hotel jap. But most of the kedai dah tutup. Yang buka hanya kedai runcit je. So husband cakap dia nak beli sebikut (he is a cookie monster actually 😆), so we go to one small shop located just 3 minutes walk from our hotel.

In front of the hotel

Ni gambar-gambar kat shop tu



Heaven for him, not for me 😄


Kat Turki ni pes tomato dan yogurt adalah antara makanan wajib ada

Sunyi

Sepi
Finally, tamatlah sudah untuk hari ini. Baru lah boleh mandi walaupun sejuk gedi. Penat, bai 😪😫

Jap jap jap, meh tengok short video ni..untuk semua peminat meow meow..


Thursday, 31 January 2019

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah (Pre-trip)



Hai korang... Selamat Tahun Baru 2019!!!

Hahaha 😄 Maaf la kelewatan wish untuk kali ni. Tahap jadual kebusy-an dengan perkara-perkara duniawi 😁

Untuk entry kali ni Wawa nak share my Umrah Ziarah journey. Yeayyyy!!! Alhamdulillah, atas rezeki yang Dia bagi, dapat juga akhirnya Wawa menjejakkan kaki di Tanah Haram. The best part is, dapat pergi dengan family members, kesayangan-kesayangan dunia akhirat. Syukur!!

Actually dah lama plan, since after married lagi. But itu la orang kata 'Kita hanya mampu merancang, tapi Allah penentu segala'. I believe on that. Selagi belum dipanggil Allah untuk ke sana, kita rancang la macam mana pun, mesti tidak terjadi.

Ok.. Cut short the story, this time punya trip Wawa pergi dengan Mama, Husband, Aunties and Uncles serta cousins. In total kami ber-9. Hehe.. Dalam group ni memang kami adalah kumpulan family terbesaaaaaar.

Owh ya. Wawa join group travel package dari Andalusia Travel tau! Since ianya adalah dengan family dan 1st time, mana tau sangat perjalanan nak buat Umrah ni. So we need Mutawwif  to guide us 😊

Segalanya bermula (ecehhhh, macam drama pulak 😂) apabila makcik kesayangan (Cik Nah) membuka hajat bertanya jadi atau tidak plan nak pergi umrah untuk tahun 2018. After sekian lama merancang, terus bulan July 2018 macam tu kami buat perbezaan harga dari 1 agensi ke agensi yang lain. Bukan harga sahaja, kami juga membuat pilihan melalui date yang available. Sebab anak Cik Nah sorang tu SPM, so kami cari date lepas SPM. Memang banyak pakej yang ada. Tapi yang kena dengan date pada masa itu, hanyalah pakej dari Andalusia.

So kami semua memilih pakej seperti di bawah:





Deposit hanya RM500 sahaja seorang. Bayaran seterusnya mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Andalusia. Once dah buat payment, boleh terus ambil beg-beg yang diberikan oleh pihak Andalusia.

Ponoh keto den hangkut 9 set bag gedabak-gedabak

Set bag yang diberikan oleh pihak Andalusia
Bila dah bayar deposit tu, bermula lah persediaan semua dokumen yang diperlukan. Dokumen-dokumen ni penting untuk permohonan visa umrah. So untuk pengetahuan korang yang nak plan untuk umrah, berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu disediakan dan diserahkan kepada pihak agensi 60 hari sebelum tarikh penerbangan:
  1. Passport Antarabangsa (Sah laku 7 bulan dari tarikh tamat)
  2. Buku suntikan ACYW 135 (Suntikan boleh didapati di klinik)
  3. Gambar visa umrah 4 keping:
    • Latar belakang putih
    • Wanita: bertudung gelap
    • Lelaki: tidak memakai penutup kepala seperti kopiah/songkok
    • Tidak memakai cermin mata
    • Saiz 6cm x 4cm (keluasan muka 70%-80%)
Boleh ikut arahan macam ni ye :)

Untuk suntikan tu, Wawa and husband dapatkan di Andalusia Klinik Shah Alam. Lokasinya betul-betul bawah office Andalusia Travel & Tours di Seksyen 7 Shah Alam. Kat sini harga suntikan tu RM135.00. Like my mom, aunties uncles and cousin, diorang dapatkan di Klinik As-Salam Seksyen Seksyen Bandar Baru Bangi dengan harga RM140.00 seorang. 

* Ps: rasa suntikan tu sedikit kekebasan 😅

After dah settle suntikan tu, nanti pihak klinik akan bagi buku kuning yang ada rekod kita dah dapatkan suntikan tu.

Owh ya, selain dari dokumen-dokumen di atas, untuk yang bawa anak dan pasangan berumur 45 tahun ke bawah perlu sediakan dokumen-dokumen tambahan:
  1. Sijil kelahiran anak yang telah disahkan oleh Wisma Putra di Kementerian Luar Negeri Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Sijil nikah yang telah disahkan oleh Wisma Putra di Kementerian Luar Negeri
Bagi yang sudah berkahwin dan berumur 45 tahun ke atas, tak perlu dokumen dan pengesahan ni. 

Wisma Putra ni bertempat di Putrajaya tau. Macam Andalusia, mereka ada runner jugak. So setiap dokumen tak silap Wawa mereka charge RM10. My family punya, Wawa sendiri pergi ke Wisma Putra early in the morning. Kejap je actually, tak sampai setengah hari dah settle. Bergantung pada jumlah manusia yang ada di sana 😃.

Pas pelawat untuk ke Wisma Putra
So now, settle on documentation. Now preparation barang-barang pulak. Andalusia ada provide list barang untuk disediakan para jemaah. Tapiiii Wawa lupa nak snap list tu 😁 but but but, Wawa ada gambar part of it. Cuma incomplete la. Yang list tu actually lagi complete sebab ada inform berapa nak kena bawak itu dan ini. Kat bawah nanti Wawa senaraikan barang-barang tu ye. Sabaq sat!!!


Barang-barang Kelengkapan Jemaah Lelaki
  • Kain ihram (2 pasang)
  • Cawat ihram (1 helai)
  • Tali pinggang umrah (1 unit)
  • T-shirt poket berzip (2 helai)
  • Jubah (2 helai)
  • Kurta (2 helai)
  • Kopiah (1 unit)
  • Kain pelikat (2 helai)
  • Baju tidur (2 pasang)
  • Selipar (1 pasang)
  • Kasut (1 pasang)


Barang-barang Kelengkapan Jemaah Perempuan
  • Telekung (2 pasang)
  • Jubah seluar (2 pasang)
  • Jubah biasa (2 pasang)
  • Mini telekung (2 helai)
  • Seluar panjang poket berzip (2 helai)
  • T-shirt lengan panjang a.k.a inner (2 helai)
  • Sarung lengah a.k.a hand socks (2 pasang)
  • Stokin kaki/stokin wudhuk (3 pasang)
  • Baju tidur (2 pasang)
  • Kasut tawaf (2 pasang)
  • Anak tudung umrah (2 helai)
  • Tudung labuh/berdagu (2 helai)
  • Sandal/kasut tapak lembut
On top of that, ada barang-barang kelengkapan am Umrah yang lain (Lelaki 1 set / Perempuan 1 set)
  • Uncang kasut
  • Set mandian tanpa pewangi
  • Deodoran tanpa pewangi
  • Losyen tanpa pewangi
  • Pelembap bibir tanpa pewangi
  • Tasbih digital/analog 
  • Tasbih tawaf 1 biji
  • Gunting kecil
  • Buku panduan umrah
  • Buku doa bertali
  • Sejadah kecil
  • Buku panduan solat (jika perlu)
  • Luggage tag 2 unit (untuk tag luggage masing-masing)
  • Mangga kecil 2 unit (untuk keselamatan luggage masing-masing)
  • Nosk (penapis hidung/mask)
  • Botol wudhuk (1 unit)
Nota: Ini hanya sebagai panduan. Tak semestinya kena ikut bulat-bulat. Bergantung pada keselesaan dan keperluan masing-masing.

Memandangkan kami bukan sahaja akan menunaikan Umrah, malah akan ke Turki juga, so ada la beberapa preparation lain seperti baju sejuk, seluar sejuk, muka sejuk... Eh!!! 😂

Macam deodoran tanpa pewangi bagai tu, Wawa beli kat Shopee je. Murah!!! Dan free postage. Wawa dah compare dengan harga yang Wawa pernah nampak di kedai-kedai lain. But kena order awal sikit la. Risau-risau nanti lambat pulak sampainya. Ni senarai harga barang yang Wawa beli kat Shopee:

  • Zulhijjah krim pelembap RM15.99
  • Zulhijjah deodoran RM9.89
  • Zulhijjah sabun mandi RM7.99
  • Zulhijjah bedak ihram RM6.99

Ni je yang Wawa beli. Yang lain-lain memang dah ada.
Owh ya, Nosk! Ramai yang tak tahu apa itu Nosk. Wawa pun bila tengok ayat Nosk tu tertanya-tanya dalam hati 'menatang apa nosk tu?' 😄 Ianya adalah penapis hidung jenis advance 😅 kalau buat Umrah tu kan tak leh pakai penutup hidung, so sumbat ni kat hidung, insyaAllah ok. Dan ianya selesa. 

Nota: penting pakai penapis ni sedari awal sampai di Kota Mekah sebab udara di sana agak berhabuk dengan construction, burung merpati dan bulu-bulu kain ihram yang berterbangan. 

Kat area Shah Alam, ada pharmacy jual ni murah (so far yang Wawa jumpa). AA Pharmacy namanya. RM17.92 untuk 1 set. 1 set ada 2 pcs. 
Ermmm...apa lagi ek nak cerita untuk pre-trip ni.. Rasanya macam tu je. Nanti kalau ada tambahan Wawa akan update sini k..

Settle on preparation, so lets move it move it to the day of travelling.. Hoyeh hoyehhhh 💃