Sunday, 8 April 2018

Bangkok Day 5 (26 December 2017)


Haiiii… ok tak korang ni?? Boleh layan lagi tak cerpen Wawa ni? Hehehe :D tahniah.. lagi sikit je lagi korang dah boleh habis virtual tour dengan blog Wawa ni.. ok jom baca celoteh selanjutnya.

So harini plan nak g Grand Palace. Keluar je dari hotel around 9am macam tu, terus ada tuk tuk ni approach kami tanya nak g mana. Then I said nak g Grand Palace. Dia kata ok and the price is 150 baht untuk 1 tuk tuk which is boleh muat la untuk 4 orang. And we set the deal. Since the price is really cheap compared to Grab yang kitorang dah search earlier.

Sekali, tengah jalan, dia cakap apa nak tau, dia cakap nak pergi Grand Palace tak leh naik kenderaan melainkan naik boat. Aik!!! Since when? Tak kan la tak boleh. Then dia cakap during weekend memang tak boleh sebab banyak jalan tutup sebab tu kawasan palace. And we all ni bodoh-bodoh percaya!!! And another thing is, before pergi sana, dia cakap di anak singgah this 1 shop jual honey cenggitu la lebih kurang, and kitorang jalan-jalan je about 10 minutes untuk dia dapatkan free gas untuk tuk tuk dia. Tak beli pun taka pa. Then ok la we just on. Apa pun konspirasi yang dia cuba lakukan, lantakkan. As long as kitorang tak perlu nak beli apa-apa.. after that the driver took us to the boat aka cruise jetty tu.

Kat sini, orang cruise tu terangkan kalau nak pergi Wat Arun, Grand Palace, TOUR JE, 2000 baht per person. Tour turun Wat Arun sejam, then Grand Palace TOUR DALAM BOAT JE tak turun. What??? That’s the main plan!!! With that price some more.. tak termasuk lagi tiket nak masuk tempat-tempat tu. Then Wawa said ‘it’s ok. IT IS TOO EXPENSIVE!’ then chow.. babai!!! And tuk tuk driver tadi masih tunggu we all sebab sepatutnya dia akan tunggu kitorang sampai kitorang balik tour tu. And guess what, dia siap offer kitorang ‘ I you want me to take you there can, 600 baht per person’.. and you know what I replied ‘eh, just now you said cannot go there by car because all roads are closed!. And now you said can.. it ok, we will pay you that 150 baht’. So that dia tak make noise since memang that’s the rate yang dah deal awal tadi untuk pergi dan balik.

And after that Wawa terus bukak Apps Grab car, terus book untuk ke Grand Palace. While we are walking down the street untuk ke main road, ada Nampak foreigner couple ni, and I believe diorang pun kena ketuk dengan orang cruise tu and tuk tuk driver.

Once we are there at the main road tunggu Grab car sampai then we move on to Grand Palace. Rate Grab car tu 249 baht je per car!!! Tu yang tuk tuk nak charge kitorang 600 per person tadi?? Pang kang!!!! Haaa…

Eh, panjang pulak ceritanya, gambar tak de.. huhu~ k, k, ni gambar..


This is the Grab driver
On the way to the Grand Palace


So once arrived kat area Grand Palace, we all jalan sikit je to the main entrance. Ramai weyh..huhu~ and Grand Palace tu memang betul-betul grand.. sangat besarrrrrr… entrance fee Grand Palace 500 baht per person k.. then jalan la puas-puas  ambil gambar kat dalam tu.. and another thing is, 500 baht tu korang akan dapat 2 tiket tau. 1 grand palace, 1 lagi The Bang Pa-In Palace yang kami pun tak tau terletak kat mana. But tiket Bang Pa-In palace punya tiket tu valid for 7 days after purchase. So kalu korang stay kat Bangkok lama, boleh la pergi. Tiket Grand Palace tu hanya valid untuk hari pembelian sahaja.


The Grand Palace entrance gate


Queue to purchase the ticket


Price and operation hour

Rules and regulation

Overall map of the Grand Palace


So, enjoyyyy~

Owh by the way, nak masuk palace ni tak leh pakai seksi-seksi tau. No short skirt, no short pants. Ala, macam kit anak masuk masjid la, kena hormat. Ha sama je kat sini pun. Tapi kalau terlupa, jangan risau.. kat luar palace tu banyakkkk sangat orang jual seluar gajah tu..yang sewa pun ade.. hahaha :D its up to you k!!!

Ha, tu semua baru beli seluar gajah la tu. Kat luar the Grand Palace ada few stores yang jual or even bagi sewa this seluar gajah.
Wawa suka g kat tempat-tempat yang building dia unik ni.. 1 sebab sejarah dia.. 1 lagi sebab cantik kalau nak snap gambar. Kahkahkahkah :D













Lagi gajah.. Dimana-mana @_@










Lama juga la kitorang kat palace ni.. 2 jam ada kot.. ke lebih.. eh entah la.. huhu~ then dah habis, kitorang jalan keluar untuk pergi ke Wat Pho (Reclining Buddha) pulak. Tak jauh.. sebelah je dengan Grand Palace tu. Estimated 400m to 500m maybe. Entrance untuk Wat Pho ni 100 baht je sorang.









Alright!! Done playing tourist.. now lets go back ke Pratunam..so again we book a Grab car from Wat Pho ke Farida Fatornee (sebab nak makan). Hehehe :D it cost us 465 baht.. that driver tak reti English pun. Yang penting dia tau mana kit anak tuju based on our booking tadi. Jadi la, dari kena tipu lagi. Hahaha :D oh ya, rate dia 190 baht je J


While waiting for the Grab car

Kesayangan
Tada~ sampai kat Farida Fatornee.. and since today is our last day here in Bangkok, so now kita makan besarrrr!!! Order makanan macam raja!!! KAHKAHKAH :D





Tu owner restaurant ni.. Kecil molek, si baik hati..

Once we are done, then we make our way back to hotel untuk pack up bag and nak ke airport…

Sunday night, demand for Grab car sangat tinggi tau. Ini pun we all siap tunggu kat Chaoprarap train station sebab kalau nak harap teksi or grab masuk area hotel, sangatlahhhh jem… so kitorang bawak beg jalan sampai kat Chaoprarop station, then book Grab car. Due to high demand and jem yakmak, kejap-kejap driver cancel booking, then next booking harga naik lagi, then driver cancel lagi.. then we decided to stop any taxi and ask for price but we have set max rate should be below than 750.. and surprisingly we got 500 baht inclusive of toll.. yeay!!! Alhamdulillah.. so marilah kita menuju ke airport. Ha lagi 1, jangan tersalah airport tau. Kat Bangkok ni ada 2 airport.. 1 Suvarnabhumi and 1 lagi Don Mueang.. both of these airports are international airport. So bergantung airline apa yang korang beli, airport tu mungkin akan berbeza. Kalau Suvarnabhumi tu ada train direct ke sana.. kalau naik Air Asia, airportnya adalah Don Mueang.

Road condition that night. Sesak habis!!!

Taxi yang kitorang naik untuk ke airport

Finally we are at the end of our trip… banyak benda belajar untuk 5 hari ni sepanjang bermain ‘the tourist’.. setiap pengalaman tu sangat tinggi nilainya dalam kehidupan kita.

Eh…jap la.. belum habis lagi!!! Hahaha :D

Nak bagitau ni.. kat airport ni ada jual aiskrim chayen yang sangat sedap.. Halal!!! Hahaha :D and diorang memang ada jual serbuk teh tu kat kedai tu. Harga seperti dalam gambar k. Mula-mula beli 1, tak cukup pulak, beli la lagi @_@

Penapis teh pun ada jual





Sedap yakmat!!!

Nasib balik Malaysia tak kena diabetes :D hari-hari la husband and kawan-kawan minum chayen.. Hahaha :D


After check in gate, this shop ada kat dalam

Playground for kids..

Charging port.. boleh digunakan sesiapa sahaja.. it's for free..

Muka seharian berjalan dan kepenatan.. Hehe :)

Ok la.. to all readers, thank you so much for reading my blog. Niat untuk berkongsi cerita dan pengalaman, untuk jadikan pengajaran buat kita semua. Semoga ada yang mengambil manfaat dari apa yang Wawa kongsikan ni ye.

Jumpa lagi dalam entry yang akan datang (bila la tu agaknya.. hahaha)..

Assalamualaikum~

Friday, 6 April 2018

Selangor Neutering Subsidy (SENS)


Assalamualaikum..

Sorry la lari tajuk sikit dari entry yang lain-lain. Ada benda penting nak share ni.

Tak ramai pencinta kucing yang tahu mengenai subsidi untuk neuter aka sunat haiwan peliharaan/jalanan ni. So let me share this good info with you guys.

There's a stray cat always come to my house for food 🍲 and sleep 💤. Day by day, makin kerap pula dia datang and stay kat dalam rumah. And the good thing is that, dia tak buat 'perangai' kat dalam rumah (as of now la) 😆. But after a while, there's another male cat keep following her to my house. Im afraid that if let say that male cat do 'something' (I hope you understand this 😁) to her and make her pregnant, which I dont really have time to commit to take care anak-anak dia nanti since dia pun stray cat. Bukan apa, risau nanti kalau terbiar kat luar, kena langgar la, orang buang campak tempat lain la.. Ya, people nowadays kan..mcm2 boleh jadi 😠

So nak dijadikan cerita my husband and I decided to neuter kan si female cat ni. Bawa la pergi one of the vet clinics somewhere in Shah Alam. And the vet tanya 'pernah vaksin?' upppsss... Both of us, my husband and I, macam blur. Owh, kena vaksin dulu ke? Hahaha :D nampak tak betapa naif nya kami benda-benda macam ni. Vet said, kalau dah vaksin, kena tunggu dalam 7 hari kot (tak ingat la. hehehe), then baru boleh neuter kan dia. So ok la. Fine. But the Vet sambung lagi, 'nanti apply la SENS. Subsidi dari kerajaan (Selangor to be exact) untuk neuterkan haiwan peliharaan'. Kitorang berdua macam 'owh... ada ye? macam mana tu?'

Hehe... then Vet tu ajar this step.

Step 1: go to this website - https://selangorneuteringsubsidy.wordpress.com/ then klik pada 'form'


Step 2: Download borang dengan klik pada 'Click here to view'. Nanti akan automatik keluar 2 pages form. Both pages kena attach together masa nak hantar.


Step 3: Print dan isi borang muka surat 2 seperti di bawah

Step 4: Bawa borang yang siap diisi ke Vet sekali dengan hantar kucing untuk di neuter kan tu. Korang kena bayar guna duit korang dulu tau. Nanti Vet akan isu resit dan sign serta isi borang tu pada bahagian berkenaan. So simpan borang yang dah complete tu sekali dengan resit.

Step 5: Tunggu Vet hantar gambar pada pemohon, gambar sebelum dan selepas kucing anda di neuter. Korang kena letak gambar ni sebelah-sebelah (collage) and letak caption sebelum dan selepas. Print gambar ni atas A4 paper. Sebab nya, ini adalah sebagai bukti bahawa kucing korang telah selamat dan hidup selepas menjalani proses neuter tu. Gambar selepas tu kena kucing dalam keadaan sedar tau. Hehe. Contoh macam gambar kat bawah ni.

Ni la budak yang rajin datang rumah tu @_@ kitorang panggil dia Ligat aka Adik.. Sangat ligat. Pening kepala nak layan dia. Hahahaha :D

Step 6: Attach together 
  1. Borang yang dah lengkap
  2. Salinan IC pemohon
  3. Resit (Original)
  4. Gambar sebelum selepas 
Step 7: Hantar semua dokumen tadi kepada alamat tersebeut:

SELANGOR NEUTERING SUBSIDY PAWS 
Animal Welfare Society Pilmoor Estate, 
Subang Airport Road 47200 Subang, 
Selangor, Malaysia

Boleh hantar melalui pos. Tapi kalau korang stay area Subang, PJ, Shah Alam, and ada masa, better to send by hand, cepat dan confirm benda tu sampai dan cepat diproses. Hehe.

Setelah borang dah diterima, diorang akan bank in pada kita RM60/cat dalam masa 5 hari bekerja. But usually, kalau form korang lengkap, insyaAllah within 2 or 3 days diorang dah bank in pada korang. Sangat efficient.

Our application has been listed in their website. Hehe.. 

Tada.. Ha, tu la dia.. @_@

Again nak diingatkan disini, pembayaran untuk neuter tu perlu didahului dengan duit poket korang sendiri. And subsidi tu tak cover the whole cost of operation. Dia hanya akan bagi RM60/cat je. So cari la vet yang harga berpatutan k. Ada orang nak bagi RM60/cat tu pun dah syukur dah.



Ada beberapa syarat yang dikenakan untuk SENS ni. Antara syarat-syaratnya adalah:
  1. Pemohon mestilah dilahirkan di Selangor atau penduduk Selangor (seperti yang tertera di IC)
  2. Setiap pemohon boleh hantar cat for neuter maksimum 5 ekor seminggu untuk subsidi tu. Kalau ada lagi yang nak dinewterkan, bawa on the next week, then boleh apply SENS lagi. No problem. Hehehe... 
  3. Borang yang lengkap hendaklah dihantar dan diterima oleh PAWS dalam tempoh 14 hari dari tarikh resit yang dikeluarkan oleh Vet. Jangan lambat k. Kalau lambat mereka tak terima. Sebab tu hantar by hand paling selamat :D
Untuk maklumat lain, boleh dapatkan di website yang Wawa dah stated kat atas tadi k.

Untuk yang berada di area Shah Alam, Honesty Pet Veterinary Shah Alam is the best. Doktor pun baik-baik, and to compare harga among vet kat Shah Alam, this is the most affordable one. Serious tak tipu. Ni address dia. Mereka lah yang bagitau pasal SENS ni. Kalau tak, memang tak tau apa-apa.

HONESTY PET VETERINARY SHAH ALAM
63G, Jalan Snuker 13/28
Seksyen 13
Shah Alam 40100
Selangor Darul Ehsan

Ok guys.. Semoga bermanfaat 😘

Assalamualaikum.