Assalamualaikum..
Sorry la lari tajuk sikit dari entry yang lain-lain. Ada benda penting nak share ni.
Tak ramai pencinta kucing yang tahu mengenai subsidi untuk neuter aka sunat haiwan peliharaan/jalanan ni. So let me share this good info with you guys.
There's a stray cat always come to my house for food 🍲 and sleep 💤. Day by day, makin kerap pula dia datang and stay kat dalam rumah. And the good thing is that, dia tak buat 'perangai' kat dalam rumah (as of now la) 😆. But after a while, there's another male cat keep following her to my house. Im afraid that if let say that male cat do 'something' (I hope you understand this 😁) to her and make her pregnant, which I dont really have time to commit to take care anak-anak dia nanti since dia pun stray cat. Bukan apa, risau nanti kalau terbiar kat luar, kena langgar la, orang buang campak tempat lain la.. Ya, people nowadays kan..mcm2 boleh jadi 😠
So nak dijadikan cerita my husband and I decided to neuter kan si female cat ni. Bawa la pergi one of the vet clinics somewhere in Shah Alam. And the vet tanya 'pernah vaksin?' upppsss... Both of us, my husband and I, macam blur. Owh, kena vaksin dulu ke? Hahaha :D nampak tak betapa naif nya kami benda-benda macam ni. Vet said, kalau dah vaksin, kena tunggu dalam 7 hari kot (tak ingat la. hehehe), then baru boleh neuter kan dia. So ok la. Fine. But the Vet sambung lagi, 'nanti apply la SENS. Subsidi dari kerajaan (Selangor to be exact) untuk neuterkan haiwan peliharaan'. Kitorang berdua macam 'owh... ada ye? macam mana tu?'
Hehe... then Vet tu ajar this step.
Step 1: go to this website - https://selangorneuteringsubsidy.wordpress.com/ then klik pada 'form'
Step 2: Download borang dengan klik pada 'Click here to view'. Nanti akan automatik keluar 2 pages form. Both pages kena attach together masa nak hantar.
Step 3: Print dan isi borang muka surat 2 seperti di bawah
Step 4: Bawa borang yang siap diisi ke Vet sekali dengan hantar kucing untuk di neuter kan tu. Korang kena bayar guna duit korang dulu tau. Nanti Vet akan isu resit dan sign serta isi borang tu pada bahagian berkenaan. So simpan borang yang dah complete tu sekali dengan resit.
Step 5: Tunggu Vet hantar gambar pada pemohon, gambar sebelum dan selepas kucing anda di neuter. Korang kena letak gambar ni sebelah-sebelah (collage) and letak caption sebelum dan selepas. Print gambar ni atas A4 paper. Sebab nya, ini adalah sebagai bukti bahawa kucing korang telah selamat dan hidup selepas menjalani proses neuter tu. Gambar selepas tu kena kucing dalam keadaan sedar tau. Hehe. Contoh macam gambar kat bawah ni.
Ni la budak yang rajin datang rumah tu @_@ kitorang panggil dia Ligat aka Adik.. Sangat ligat. Pening kepala nak layan dia. Hahahaha :D |
Step 6: Attach together
- Borang yang dah lengkap
- Salinan IC pemohon
- Resit (Original)
- Gambar sebelum selepas
Step 7: Hantar semua dokumen tadi kepada alamat tersebeut:
SELANGOR NEUTERING SUBSIDY
PAWS
Animal Welfare Society
Pilmoor Estate,
Subang Airport Road
47200 Subang,
Selangor, Malaysia
Boleh hantar melalui pos. Tapi kalau korang stay area Subang, PJ, Shah Alam, and ada masa, better to send by hand, cepat dan confirm benda tu sampai dan cepat diproses. Hehe.
Setelah borang dah diterima, diorang akan bank in pada kita RM60/cat dalam masa 5 hari bekerja. But usually, kalau form korang lengkap, insyaAllah within 2 or 3 days diorang dah bank in pada korang. Sangat efficient.
Our application has been listed in their website. Hehe.. |
Tada.. Ha, tu la dia.. @_@ |
Again nak diingatkan disini, pembayaran untuk neuter tu perlu didahului dengan duit poket korang sendiri. And subsidi tu tak cover the whole cost of operation. Dia hanya akan bagi RM60/cat je. So cari la vet yang harga berpatutan k. Ada orang nak bagi RM60/cat tu pun dah syukur dah.
Ada beberapa syarat yang dikenakan untuk SENS ni. Antara syarat-syaratnya adalah:
- Pemohon mestilah dilahirkan di Selangor atau penduduk Selangor (seperti yang tertera di IC)
- Setiap pemohon boleh hantar cat for neuter maksimum 5 ekor seminggu untuk subsidi tu. Kalau ada lagi yang nak dinewterkan, bawa on the next week, then boleh apply SENS lagi. No problem. Hehehe...
- Borang yang lengkap hendaklah dihantar dan diterima oleh PAWS dalam tempoh 14 hari dari tarikh resit yang dikeluarkan oleh Vet. Jangan lambat k. Kalau lambat mereka tak terima. Sebab tu hantar by hand paling selamat :D
Untuk maklumat lain, boleh dapatkan di website yang Wawa dah stated kat atas tadi k.
Untuk yang berada di area Shah Alam, Honesty Pet Veterinary Shah Alam is the best. Doktor pun baik-baik, and to compare harga among vet kat Shah Alam, this is the most affordable one. Serious tak tipu. Ni address dia. Mereka lah yang bagitau pasal SENS ni. Kalau tak, memang tak tau apa-apa.
HONESTY PET VETERINARY SHAH ALAM
63G, Jalan Snuker 13/28
Seksyen 13
Shah Alam 40100
Selangor Darul Ehsan
Ok guys.. Semoga bermanfaat 😘
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment