Tuesday, 20 March 2018

Bangkok Day 3 (24 December 2017)


Alaaaa.... sorry for the delayyyy.... ok nah!!!

Ringggggg!!!! Ringggg!!!! Wake uppppp!!! Harini kena bangun tersangat awal. Sebabnya nak ke train station untuk beli tiket ke Lop Buri. Bukan apa, kalau lambat beli tiket, if train penuh, we need to berdiri. Bukan sekejap tau dari Hua Lamphong station nak ke Lop Buri. Haaa~ nak tau berapa lama? Teruskan membaca okay!

So awal-awal pagi bangun, berwudhuk then while waiting for Subuh, kita bersiap dulu. Dah masuk waktu je, terus solat then zasssss keluar…. So we go out as early as 6.15am cenggitu. So turun je g lobby, staff hotel nak tolong carikan kitorang tuk tuk untuk bawa kitorang ke Hua Lamphong. So before they find it for us, kitorang dah set harga not more than 250 baht. Sebab apa, sebab that’s the price range untuk Grab Car!!!

Tips: Kat Thailand ni, korang install Grab application siap-siap. Why? At least you tau berapa range harga nak nego untuk transportation sepanjang korang kat sini. Sangat-sangat penting. Sebab apa penting? Banyak sebab! Baca all Bangkok entries k.

So, that staff manage to get for us tuk tuk at 200 baht, since it is too early in the morning. Kat sini, tuk tuk available seawall jam 3 to 4am. Dahsyat kan. Especially kat our area, Pratunam. Sebab kat sini memang tourist centre.

Maka, merempit lah kami menaiki tut tut berempat..yehaaaaa 😃

Blur apa ada hal :D Orang tu bawak laju nau nau.. Hahaha 😃

Sampai je kat Hua Lamphong train station, terus g beli tiket. Kaunter yang boleh beli tiket ke Lop Buri adalah kaunter 5, 6, 7 dan 8. Harga tiket dari Hua Lamphong ke Lop Buri 50 baht per person untuk 3rd class. Untuk 3rd class ni tak ada aircond ok! So jangan nak banyak complaint. Ada class lain tapi harga cari sendiri ye. Hehe J Lepas beli tiket, terus g tunggu kat platform 10. Train dah tunggu pun kat sana, just naik and have your seat. Ha ada 1 benda nak pesan ni. Kalau ada Nampak seats reserved for monks, jangan gatai-gatai nak duduk situ. Once train penuh, kalau monk naik tak ada seats, diorang akan marah korang and halau korang duduk kat tempat lain. Huhu 👀 And another thing is, we took the earliest train, which is at 7.00am. Ada timing lain, tapi we all tak nak sebab nanti balik pun lambat. Boleh refer gambar train info yang Wawa upload dalam 2nd entry Bangkok ni ok.

Beratuq naaaa...

Tiket ke Lop Buri boleh dibeli di kaunter 5 6 7 & 8

Train ke Lop Buri akan berada di platform 10


Nampak tak ada notice tu seats utk monk.. Tapi ada je yang gatai nak duk situ.. Alih-alih, kena marah..huhu~



Amaran: train dari Hua Lamphong ke Lop Buri mengambil masa selama 2 jam 42 minit. Tanpa delay. Hehe J

Tips: Kalau naik 3rd class, jangan duduk dekat dengan toilet tau. Ada bau 👀 bau apa? Bau toilet laaaaa 😃


Naik train lama-lama apa aktiviti? Tidur la…. Hehehe 😃 after 2 jam 42 minit, then kami pun selamat tiba di Lop Buri station. So just imagine la kalau train penuh then kena berdiri selama 2 jam 42 minit, pengsan weyh!!! Hahahaha ðŸ˜ƒ

Once arrive, we look out for a truck to bring us there. Dalam banyak-banyak pick up truck, ada 1 ni yang kitorang dapat murah. Tapi, open air la. So if you guys are travelling with kids, jangan nak yang murah-murah sangat okay. Kesian anak-anak berjemur nanti. Macam we all ni tak pe, tanned pun tak de hal. Hahahaha ðŸ˜ƒ

Harga pickup truck gini 600 baht per truck pergi dan balik
Perjalanan dari Lop Buri station ke Sunflower field ni dalam 30 minit. Dah sampai tu, Subhanallah…memang cantik!!!








Subhanallah... Cantik kan!!!







Ok jom smule 1 kaliiiiii 💃💃💃

Dia pun nak jugakkkk 💃💃💃


Ampunnnnn… terpaksa upload banyak gambar.. sebab cantik nau nau. Hehe J nak ambil gambar kat sini tak yah bayar pun.. weehoooo 👀

Habis tu, pick up truck akan bawa kita semula ke station. Kalau korang nak stay there lama sikit, boleh la g jalan-jalan around Lop Buri station tu, ada few temples yang menarik-menarik. But we all, malaih.. hohoho~

So perjalanan balik pun di mulakan.. And for your info, perjalan balik ke Hua Lamphong mengambil masa yang lebih lama kerana stops lagi banyak dari semasa pergi. So just imagine, kalau kita g Lop Buri tu lambat, lagi lambat la sampai Nampak gayanya. Yang train balik ke Hua Lamphong ni sengsara sikit. Sebab lama dan panas..huhu~ ye lah, sebab train tengahari, panaih.. Pagi tadi time pergi sejuk je.. Pagi la kata kan. Kikiki~ tiket train untuk balik pun 50 baht. Boleh beli direct kat Lop Buri station masa nak balik okay!

Apa-apa pun, itu pilihan masing-masing k. ini pilihan kami, so kami tak complaint. Hidup Bangkok Bond 008!!! Hahahaha ðŸ˜ƒ







Sampai je di Hua Lamphong, kami ambil teksi ke MBK Mall (80 baht).. tak jauh dari train station tu. So kat sini, ada la some baht damage berlaku lagi.. Shopping!!!!!!!

Kat sini kitorang makan makanan  yang dibeli dari gerai-gerai yang ada kat luar MBK mall ni. Sebab x’mas kan, so ada la jualan-jualan kat luar tu. Beli iced chayen aka the tarik (40 baht), ya Allah, sedap nyaaaa… Syukur dapat yang sedap.. and kami makan roti Nutella (140 baht).






Habis je shopping and bergambar, kami beransur pulang ke Pratunam naik train. Dari MBK mall, naik train je. Penat tapi berbaloi dapat pergi Lop Buri tu. Mungkin sesetengah orang akan pertikaikan, lama, jauh, again, terpulang k. Pergi sekali seumur hidup pun dah syukur sangat.

Alright, balik hotel, settle urusan masing-masing, keluar g dinner pulak. Kat mana? Restaurant sama!!! Hahaha.. but this time around we all order ala carte lauk pauk.. yeay!!! Sedap weyh tom yam dia… yummeh!!!




And you know what!!! Baru hari ni perasan otw nak balik hotel tu, ada gerai Pak Nga Tom Yam!! Kat depan hotel!!! Ayayai… its ok, tomorrow night kita makan kat sini.


Alright!!! Lets go back to hotel and have a good rest~

Ehhh...japppp... sebelum nak rest tu, kita kira duit dulu.. tengok berapa yang tinggal and berapa banyak lagi nak guna.. hahaha :D takut terbelanja lebih....hehe 😊


Ok la...bubbyeee 💕

Wednesday, 21 February 2018

Bangkok Day 2 (23 December 2017)


Ok, jom mulakan pengembaraan di hari yang baru.

Bangun pagi je, 1st thing 1st is mandiiiiii.. Dalam train ade water heater kan, mandi awal pagi pun takde hal :D Dah siap-siap, kita panggil Thanin, dia akan kemaskan katil tu untuk laundry purposes then transform semula katil ke seat seperti asal. Then siap-siap, breakfast makan biskut yang dibawa sebagai bekalan, buat air teh, aummmm…nikmat… owh btw, air panas boleh dibeli di café dalam salah satu coach. 5 baht per cup or kalau ade bottle yang boleh isi air panas pun sama harga. Kat café tu juga ada jual halal food brand CP. Harganya 65 baht per pack.

Halal food available on board


Sedap berselubung nampak!!! @_@
Kasi can laaaaa...

Ni Thanin, our butler :)

Around 12.23pm waktu Thailand, kami selamat tiba di Hua Lamphong Bangkok Station. Sampai je kat station ni, of course la snap moment dulu :D then we all proceed ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakaan mengenai tiket ke Lop Buri (Sunflower field). For your information, tiket ke Lop Buri hanya akan dijual pada hari berlepas sahaja. We are not allowed to buy the ticket in advance. So tak pe la, we just take the info, then tanya pula macam mana nak ke hotel yang kitarang dah booked tu.

Owh btw, kat gambar bawah ni adalah info train ke Lop Buri tu.

Safely arrived!!! Hualamphong Bangkok Station!!!



Posing luuuuuuu @_@

US

Train detail to Lop Buri

Tadi ada tanya kat information kaunter tu macam mana nak ke hotel kitorang, naik train dari mana, sebab plan nak naik train je g sana. Then staff tu cakap naik bas lagi senang. So dia cakap cari bas nombor 29, so kitorang keluar je dari train station tu terus g cari bus stop and tunggu bus nombor 29. Luckily, tak sampai 2 minit, terus terpacul keluar seketul bas bernombor 29 tu.. Hahaha :D Tak yah tunggu lama. Naik je bas, kitorang bercakap dengan bus conductor macam hayam dengan hitik. Dia tak berapa faham English. Then kitorang tunjuk alamat hotel then dia discuss dengan bus driver. Ha tak kisah la, yang penting dia nampak macam dah ada bayang-bayang kitorang ni nak ke mana. Hahaha :D confident kan!!! Tapiiiii, bas dah jalan ni, then dia suruh one of the passenger tengokkan lokasi yang kitorang nak pergi ni, kitorang jadi macam ‘eh, dia tak tau ke?’. Hahaha :D then nasib passenger tu tau juga la area hotel kitorang tu. Then dia suruh stop kat this 1 area, then walk around 15 – 20 minutes untuk sampai ke hotel. Hotel yang kitorang booked tu bukanlah hotel mahal-mahal or well known pun. Hotel biasa-biasa je. And the location is agak tersorok even though it is located at the centre of the town. Owh ya, lupa pula, tiket bas memang murah, dalam 10 baht per person.


Lajen weyh!!! kipas je!!!


Thank you for helping us kakak!!!
After turun bas, dengan navigation google maps, Alhamdulillah we finally managed to reach our hotel. Yeay… at first they said our rooms tak ready lagi, tapi kitorang macam tak leh nak tunggu, so plan nak tinggalkan je dulu bag kat lobby and terus g jenjalan since they offered to bring our bags to the room once our rooms are ready (but please make sure nothing valuable kat dalam bag k). Then after settle registration and payment, they said our room is ready. I guess that room actually orang lain punya, but since we are there already, then diorang just kasi ON je. Hehehe J Alhamdulillah. Total cost untuk bilik adalah 5511 baht (2 rooms, 3 nights). Hotel ni kat area Pratunam tau!! Kat sini banyak budget hotel yang ada untuk dipilih.

Walk to the hotel


So, lepas check in, kita solat, then terus keluar, tak tunggu apa dah. G cari sappedek dulu. Dah lapau nau nau @_@ Since sepanjang berjalan kaki ada ternampak restaurant halal ni, so we all dah tau dah ke mana hala tuju untuk memenuhkan perut ni. Maka ke Saneeya Restaurant lah kami. Yeay!!! To be honest, harga kat Bangkok ni, not that cheap especially for Halal food. Kat tepi jalan pun memang ada yang murah, butttt, kat tepi gerai tu adeeee je yang jual oink oink. Ermmm.. so kita pilih yang tiada was-was ye ye ye..








Air kelapa kat Thailand ni memang sedap-sedap ek? Hahaha :D Wawa memang penggemar air kelapa. Dapat pula yang pure tanpa gula tapi sedap nak mammmm, memang hari-hari Wawa minum air kelapa. Hahaha :D

Ok, jom sambung perjalanan dengan perut yang dah kembung :D

Mentang-mentang dah tau jalan, cross railway weyhhhhh nak ke train station. Kat sini, memang tradisional sesangat. Haha.. even motor pun cross kat situ. Hahaha :D insyaAllah selamat. Jangan la time dah nampak train tu, time tu jugak korang nak cross tau!!! Hakak tak bertanggungjawab dikkkkk…


Alright… next!!! Chatuchak Market!!! Ok dari hotel kitorang nak ke Chatuchak ni naik train. Walk from hotel to Chaoprarap Train Station (10 minutes) then naik train Dari Chaoprarap ke Phaya Thai Station 15 baht per person, then tukar train kat train station yang sama juga, dari Phaya Thai ke Mo Chit 37 Baht per person.



Chaoprarap to Phaya Thai

Phaya Thai to Mo Chit
Tak lama pun, dalam 20 minutes macam tu dah boleh sampai Mo Chit. Kat Mo Chit ni, ya ampunnnnnn, ramai nye manusiaaaa…. Tapi tak pe la, jalan je.. around 15-20 minutes berjalan, dah sampai kat Chatuchak. Kalau orang tak ramai, maybe 5-10 minutes dah boleh sampai.





Chatuchak ni weekend market and buka siang je. Pukul 5pm dah ada  yang start tutup kedai. We all pun tak lama kat sini, since tempat ni besarrrrrrr sangat dan kitorang pun sampai dah agak lewat. So mana yang ada je la. But kat sini, memang korang boleh shopping kaw kawwww punya. I love the traditional and handmade stuffs. Ouch!!! Damage happened here!!!! On my 1st day in Bangkok!!!! @_@ Apa Wawa beli? Rahsia!!! Hahaha :D

One of the entrance at Chatuchak


Memborong ke tu cik kakkkk 

Murah kaw kaw!!!


Bag raga tu, aummm...

Aihhh.. banyak nye la pilihannnn

Focus naw naw nampakkkk
Owh ya, kat sini, Wawa and Fendi berpecah dengan Masz and Ija. So kami bawa haluan masing-masing and set timing untuk jumpa kat pintu masuk. And for your info, kat Chatuchak ni ada sangattttt banyak pintu masuk. So please remember kat mana korang masuk kalau nak senang k. Jangan jadi macam masz, confuse sampai kena cari information counter untuk tanya :D

Ok, done part Chatuchak, lets go back to our room sweet room.

Balik, mandi, solat, tak fikir apa dah, siap-siap, keluar jalan lagi. Yeay!!! Baru we all tau, area hotel kitorang tu teramatlah hidup!!! Nightlife kat situ sangat sangat hidup sebab tersangat dekat dengan night market and one of the famous fashion malls kat Bangkok. Aum!!! Bersedialah wahai Thai baht!!!







Fav!!! Pulut mangga!!!
Lepas dah jalan-jalan, and ade orang tu siap membeli belah bagai, then baru g dinner. Hehe.. and kat mana tempat dinner? Restaurant yang sama, Saneeya!!! Hahaha :D ada Nampak restaurant lain tadi, tapi harga lagi mahal. So tak pe la, restaurant sama pun tak pe, order je makanan lain. Makan kat Saneeya ni ok je, sedap je. Hehe J

Orait guys!!! Nak tidur!!! Ready for next day’s entry k!!! Muah muah muah :-*

Assalamualaikum J