Bangun pagi je, 1st thing 1st is mandiiiiii..
Dalam train ade water heater kan, mandi awal pagi pun takde hal :D Dah
siap-siap, kita panggil Thanin, dia akan kemaskan katil tu untuk laundry
purposes then transform semula katil ke seat seperti asal. Then siap-siap,
breakfast makan biskut yang dibawa sebagai bekalan, buat air teh,
aummmm…nikmat… owh btw, air panas boleh dibeli di café dalam salah satu coach. 5 baht per cup or kalau ade bottle yang boleh isi air panas pun sama harga.
Kat café tu juga ada jual halal food brand CP. Harganya 65 baht per pack.
Halal food available on board
Sedap berselubung nampak!!! @_@
Kasi can laaaaa...
Ni Thanin, our butler :)
Around 12.23pm waktu Thailand, kami selamat tiba di Hua Lamphong
Bangkok Station. Sampai je kat station ni, of course la snap moment dulu :D
then we all proceed ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakaan mengenai tiket ke
Lop Buri (Sunflower field). For your information, tiket ke Lop Buri hanya akan
dijual pada hari berlepas sahaja. We are not allowed to buy the ticket in
advance. So tak pe la, we just take the info, then tanya pula macam mana nak ke
hotel yang kitarang dah booked tu.
Owh btw, kat gambar bawah ni adalah info train ke Lop Buri tu.
Safely arrived!!! Hualamphong Bangkok Station!!!
Posing luuuuuuu @_@
US
Train detail to Lop Buri
Tadi ada tanya kat information kaunter tu macam mana nak ke hotel
kitorang, naik train dari mana, sebab plan nak naik train je g sana. Then staff
tu cakap naik bas lagi senang. So dia cakap cari bas nombor 29, so kitorang
keluar je dari train station tu terus g cari bus stop and tunggu bus nombor 29.
Luckily, tak sampai 2 minit, terus terpacul keluar seketul bas bernombor 29
tu.. Hahaha :D Tak yah tunggu lama. Naik je bas, kitorang bercakap dengan bus
conductor macam hayam dengan hitik. Dia tak berapa faham English. Then kitorang
tunjuk alamat hotel then dia discuss dengan bus driver. Ha tak kisah la, yang
penting dia nampak macam dah ada bayang-bayang kitorang ni nak ke mana. Hahaha
:D confident kan!!! Tapiiiii, bas dah jalan ni, then dia suruh one of the
passenger tengokkan lokasi yang kitorang nak pergi ni, kitorang jadi macam ‘eh,
dia tak tau ke?’. Hahaha :D then nasib passenger tu tau juga la area hotel
kitorang tu. Then dia suruh stop kat this 1 area, then walk around 15 – 20
minutes untuk sampai ke hotel. Hotel yang kitorang booked tu bukanlah hotel
mahal-mahal or well known pun. Hotel biasa-biasa je. And the location is agak
tersorok even though it is located at the centre of the town. Owh ya, lupa
pula, tiket bas memang murah, dalam 10 baht per person.
Lajen weyh!!! kipas je!!!
Thank you for helping us kakak!!!
After turun bas, dengan navigation google maps, Alhamdulillah we
finally managed to reach our hotel. Yeay… at first they said our rooms tak
ready lagi, tapi kitorang macam tak leh nak tunggu, so plan nak tinggalkan je
dulu bag kat lobby and terus g jenjalan since they offered to bring our bags to
the room once our rooms are ready (but please make sure nothing valuable kat
dalam bag k). Then after settle registration and payment, they said our room is
ready. I guess that room actually orang lain punya, but since we are there
already, then diorang just kasi ON je. Hehehe J
Alhamdulillah. Total cost untuk bilik adalah 5511 baht (2 rooms, 3 nights).
Hotel ni kat area Pratunam tau!! Kat sini banyak budget hotel yang ada untuk
dipilih.
Walk to the hotel
So, lepas check in, kita solat, then terus keluar, tak tunggu apa dah.
G cari sappedek dulu. Dah lapau nau nau @_@ Since sepanjang berjalan kaki ada
ternampak restaurant halal ni, so we all dah tau dah ke mana hala tuju untuk
memenuhkan perut ni. Maka ke Saneeya Restaurant lah kami. Yeay!!! To be honest,
harga kat Bangkok ni, not that cheap especially for Halal food. Kat tepi jalan
pun memang ada yang murah, butttt, kat tepi gerai tu adeeee je yang jual oink
oink. Ermmm.. so kita pilih yang tiada was-was ye ye ye..
Air kelapa kat Thailand ni memang sedap-sedap ek? Hahaha :D Wawa
memang penggemar air kelapa. Dapat pula yang pure tanpa gula tapi sedap nak
mammmm, memang hari-hari Wawa minum air kelapa. Hahaha :D
Ok, jom sambung perjalanan dengan perut yang dah kembung :D
Mentang-mentang dah tau jalan, cross railway weyhhhhh nak ke train
station. Kat sini, memang tradisional sesangat. Haha.. even motor pun cross kat
situ. Hahaha :D insyaAllah selamat. Jangan la time dah nampak train tu, time tu
jugak korang nak cross tau!!! Hakak tak bertanggungjawab dikkkkk…
Alright… next!!! Chatuchak Market!!! Ok dari hotel kitorang nak ke
Chatuchak ni naik train. Walk from hotel to Chaoprarap Train Station (10
minutes) then naik train Dari Chaoprarap ke Phaya Thai Station 15 baht per
person, then tukar train kat train station yang sama juga, dari Phaya Thai ke
Mo Chit 37 Baht per person.
Chaoprarap to Phaya Thai
Phaya Thai to Mo Chit
Tak lama pun, dalam 20 minutes macam tu dah boleh
sampai Mo Chit. Kat Mo Chit ni, ya ampunnnnnn, ramai nye manusiaaaa…. Tapi tak
pe la, jalan je.. around 15-20 minutes berjalan, dah sampai kat Chatuchak.
Kalau orang tak ramai, maybe 5-10 minutes dah boleh sampai.
Chatuchak ni weekend market and buka siang je. Pukul 5pm dah ada yang start tutup kedai. We all pun tak lama
kat sini, since tempat ni besarrrrrrr sangat dan kitorang pun sampai dah agak
lewat. So mana yang ada je la. But kat sini, memang korang boleh shopping kaw
kawwww punya. I love the traditional and handmade stuffs. Ouch!!! Damage
happened here!!!! On my 1st day in Bangkok!!!! @_@ Apa Wawa beli?
Rahsia!!! Hahaha :D
One of the entrance at Chatuchak
Memborong ke tu cik kakkkk
Murah kaw kaw!!!
Bag raga tu, aummm...
Aihhh.. banyak nye la pilihannnn
Focus naw naw nampakkkk
Owh ya, kat sini, Wawa and Fendi berpecah dengan Masz and Ija. So kami
bawa haluan masing-masing and set timing untuk jumpa kat pintu masuk. And for
your info, kat Chatuchak ni ada sangattttt banyak pintu masuk. So please
remember kat mana korang masuk kalau nak senang k. Jangan jadi macam masz,
confuse sampai kena cari information counter untuk tanya :D
Ok, done part Chatuchak, lets go back to our room sweet room.
Balik, mandi, solat, tak fikir apa dah, siap-siap, keluar jalan lagi.
Yeay!!! Baru we all tau, area hotel kitorang tu teramatlah hidup!!! Nightlife
kat situ sangat sangat hidup sebab tersangat dekat dengan night market and one
of the famous fashion malls kat Bangkok. Aum!!! Bersedialah wahai Thai baht!!!
Fav!!! Pulut mangga!!!
Lepas dah jalan-jalan, and ade orang tu siap membeli belah bagai, then
baru g dinner. Hehe.. and kat mana tempat dinner? Restaurant yang sama,
Saneeya!!! Hahaha :D ada Nampak restaurant lain tadi, tapi harga lagi mahal. So
tak pe la, restaurant sama pun tak pe, order je makanan lain. Makan kat Saneeya
ni ok je, sedap je. Hehe J
Orait guys!!! Nak tidur!!! Ready for next day’s entry k!!! Muah muah
muah :-*
Cakkkk @_@ hehe.. meh baca entry kali ni bertemakan Bangkok Bond 008
:D Annual trip dengan kawan-kawan (insyaAllah selagi berkemampuan) kali ni
adalah pada 22 hingga 26 December 2017 ke Bangkok. Unik nya perjalanan kali ni
adalah kerana kami menaiki train dari KL hinggalah ke Bangkok. So jom baca
sampai entry hari yang terakhir ok!!!
This time around punya trip 4 orang.. Wawa, Fendi, Masz and Ija. Ada
rakan seperjuangan yang tak dapat join kali ni. So kita just on je la dengan
apa yang ada. Huhu~
Hari pertama bermula dengan perjalan train kami dari KL Sentral. We
all naik train 6.45am.. tiket ni actually agak mencabar untuk kami beli online
sebabnya KTMB online system ada problem. So kami menggunakan cable one of kenalan
dari travel agent yang boleh tolong belikan, dalam pada masa yang sama, we all
cuba juga untuk beli sendiri. Sebab usually tiket ETS akan release at least 1
month before departure, but during this time, about 3 weeks before departure
pun kitorang masih belum dapat beli tiket due to that problem just now. Finally
and luckily, that person tu dapat belikan tiket before it is sold out (yang
pukul 6.45am punya). Sebab on the same day yang that person belikan tiket tu,
online system dah ok, tapi train 6.45am dah habis, so terus Wawa tanya that
person what is the status, then dia cakap ‘dah beli dah tiket 6.45am’. Oh my….
Lega sungguh dalam hati.. Alhamdulillah settle part tiket. Owh by the way, the
ticket price is RM102.00 per person..
Muka fresh awal pagi :D
ETS ticket
Naik train ni best nya apa tau? Departure time dia, exactly the same
as stated kat dalam tiket. No delay unless betul-betul ada problem. Then
pemandangan pun cantik. Ermmmm.. So perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar
mengambil masa selama +- 5 hours 20 minutes. So dalam train kita buat apa?
Tidur laaaa… @_@
Then sampai je kami di Padang Besar, our driver yang nak bawa kami
dari border Padang Besar ke Hatyai station dah tunggu siap-siap. Driver ni Wawa
dah book awal-awal sebabnya, tak berani nak ambil risiko naik teksi sapu ni. So,
lepas turun dari train terus we all jalan untuk ke kereta. Anddddd we are so
surprised that, kereta yang pick up kitorang tu bukan kereta biasa-biasa, tapi
Toyota Alphard!!! Hahaha :D VIP gittewwwww… harga for this car dari Padang
Besar ke Hatyai Station is 1200baht. For me like, sangat berbaloi. The driver
is Karim. Actually I know him since my last trip to Hatyai. Dia ada travel
agency kat Hatyai Station, so senang nak deal pasal train from Hatyai ke Bangkok.
Hehe :D
Lepas load semua beg dalam kereta then we make a move to imigresen
untuk cop passport. Kat sini queue a little bit long since it is weekend and
nak dekat cuti xmas.. so ramai la orang yang pergi bercutiiiii @_@ but
everything settle within +-1 hour.. tak sampai 1 hour la rasanya.. And di
nasihatkan, jangan nak memandai letak tips RM1 or any amount kat dalam passport
tu ok!! But yang peliknnya, kaunter yang Fendi pergi, that officer mintak dia
RM2, which I don’t know why.. my counter that officer tak minta pun.. Hahaha :D
So, nasib la if sesiapa kena ye ye ye..
At the border
Owh, lagi 1, kena isi departure-arrival card (kad biru). This card we
got it for free from Karim. But if you travel on your own, you guys may need to
buy the card from local people yang berpeleseran dekat imigresen tu. Harganya
Wawa macam kurang ingat. And diorang pun ada offer untuk isikan form tu untuk
korang, tapi for sure berbayar la..huhu~ so, terpulang la masing-masing ye. Isi
form tu senang je pun. Tapi kalau tak kisah nak bayar, then up to you :D
Perjalan dari Padang Besar ke Hatyai tu around 1 jam. So dalam kereta
kami disajikan dengan video show di Thailand. Bukan tiger show tau!!! Show dari
singer diorang :D Setelah sejam perjalanan, tadaaaa~ kami di Hatyai station…
Our next train is from Hatyai to Bangkok. Train pukul 6.45pm. Meaning
that, lambat lagi. But its ok for us. Memang plan biar sampai awal, so that in
case anything happen in the middle of the way (eg: ets delay ke, who knows
kan), so we have a lot of time, no rushing. So kat Hatyai ni what we did was,
kita ke toilet dulu :D Toilet kat sini bersih tau. You guys just need to pay
few baht..around 50 baht cenggitu. But don’t expect toilet like in a shopping
mall or hotel la pulak tau. Ni ada gambar toilet as contoh. Kat train station
ni juga ada surau dan telekung. Senang while nak tunggu train tu kita perform
solat.
Surau
Toilet at one of the shops
Abaikan muka lepas solat tu ye :D tudung pun tak pin betul :D
Pak Aree's Name Card
Since Karim’s office is here in Hatyai Station itself, few months back
Wawa minta dia assist untuk belikan tiket train Hatyai – Bangkok. Sebab that’s
the only way yang paling selamat compared to beli kat online sebabnya ad abaca
few blogs cakap better beli direct kat Hatyai Train Station since banyak online
yang cuba menipu. Plus, kenapa minta tolong Karim or ayah dia, Pak Aree belikan
tiket adalah sebab we all nak naik 1st class cabin train. Ticket for
1st class cabin ni limited and selling fast. Dalam sepanjang-panjang
coach (around 12 gerabak maybe), 1 coach je ade 1st class cabin ni.
Meaning that 1 coach ade 12 cabin equal to 24 person. Masa deal dengan Pak Aree
tu, dia cek, tinggal few cabins left. So dengan yakin nya kami suruh Pak Aree
belikan terus tiket tu walaupun tiket ETS belum beli. Dah bincang dengan kawan-kawan,
let say tak dapat tiket ets, we will find other way to Padang Besar, naik bas
pun tak apa, and everyone agreed. Ini yang penting bila kita travel dengan
kawan-kawan. Kesatuan, kefahaman, keserasian, dan segala ke----an :D 1 cabin
boleh masuk 2 orang. So Wawa dengan Fendi, Masz dengan Ija. Kami minta
connecting cabin. Yes!!! They do have connecting cabin. Macam kat hotel tu,
yang connecting room tu. So ada pintu tengah-tengah, boleh buka, boleh
borak-borak. Hehe :D Harga tiket 1st class cabin Hatyai – Bangkok
adalah 1,594 baht untuk upper seat dan 1, 794 baht untuk lower seat.
Train ticket from Hatyai to Bangkok.. Upper seat 1594 baht, Lower seat 1794 baht
Ok, stop situ dulu pasal train Hatyai – Bangkok, jap lagi sambung k.
Now nak cerita apa kami semua buat kat Hatyai lama-lama. Takkan nak tunggu bulan
jatuh keriba je kan. So we all go for jalan-jalan around Hatyai jalan kaki je..
Yes we walk around sampai Lee Garden. Weeehuuuu~ Beg semua kami letak kat
office Pak Aree/Karim. Alhamdulillah, senang kami nak berjalan tak perlu angkat
beg berat-berat. Tak jauh pun sebenarnya Hatyai Station – Lee Garden tu. Jalan
kaki around 10-15 minutes. Tapi kami bukan 15 minit la, sebab kami ada berhenti
masuk Robinson Mall sekejap since ada sorang kawan ni tiba-tiba ada emergency
case!!! Nak tau apa emergency dia? Ha,
tengok video bawah ni k!!!
On the way to Robinson Mall
After that only we went to Lee Garden. Tapiiiii, belum sampai Lee
Garden, we all berhenti lagi kat 1 kedai makan ni untuk lunch. Hahaha :D kan
best tu, tak de nak rushing. Kan kan kan. Haaa~
So we ordered food kat kedai yang bernama Maliam Restaurant. This is
one of Halal food available kat this area. Surely akan lalu kalau jalan dari
Hatyai Station ke Lee Garden. Wawa siap bungkus pulut manga untuk bawa naik
train. Dia punya portion, ya ampunnnn, banyak…pulut + sebiji manga (for sure
yang dah kopek kulit dan dibuang bijinya).
Dah kenyang, perut pun senang hati, kami pun meneruskan perjalanan ke
Lee Garden tanpa singgah ke mana-mana lagi….
Kat Lee Garden ni la Wawa beli sim card. Wawa beli tourist simcard
dari telco company AIS | Telewiz. Kat bawah ni ada gambarnya. Harga simcard
sahaja 50 baht, dan data plan yang Wawa beli adalah 170 baht untuk 7 hari,
unlimited data, berkelajuan 4Mbps. So total untuk simcard adalah 220 baht.
Seriously weyh, their connection is better than ours in Malaysia. Wawa sorang
je yang beli, then Wawa sumbat simcard dalam 1 phone lama Wawa, then hotspot
dengan semua handphone (handphone Wawa, Fendi, Masz and Ija). No problem pun.
Sangat best. Hehe J
Then we all jalan-jalan la dalam Lee Garden tu. Naik kat floor berapa
entah, ada pulak diorang buat macam arts market, habissss… kat sini pun dah ade
yang membeli. Total damage untuk Wawa? Hehe 0 baht. Yes, Wawa tak beli apa-apa
pun. Fendi pun ad anak beli, tapi kami masih mampu melawan nafsu membeli tu
sebab memang dah target nak spend kat Bangkok je nanti. Cuba teka siap yang ada
damage???? Tak lain tak bukan, Masz, si gadis emergency tadi!!! Hahaha :D belum
sampai Bangkok, dah shopping sakan dah kawan Wawa sorang ni. Adoi laaa :D
Ha shopping jangan tak shopping :D
Owh ya, kebetulan time Wawa kat Hatyai ni, my officemate pun ada stay
kat hotel atas Lee Garden ni. So sempat la jumpa sekejap. Inilah officemate
Wawa aka Mama Wawa in the office.. Hehe :D
With Datin Pu3 :)
That’s it. After that we make a move to Hatyai station back. But at
the middle of the way, we all singgah balik kedai makan tadi sebab Masz and Ija
pun nak tapau something untuk bawa naik train. Then only we walk back to Hatyai
Station.
Train scheduled to arrive at Hatyai Station pukul 6.45pm waktu Thailand.
Tapi dalam pukul 5.30pm macam tu train dah sampai dah. Then boleh boarding
terus. Yeayyyy… To be honest, im so excited for this… Sambil berjalan tu,
sempat buat live kat IG/FB untuk share dengan kawan-kawan semua macam mana 1st
class cabin diorang. Huhu~
Train Hatyai - Bangkok
Kat dalam coach 1st class cabin, akan ada seorang guard dan
seorang butler untuk assist passenger if we need something. Haaa… terasa VIP
sekali lagi. Hahaha :D bukan selalu pun kan… Next video is everything about
train Hatyai Bangkok. So let’s watch!!!!
Thanin, our butler
Peringatan: Perjalanan dari Hatyai ke Bangkok dijangkakan mengambil
masa selama 10 to 11 hours. But, it can delay (up to more than 15 hours) sebab
at certain stations diorang berhenti lama sikit daripada biasa.
Sepanjang dalam train apa yang kami buat? We all mandi, selesa
yakmatttttttttt.. dah mandi, then makan, then borak-borak gelak-gelak. Ada
screen tv kat dalam cabin tu but cerita Thailand la, so bila tak faham, we all
buat hal masing-masing. Bukan tu je, ada WiFi free tau kat dalam 1st
class cabin. Ha, hamek, masing-masing menghadap handphone je lepas tu :D
Menjamu selera dengan mango sticky rice beli kat Maliam tadi :)
Bila kita nak tidur, kita panggil je butler tu. Nanti dia akan
transform our seat to sleeper. Dia buat semua benda, kita tunggu siap je untuk
landing. Hehe :D best kan.. try laaaaaa!!!!!
Isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa akan memenuhkan
perut suaminya walau di mana sahaja ia berada. Hahaha :D
Check out this full video on Hatyai - Bangkok train k..
Ok la guys, 1st Bangkok entry ni panjang sangat pulak
rasanya. Huhu~ Nanti kita sambung ke day 2 pulak ye ye ye. Adios!!!