Friday, 13 November 2015

Terengganu - Day 3 (10 November 2015)


Hari ketiga dan terakhir berada di negeri yang penuh keimanan ni. Hehe :) First of all, mesti la having breakfast kan kan kan. Lepas makan je, cuaca macam panas terik, so memang tak fikir nak swim lagi dah. Dalam kepala, ada kuda je. Hahaha :D Maka, Wawqa dan suami pun jalan-jalan la cari kuda sementara Halid dan Ana keluar pergi cuci kereta @_@ Jalan punya jalan punya jalan.... Ehhhhh... Kudaaaa... Yeayyyy!!! Punya la happy... Hehehe :) Terengganu Equestrian Park tu tak jauh pun dari Prinzpark.. Jalan kaki 5 - 10 minit je bergantung kepada kelajuan anda berjalan.

Kuat!!!

Ha tak larat!!! Hahahaha :D

Yeay... nampak kuda!!!!


Alololo....omey nye iyeeeeeee!!!!


Ecehwahh!!! Konon!! Hahahaha :D

Ready for a ride :)

#abstrax

Yeay!!! Dapat naik kuda!!!

Naik kida kat sini murah je iaitu RM5 per round. So Wawa buat 2 pusingan.. Arribaaaaa :D

Ni full rates untuk semua aktiviti yang ada di Terengganu Equestrian Park



Ehhh..orang suh pandang kamera dia gi cium kita pulak...erggghhh!!! @_@


Bila kau belum siap pose dan camera man dah snap gambar kau!!! Tarah je la labu.. :)





Pemandangan pantai yang cukup bersih dan cantik.. Sebab apa cantik?? Sebab tak ramai yang datang untuk mandi di sini. Mana tak nya, tempat ni tersembunyi sikit. Pun tak jauh dari Prinzpark cuma pemandangannya terhalang dek ala ala tebing. So ada laluan nak ke tepi pantai ni.


Tada~ Ni la laluan nak ke tepi pantai tu..huhu.. So memang tak nampak la kannnn...

Okay, habis cerita pusing-pusing sekitar Prinzpark.. Conclusionnya kalau stay kat Prinzpark ni, banyak aktiviti yang kita boleh buat. Swimming, bowling, berkuda, mandi tepi pantai.. Ha, nak apa lagi.. minta je.. Miahahahaha :D

Lepas dah bermandi peluh dek pancaran matahari yang mengelabukan kulit ni, Wawa dan Fendi pun balik hotel siap-siap mandi untuk check-out.

Dah siap, macam biasa la kena tunggu pengantin baru tu bersiap turun. Hahaha :D Asik kena tunggu je laaaaa... So Wawa adan Fendi sempat la bagi ikan makan sisa-sisa roti yang dibekalkan masa dalam perjalanan datang ke Terengganu. Banyak woooo ikan-ikannya..

Berpeluh suami.. Memang terik matahari memancar :D



Settle je loading barang dalam kereta, kami terus bergerak ke pekan. Nak membeli-belah sikit :)


Singgah untuk bergambar jap

Belakang tu ada i love KT.. Tapi tak nampak pula. Ampunnnn :D

Tada~ Sampai dah....Pasar Payang.. Syurga membeli keropok kering dan kain batik canting. Tapi Wawa tak minat kain batik ni bukan apa, cepat berkedut. Cukup la 2 3 pasang yang ada kat rumah tu. Huhu~



Maaf, mak busy shopping @_@



Once done, we make a move to next pit stop which is Kak Yah Keropok Lekor...


Ni harga untuk keropok kecil

Ni harga untuk keropok besar
Rasa keropok dia ngam ngam soi... enak dimakan panas-panas.. kalau sejuk, keropok lekor mana pun jadi tak sedapppppp @_@


Nah.. ni address kedai Kak Yah tu..
Cuba la keropok Kak Yah ni. Pada saya sedap. Kalau potong kecil-kecil dan goreng lagi sedap. Rasa ikan yang sungguh padu!!! Hehehe :) Btw, lain orang lain tekaknya ye tak?

Next kami teruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Kami ikut jalan pantai. So dapat lah singgah tepi-tepi pantai untuk bersantai.




Okayyyyy.. sampai situ je perjalanan kami..Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan cuaca baik-baik je kat pantai timur masa kami datang. 

Owh ya.. as a conclusion on tol dan minyak.. huhu~

Plus minus la k. Nak bagi exactly memang tak dapat, hohoho @_@


Tol Gombak = RM6.00
Tol Bentong = RM3.50
Tol Karak - Jabor = RM21.00

Tol ni semua sehala tau. Kalau nak rate 2 hala, darab sendiri. Hahahaha :D 

And lastly total minyak RM120 pergi balik dan jalan-jalan.

Sekian sahaja dari Wawa, wait for next trip k.. Hehehe :)

Assalamualaikum semua!!!!

Terengganu - Day 2 (9 November 2015)


Untuk hari kedua di negeri Terengganu Darul Iman ni, kami mulakan dengan breakfast di hotel. Punya la banyak makan. Hahaha :D







9.30am mandi kat swimming pool. Dalam 1.2 - 2.4m. Kanak-kanak punya area pun ada. Sebab apa pilih untuk mandi pagi ni?? Sebab cuaca mendung, cun sangat, tak ada matahari.. maklum la, kulit tak berapa nak cerah, so tak kan nak kelamkan lagi kan kan kan.. hikhik :D







Eh...dah siap nak g jenjalan la.. hikhik :D


12.00pm bergerak ke muzium negeri Terengganu. Entrance seorang RM5. No camera allowed, tapi rules are made to be broken kan.. hahaha :D










Ada la snap gambar sikit-sikit kat dalam tu. Tapi mana entah gambarnye dalam simpanan.. ermmmm... jap ekkkk...






Ha tu la tu.. cukup la tu kan.. hehe :)

Pada jam 3.00pm pula, purut suda keruncung keruncung.. So, cari kedai makan untuk lunch. Cari yang dekat-dekat je sebab lepas tu nak pergi ke Taman Tamadun Islam which is located nearby dengan muzium tadi.

Gelojoh naw kau makan wawa oiiiiii.....

Nasi bajet :D
Kitorang makan kat area Pustaka Seri Intan, kedai makan nasi bajet. Nama kedai tak ada. Huhu~ Sangat bajet tapi sedap. 1 set (nasi, kari, ayam, timun dan air sirap) bersamaan RM3.50. Haaa... murahkannnnn :)

So, lepas settle penuhkan perut, sambung exercise lagiiii...

Taman Tamadun Islam, Terengganu.

Alamak... gambar dalam handphone tak tau mana pergi.. nanti Wawa update kalau jumpa ek. Dalam gambar tu ade few info pasal Taman Tamadun ni.

 


Tengok tu dia buat gaya comel @_@

Masjid Negara :)




Taj Mahal






Yang ni boleh masuk dalamnya :D


Rasa-rasanya ni kat monumen apa??

Nampak tak apa kat tengah tu.. Haaaa... tau kan... ok tak mau cerita dah.. hehehe :)



Penat wooo jalan dalam Taman Tamadun ni.. dengan panas terik matahari.. bila masuk kat tempat ada aircond je, wow!!! best!!! Hikhik..

Si Halid dan Ana, pusing habis tapi tak tuju 1 1 katanya. Tau tau je diorang call cakap dah kat dalam kereta.. Eh, Wawa tak habis pusin pusin taman astakona lagi pakcik oiii... Hahaha :D

Next destination is Masjid Kristal. Masjid yang cantik binaannya, dan terkenal di Terengganu ni. Masuk je Maghrib, lampu kat atas kubah masjid pun dan start lip lap lip lap @_@ Cantikkkkkk :)


Hahaha... Pun bolehhhh :D






SubhanAllah... Cantikkan.. Allah menjadikan manusia dengan akal yang tinggi untuk menjadikan sesuatu yang hebat :)

Haaaa... Habis sudah cerita taman-taman ni.. now lapauuuuu.. perut gegauuuuuuu... jom cari makannnnn..

Tempat makan ni Ana yang bawa. Not bad rasanya.. lets jom!!!!

Ramai juga orang yang datang makan di restoran ni

Nama kedai nan hado!!! Tak hengat pon.. Huhu~

Ermm.. dap dap.. seriously sedap!!!

Dah kenyang, dah penat, balik laaaa!!! Apa lagi. Hehehe :)