Ni Puan Wawa Da Veronica nak membebel sikit ni. Ha, tak pernah pernah Wawa membebel benda yang macam-macam selain dari trip itu ini, kali ni Wawa nak bising pasal manusia (termasuk perangai wawa YANG DULU) yang selalu BERPERANGAI MACAM-MACAM ESPECIALLY BILA ADA BARANG HILANG, BARANG ROSAK ATAU GAGAL.
Sekarang ni Wawa cukup benci bila ada orang yang barang dia hilang, lepas tu cari barang tu dengan cara yang ganas. Ha, ganas yang cemane? Bila cari barang, semua benda yang dialihkan sebab nak cari barang tu dihempas, dicampak, dihayun dan sebagainya. Eeeee.... Geram.... Apa tak boleh ke cari barang tu perlahan-lahan. Tak kisah la dalam rush ke apa ke, cari la dengan SOPAN!!! Dah la cari ganas-ganas, lepas tu bila bertanya kat orang tu dengan suara tinggi, nada macam orang tu pula yang salah hilangkan barang dia. Ha, korang pernah dengar cemane orang marah cari barang? Cuba korang imagine. Adakah dengan cara marah-marah tu semua, tiba-tiba barang yang hilang tu muncul sekelip mata???
Sebab apa Wawa meluat dengan orang yang macam ni? Sebab Wawa pernah kena dengan orang yang hilang barang tu. Tak pasal-pasal kita yang dimarahnya. HATI TERGURIS 60% tau tak!!! Barang sendiri hilang, SALAH SIAPA? Cuba la tanya elok-elok, baik-baik, lembut-lembut. Kenapa Wawa marah dengan orang yang macam ni? sebab DULU ok, dulu bila barang Wawa hilang, wawa pernah tanya mama dengan nada yang tinggi. Bila Wawa dah cukup besar, ada akal fikiran, BILA DAH TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI, baru Wawa sedar yang perangai tu mengguris hati Mama, mengguris hati orang yang tak bersalah tapi kita tinggikan suara kat dia. Rasa bersalah tu teramat. Sebab tu bila ada orang hilang barang then nak marah-marah, Wawa TAK SUKA!!! Faham!!!
Sekarang, kalau barang Wawa hilang, Wawa cari elok-elok. Tanya elok-elok. Kalau tak jumpa tak apa, mungkin itu bukan rezeki kita. Yang penting kita dah usaha.
Next, barang rosak. Tak kira la koyak ke, pecah ke, retak ke, putus ke, tercabut ke, tak payah nak marah-marah. Dah kalau memang ditakdirkan barang tu rosak, nak buat macam mana. Kalau barang tu rosak then boleh betulkan, cuba la dulu. Ni tak, baru rosak sikit dah macam kena rasuk. Pernah je cermin kereta Wawa pecah, gelang emas putus, tapi sikit pun tak melenting. Cool down, make a call to anyone yang rasa perlu, then cari solution. Unless la kalau barang tu penyambung nyawa kau hidup kat dunia ni sampai tak boleh hidup tanpa barang tu!!!
Dalam bab barang rosak ni yang paling win adalah Mama. Sebab apa? Sebab Mama yang banyak ajar dan pesan pada Wawa, tunjuk pada Wawa, 'cuba jahit balik', 'cuba letak gam adik', itu ini. Tak pernah sekali pun Mama tak mencuba. Semua benda Mama cuba betulkan sendiri. Kalau masih tak boleh betulkan, then that's it. Beli lain jika mampu. Sebab tu bila ada orang yang barangnya rosak dan nak melenting tak tentu pasal, Wawa rasa nak lempang laju-laju. Hahaha :D korang dapat tak feel geram tu..
Ha TERBARU, Mama beli kerepek sukun, lepas 2 3 hari buka dah lemau, Mama masukkan dalam oven dan bakar balik, dah rangup. Hahaha :D Hebat Mama!!! Ok tu selingan je :)
Gagal. Memang gagal tu lumrah kehidupan. Gagal exam, gagal interview, gagal ujian memandu, semua jenis gagal lah.. Siapa yang pernah terlepas dari kegagalan? Semua orang pernah gagal. Wawa pun pernah gagal. Tapi gagal sekali tak bermaksud kita gagal selamanya. Cuba perbetulkan keadaan tu sampai kita betul-betul puas hati. Kalau tak boleh perbetulkan jugak, usaha lain kan banyak lagi. Peluang tu sentiasa ada. Memang gagal tu sakit. Rasa tak nak bercakap dengan sesiapa, tak nak makan, tak nak minum. Tapi ingat, dalam pada tengah demotivated sebab gagal tu, jangan jadikan orang sekeliling sebagai mangsa untuk kita lepaskan segala kemarahan. Apa yang Wawa buat bila dapat tahu Wawa gagal dalam sesuatu? Ambil wudhu, solat, doa minta petunjuk, menangis dan mengadu pada Allah, baca Al-Quran. Bukan nak tunjuk baik, tapi memang benda ni mujarab. Bila baca Al-Quran selalu, insyaAllah, Dia akan permudahkan segalanya. Sebab apa? Sebab Wawa pernah dengar tazkirah 'komunikasi 1 hala antara kita dan Allah adalah solat. Tetapi komunikasi 2 hala antara kita dan Allah adalah Al-Quran. Kerana di dalam Al-Quran terdapat semua jawapan dalam kehidupan yang kita nak cari'. Dengan izin Allah, Dia akan bukakan jalan terbaik untuk kita atasi kegagalan tu. Jangan tanya Wawa 'Nak cari jawapan exam dalam Al-Quran boleh tak?' Memang nak kena pukul laju-laju. Hahaha :D
So conclusion nya kat sini, jangan terlalu mudah ikutkan perasaan marah dalam hati. Semua masalah kat atas ni adalah ujian Allah untuk kita. Allah nak tengok sejauh mana kesabaran kita, sejauh mana ketabahan kita dalam mengharungi kegagalan, sejauh mana iman kita dalam hati, sejauh mana jarat antara kita dan Dia. Yang paling penting, JANGAN TERLALU MUDAH NAK MARAH PADA ORANG.
Sekian dari Wawa yang kuat membebel. Hehe :)
Muax Muax..