Sunday, 9 November 2014

My Wedding Preparation

Hai awak-awak kesayangan semua. Harini Cik Wawa nak kongsi sedikit persiapan perkahwinan.  Few things yang prepare sendiri. Contohnya beading baju nikah, door gift, kad kahwin. Tak banyak benda pun nak share.

Firstly baju nikah. Alhamdulillah baju nikah dah amik dari tailor. Saya tempah kat Kota Kemuning, Kak Yaya nama dia. Jahitan dia kemas. Start jumpa masa tercari-cari, pastu tengok instagram jumpa ig dia. So dengan perasaan cuak, cuba je la. Mana tak risau, baju nikah kot. Tapi design baju, biasa je. Tu yang tak berapa risau tu. Hehehe. Siap baju saya g beli beads kat Anggerik Mall. Kat situ ada kedai jual beads. Banyak juga pilihan. Cuma saya memang suka beads brand Apple atau apa-apa brand yang datang dari Jepun sebab kualitinya adalah sangat baik. Untuk beading baju as usual saya jahit sendiri. Sebab kalau tempah kat orang, biasa-biasa je pun dah beratus. Alhamdulillah la Allah kurniakan sedikit bakat untuk menjahit manik ni. Before this pernah juga ambil upah jahit manik kat baju pengantin. Dari yang simple kepada yang sarat, so gunakan pengalaman yang ada je. Untuk baju nikah saya nanti, tak sarat pun. Sebab nanti boleh pakai untuk majlis-majlis biasa pulak.

Untuk door gift, saya beli  2 jenis iaitu sejadah mini untuk muslim dan mug untuk non muslim. Sejadah mini saya borong kat Mydin Wholesale. Murah je since saya ada kad Wholesale. Kalau tak ada kad tu harga jauh beza mahal. Kalau nak buat kad wholesale tu kena bawa Sijil SSM dan Salinan IC. Kalau tak ada, kad Mydin biasa je la. Tapi kad biasa tak boleh dapat harga borong. Hehe =) So untuk sejadah mini tu, saya gulung-gulung dan ikat reben. Warna sejadah tu campur-campur since tak boleh nak beli 1 warna je. Gigih mengikat dengan family ipar. Bukan sikit. 1300 keping. Lentur segala pinggang, leper segala punggung. Huhu~





Mug untuk non muslim, kami biarkan sahaja dalam kotak. This one we bought at Nilai 3, kedai VStar. Then tunang saya ada tempah cop. So kitoang just stamp cop kat atas kotak tu je dengan ink warna hijau =)





Ha, kad kahwin. Kad kahwin tunang saya yang design. Saya Cuma QC je untuk cek ok tak. Since tunang saya pandai nak guna Adobe Photoshop, so kita biar je dia yang buat. Simple je pun. Then dah siap design, saya print sendiri and potong sendiri. Guna printer HP Deskjet Ink Advantage 2520HC. Ink murah. Hehe. Untuk paper, saya beli yang 100GSM punya so that kad tu tak da la nampak biasa sangat. Warna pilihan adalah ivory. Nampak sweet gitu. Ink dan paper semua beli kat Becon Stationary Shop kat Glenmarie. Untuk tambah seri kad tu, kami letak doili paper dan ikat dengan reben. Makanya bertambah-tambah cute la kad tu. Miahaha :D Angkat bakul sendiri namanya.



Bridal, saya pilih bridal masa saya bertunang which is D’Cora Bridal. Saya minta pelamin simple tak payah nak banyak-banyak bunga sangat. Sebab fikir nanti senang nak snap group photo ramai-ramai. So untuk real one nanti saya share lepas majlis k. Same goes to baju sanding, saya minta yang simple jugak warna Emerald Green. Sebab apa? Sebab saya memang suka warna hijau @_@

Katering, Alhamdulillah dah tempah. Saya ambil katering denga Sri Mutiara Catering yang diketuai oleh Encik Helmi. Diorang ada kedai makan kat Hulu Langat. Waktu food tasting that day, buat kat kedai makan tu je. Senang, dia boleh setup terus. Kalau nak tau harga katering, kena cari sendiri ye ye ye. Hehe. InsyaAllah rasa menjamin kepuasan hati di hari majlis nanti.

PA system pun dah tempah. Saya tempah dengan Abang Shukor. Saya dah kenal lama dengan abang ni since diploma dulu. Sebab dulu rajin ikut dia ke kenduri-kenduri untuk menyumbangkan suara. Hahaha :D so dapat la side income sikit. Hehe J Saya suka PA system dia sebab dia pandai balancekan suara penyanyi dengan muzik lagu yang orang pilih. Volume tu kena aja. Tak pernah rasa kecewa la. Nasib sampai sekarang masih lagi in contact dengan dia. Memang pada asalnya nak sewa dengan pak cik saya yang Akbar Entertainment tu. Tapi bila fikir-fikirkan balik, family members mana boleh buat kerja. Semua kena layan tetamu. Huhu~

Sama juga la dengan photographer pun. Nak ikutkan suruh je Fizzy Ilham jadi official photographer. Tapi disebabkan dia pun ahli keluarga, saya menggunakan khidmat The Assemble yang diketuai oleh Aslan. Gambar dia pun power power semua. Hopefully gambar saya nanti pun power juga la. Hehe.

Ermmm.. Next, dewan. Dewan untuk majlis saya nanti saya akan gunakan dewan INFRA Bangi. Sebelum ni dah survey kat UPM tapi malangnya bulan 12 nanti student exam so memang tak boleh sewa. So saya cuba cari area Putrajaya, tapi semua dah penuh. Hai la nasib badan. Akhir sekali jumpa INFRA, terus on. Harga dewan korang boleh tengok kat link ni http://www.infra.gov.my/index.php/BM/komuniti-desa/kemudahan/kadar-sewa-kemudahan-infra . Tapi dengar cerita, start 2015 nanti dewan ni dah tak boleh sewa untuk perkahwinan lagi dah. Erm.. Entah la.. Tunggu dan lihat je la nanti ye =)

So far itu je kot perkongsian untuk kali ni. Tak sabar nak tunggu big day @_@

Monday, 27 October 2014

Bachelor Trip With BFF (25-26.10.2014)

Hai semua!!! Ni Ha. Sibuk sangat my friends ajak pergi Bachelor Trip before wawa kahwin. Hahaha :D Macam-macam perangai. So venue kami pilih CAMERON HIGHLANDS. But tak semua pergi, End up kami bertiga je. So layan la gambar-gambar ni hokey!!! Adios!!!












Lokasi penginapan: Desa Anthurium Apartment
Lookasi jalan-jalan: Strawberry Park, MARDO Agro Park, BOH Tea Plantation, BHARAT Tea Plantation, Pasar Malam


Thank you friends for your time and effort. Lots of LOVE.

Friday, 10 October 2014

Aidiladha 2014


Hai semuaaaa... Raya lagik!!! Hehehe :) Siapa tak suka raya.. Raya adalah moment paling best sebab time ni la kita semua 1 happy family get together makan-makan gelak-gelak. Kan kan kan... Hehe..

Ni nak share sikit je.. Kali ni punya raya, 1st time hokey, 1st time wawa belajar menganyam ketupat. Baik ketupat palas mahupun ketupat satay. Hohoho :D Punya happy bila berjaya siapkan.. Especially ketupat satay tu, pening pale... Sejam jugak nak siapkan.. Nasib tak mudah putus asa. Lepas dah berjaya buat 1 tu, dah makin laju buat. Best woooo.. Ketupat palas paling senang nak anyam kelongsongnye. Mihihi :D Kalau setahun sekali buat, memang tak sure la tahun depan ingat atau tak. Miahahaha :D

Ha ni Cik Burn dan Cik Nah ajar buat kelongsong ketupat palas.



Cik Nah pon belajar buat since kahwin nan Cik Burn sebab Cik Burn asal Kedah. Memang power bab bab menganyam ni..hihihi ;)

Ok. Yang ni hasil wawa anyam..



Ketupat palas ni memang mudah nak anyam. Cumanya diorang kata ada jantan ada betina. Ha, korang search lah sendiri cemane rupa jantan betina si kelongsong tu. 

Ha yang ni pulak ketupat satay... Wuuuuuuu~



Selepas sejam baru siap buat.. Hahaha :D

Ha itu je untuk raya aidil adha kali ni. Yang lain-lain macam biasa je.

Nah muka kesayangan saya :D



Akhir kata, SALAM AIDILADHA  semua :)

Friday, 22 August 2014

Training of Trainer, Sg. Congkak (15-17 August 2014)


Hoi!!! Buat apa tu??? Hehe :) Saja.. Ni nak cite pasal Wawa join training dibawah penyeliaan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM. ToT ni adalah untuk memilih bakal pengajar untuk subjek koko UPM. Sebelum ni Wawa penah mengajar. Tapi sebab sambung belajar haritu, tu yang terpaksa berhenti mengajar. So ni nak sambung balik, kena la masuk bermula dari pemilihan semula. Hehe :) Tak pe. Ada rezeki, InsyaAllah.

So, al-kisah bermula di Dewan Kuliah UPM. Lepas semua orang masuk dewan pagi tu untuk registration, kami mendapat arahan 'Sila letakkan beg anda di luar dewan untuk kami load ke dalam lori dan dibawa ke destinansi ToT'. Ha..bercakap mengenai lokasi, kami menmang tak tahu pun kat mana. So semua letak la beg kat luar. Ade tu siap telak handbag semua sekali. Ha, nak tau apa jadi? Baca selanjutnya.

Dah semua beg letak kat luar. Kami diberi sedikit taklimat. Usai taklimat, setiap kumpulan yang telah appointed berkumpul dalam group masing-masing. Kami telah diberi sampul pertama. And guess what? We have to survive dengan apa yang ada untuk menuju ke destinasi terakhir ToT ni. So, 1st task kami adalah, JUAL SEMUA BARANGAN YANG BERADA DI DALAM BEG DAN GUNAKAN HASIL JUALAN ANDA UNTUK MENUJU KE DESTINASI SETERUSNNYA. Haaa... 1st time ni explorace yang cenggini. hahaha :D Dalam beg ada air kotak 2 katon, beberapa buah buku motivasi dan tisu. Dengan menggunakan kemahiran yang ada, kami kumpulan HIJAU mula bergerak. Sepanjang jalan kaki menuju ke bus station kat area KAA UPM tu kami sempat jual air kotak dan tisu. 



Sampai kat stesen bas, kami cuba dan cuba menjual lagi... Sambil-sambil tu beberapa ahli kumpulan cuba tahan kereta untuk kami tumpang nak ke train station. Sebabnya, destinasi kami seterusnya adalah UTC Pudu. 



Finally, ada 2 kereta ni sudi tumpangkan kami at FoC. Hehe :) Alhamdulillah.


Sampai di train station kat Sungai Besi, Kami naik ke Plaza Rakyat (Hentian Pudu). Dalam train pun kami menjual. Ada yang baik hati beli air kotak bayar sampai RM5/kotak. Huhu. Rakyat Malaysia ni sebenarnya memang baik-baik semuanya, Kat budak sekolah, banyak yang beli tisu je. Buku memang sangat susah nak jual, Hermmm... Tak apa. Ini satu cabaran.




Sampai di Pudu, Kami teruskan menjual. Sebab semua hasil jualan adalah sangat penting untuk kami. 





Since 15 Aug 2015 tu hari Jumaat, sampai kat Pudu, yang lelaki Muslim terus pergi ke Surau UTC untuk solat Jumaat, dan kami yang lain ni meneruskan jualan. Alhamdulillah, ada juga yang sudi nak beli buku-buku tu. Usai solat Jumaat, kami semua pergi berjumpa semula di surau untuk kami menunaikan Zohor dan seterusnya cari fasi bertugas untuk mendapatkan tugasan seterusnya.

Ok, next "DENGAN MENGGUNAKAN HASIL JUALAN ANDA TADI, SILA NAIKI KENDERAAN AWAM KE SUNGAI CONGKAK. ANDA TIDAK DIBENARKAN MENUMPANG ORANG AWAM. SILA SIMPAN RESIT TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM SEBAGAI BUKTI". Ha... hamek kau!!! Hahaha :D Time tu semua buat research macam mana nak pergi Sg. Congkak naik bas, teksi dsbg.

Finally, lari sana lari sini, kami dapat tahan 1 teksi MPV (Senang semua ahli naik 1 kereta). Uncle ni sangat baik. Chinese Muslim. Alhamdulillah. Dia sudi bawa kami ke Sg. Congkak walaupun dia nak balik KL nanti teksi dia KOSONG. Syukur. Semoga Allah bukakan pintu rezeki untuk dia :)



Tada~ Sampai pun Sg. Congkak. Siap ada duit lebih hokey. Huhu~ So  dah sampai tu kami rehat-rehat dan pasang khemah, solat, mandi, mana yang boleh la. Sementara nak tunggu kumpulan-kumpulan lain sampai. Ada yang naik teksi juga. Ada yang naik bas juga :D


Inilah tempat tidur kami. Berbantalkan lengan, berselimutkan telekung, berlantaikan tanah :D Sejukkkkk!!!
Malam, kami solat berjemaah dalam surau yang gelap gulita. Lantai pun basah-basah sebab embun sejuk dalam hutan.


Malam tu kami just ada sesi tazkirah sahaja. Dan kami dikehendaki menulis MENU BERTEMAKAN KENDURI. Tak tau la mereka nak buat apa kan. So kami kumpulan hijau senaraikan menu seperti berikut:

Agar-agar
Fruit salad
Kerabu mangga
Bubur kacang

Hahaha :D Simple kan. Belasah je la labu. Kumpulan lain ada yang buat ayam masak merah, ikan masak kicap, sambal jawa, macam-macam la. Yang penting setiap kumpulan ada senarai tu.

So next day (Sabtu) pun berdebar-debar juga ni. Rupa-rupanya menu yang kitorang bagi malam tadi tu, kitorang kena masak sendiri hari Sabtu tu. Tapi!!! Ada tapi nya lagi. Bahan-bahan nak masak tu semua kena cari sendiri. Macam mana nak dapatkan bahan-bahan tu semua, kami kena buat kerja komuniti di kawasan perumahan penduduk kampung. So kami kumpulan hijau diletakkan di KG. KUALA PERDIK.

Turun je dari bas, kami terus ke 1 kedai runcit ni. Kami offer diri untuk kemas kedai akak ni. Dalam hati, 'Ya Ampun. Kedai ni tak pernah cuci ni'. Hahaha :D siap ada tikus berlari-lari. Adoyaiiii.. Kami ni senyappppp aje. Hahaha :D








Yeay siappp... Kami disajikan dengan air oren. Hahaha :D Alhamdulillah. Sebagai gantian, kami boleh minta apa sahaja bahan yang kami nak at FoC. Wah... Makanya, kami dapat hampir separuh keperluan kami.

Ok, Bahan-bahan kering dah dapat. Sekarang, mana nak cari buah!!! Ha, tu la pandai sangat pilih fruit salad mangga bagai. Hahaha :D Jalan punya jalan, nampak sorang pakcik ni tengah potong dahan pokok di halaman rumah, kami pun tegur nak tolong. Alhamdulillah pakcik ni sudi terima pertolongan kami. Dah siap buat kerja, kami dijamu air dan kuih raya. Hikhik. Dah macam beraya la pula. 




Pakcik ni cakap, sekarang memang bukan musim mangga kat situ. Tu yang susah nak dapat. Tak apa, kami positif. Selesai kerja semua, kami nak beransur pulih, punya la kami terkejut bila pakcik ni hulurkan duit Biru (RM100). Ya Allah. syukur sangat-sangat. Kami buat ikhlas, Allah bantu kami. Semoga pakcik ni panjang umur, dikurniakan kesihatan yang tip top dan dibukakan pintu rezeki sentiasa. Aminnn...

So kami jalan lagi nak cari buah-buahan. Tanya la orang-orang yang lalu lalang. Lepas tu ada sorang abang ni cakap, kat depan kampung sebelah ada kedai buah. Haaaa... Rupa-rupanya kedai tu nunnnnnn jauh di sana dalam 2 - 3 kilometer. Kami gagahkan JALAN KAKI!!! Jalan punya jalan, Alhamdulillah sampai!!! Penat tapi berbaloi sebab semua benda kami dapat beli hasil dari duit yang pakcik tadi sumbangkan. Siap dapat beli pisau bagai. Huhu~




Alhamdulillah. Lengkap sudah keperluan kami. Ada duit lebih, kami makan dulu, belanja pemantau kami sekali. Hehehe :)


Lepas kenyang, jalan balik menuju ke bus stop yang kami diturunkan tadi.

Dah sampai kat tapak perkhemahan, kami rehat sebentar. Aktiviti seterusnya akan dimulakan tengahari. 

Next activity is cooking. Hikhik. Best!!!






Tada~ inilah hasilnya
Paling dahsyat diorang tanya cemana kami bekukan agar-agar. Huhu~ Japannya adalah, letak agar-agar dalam petitin, kemudian letak diatas air yang mengalir di sungai. Air tu kan sejuk. So lama-lama, bekulah. Haaaa.. Hebat!!!






Untuk tugasan ni, kami menag!! Yeay!!!

Alhamdulillah.. Selesai, kami makan secara kongsi-kongsi denga kumpulan yang lain apa yang ada =) Malamnya pula kami ada malam kebudayaan dan kerohanian. Tak ada gambar lah. Sebab semua pakai handphone je. Dalam hutan semua gelap. Huhu~

Hari Ahad pula menjelma. Pagi tu kami buat aktiviti LDK je. Dengan topik Kemahiran Insaniah. Setiap kumpulan diberikan KI tersendiri, dan kami perlu come out dengan idea cara nak menterjemahkan KI tu. Best juga. Sebab masing-masing ada idea masing-masing. Lagi pula ada antara peserta ni tergolong dari orang-orang berpengalaman dan berpendidikan. Makanya, rasa terdidik juga la minda ni :D





Selesai... Kami kemas tapak perkhemahan dan beg semua untuk meneruskan acara seterusnya iaitu majlis penyampaian hadiah dan penutup.







Sekian dari saya, mohon jangan pernah bosan denga karangan saya :D Assalamualaikum.


P/s: gambar semua dari handphone. Harap maklum ye :)