Friday, 13 November 2015

Terengganu - Day 1 (08 November 2015)


Seawal 11 malam 07.11.2015, kereta dah meluncur di atas jalan raya. Sebab apa gerak awal? Sebab nak mencapai hajat subuh di masjid terapung. Huhu.. so untuk trip kali ni, Wawa berjalan dengan Fendi, Halid and Ana :)

Syukur Alhamdulillah kami berjaya tiba di masjid terapung pada jam 5.25 pagi. Sampai je parking kereta, azan pun berkumandang. Syukur perjalanan kami lancar.



Usai solat subuh, kitorang terus bergerak ke area Pulau Duyong. Sebab last time, few years back pernah breakfast kat situ and the food was good. Hikhik :D lepas dari jambatan nak masuk Pulau Duyong tu terus ada susur keluar, and lalu bawah jambatan. Haaaa... kat area situ la kitorang breakfast. Wawa dan Ana makan nasi dagang RM3.00/pinggan, Fendi makan nasi lemak RM2.00 dan Halid makan pulut kapit ala-ala pulut panggang, cuma isinya ikan. Semua minum air teh o RM1.00 secawan. Alhamdulillah kenyang!!! Cuma 1 Wawa tak jumpa lagi iaitu pulut pagi. Semoga lepas ni jumpa :)




After that kitorang terus ke Prinzpark Hotel. Arrive kat hotel around 7.40am, request early check-in. Nasib bilik avail. Huhu~ lepas check-in, semua tidur sebab fenatttttt @_@ cuma Wawa sempat draft post ni guna hp. Hahaha :D


Orang kita memang suka amek gambar bilik sebelum bersepah kan??? dah bersepah, ape pun tak de.. hahaha :D
View dari our room.. Yang ada atap tu restoran Prinzpark Hotel.

Toilet pon buleeeeee :D
Petang keluar lewat sebab Halid & Ana hanyut tidur @_@ hahaha.. so sementara nak tunggu mereka, Wawa and Fendi jenjalan sekitar hotel tengok-tengok hape yang hade. Around 3 baru keluar cari lunch. Mihmihmihun :D


Prinzpark dari depan sisi tepi sikit :)
Waktu Operasi di Terengganu Sport Complex. Lokasi tempat ni betul-betul depan Prinzpark. Jalan kaki jaaaaa....
Fees / Bayaran untuk setiap aktiviti yang ada di Sport Complex
Swimming pool oiiiii...
Ha turun pun pengantin baru niiiii @_@

Kami ke arah tepi pantai Batu Buruk. Makan kat sini boleh la. Harga pun nice nice je. Cuma ada yang macam tak puas hati. Huhu :D Ada 1 kedai ni, Wawa order kuey teow kungfu. Ermm.. kungfu sangat rupanya @_@ Mula-mula ingat dia salah hantar, lepas tu orang yang hantar tu ambil semula dan tanya kat tukang masak, dengan suara yang tinggi dia cakap 'kan ada telur tu' and i was like, what?? Makcik tu mungkin kurang kasih sayang. Hahaha :D bila selak kuey teow tu baru nampak telur dia... tada~ kungfu alaf baru. Kungfu telur mata. Hahaha :D what eva la makcik.


Ha, ni la kedai makan tu.. Huhu~

Maaf busy!!!!

Pandangan kungfu dari atas
Bila selak kungfu nya, tadaaaa~ hahaha...kau ghase??? (Kungfu telur mata)

 Next, 4.45pm kitorang bergerak untuk food hunting lagikkk.. makan makan and makan.


Jap...bergambar jap before makan n makan n makan lagik... mihmihmihunnnnn...

So next misi mencari ikan celup tepung (ict). Mula-mula pergi kat area Teluk Ketapang, ade la few kedai. But then bila tengok macam so so, tak jadilah. Tekad nak pergi yang kat Mengabang Teliput walaupun jauh sikit. Ala jauh sikit je pun. Yang penting kepuasan hati.. huhu~ 

Ha, ict Pok Nong ni adalah terbaik. Sangat recommended!!! Tapi kena sabar la sebab sangat ramai. Biasa la tu kan, bila sedap, memang ramai. Alhamdulillah rezeki kitorang harini :) kitorang beli 15 hekor hudang dan 3 hekor hikan. Dan tak lupa juga pulut mangga yang sangat ohsem tu. Sutun time tu dah kena tunggu turn, so tak jadi la. Hehehe.. harga udang RM5/3 ekor, ikan RM4/ekor, pulut mangga RM5/peket. Kalau beli sotong, harganya adalah mengikut saiz. Ingat nak tapau pulut mangga balik hotel, tapi habis..hikhikhikan :D 


Beratuq panjang nak oiiii... tapi tak pe la... ni q yang nak dekat kaunter dah...
Ha amek jangan tak amekkkk...

Haaaa...best nyeeeee... Ya Allah..nikmat!!! Syukur!!!

Nak pulut mangga lagi nak pulut mangga lagi nak pulut mangga lagiiiiiiiiiii... okbaiiiii!!!

Monday, 28 September 2015

Aidiladha 2015 (26 September 2015)



Syukur Alhamdulillah untuk Aidiladha 1436H tahun ni. Nak share gambar beraya, nan hado!!! Hahahah :D Tapi ada yang lebih menarik dari gambar raya untuk Aidiladha tahun ni
 
Raya kali ni, Wawa dan rakan-rakan dapat berkongsi kegembiraan dengan anak-anak dari Rumah Anak-anak Yatim & Miskin Tahfiz Muhammad Al-Fateh Sg. Ramal Kajang. Hasil dari tabung gaji kami setiap bulan dari awal tahun hari tu sehingga Ogos, maka terhasillah majlis korban untuk anak-anak ini. Bahan-bahan semua dah beli kat pasar borong Selangor beberapa hari sebelum majlis.
 
Kami beli seekor lembu dan diqurbankan atas nama 7 orang anak-anak dari rumah jagaan ini. Seawal 8.30 pagi, Wawa dan suami dah sampai ke tempat sembelihan yang bertempat di Sri Putra. Sementara tunggu kawan-kawan dan anak-anak sampai, kami berdua minum pagi dulu. Makanan dan minuman disediakan oleh pihak yang kami beli haiwan qurban.




Lupa pula Wawa nak selfie nan lembu @_@

Around 9am, semua dah sampai.. So, tunggu giliran je since banyak group lagi yang tunggu giliran masing-masing.


Antara yang menyumbang dalam program kami. Ada yang tak dapat menghadirkan diri.




Ini adalah anak-anak syurga. InsyaAllah. Kehadiran mereka kami sambut dengan senyuman =)












Dah sampai giliran mereka, semua berkumpullllllll....
 
Qurban adalah atas nama:
 
1) Nur Muhammad Azim bin Ahmad Nasir
2) Muhammad Kamiludding bin Mohd Baharudin
3) Muhammad Aidil bin Abdullah
4) Muzaffar Shah bin Hairidan
5) Muhammad Azahar bin Abdullah
6) Muhammad Sukri bin Abdullah
7) Nur Muhammad Aisar bin Ahmad Nasir






Syukur Alhamdulillah Ya Allah.. Usai sembelihan, kitorang turut membantu melapah dek kerana nak mempercepatkan masa sebab ramai lagi pihak yang tunggu turn. Tugas Wawa pula, ambil gambar ambil gambar dan ambil gambar... Hahahahalimah :D





Tengok bakal pengantin melapah!!! huhu~





Dah settle semua, load semua hasil qurban ke dalam kereta, then kitorang menuju ke rumah anak-anak ini untuk aktiviti seterusnya, iaitu memasak!!!


Kat rumah ni waktu preparation nak memasak tak banyak snap gambar pun sebab masing-masing busy dengan tugasan masing-masing. Maklumlah, kami ada 10 orang je yang nak mengerjakan segalanya. Itupun Alhamdulillah ada juga bantuan dari pihak Ustaz Zaidi dan isteri sendiri.


Pak Aji happy potong daging woi!!!! Hahahaha :D


Kami perempuan berdua je yang potong bawang, kupas kentang, dll :D gigih!!!

Satu khemah pun cukup.. Dah macam kenduri nak bertunang pulak dah!! Hikhik


Haaaa...dah siap memasak semua, apa lagi, time to eat!!! Kul 3 baru selesai semua. Huhu~ Ustaz cakap dia buat jemputan sampai 9 malam. Hamek kau.. Semoga meriah!!!







Dah kenyang macam buaya kekenyangan dan kepenatan, dalam pukul 5 kami beransur pulang. Tu pun bukannya terus balik, melepak makan cendol pulak. Hahaha :D Dasar perut buaya!!! Tak sudah-sudah nak melantak!! Hahaha :D
 
Syukur semuanya berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela. Semoga anak-anak ini beroleh kecemerlangan di dunia dan akhirat. Hanya ini yang mampu kami berikan. InsyaAllah, ada rezeki, ada kelapangan, tahun akan datang kami akan usaha buat lagi.
 
Sekian dari kitorang semua!!!



1) Fifty
2) Wawa
3) Halid
4) Fuad
5) Amirull
6) Ruffey
7) Kayrol
8) Fendy
9) Fida
10) Kechik (Tiada dalam gambar)
11) Anyf (Tiada dalam gambar)
12) Kaio (Tiada dalam gambar)