Thursday, 31 January 2019

Istanbul - Bursa - Madinah - Mekah (Pre-trip)



Hai korang... Selamat Tahun Baru 2019!!!

Hahaha 😄 Maaf la kelewatan wish untuk kali ni. Tahap jadual kebusy-an dengan perkara-perkara duniawi 😁

Untuk entry kali ni Wawa nak share my Umrah Ziarah journey. Yeayyyy!!! Alhamdulillah, atas rezeki yang Dia bagi, dapat juga akhirnya Wawa menjejakkan kaki di Tanah Haram. The best part is, dapat pergi dengan family members, kesayangan-kesayangan dunia akhirat. Syukur!!

Actually dah lama plan, since after married lagi. But itu la orang kata 'Kita hanya mampu merancang, tapi Allah penentu segala'. I believe on that. Selagi belum dipanggil Allah untuk ke sana, kita rancang la macam mana pun, mesti tidak terjadi.

Ok.. Cut short the story, this time punya trip Wawa pergi dengan Mama, Husband, Aunties and Uncles serta cousins. In total kami ber-9. Hehe.. Dalam group ni memang kami adalah kumpulan family terbesaaaaaar.

Owh ya. Wawa join group travel package dari Andalusia Travel tau! Since ianya adalah dengan family dan 1st time, mana tau sangat perjalanan nak buat Umrah ni. So we need Mutawwif  to guide us 😊

Segalanya bermula (ecehhhh, macam drama pulak 😂) apabila makcik kesayangan (Cik Nah) membuka hajat bertanya jadi atau tidak plan nak pergi umrah untuk tahun 2018. After sekian lama merancang, terus bulan July 2018 macam tu kami buat perbezaan harga dari 1 agensi ke agensi yang lain. Bukan harga sahaja, kami juga membuat pilihan melalui date yang available. Sebab anak Cik Nah sorang tu SPM, so kami cari date lepas SPM. Memang banyak pakej yang ada. Tapi yang kena dengan date pada masa itu, hanyalah pakej dari Andalusia.

So kami semua memilih pakej seperti di bawah:





Deposit hanya RM500 sahaja seorang. Bayaran seterusnya mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Andalusia. Once dah buat payment, boleh terus ambil beg-beg yang diberikan oleh pihak Andalusia.

Ponoh keto den hangkut 9 set bag gedabak-gedabak

Set bag yang diberikan oleh pihak Andalusia
Bila dah bayar deposit tu, bermula lah persediaan semua dokumen yang diperlukan. Dokumen-dokumen ni penting untuk permohonan visa umrah. So untuk pengetahuan korang yang nak plan untuk umrah, berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu disediakan dan diserahkan kepada pihak agensi 60 hari sebelum tarikh penerbangan:
  1. Passport Antarabangsa (Sah laku 7 bulan dari tarikh tamat)
  2. Buku suntikan ACYW 135 (Suntikan boleh didapati di klinik)
  3. Gambar visa umrah 4 keping:
    • Latar belakang putih
    • Wanita: bertudung gelap
    • Lelaki: tidak memakai penutup kepala seperti kopiah/songkok
    • Tidak memakai cermin mata
    • Saiz 6cm x 4cm (keluasan muka 70%-80%)
Boleh ikut arahan macam ni ye :)

Untuk suntikan tu, Wawa and husband dapatkan di Andalusia Klinik Shah Alam. Lokasinya betul-betul bawah office Andalusia Travel & Tours di Seksyen 7 Shah Alam. Kat sini harga suntikan tu RM135.00. Like my mom, aunties uncles and cousin, diorang dapatkan di Klinik As-Salam Seksyen Seksyen Bandar Baru Bangi dengan harga RM140.00 seorang. 

* Ps: rasa suntikan tu sedikit kekebasan 😅

After dah settle suntikan tu, nanti pihak klinik akan bagi buku kuning yang ada rekod kita dah dapatkan suntikan tu.

Owh ya, selain dari dokumen-dokumen di atas, untuk yang bawa anak dan pasangan berumur 45 tahun ke bawah perlu sediakan dokumen-dokumen tambahan:
  1. Sijil kelahiran anak yang telah disahkan oleh Wisma Putra di Kementerian Luar Negeri Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Sijil nikah yang telah disahkan oleh Wisma Putra di Kementerian Luar Negeri
Bagi yang sudah berkahwin dan berumur 45 tahun ke atas, tak perlu dokumen dan pengesahan ni. 

Wisma Putra ni bertempat di Putrajaya tau. Macam Andalusia, mereka ada runner jugak. So setiap dokumen tak silap Wawa mereka charge RM10. My family punya, Wawa sendiri pergi ke Wisma Putra early in the morning. Kejap je actually, tak sampai setengah hari dah settle. Bergantung pada jumlah manusia yang ada di sana 😃.

Pas pelawat untuk ke Wisma Putra
So now, settle on documentation. Now preparation barang-barang pulak. Andalusia ada provide list barang untuk disediakan para jemaah. Tapiiii Wawa lupa nak snap list tu 😁 but but but, Wawa ada gambar part of it. Cuma incomplete la. Yang list tu actually lagi complete sebab ada inform berapa nak kena bawak itu dan ini. Kat bawah nanti Wawa senaraikan barang-barang tu ye. Sabaq sat!!!


Barang-barang Kelengkapan Jemaah Lelaki
  • Kain ihram (2 pasang)
  • Cawat ihram (1 helai)
  • Tali pinggang umrah (1 unit)
  • T-shirt poket berzip (2 helai)
  • Jubah (2 helai)
  • Kurta (2 helai)
  • Kopiah (1 unit)
  • Kain pelikat (2 helai)
  • Baju tidur (2 pasang)
  • Selipar (1 pasang)
  • Kasut (1 pasang)


Barang-barang Kelengkapan Jemaah Perempuan
  • Telekung (2 pasang)
  • Jubah seluar (2 pasang)
  • Jubah biasa (2 pasang)
  • Mini telekung (2 helai)
  • Seluar panjang poket berzip (2 helai)
  • T-shirt lengan panjang a.k.a inner (2 helai)
  • Sarung lengah a.k.a hand socks (2 pasang)
  • Stokin kaki/stokin wudhuk (3 pasang)
  • Baju tidur (2 pasang)
  • Kasut tawaf (2 pasang)
  • Anak tudung umrah (2 helai)
  • Tudung labuh/berdagu (2 helai)
  • Sandal/kasut tapak lembut
On top of that, ada barang-barang kelengkapan am Umrah yang lain (Lelaki 1 set / Perempuan 1 set)
  • Uncang kasut
  • Set mandian tanpa pewangi
  • Deodoran tanpa pewangi
  • Losyen tanpa pewangi
  • Pelembap bibir tanpa pewangi
  • Tasbih digital/analog 
  • Tasbih tawaf 1 biji
  • Gunting kecil
  • Buku panduan umrah
  • Buku doa bertali
  • Sejadah kecil
  • Buku panduan solat (jika perlu)
  • Luggage tag 2 unit (untuk tag luggage masing-masing)
  • Mangga kecil 2 unit (untuk keselamatan luggage masing-masing)
  • Nosk (penapis hidung/mask)
  • Botol wudhuk (1 unit)
Nota: Ini hanya sebagai panduan. Tak semestinya kena ikut bulat-bulat. Bergantung pada keselesaan dan keperluan masing-masing.

Memandangkan kami bukan sahaja akan menunaikan Umrah, malah akan ke Turki juga, so ada la beberapa preparation lain seperti baju sejuk, seluar sejuk, muka sejuk... Eh!!! 😂

Macam deodoran tanpa pewangi bagai tu, Wawa beli kat Shopee je. Murah!!! Dan free postage. Wawa dah compare dengan harga yang Wawa pernah nampak di kedai-kedai lain. But kena order awal sikit la. Risau-risau nanti lambat pulak sampainya. Ni senarai harga barang yang Wawa beli kat Shopee:

  • Zulhijjah krim pelembap RM15.99
  • Zulhijjah deodoran RM9.89
  • Zulhijjah sabun mandi RM7.99
  • Zulhijjah bedak ihram RM6.99

Ni je yang Wawa beli. Yang lain-lain memang dah ada.
Owh ya, Nosk! Ramai yang tak tahu apa itu Nosk. Wawa pun bila tengok ayat Nosk tu tertanya-tanya dalam hati 'menatang apa nosk tu?' 😄 Ianya adalah penapis hidung jenis advance 😅 kalau buat Umrah tu kan tak leh pakai penutup hidung, so sumbat ni kat hidung, insyaAllah ok. Dan ianya selesa. 

Nota: penting pakai penapis ni sedari awal sampai di Kota Mekah sebab udara di sana agak berhabuk dengan construction, burung merpati dan bulu-bulu kain ihram yang berterbangan. 

Kat area Shah Alam, ada pharmacy jual ni murah (so far yang Wawa jumpa). AA Pharmacy namanya. RM17.92 untuk 1 set. 1 set ada 2 pcs. 
Ermmm...apa lagi ek nak cerita untuk pre-trip ni.. Rasanya macam tu je. Nanti kalau ada tambahan Wawa akan update sini k..

Settle on preparation, so lets move it move it to the day of travelling.. Hoyeh hoyehhhh 💃