Sunday, 1 October 2017

Open House at Rumah Nur Sakinah, Subang Murni, Shah Alam (2 Sept 2017)


Fuh fuh fuh!!! Dusty!!! Hello everyone!!!

It's been awhile I'm not updating my blog. Dah banyak spider web dah ni 😆 (bukan awhile dah, purba already)

Theme for this entry is "Sejarah Mungin Berulang". And yes, it happened again with Allah willing. What happened again? #teamcsrwawa #wawaownwayofcsr di mana kali ini kami jalankan majlis rumah terbuka di rumah Anak-anak Nur Sakinah. This house is located at Subang Murni, Shah Alam. Nearby Subang Airport. Last time we did the same but at different house (you may refer to http://wawadaveronica.blogspot.my/2015/09/aidiladha-2015-26092015.html).

Kali ni, kami buat Korban atas nama kawan-kawan di Surau Al-Husna. Senarai nama kawan-kawan yang menyertai korban kali ni adalah seperti dalam gambar di bawah :)



Seperti sebelum ni, untuk setiap majlis yang akan kami jalankan, kami akan buat monthly collection RM100 seorang selama 7 bulan. So kami buat collection around 8 or 9 months before the event, sebab nak kena bayar deposit duit lembu tu untuk booking siap-siap. So duit ni la bayar lembu, and duit ni jugalah kami beli barang-barang keperluan untuk memasak.

Pagi raya tu sempat juga la solat sunat raya kat Masjid Al Falah USJ. Lepas tu terus shoot laju-laju ke Surau Al Husna.

Jom tengok gambar-gambar yang Wawa ada  sepanjang upacara korban dijalankan.

This is our 'korban' for the year of 2017



Haaa... lelaki je yang buat tau.. Perempuan buat apa? Perempuan balik rumah, makan 😂 hahahaha... Tapi bukan makan je tau, lepas makan, ladies ni yang serve makanan untuk lelaki-lelaki idaman malaya tu tau tau tau.. Lepas serve, while waiting diorang balik, yang ladies ni masuk ke dapur untuk buat kerja-kerja dapur, buat preparation untuk masak. Butttttttttttt, unfortunately, there is none of our pictures doing things kat dapur. Ha, nampak tak betapa committed nya kami di dapur. Sampai tak ada masa nak selfie selfun 😁

A big thank you for mak kepada Halid, Acik Yati sekeluarga atas kesudian meminjamkan dapur untuk tujuan masak memasak kami.

Gambar-gambar berikut adalah food yang kami masak. Daging masak lada hitam, nasi impit, kuah kacang, kuah lontong and sup daging. Pihak rumah Anak-anak Nur Sakinah ada sediakan 2 masakan juga, sebab katanya macam tak sedap pulak kami yang masak. So they prepared rendang ayam dan bihun goreng. Buah-buahan pun ada juga kami beli, tapi tak de gambar la.. Haha :D ada orange and watermelon. Adik-adik tu suka makan buah @_@




Berikut adalah gambar di sekitar majlis berlangsung. Alhamdulillah, jiran-jiran dan orang surau pun datang bagi memeriahkan majlis. That is the best moment. Sebab suka tengok orang datang ramai-ramai makan apa yang kita dah prepare.. Huhu~




Masak apa tu banggg :D

Alololo... suwet nya suami isteri ni melayan anak-anak :) Suami isteri yang lelaki baju kelabu dan perempuan bertudung kelabu tau. Bukan dengan lelaki yang berbaju hitam tu. Tu suami orang lain. Hahaha :D


Orang surau yang turut hadir bagi memeriahkan majlis. Alhamdulillah..


Dah selesai semua, kita bergambar dulu dengan adik-adik ni semua.

Diorang yang ajar Wawa gesture tangan tu.. "kakak, buat macam ni" Hahaha :D Advance betul la budak-budak ni....



Alhamdulillah, Wawa dapat share duit raya dengan diorang hasil dari duit tabung tin Wawa @_@
Yang berdiri belakang nombor 2 dari kanan tu, salah seorang ustazah yang menjaga anak-anak syurga ni.
Dah habis bergambar apa lagiiiii... mencuci la kita.. hahaha :D dalam keadaan hujannya, habis dengan orang-orangnya sekali dicuci @_@

Satu satunya gambar mencuci yang ada dalam simpanan Wawa. Yang orang lain takde. Ampun ya. Huhu~
So itulah entry Wawa untuk kali ni. Pendek je. Hehe. Honestly, Wawa suka buat kerja-kerja amal macam ni. Penat memang penat, tapi perasaan lepas habis majlis tu, ya Allah, teramatlah seronok.

Terima kasih kawan-kawan atas segala kerjasama dan kudrat yang diberikan untuk menjayakan majlis kita pada kali ini. InsyaAllah, ada rezeki, kita buat lagi ok!!!

Rezeki itu milik Allah. Semakin kita ikhlas memberi, insyaAllah semakin dipermudahkan rezeki kita. Ingatlah, dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain. Jangan takut untuk berkongsi.

Salam sayang dari Wawa buat semua.

Assalamualaikum....

Thursday, 5 January 2017

Jogjakarta Day 5 (25 Disember 2016)


Ok lets do this as fast as possible. Our final day is finally here. Macam biasa, perasaan hari terakhir bercuti adalah, tak nak balik @_@ Hahaha :D

Ok ok ok..Pagi hari terakhir, kami terus check out. Since nak percepatkan dan permudahkan perjalanan. Time balikm hamik kau, kereta packed!!! Masz la ni shopping banyak sangat. Hahaha :D

Pukul 8.00 pagi kami terus gerak ke GUNUNG BERAPI MERAPI. Ha, berapi api namanya pun. Kat sini ada aktiviti adventure sikit. Sikit je, tapi best. Merapi Jeep Tour. Sepanjang perjalanan, banyak je nampak companies yang offer pakej Jeep tu, then kitorang tanya kat Pak Heri, kenapa tk pergi yang company tu je. Pak Heri cakap, company kat bawah harganya mahal. Owhhhhhh.. ok faham. 

So kami ke bahagian atas sikit, dan beli pakej Merapi Tour dengan Grinata Adventure. Kami beli Pakej Medium 2, 1 Jeep IDR450,000. 1 Jeep maksimum boleh masuk 4 orang. Since kami ada 6 orang, so divide 1 Jeep 3 orang. Then pepandai la korang divide bayaran sorang berapa ye ye ye. Owh ya, diorang siap provide mask tau. Sebab jalan yang berhabuk. Tapi Wawa menyudikan diri untuk menyedut semua habuk-habuk tu. Miahahaha :D Why we take Medium Package 2? Sebab ada trip ke Kalikuning yang kitorang nampak time nak datang tempat ni tadi. Menarik wooooo~ Nak tau menarik yang macam mana? Ok jom explore.






Ni senarai pakej. Setiap pakej lain harga.



Boleh nampak Merapi dah dari sini




Sampai ke destinasi pertama Merapi Jeep Tour, iaitu Mini Museum. Ha sebab apa pula ada muzium ni? Sebab Gunung Merapi ni adalah salah satu gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Masih aktif ok. Mengikut sejarah, ia akan meletus 1 kali dalam masa 4 tahun. Terkini yang baru meletus adalah 2010. Maknanya tahun 2016, dah 6 tahun ia tidak meletus. Korang rasa apa yang kitorang rasa time kat sana? Hahaha :D Nasib driver Jeep tu tenangkan kitorang, dia cakap, kalau nak meletus, selalunya akan ada keluar amarannnn.. Fuhhh... Lega.. @_@

Ok sambung pasal Mini Museum ni. Kat muzium ni, ada dipamerkan beberapa tinggalan selepas letusan gunung berapi terbesar iaitu pada tahun 2010 tu la. Ada la artifak-artifak pinggan mangkuk, lembu, dan lain-lain. Bila imagine keadaan tu, kita sendiri akan bermuhasabah diri, macam mana la nanti di api neraka kan? Hurrmmm.. 
















Sambung lagi untuk pit stop kedua, Batu Alien. Kat sini pun boleh ambil gambar berlatarbelakangkan Gunung Merapi.









Ni la Batu Alien nya. Sejarah nanti korang Google k.


Next is, Kali Opak. The best place to take pictures with Jeep and Merapi background.

Atem cakap, 'fly me high!!!'




After that, kami pergi ke Bunker Kaliaden. Kat sini ada tempat yang dibina supaya lava yang keluar dari Merapi tu melimpah kat dalam tu. Tapi tragisnya ada 2 orang yang mati kerana cuba bersembunyi kat dalam bunker tu. 







Bunga Abadi. Long lasting punya bunga. Tak ingat dia boleh hidup berapa lama tanpa iair :)

Semua toilet kat Indonesia tak ada orang jaga tau. Tapi dia ada letak
tabung dan harga untuk korang melatih diri jadi jujur untuk bayar
setiap kali nak ke toilet. Hehehe :)
Ready for the most exciting one!!! Kalikuning!!! Ada video. Tapi kena edit dulu la. For now Wawa busy. Later k :)








Sampai rosak la Jeep yang kitorang naik. Mula-mula Jeep Wawa rosa. Then Jeep yang Liana naik pulak rosak. Tapi Jeep Liana naik tu boleh repair on the spot lagi. So balik ke base camp, kami naik 6 orang 1 Jeep bagaikan tin sardin terbuka. Hahaha :D


Seterusnya kami pergi KRATON. Kraton ni istana raja mereka yang masih menetap di sana. Cumanya, ada bahagian yang kita tak boleh masuk since ye la, Raja yang stay sana kan. Ada la restriction sikit. 1 orang entrance fee IDR12,500, dan 1 kamera (hp/digital cam) kena bayar IDR1,000. Ok la tempat ni. Tak de apa yang menarik sangat. Ala-ala muzium diRaja kat Malaysia. Tapi muzium diRaja Malaysia yang kat Perak tu lagi best. Huhu~
















Ni antara kawasan terlarang
 Penat berjalan, kita singgah makan dulu.


Aiyak, senget pula. Pepandai la ek. Hahaha :D Wawa makan
nasi goreng pataya




Ni nasi goreng pataya dia. Sedappppp @_@
 Lepas tu ada plan nak ke Water Castle. Taip parking macam susah je nak dapat, so kitorang cakap kat Pak Heri, tak pe la, tak yah, proceed je pergi our last destination which is KOPI LUWAK. Lokasinya tak jauh pun dari Water Castle tu. Pedalaman sikit je. Area perumahan, tetiba ada kedai ni. Huhu~

Luwak tu sebenarnya musang. Tiba-tiba Wawa rindu pula dengan musang yang wawa pernah jaga dulu. uuu...sadissss... Kenapa namanya kopi luwak? Sebab kopi tu berasal dari biji kopi yang telah ditelan oleh musang, dan dikeluarkan semula oleh musang melalui sistem pencernaannya. Hahaha :D Tapi jangan risau, proses pembersihan diorang baekkkkk punya.



Ha, ni la hasil pencernaan musang tu.

Kopi ni dah siap roasted.

Mereka bagi rasa. Makan macam makan kacang je, tapi makan
sekali dengan gula jawa which is kalau kat Malaysia gula Melaka.
Sedap weyh!!

Korang boleh search kebaikan Kopi Luwak. Sangat banyak.
Ianya juga adalah antara kopi yang terbaik di dunia.

Lets have a try. Kopinya memang kaw kaw. Huhu~


I kotak ni IDR175,000 (100g). Boleh buat around 10 cups of coffee @_@
 Huwaaaa...nak habis dahhhhhh..... Lepas minum kopi, Pak Heri terus hantar kami ke airport.


Setiba di Malaysia :)
Tamat sudah perjalanan kami selama 5 hari 4 malam di Jogjakarta. Thank you korang yang sudi membaca coretan yang tak seberapa ni. Semoga ianya bermanfaat buat mana-mana pihak. Jumpa lagi dalam trip yang akan datang k. InsyaAllah jika ada kesempatan 💙💙💙💙💙💙💙💙