Monday, 28 September 2015

Aidiladha 2015 (26 September 2015)



Syukur Alhamdulillah untuk Aidiladha 1436H tahun ni. Nak share gambar beraya, nan hado!!! Hahahah :D Tapi ada yang lebih menarik dari gambar raya untuk Aidiladha tahun ni
 
Raya kali ni, Wawa dan rakan-rakan dapat berkongsi kegembiraan dengan anak-anak dari Rumah Anak-anak Yatim & Miskin Tahfiz Muhammad Al-Fateh Sg. Ramal Kajang. Hasil dari tabung gaji kami setiap bulan dari awal tahun hari tu sehingga Ogos, maka terhasillah majlis korban untuk anak-anak ini. Bahan-bahan semua dah beli kat pasar borong Selangor beberapa hari sebelum majlis.
 
Kami beli seekor lembu dan diqurbankan atas nama 7 orang anak-anak dari rumah jagaan ini. Seawal 8.30 pagi, Wawa dan suami dah sampai ke tempat sembelihan yang bertempat di Sri Putra. Sementara tunggu kawan-kawan dan anak-anak sampai, kami berdua minum pagi dulu. Makanan dan minuman disediakan oleh pihak yang kami beli haiwan qurban.




Lupa pula Wawa nak selfie nan lembu @_@

Around 9am, semua dah sampai.. So, tunggu giliran je since banyak group lagi yang tunggu giliran masing-masing.


Antara yang menyumbang dalam program kami. Ada yang tak dapat menghadirkan diri.




Ini adalah anak-anak syurga. InsyaAllah. Kehadiran mereka kami sambut dengan senyuman =)












Dah sampai giliran mereka, semua berkumpullllllll....
 
Qurban adalah atas nama:
 
1) Nur Muhammad Azim bin Ahmad Nasir
2) Muhammad Kamiludding bin Mohd Baharudin
3) Muhammad Aidil bin Abdullah
4) Muzaffar Shah bin Hairidan
5) Muhammad Azahar bin Abdullah
6) Muhammad Sukri bin Abdullah
7) Nur Muhammad Aisar bin Ahmad Nasir






Syukur Alhamdulillah Ya Allah.. Usai sembelihan, kitorang turut membantu melapah dek kerana nak mempercepatkan masa sebab ramai lagi pihak yang tunggu turn. Tugas Wawa pula, ambil gambar ambil gambar dan ambil gambar... Hahahahalimah :D





Tengok bakal pengantin melapah!!! huhu~





Dah settle semua, load semua hasil qurban ke dalam kereta, then kitorang menuju ke rumah anak-anak ini untuk aktiviti seterusnya, iaitu memasak!!!


Kat rumah ni waktu preparation nak memasak tak banyak snap gambar pun sebab masing-masing busy dengan tugasan masing-masing. Maklumlah, kami ada 10 orang je yang nak mengerjakan segalanya. Itupun Alhamdulillah ada juga bantuan dari pihak Ustaz Zaidi dan isteri sendiri.


Pak Aji happy potong daging woi!!!! Hahahaha :D


Kami perempuan berdua je yang potong bawang, kupas kentang, dll :D gigih!!!

Satu khemah pun cukup.. Dah macam kenduri nak bertunang pulak dah!! Hikhik


Haaaa...dah siap memasak semua, apa lagi, time to eat!!! Kul 3 baru selesai semua. Huhu~ Ustaz cakap dia buat jemputan sampai 9 malam. Hamek kau.. Semoga meriah!!!







Dah kenyang macam buaya kekenyangan dan kepenatan, dalam pukul 5 kami beransur pulang. Tu pun bukannya terus balik, melepak makan cendol pulak. Hahaha :D Dasar perut buaya!!! Tak sudah-sudah nak melantak!! Hahaha :D
 
Syukur semuanya berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela. Semoga anak-anak ini beroleh kecemerlangan di dunia dan akhirat. Hanya ini yang mampu kami berikan. InsyaAllah, ada rezeki, ada kelapangan, tahun akan datang kami akan usaha buat lagi.
 
Sekian dari kitorang semua!!!



1) Fifty
2) Wawa
3) Halid
4) Fuad
5) Amirull
6) Ruffey
7) Kayrol
8) Fendy
9) Fida
10) Kechik (Tiada dalam gambar)
11) Anyf (Tiada dalam gambar)
12) Kaio (Tiada dalam gambar)