Sunday, 9 November 2014

My Wedding Preparation

Hai awak-awak kesayangan semua. Harini Cik Wawa nak kongsi sedikit persiapan perkahwinan.  Few things yang prepare sendiri. Contohnya beading baju nikah, door gift, kad kahwin. Tak banyak benda pun nak share.

Firstly baju nikah. Alhamdulillah baju nikah dah amik dari tailor. Saya tempah kat Kota Kemuning, Kak Yaya nama dia. Jahitan dia kemas. Start jumpa masa tercari-cari, pastu tengok instagram jumpa ig dia. So dengan perasaan cuak, cuba je la. Mana tak risau, baju nikah kot. Tapi design baju, biasa je. Tu yang tak berapa risau tu. Hehehe. Siap baju saya g beli beads kat Anggerik Mall. Kat situ ada kedai jual beads. Banyak juga pilihan. Cuma saya memang suka beads brand Apple atau apa-apa brand yang datang dari Jepun sebab kualitinya adalah sangat baik. Untuk beading baju as usual saya jahit sendiri. Sebab kalau tempah kat orang, biasa-biasa je pun dah beratus. Alhamdulillah la Allah kurniakan sedikit bakat untuk menjahit manik ni. Before this pernah juga ambil upah jahit manik kat baju pengantin. Dari yang simple kepada yang sarat, so gunakan pengalaman yang ada je. Untuk baju nikah saya nanti, tak sarat pun. Sebab nanti boleh pakai untuk majlis-majlis biasa pulak.

Untuk door gift, saya beli  2 jenis iaitu sejadah mini untuk muslim dan mug untuk non muslim. Sejadah mini saya borong kat Mydin Wholesale. Murah je since saya ada kad Wholesale. Kalau tak ada kad tu harga jauh beza mahal. Kalau nak buat kad wholesale tu kena bawa Sijil SSM dan Salinan IC. Kalau tak ada, kad Mydin biasa je la. Tapi kad biasa tak boleh dapat harga borong. Hehe =) So untuk sejadah mini tu, saya gulung-gulung dan ikat reben. Warna sejadah tu campur-campur since tak boleh nak beli 1 warna je. Gigih mengikat dengan family ipar. Bukan sikit. 1300 keping. Lentur segala pinggang, leper segala punggung. Huhu~





Mug untuk non muslim, kami biarkan sahaja dalam kotak. This one we bought at Nilai 3, kedai VStar. Then tunang saya ada tempah cop. So kitoang just stamp cop kat atas kotak tu je dengan ink warna hijau =)





Ha, kad kahwin. Kad kahwin tunang saya yang design. Saya Cuma QC je untuk cek ok tak. Since tunang saya pandai nak guna Adobe Photoshop, so kita biar je dia yang buat. Simple je pun. Then dah siap design, saya print sendiri and potong sendiri. Guna printer HP Deskjet Ink Advantage 2520HC. Ink murah. Hehe. Untuk paper, saya beli yang 100GSM punya so that kad tu tak da la nampak biasa sangat. Warna pilihan adalah ivory. Nampak sweet gitu. Ink dan paper semua beli kat Becon Stationary Shop kat Glenmarie. Untuk tambah seri kad tu, kami letak doili paper dan ikat dengan reben. Makanya bertambah-tambah cute la kad tu. Miahaha :D Angkat bakul sendiri namanya.



Bridal, saya pilih bridal masa saya bertunang which is D’Cora Bridal. Saya minta pelamin simple tak payah nak banyak-banyak bunga sangat. Sebab fikir nanti senang nak snap group photo ramai-ramai. So untuk real one nanti saya share lepas majlis k. Same goes to baju sanding, saya minta yang simple jugak warna Emerald Green. Sebab apa? Sebab saya memang suka warna hijau @_@

Katering, Alhamdulillah dah tempah. Saya ambil katering denga Sri Mutiara Catering yang diketuai oleh Encik Helmi. Diorang ada kedai makan kat Hulu Langat. Waktu food tasting that day, buat kat kedai makan tu je. Senang, dia boleh setup terus. Kalau nak tau harga katering, kena cari sendiri ye ye ye. Hehe. InsyaAllah rasa menjamin kepuasan hati di hari majlis nanti.

PA system pun dah tempah. Saya tempah dengan Abang Shukor. Saya dah kenal lama dengan abang ni since diploma dulu. Sebab dulu rajin ikut dia ke kenduri-kenduri untuk menyumbangkan suara. Hahaha :D so dapat la side income sikit. Hehe J Saya suka PA system dia sebab dia pandai balancekan suara penyanyi dengan muzik lagu yang orang pilih. Volume tu kena aja. Tak pernah rasa kecewa la. Nasib sampai sekarang masih lagi in contact dengan dia. Memang pada asalnya nak sewa dengan pak cik saya yang Akbar Entertainment tu. Tapi bila fikir-fikirkan balik, family members mana boleh buat kerja. Semua kena layan tetamu. Huhu~

Sama juga la dengan photographer pun. Nak ikutkan suruh je Fizzy Ilham jadi official photographer. Tapi disebabkan dia pun ahli keluarga, saya menggunakan khidmat The Assemble yang diketuai oleh Aslan. Gambar dia pun power power semua. Hopefully gambar saya nanti pun power juga la. Hehe.

Ermmm.. Next, dewan. Dewan untuk majlis saya nanti saya akan gunakan dewan INFRA Bangi. Sebelum ni dah survey kat UPM tapi malangnya bulan 12 nanti student exam so memang tak boleh sewa. So saya cuba cari area Putrajaya, tapi semua dah penuh. Hai la nasib badan. Akhir sekali jumpa INFRA, terus on. Harga dewan korang boleh tengok kat link ni http://www.infra.gov.my/index.php/BM/komuniti-desa/kemudahan/kadar-sewa-kemudahan-infra . Tapi dengar cerita, start 2015 nanti dewan ni dah tak boleh sewa untuk perkahwinan lagi dah. Erm.. Entah la.. Tunggu dan lihat je la nanti ye =)

So far itu je kot perkongsian untuk kali ni. Tak sabar nak tunggu big day @_@